Friday, October 8, 2010

Berakhirlah sudah Hari Raya 1431H/2010......

Malam tadi sebelum melelapkan mata kotak fikiranku menerawang jauh mengenang kenangan yang berlaku sejak sebulan-dua ini. Terlalu banyak untuk diperinci tapi yang nyata banyak benar yang gagal untuk digapai dan banyak juga rahmat yang diterima sepanjang menjalankan ibadah di bulan ramadhan dan meraikan lebaran tahun ini.

  • Azam saban tahun mahu khatam 30 juzuk sebanyak tiga kali gagal aku gapai. Agaknya kalau berpeluang berpuasa di Mekah (belum pernah lagi dirasai) aku boleh menggapainya.
  • Solat terawikh lopong dua hari (tidak termasuk cuti percuma yang Allah berikan). Sakit perut dan cirit-birit menduga keimanan dan akhirnya aku gagal.
  • Jahitan baju kurung untuk dipakai di Hari Raya sepatutnya berjahit dengan sulaman manik di lengan dan leher juga gagal aku lunaskan. Anak-anak bertanya kenapa tahun ini baju kita plain tanpa bling-bling? Sebenarnya sukar untuk menjawab pertanyaan ini.
  • Masa berziarah ke rumah saudara-mara banyak yang tidak ceria. Mood Hari Raya berkurangan kerana bila bersua banyak airmata yang tumpah berbanding senyum-tawa seperti tahun lalu. (Seminggu sebelum emak mertua pergi menemui Ilahi anak saudara accident meninggal dalam usia 20 tahun. Sebulan selepas emak pergi abang ipar pula menyusul. Itulah antara yang menjadi penyebab banyak airmata tumpah).
  • Hasrat untuk makan lepat pulut seperti yang biasanya diadun oleh ibu mertua akhirnya tidak kecapaian.
  • Ini yang paling haru bila naik kerja (setelah bercuti sakan selama seminggu) permohonan AP aku ke MITI belum mendapat kelulusan. Barang import sudah sampai di pelabuhan Pasir Gudang. Terpaksa mohon liner untuk postpone storage. Berhubung dengan pegawai MITI katanya missing during transaction. Hairan kerana dari monitor aku jelas terpapar permohonanku itu. Terpaksa berinteraksi terus dengan boss MITI. Atas nasihatnya kena batalkan permohonan sebelum Hari Raya dan kenalah membuat permohonan baru. Hari berikutnya baru mendapat kelulusan. Lega……

    Dalam aku tidak dapat menggapai yang tersebut itu ada juga yang mampu aku gapai sepanjang ramadhan dan syawal tahun ini:-
  • Masih berpeluang menunaikan rukun Islam sehingga keakhir ramadhan. Syukur dipanjangkan usia olehNya. Masih dapat menikmati dan menelusuri bazar ramadhan yang menyajikan beraneka juadah.
  • Berpeluang menghulur sedikit kelebihan yang Allah kurniakan untuk dinikmati bersama-sama insan lain yang kurang berupaya.
  • Mampu membuat biskut dan kek untuk juadah Hari Raya. Kerepek dan asam-asam kena beli juga.
  • Menjahit baju untuk dipakai anak-anak di hari yang mulia ini biarpun tidak ada bling-bling.
  • Apa yang paling aku gembira bila tiga minggu terakhir Ramadhan bapaku tinggal bersama. Seminggu di rumah abang dia mahu dihantar ke rumahku. Anak-anak paling gembira selain kami adik-beradik. Kalau tidak bapa kami tinggal sendirian di kampung. Puas dari seorang ke seorang kami adik-beradik memujuk akhirnya dia akur tinggal dengan anak-anak. Mungkin kerana rumah aku merupakan daerah yang yang terdekat dengan kampungku maka dia lebih betah bersama ku.
  • Ada yang seronok lagi pada Syawal tahun ini. MARHABAN YA NURUL AINI. Puas kami bergerak setiap malam dari Jalan Damai 1 (jalan utama) hingga akhirnya ke Jalan Damai 8. Bermula dari 13-09-2010 hinggalah 07-10-2010 saban malam kami bergerak dari sebuah rumah ke sebuah rumah seperti yang tertera dijadual yang telah diedarkan oleh Biro Wanita Taman seminggu sebelum Aidilfitri menjelma.

Lihatlah sebahagian gambar-gambar yang disnap yang menyimpan memori tersebut: -











Hari pertama sebaik menjejakkan kaki di kampung untuk menyambut lebaran ialah menziarh kubur nenek yang baru pergi menemui Allah. Esoknya lepas solat Aidil-fitri sessi beraksi buat memori. Berjumpa sepupu di rumah nenek yang telah pergi selama-lamanya terasa kosongnya.......



















Puas makan makanan Melayu tekak mengubah selera makanan bukan Melayu. Hari Raya belum habis lagi. Jadi setiap Sabtu atau Ahad cuba cari makanan di luar yang bukan origin Melayu. Sekali terkena bila makan di restoran yang baru dibuka berdekatan dengan Danga Bay. Oleh kerana tekak origin dari orang Melayu, banyak makanan yang tak habis. Adik lagilah kata "Kakak yang pilih restaurant ini ". Semua ketawa.





































Sekitar marhaban yang meriah. Yang seorang tu kakak yang selalu compose lagu marhaban dan yang bertudung kuning gambar pertama cik kak Bendahari yang jaga tabung. Juadah pula disediakan oleh setiap rumah yang turut mengambil marhaban tersebut. Makanan akan dihantar ke rumah terakahir marhaban pada malam tersebut. Macam-macam juadah boleh didapati. Ada ketupat bermacam jenis ketupat, mee bermacam jenis mee dan kuih berjenis-jenis kuih. Al-maklum walau di Johor tetapi penghuninya bukan semuanya orang Johor. Apa-apa pun yang seronok anak-anak bila dapat kumpul duit raya setiap malam.

bangkit awal wudhuk di perigi
sujud tawadhuk setiap hari
mohon doa diterima olehNya
biarpun syawal berlalu pergi
ikatan ukhuwah kekal di sanubari
mendapat keberkatan kita bersama

6 comments:

  1. Assallamualaikum kakzakie,

    Betapa mama nadz menyukai membaca dan melihat paparan ini. Ada n3 yang kakzakie berjaya lakukan dan mama nadz tidak dapat lakukan:
    1. berhari raya dikampung sememangnya mesti..tapi mama nadz tak dapat lakukan kerana berhari raya kat hospital bersama putri.
    2. makan nasi India berdaun pisang..mama nadz tak kemana2 pun sejak raya..hanya ke tempat kerja/hospital/balik umah.
    3. MARHABAN..alangkah bahagianya ada kumpulan marhaban begitu..mama amat teringin..tapi tempat mama tak ada kumpulan sebahagia itu..dulu2 mama pernah ikuti kumpulan sedemikian tapi itu dari kumpulan yang terlalu jauh dari tempat mama di daerah lain..
    Amat beruntunglah ..semuga Allah merahmati segalanya.

    ReplyDelete
  2. W/salam Mama Nadz,

    Terima kasih tidak terucap mama. Apa-apa pun Hari Raya yang baru berlalu meninggalkan rahmat buat kita semua. Mama dah dapat cucu itu lagilah rahmat yang sukar diluahkan oleh kata-kata.

    ReplyDelete
  3. Salam Kakzakie,
    jalan-jalan blogwalking dari blog AZ, Salam ziarah dan salam perkenalan...

    saya dah follow, nnt follow lah saya juga ya...

    ReplyDelete
  4. W/salam nurazzah,

    Terima kasih ziarah. Moga jalinan beroleh kebaikan bersama.

    ReplyDelete
  5. salam za,

    alhamdulillah, banyak yang mencapai target walaupun ada sikit kekurangan sana-sini...semoga ramadhan akan datang akan menjadi lebih baik buat kita...

    ReplyDelete
  6. W/salam Hjh Nab,

    Insya-Allah itulah harapan kakak saban tahun walaupun ada yang azam tiap tahun tapi tetap tak dapat dicapai. Hehehe...

    ReplyDelete