Saturday, October 16, 2010

Honda yang comel

Semalam balik dari kerja lihat kereta hubby dah parking. Baru letak handbag hubby kata Honda yang kita order dah sampai. Wah..... aku belum lagi ke dapur untuk masak makan malam. Hubby perlukan aku kerana kalau tidak siapa nak bawa balik kereta yang di pandu ke kedai tu. Mana mungkin dapat Honda baru kereta aku pulak nak di tinggal di kedai. "Kita makan luar jelah malam ni..." bila hubby kata macam tu kenalah aku ikut ke kedai Honda yang dikatakan. Anak sulung aku yang baru balik dari asrama ikut sama. Dialah yang beria-ia mahukan si Honda ini. Sayang nombar pendaftaran tidak ditempah. Jadi berlainanlah dengan nombor kereta-kereta yang ada. Tak kisahlah tu..... itu kata hubby.

























Lihatlah sampai saja anak sulung aku dah mencuba. Kakak aku pun kepingin merasa. Anak aku yang dua orang pun turut sama nak merasa. Cuma aku saja yang tidak ada sebab aku tidak tahu naik motor. Basikal pun tidak tahu apa lagilah motor..... Azam nak belajar basikal dulu. Honda ICON ini akan aku tunggang juga suatu hari nanti. "Jangan ketawakan mama" Itu kata-kata aku pada anak-anak.

Menikmati sesuatu yang baru
walau terlalu kecil
amat indah untuk dinikmati
apabila kegembiraan terpancar
diseluruh pelusuk hati
yang menerimanya

14 comments:

  1. salam ziarah..trime kasih berkunjung, hantar komen dan folo blog sy..sy sgt menghargainya..semoga berkunjung kembali ya..blog ini menarik..syabas atas semua entri yang telah dititipkan ini ^-^

    ReplyDelete
  2. Salam sahrim,

    Sentiasa menjejaki blog yang boleh menambah apa yang diri ini tiada. Terima kasih jua dari kakak.....

    ReplyDelete
  3. salam sahrom,

    maaf salah pulak spelling nama tu... sorry so much

    ReplyDelete
  4. salam ziarah k zakie ..

    cantik moto tu..
    memang moto satu keperluan,
    jwpan kpd masaalah jem dan parking bile berkerete,
    aby sendiri gune moto bile anta ke sekolah atau urusan dalam bandar ..
    blh redah jem n park kt mane2 jer ..

    ReplyDelete
  5. salam kakzakie,
    masa zaman remaja puluh tahun dulu, kakpah selalu tunggang moto abah. bawa kehulu kehilir tanpa lesen.
    sekarang ni, nak naik atas moto pun takut.. apatah lagi nak bawa.
    zakie,.. kena belajar bawak motor tu. senang nak cilok kiri kanan haha..

    ReplyDelete
  6. Salam kakzakie
    Tahniah, famili dapat kenderaan baru. InsyaAllah boleh belajar bawa, perlahan-lahan (suruh hubby duduk belakang, jadi tukang tahan motor drpd rebah). Dalam keadaan tertentu, motorsikal boleh jadi satu alternatif yang amat membantu.

    ReplyDelete
  7. Waalaikumsalam Aby,

    Sebenarnya untuk ambil anak balik sekolah pada hari jumaat. Balik jam 12:00 t/hari; pergi sekolah agama jam 2:30 jadi tak ada van, kak Zah yang dlm gambar tu kena guna motor nie...

    ReplyDelete
  8. W/salam Kak Pah,

    Sebenarnya kakak memang takut naik kenderaan 2 tayar. Tak apa kakak belajar naik basikal anak dulu. Nanti tak payah pandu kereta lagi; pergi kerja naik motor cilok sana cilok sini macam Kak Pah kata. Huhuhu...

    ReplyDelete
  9. W/salam cikgu,

    Kakak sekarang sedang belajar naik basikal walau kena ketawakan anak-anak. Mungkin badan dah berat la cikgu. Belajar nak imbang badan pun tak boleh stabil lagi. Malu kat taman permainan ramai anak-anak lihat auntie ni tak pandai naik basikal.Hahaha.....

    ReplyDelete
  10. Salam kakzakie.

    Salam perkenalan. Terima kasih krn ke blog kak werdah

    ReplyDelete
  11. Salam Cikgu Werdah,

    Kakak nak addressed cikgulah. Rasa lebih selesa pulak. Seronok baca tazkirah bagi membuka minda.

    Terima kasih juga dari kakak.

    ReplyDelete
  12. CelebrityNetWorth is a website which reports estimates of the total assets and financial activities of celebrities. Read it for more information. Want to find out the net worth of your favorite entrepreneurs, athletes, actors, celebrities? See more in Celebrity net worth.

    ReplyDelete