Friday, July 31, 2015

Duka di Aidilfitri - 1

Petang hari raya ke dua.kami sudah berada di kampung Batu Pahat. Rambutan yang bergayutam menggamit kami untuk cepat berada di bawah pokok. Namun kerana sudah terlalu lewat kami sepakat esoknya sebelum beraya bolehlah petik bersama-sama. Apa lagi petang 3 Syawal adalah giliran marhaban di rumah pusaka. Namun malang pula menimpa di pagi 3 syawal , tanpa di duga ketika aku dan anak-anak sedang bersiap untuk pergi beraya sementara menanti hubby bersiap jeritan adik ipar aku membuat dada aku berombak kencang. Hubby pengsan! Sengatan dari seekor lebah benar-benar buat hubby kalah.
 
Tanpa berlengah adik ipar segera mengambil MPV dia sebab mencari kunci MPV aku tidak tahu di mana hubby letak. Usung 5-6 beradik berdesup terus ke Putra Specialist yang letaknya lebih kurang 5 minit dari rumah kami. Dalam bilik kecemasan dua orang doktor, tiga jururawat dan dua pembantu hospital memberi bantuan segera. Sungguh mereka semuanya amat cekap dan pantas. Aku saja dibenarkan untuk berada di samping hubby. Anak-anak sudah aku arahkan ke tingkat 3 untuk solat hajat dan membaca yaasiiin sebanyak boleh sehingga mendapat arahan aku berhenti baru berhenti.

Menurut doktor saluran pernafasan hubby sempit dan juga melibatkan organ dalaman bengkak. Apa yang termampu olehku selain berdoa yang panjang sambil tidak putus. Bila hubby sedar aku bertanya samada dia dengar kalimah syahadah yang aku bisikan tapi katanya dia langsung tidak sedar atau mendengarnya. Gelihati juga bila sebaik sedar dia ingat kami berada di JB. Masih mamai walau mulutnya sentiasa membaca ayatul-kursi dan macam-macam ayat Al-Quran.
 
Wad ICU - Setelah hampir dua jam berada di bilik kecemasan baru hubby dipindahkan ke wad ICU ini. Aku sentiasa disamping sambil ke telinga hubby ajar mengucap. Beruntung kerana hubby ditempatkan di bilik sendiri. Jadi memudahkan untuk aku bersolat di dalam bilik ini juga. Arah qiblat sudah di tunjuk di atas siling. Bila sudah sedar hubbyber solat di atas katil sambil berbaring. Aku wudhukkan menggunakan gloves. Ada dua waktu solat anak dara aku yang tolongwudhukkan sebab lebih mudah tidak perlu memakai gloves.
Sedar - Berada di wad ICU selama dua hari baru dipindahkan ke wad biasa. Boleh buang air sendiri tanpa bantuan aku lagi.

Makan sendiri - Lega bila semua wayar-wayar berselirat sudah dicabut. Hanya jarum ini melekat bagi memudahkan pihak jururawat untuk memasukkan air dan mengambil darah.
Takziah - Ada juga bunga, hamper dan buah-buahan diterima. Bunga ini kami bawa balik JB tapi buah-buahan agihkan saja kepada semua yang mahu.
Keluar - Alhamdulillah, pada hari ke empat berada di Hospital hubby sudah boleh keluar. Mendapat cuti sakit sehingga 30-07-15 tetapi hubby sudah pun ke pejabat sejak Isnin 27-07-15. Cuti hujung bulan bukan suatu yang menarik sebab banyak laporan perlu disiapkan.
Balik JB - Dalam perjalanan pulang ke JB anak-anak membelek x-ray papa mereka. Petang itu juga kami pulang ke JB memandangkan adik sudah merengek hal persekolahannya.  Awalnya aku memandu tetapi dek kerana jumlah kereta yang terlalu sesak akhirnya hubby mengambil alih dan memandu sehingga ke JB. Kurang yakin dengan isterinya mungkin.
Sebagai manusia biasa kita hanya mampu merancang. Namun perlu diingat bahawa biar bagaimana cantik dan rapi pun perancangan kita, Allah juga sebaik-baik perancang. Tahun ini segala susunan perancangan untuk beraya di Batu Pahat tidak terlaksana. Kami berkampung selama 4 hari di Putra Specialist Hospital. Malam hantar anak-anak balik rumah pusaka, aku tidur di hospital. Sebaik hubby keluar hospital terus petang itu juga kami bertolak balik ke JB.
 
 
~~ Adik pun sudah puasa Syawal tapi Hubby belum berpuasa syawal sehingga kini. Moga masih diberi peluang.~~

Thursday, July 30, 2015

Ceria di Aidilfitri - 2

Secara kebetulan 1 Syawal tahun ini jatuh pada hari ulangtahun  Kak Long, anak adik aku dan suami anak buah aku, maka kami raikan bersama. Ayam goreng dibeli oleh si isteri. Anak menantu pula membeli domino pizza buat mummy mertuanya aka Kak Long aku. Adik aku pula membeli kek untuk anak heronya. Sungguh meriah tetapi kena pantas sebab tatamu bapak tidak putus berkunjung itu yang banyak moment tidak dapat dirakamkan dengan sempurna.

Kek - Kalau biasanya kek agak kurang digemari tetapi kerana ramai yang ada pada waktu itu, selesai majlis kek pun selesai berurusan untuk dikhadamkan di dalam perut.


Domino pizza - Tiga keping saiz besar akhirnya tidak mampu dihabiskan. Sekeping ini masih berbaki sebab sebelum solat Aidilfitri sudah bersarapan dengan ketupat.
Bapak - Seronok bapak dikelilingi anak-cucu-cicit. Makan walau sedikit tetapi semua yang kita beri akan dijamah juga. Hanya ayam goring bapak kurang suka. Tetapi pizza satu slice hamper habis juga bapak makan.
 

Gembira 1 - Hero dua ini dan anak dara kecik sebelah adik itu adalah cucu Kak Long aku jadi aku pun nenek kepada mereka. Gembira tahun ini sebab abuyah mereka tahun ini dapat cuti balik ke Malaysia tidak seperti tahun lepas ayah di Riyadh mereka di KL.


Gembira 2 - Anak-anak yang ceria. Lihatlah anak-anak dan anak buah aku yang sudah jadi ayah & ibu pun ada. Kasih sayang kami amat erat. Walau pun aku bekerja tapi anak buah aku tetap memberi aku duit raya. "Kaya mama" kata adik sebab kalau memberi pada sepupu yang masih belajar jumlah setakat RM20/- tapi pada mama mereka bagi nilai ratusan ringgit.

 
Indahnya di Aidilfitri yang jauh akan menjadi dekat yang jarak akan menjadi erat.  Syawal pertama itulah kami sekeluarga semampu boleh beraya keluarga sebelah Allahyarhamah mak. Hujan petang tidak membataskan perjalanan kami kerana sudah di dalam perancangan Syawal ke dua kami akan bertolak ke kampung hubby pula. Kasihan keluarga hubby bukan macam keluarga aku yang ramai. Jika anak-anak aku tiada memang sunyilah rumah pusaka itu. Anak yang ada sekadar Aisyah (anak angkat kakak ipar aku).

~~ Masa bergembira semua tersenyum tanpa sedar sebenarnya ada saudara seagama kita yang berduka dikala kita dalam kegembiraan. ~~

Wednesday, July 29, 2015

Ceria di Ai─Ćilfitri - 1

Assalamualaikum... bertemu lagi setelah sekian lama menyepi.

Setelah hampir 20 tahun jika biasanya aku meraikan aidilfitri hari pertama di kampong hubby yang punya keluarga amat kecil, tetapi tahun ini aku sekeluarga mengambil keputusan untuk beraya dulu di rumah bapak. Semuanya disebabkan Kak Reen hingga hari akhir puasa masih lagi dengan praktikalnya. Langkah terbaik itulah balik dulu rumah bapak yang lebih dekat. Untuk balik Batu Pahat terasa lewat pula. Apalagi  di rumah bapak hanya Mak Zah saja yang ada, rasa kasihan pula. Masak-masak petang akhir ramadhan tidak teringat langsung untuk dirakamkan. Mood gembira bersama bapak menutup ingatan dengan kamera dan telefon. Pagi Syawal baru masing-masing sibuk dengan kamera dan telefon.


Camera dan telefon bimbit - Rutin setiap kali selepas peluk-cium dan bersalaman pasti kamera menjadi alat utama untuk merakam kenangan. Mereka sibuk mengambil gambar tanpa sedar aku pula mengambil gambar mereka.
Kami - Moga jalinan kasih kami berpanjangan hingga ke jannah. Papa tidak sempat lagi menukar pakaian solat sudah diarahkan duduk.
Anak buah kami - Anak buah aku yang ada pada Syawal pertama bersama anak dara ku.
Sayang atok- Bersama atok tersayang. Boleh pula dengan tidak disangkakan bapak juga menempah baju warna biru juga.


Sepupu - Lagi mengejutkan semua anak buah sepupu aku berbaju biru seperti bapak dan kami sekeluarga.

Sungguh tidak dapat dinafikan Aidilfitri menjadi salah satu wadah untuk mengeratkan silaturrahim sesama umat. Saling hormat-menghormati, bersedekah, bermaaf-maafan dengan keikhlasan semua ini hikmah yang Allah berikan buat kita hambaNya. Tanda kesyukuran dengan kejayaan menjalankan ibadah di bulan ramadhan. Moga ibadah dilakukan tidak terhenti di bulan ramadhan saja bahkan diteruskan sehingga ramadhan yang akan datang. Ramadhan ditinggalkan, syawal dirai dengan kesyukuran.
 
~~ Lama sungguh blog tidak dijenguk. Ada waktu kita diberi ujian untuk membuat kita lebih dekat kepadaNya. ~~
 
 








Wednesday, July 15, 2015

Menjelang Syawal 1436H

Dam-dam-dum bunyi mercun tidak langsung kedengaran di kawasan perumahan aku sehingga kini. Berbanding jika dulu sewaktu zaman aku kanak-kanak, bunyi meriam dan mercun itulah yang membangkitkan rasa kemeriahan beraya. Deretan lampu minyak tanah di sepanjang jalan menuju ke surau bersambungan dari satu rumah ke satu rumah tidak juga kelihatan sekarang. Kad raya usah diimpikan. Namun aku berbahagia di penghujung ramadhan 1436H ini ada titipan dari insan mulia yang membahasakan dirinya nekcik buat keluarga kami hingga nikmat kemeriahan untuk beraya kian terasa. Lihatlah...
Biskut tat - Tat istimewa ini kiriman dari nekcik buat kami sekeluarga (maaflah dibulan ramadhan penghujung ini rasanya melihat tat jangalah sampai rasa kecur pulak). Insya-Allah dua hari lagi boleh dinikmati di siang hari.
Acar buah - Juga titipan nekcik. Terpaksa dipaparkan yang masih berbungkus bimbang membuat pembaca tambah kecur kerana sejujur-jujurnya rasa tip-top sangat! Ada kurrma di dalam acar nekcik ini kalau mahu tahu.
Penanda buku dan setokin - Setokin ini sudah tentulah anak dara kecik yg grab. Penanda buku aku simpan sebab sayang mahu menggunakannya. 
Buat nekcik dan Tokpokcu terima kasih tidak terhingga dari kami sekeluarga. Moga rahmat Allah melimpah-ruah buat nekcik sekeluaga.

Ramadhan kian ke penghujungnya seperti juga usiaku yang menuju ke dunia yang satu lagi. Syawal pasti akan menjelma dan sarat sudah aku panjatkan doa moga Allah memberikan aku peluang untuk menikmatinya dan berjumpa lagi. Lalu dengan rendah diri dan penuh ikhlas, melalui TITISAN NURANI ini aku memohon keampunan atas apa jua salah-silap dari berblog di alam maya ini.

Buat semua teman-teman blogger ikhlas juga aku katakan tidak ada yang membuat aku tidak senang hati selama bersua di alam maya. Terima kasih atas segalanya. Moga Syawal 1436H ini memberi keberkatan dan kebahagiaan buat kita semua dan khususnya buat semua umat Islam sejagat.

~~ SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN.~~

Wednesday, July 8, 2015

Sedikit ujian untuk rehat berblog

Tunduk sambil menghulur tangan memohon maaf kepada ramai teman yang menitipkan komen pada dua post terakhir sebelum ini. Banyak blog  yang telah aku kunjung balas tidak dapat untuk aku titipkan komen. Boleh membaca tetapi bila diklik pada tambah komen atau post komen akan terkeluar semula entri blog yang sudah dibaca. Faham tak?  Kotak komen tidak keluar sebaliknya entri yang sama keluar di kotak komen tersebut. Bagaimana boleh terjadi pastilah tidak aku ketahui. Ada juga dua-tiga yang boleh tidak tahulah mengapa boleh jadi begini.

Oleh itu dengan penuh kekesalan aku memohon maaf andai ada yang menyangka aku tidak berkunjung balas. Harap-harap dapat pulih segera.

~~ Berehat seketika mana tahu ada penyelesaiannya.~~

Tuesday, July 7, 2015

Jaga kecantikan jaga langkah

Kaki yang kita miliki ini termasuklah peha, lutut, betis, tapak kaki dan jari-jemari kaki pun kita jaga rapi. Potong kuku, letak perapi, sapu lotion dan sebagainya. Sebelum menyarung kasut siap bersetokin lagi. Betapa kita semua amat menjaga kecantikan kaki walaupun kedudukannya paling di bawah dalam seluruh anggota yang kita miliki. Namun andai kaki terluka sedikit pun pasti kita akan terasa kesakitannya hingga melibatkan seluruh tubuh badan kita. Terseliuh kaki akan berdencutlah perjalanan yang diatur.  

Setia menemani - Lama sungguh aku menggunakan jenama ini dan belum ada niat untuk menukar ke jenama lain.
Bagaimanapun cantik kaki kita langkah kena atur dengan sempurna. Seiringkan langkah kaki yang disusun dengan niat di hati ke arah yang mendapat keredhaan Allah.


~~ Kaki kita pun sekadar pinjaman sementara bukan milik kekal.~~

Monday, July 6, 2015

Khazanah dijumpai

Ahad adalah hari aku di rumah sendirian tanpa en hubby dan anak-anak. Hendak keluar rumah mengemas pasu bunga pun tidak sanggup sebab walau masih pagi tetapi panas tidak tertahan. Setelah letih bertadarus terlihat tempat adik belajar alangkah semaknya. Ambil peluang mengemas apa yang patut. Walaupun anak dara tapi dalam mengemas khazanah milik sendiri mama juga yang kena buat.

Kit poskad - Satu-satu aku keluarkan isi di dalam folder Jom Tangani Stress. Elok juga dijadikan panduan bukan untuk anak-anak sekolah tapi sebagai ibu-bapa juga. Tetapi tidak pernah pula dia menunjukkan pada mama sebelum ini

Bertepek-tepek - Banyak betul kertas warna-warni dan origami ini yang aku temui.  Apalah keinginan dia kerana boleh dikatakan semuanya lebih kurang saja. 

Buku comel - Ini lagi yang aku rasa entah berapa banyak ada dalam simpanan. Bertulis hanya beberapa muka surat saja. Buku 555 ini buat aku tersenyum sendirian kerana teringat cerita P Ramlie dulu (lupa tajuk filemnya).

Ini juga - Magic box adan surah-surah hafazan ini entah ada berapa keping. 

Budak belum baligh beginilah. Sebenarnya bukan setakat itu saja. Kalau keratan Didik dari akhbar mingguan juga banyak aku temui. Semuanya sudah dibuat ulangkaji tapi tidak bersusun langsung. Balik sekolah tengahari melihat almari bukunya bersusun rapi suka tapi tidak tahulah berapa lama boleh bertahan. Mama sudah berpesan jangan kecah lagi sebab mama letih setengah hari sekadar mengemas tempat buku-buku adik saja. 


 ~~ Ramadhan kian beransur meninggalkan kita. Apakah yang terbaik telah aku lakukan sepanjang ramadhan yang ditinggalkan. Aku terus menghitung hari.~~


Friday, July 3, 2015

Perbandingan itu musuh kebahagiaan

Ringkas diberikan sebagai renungan kita bersama.

Ada kalanya kita terlepas pandang bahawa dengan membuat perbandingan boleh menggugat kebahagiaan yang dikecapi. Oleh itu berhati-hati ketika membuat perbandingan. Apa lagi perbandingan yang melibatkan ketidakpuasan hati apa yang telah digenggam atau dimiliki. Tidak kurang juga dengan membuat perbandingan antara anak-anak, staff yang ada, kemewahan, kecantikan, kekuasaan dan sebagainya. Khususnya wanita/perempuan kelompok yang rasanya lebih suka membuat perbandingan berbanding kaum lelaki, walaupun tidak kurang ada lelaki yang lebih-lebih lagi dari perempuan. Buat penilaian diri kita di mana duduknya diri kita dalam hal ini.

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin kepada kaum wanita oleh yang demikian Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana mereka telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Oleh sebab itu wanita yang solehah adalah mereka yang taat kepada Allah lagi memelihara dirinya" - (Suroh An-Nisa':34)

~~ Sekadar renungan di hari dan bulan yang mulia ini. ~~

Thursday, July 2, 2015

Ralat - Hendak cepat berhari Raya

Ralat. Itu yang mahu aku katakan. Post semalam jika dilihat aku sangkakan hari ini 16 ramadhan tetapi esok sebenarnya baru 16 ramadhan. Semalam petang ketika di dapur dengan Mak Zah bila aku katakan "malam ni nak qunut kan" . Terus Mak Zah katakan yang puasa baru hendak masuk 15 hari. Alahai hendak cepat beraya sangat makcik ini. Mohon ampun dan maaf atas kesilapan yang tidak aku sedari.

Lihat - Pada malam yang ke 16 ramadhan hingga akhir ramadhan ......
Doa Qunut - Malam ini baru betul ia akan mula di baca sewaktu witir.  Ampun dan maaf kepada semua.
Panduan - Lihat betapa lama setiap tahun buku ini akan menemani aku setiap malam.  Sewaktu buku ini dicetak Datuk Hj. Noh Gadut baru timbalan mufti negeri Johor.
Kulit luar - Inilah bukunya. Sudah pudar.
Hari ini baru 15 Ramadhan bukan 16 sekali lagi aku mengingatkan diri sendiri. Lihatlah bila diri dipanjat usia hal begini pun boleh terlepas pandang. Dua-tiga kali aku membelek kalendar untuk membuat kepastian. Bila ABC awal-awal bulan memang hal begini boleh terjadi. Orang lain sudah banyak hari berpuasa dan ada yang sudah khatam membaca Al-Quran kita tidak lagi itulah jadinya.

~~ Manusia dan lupa tidak dapat dipisahkan. Maaf sekali lagi dari diri ini.~~


Wednesday, July 1, 2015

Ketentuan rezeki untuknya

Bila tuannya leka dia pun bermaharajalela...
Gelinya!
Lagi!
Togel!
~~ Jangan lupa malam ini terawih sudah mula membaca doa qunut.~~