Akan menjadi sebuah penantian kurang strategik bila seni menunggu gerak orang meledakkan penakkulan dalam kehidupan bermuafakat. Wujud dalam diri tiada yang sehebat dirinya. Orang lain harus mengikut telunjuk yang sebenarnya terluah penghasilan otak dan akal sendiri. Pada anggapan sendiri itulah yang paling baik dan amat benar belaka.
Sepatutnya isteri yang kena membuat kerja-kerja memasak di dapur
itu kata suami yang merasa jemu bila selalu di jamu makanan dari dapur restoran
Sepatutnya suami yang kena pergi membayar bil-bil rumah
itu kata isteri yang letih bila sampai hujung bulan kena membuat rutin tersebut
Sepatutnya isteri bantulah suami membayar bil-bil rumah
itu kata suami yang melihat isterinya sekadar duduk di rumah tidak bekerja
Sepatutnya suami boleh mencuci kereta sendiri daripada ke workshop membazir duit
itu kata isteri yang merasa banyak wang diguna hanya untuk mencuci kereta
Sepatutnya isteri boleh membantu mencuci kereta bila cuti
itu kata suami yang penat menanti kereta dicuci di workshop saban minggu
Sepatutnya suami balik kerja belilah kuih untuk minum petang
itu kata isteri yang penat saban hari menyediakan makanan untuk minum petang
Sepatutnya isteri kenalah sediakan kopi panas dan kuih bila petang
itu kata suami yang keletihan baru pulang dari bekerja tiada apa-apa hidangan
Banyak benar sepatutnya yang terluah antara suami dan isteri tetapi tidak dapat diluahkan. Masing-masing sekadar berbicara di dalam hati dan mengharapkan pasangannya kena sedar sendiri. Alangkah bahagianya jika apa yang berlegar-legar dengan apa yang sepatutnya itu diganti dengan mencari jalan berkomunikasi apa yang masing-masing mahu demi sebuah rumahtangga yang dibina.

~~ Menjadi serba-salah bila aduan diberikan kepada kita sedangkan kita tidak tahu realiti kehidupan mereka berdua. Ingatlah berdosa besar apabila membuka aib pasangan sendiri.~~