Tuesday, October 4, 2011

Perjuangan Hari Pertama

Perjalanan masih panjang sayang
kami tidak pernah lupa walau berjauhan
mama-papa-adik semua berdoa menadah tangan
Kak Nurienne dipermudahkan
dalam menjawab apa jua soalan

Debaran Kak Nurienne kami rasai sama
kami tahu Kak Nurienne telah berusaha sedaya upaya
tawakkal padaNya moga berjaya
usaha telah dibuat, doa dipanjat sentiasa
kini kita pasrah apa jua suratannya


~~ Hari pertama Kak Nurienne menduduki peperikasaan PMR. Pagi tadi Bahasa Melayu Kertas 1 dan Bahasa Melayu Kertas 2. Petang ini jam 2:30 akan menjawab soalan PendidikanIslam Kertas 1~~


Maaf aku bercuti selama anak aku menduduki peperiksaan PMR ini. Doakan Kak Nurienne kami. Sesekali menjengah blog bila berupaya. Andai ada N3 itu adalah auto published. Maaf dari TITISAN NURANI - Kakzakie Purvit.

Monday, October 3, 2011

Tidur Mati

Pada malam akhir aidilfitri 1432H - lebihkurang 10:30 malam.

Semua sudah keletihan. Rengsa badan dengan bau peluh yang menyesakkan hidung membuat rasa mahu segera masuk ke bilik air. Adik pula mengatakan 'bladder' sudah tepu minta untuk di buang segala isi penangan 10 buah rumah asyik makan dan minum. Sebaik pintu pagar dibuka adik meluru dulu. Tolak grill pintu untuk masuk tidak boleh kerana pintu slidingnya terkunci. Tanya Mak Zah tidak membawa kunci. Aku pula kalau setakat berkunjung keliling rumah memang tidak membawa segalanya. Semua juga tidak membawa telefon bimbit. Ketuk-ketuk pintu berkali-kali aku rasa jiran-jiran yang mendengarnya. Terjerit-jerit ditengah malam buta memanggil Yasmien tiada tanda dia mendengar. Adik sudah tidak tahan. Aku suruh adik mencangkung dan buang saja di tepi longkang pokok bunga, guna air paip siram bunga.


Lama di luar aku tiada pilihan lain lalu tebalkan muka meminjam telefon jiran sebelah untuk menelefon hubby yang mengikuti seminar dua hari di KL. Suruh hubby telefon rumah kejutkan Yasmien. Aku, Mak Zah dan adik belum bersolat Isya' lagi kerana marhaban bermula selepas solat maghrib. Tumpang bersolat di rumah jiran aku (warga Indonesia - tapi kami mesra sebab yang lain jiran kami majoriti bukan Islam). Bagaikan putus asa bila deringan telefon berkali-kali dapat kami dengar dari porch tapi tidak berangkat. Aku susun strategik mahu menjadikan sofa yang koyak (telah aku jahit) untuk adik tidur di situ - alas dengan selendang yang aku pakai. Tikar yang digunakan untuk marhaban aku bentang semula untuk dijadikan tempat aku tidur dengan Mak Zah. Jiran aku sudah sedia mengusung bantal buat aku tidur.


Sambil membebel sebaik melabuhkan kepala ke bantal baru pintu terbuka. Muka aku waktu itu benar-benar geram ketat. Sudah dipesan kami tidak membawa kunci boleh dia menjawab dia tertidur. Penat kerana waktu siang di sekolah ada perlawanan futsal. Masya-Allah.... geramnya Allah saja yang tahu. Kalau pun hendak berbaring, kenapalah tidak baring saja di hall depan tv sebagaimana selalu. Ini tidak, boleh dia tidur dalam bilik siap berkunci dan on aircond memang bertujuan untuk terus tidur. Hubby kata mujur dia tidur dalam bilik Mak Zahnya. Semua nombor telefon yang ada dalam rumah itu hubby panggil, akhirnya setelah berkali-kali panggilan dibuat telefon dia sendiri yang dia dengar kerana duduk di bawah bantal - biasalah dia suka mendengar lagu Korea di telefon bimbitnya. Kalau dia tidur di bilik belakang yang tiada telefon langsung sampai ke pagilah kami tidur di porch.



~~ Gara-gara Yasmien tidur mati, malam itu aku tidur hampir jam 2:00 pagi kerana mengemas tikar, susun balik kerusi-meja dan parkingkan kereta-kereta sendirian sebab hubby outstation. Iktibarnya kalau keluar rumah dan yang ada di rumah hanya anak kita baiklah bawa kunci. ~~