Pengiraan zakat harta bagi keluargaku jatuh setiap bulan ramadhan. Oleh itu setelah berjumpa dengan amil yang dilantik kerajaan negeri Johor kami pun membuat perkiraan dan membayar berapa jumlahnya. Atas nasihat uztaz (Hisham namanya) selepas akad dia telah memberikan senarai beberapa nama kepada hubby untuk diagihkan wang tersebut atau diberi dalam bentuk apa jua asalkan jumlahnya menyamai dengan nilai wang tersebut.
Persediaan bermula dengan masukkan duit zakat yang dikira. Orang yang hendak dibahagi ada 16 orang. Teman hubby pun tumpang sekali. Jadi semua sekali ada 32 paket. Bererti setiap orang akan mendapat 2. Satu dari keluarga kami dan satu dari kawan hubby.
Hamper pun kami sediakan sebanyak 16 kerana telah diberitahu ada 16 buah rumah/keluarga yang layak/berhak untuk menerimanya.
Adik dan kakak dah siap tampal dengan kad Selamat hari Raya pada setiap hamper yang akan diagihkan.
Dah sedia untuk beredar..........
SALAM KAKZAKIE....
ReplyDeleteselamat mencari lailatul Qadr di 10 akhir Ramadhan..
keluarga ummi belum agihkan lagi zakat fitrah coz kedua2 adik bujang ummi tu juga dilantik sebagai amil , jd si adik bongsu dah siap pesan "kak chaq bayar kat adik tau , kalu RM49 tu chaq bayar RM50 dah ler " he he he tu ler adik2 ummi , ustaz pd org lain,tp dgn kakak dia tetap manja...
Salam Ummi,
ReplyDeleteAlhamdulillah adik ummi mendapat/diberi mandat dan tanggungjawab sebagi amil. Tidak mudah mengurus wang org ramai. Ada kes di Johor nie di kawasan org. ramai (kawasan bazar ramadhan)duit zakat kena rompak. Tak dapat kejar. Pesan adik ummi tu jaga sentiasa. Kakak kena pesan adik (walaupun ustaz)yg dah besar panjang memang tetap manja... macam anak kita....
salam kakzakie,
ReplyDeletesalam ziarah. Smoga Allah memberkatinya.
p/s: kakzakie hantar ke alamat rumah/pejab ke dzairoy@gmail.com? Hantar la yer, az tunggu ni