Sebulan sebelum musim peperiksaan banyak sekatan terpaksa aku buat ke atas anak-anak. Tiada televisyen untuk hari sekolah. Tiada facebook/game dan semua mouse aku simpan dalam laci yang berkunci. Telefon bimbit mereka aku simpan dalam handbag aku sentiasa. Bila peperiksaan sudah berakhir semua aku serah kembali. Masuk bilik aku lihat di whiteboard segala jadual peperiksan telah dipadam dan terpampang tulisan “Yahoo,!! dah habis exam”. Terkenang bezanya zaman aku dulu dengan zaman ini.
Orang dahulu pergi sekolah jalan kaki.
Sekarang pergi sekolah bas/van/kereta/motor dan paling tidak pun naik basikal sendiri
Orang dahulu pergi sekolah bawa bekal dan duit 30-50 sen.
Sekarang pergi sekolah tak mahu bawa bekal dan kalau bawa bekal duit tetap RM 3-5/-
Orang dahulu belajar tidak ada kelas tambahan berbayar (tuition).
Sekarang belajar mesti ada kelas tambahan yang setiap satu mata pelajaran sekurang-kurangnya RM 30/-.
Orang dahulu belajar kongsi buku kerana ada penjaga yang tidak mampu.
Sekarang belajar kalau tidak ada buku yang diperlukan sanggup tidak pergi sekolah.
Orang dahulu belajar kalau tidak betul cikgu tidak takut-takut untuk pukul anak murid.
Sekarang belajar sudahlah tidak pandai, berani pula menghukum guru malah ada yang kurang didik (rasa kurang enak kalau disebut kurang ajar) tidak malu-malu menghentam pula guru yang mangajarnya.
Orang dahulu pergi sekolah pakai kasut sekolah sepasang saja (brand tidak penting). Kalau basah panggang belakang dapur atau gantung dekat dengan kipas angin.
Sekarang kasut sekolah berpasang-pasang dengan brand yang berbeza-beza.
Orang dahulu pergi sekolah guna satu beg sahaja sehingga tak boleh dipakai baru tukar baru.
Sekarang sekolah kebangsaan beg lain, sekolah agama beg lain, tuition beg lain dan asal ada saja keluaran beg baru beg yang masih boleh pakai pun hendak diganti baru.
Orang dahulu belajar kalau kena pukul cikgu takut hendak beritahu ibu-bapa (kena tambah lagi adalah).
Sekarang anak kena piat telinga sudah membuat laporan ke Balai Polis mengatakan telinga anak pekak kerana kena piat dan lebih teruk lagi kena naik-turun mahkamah.
Orang dulu jadi guru kelulusan baru tingkatan 5 saja. Boleh juga mendidik.
Sekarang ada yang jadi guru kelulusan phD pun ada kerana untuk menyara hidup sebab cari kerja lain tidak dapat (tambahan pula sekarang dugaan sebagai guru amatlah banyak. Sabarlah cikgu.....)
---
--
-
Buat semua guru yang pernah mendidik aku, jasamu terlalu agung untuk ku kenang. Susah payah mendidik suatu masa dulu tetap ku kenang sehingga ke akhir hayat.
---
--
-
Renungan bersama…..
BERGURU KEPALANG AJAR
BAGAI BUNGA KEMBANG TAK JADI

berburu ke padang datar,
ReplyDeletedapat rusa belang kakinya
BERGURU KEPALANG AJAR
BAGAI BUNGA KEMBANG TAK JADI..
Lama tak selisih dengan peribahasa nie..Tmekasih mngingtkan yg dulu. Betulla, la lain, Tak ikut dikata ketinggalan zaman, terlebih ikut punah generasi..Terlalu banyak cabaran dlm pendidikan sekarang nie.Muga2 mereka generasi cmerlang dunia akhirat
salam za,
ReplyDeleteternyata jauh berbeza dulu dan sekarang
zaman kak nab zaman susah...hidup serba kekurangan, tapi amat bersyukur dengan apa yang ada!
salam kak..
ReplyDeletedulu lain skrg lain..
dulu kuih dpt seposen sekarang empat posen satu..
huhuhuh..idup skrg memang penuhh dgn cabaran...
W/salam ain,
ReplyDeleteMengharap anak-anak cemerlang dunia & akhirat memang harapan semua ibu-bapa.
W/salam Kak Hjh Nab,
ReplyDeleteBezanya memang amat ketara. Dulu bukan saja susah kewangan, bahkan barang yang nak dicari pun susah kan....
Sentiasa bersyukur menjadi kesusahan tidak berasa....
W/salam sahrom,
ReplyDeleteBenar tu. Semoga cabaran membuat ianya lebih sedar dan sentiasa bersyukur atas nikmat yang diberi olehNya.
salam kakzakie... sibuk ker.
ReplyDeleteselamat bercuti..
anak2 dah habis exam kan..
orang dulu tu antaranya IM lah..hik!
ReplyDeletesalam kak.
ReplyDeletesetuju benar dengan tulisan kak. sejarah orang dulu suatu yang bermanfaat kalau ia diingati dan diambil iktibar. sebagai suntikan semangat kepada orang sekarang untuk belajar dengan lebih tekad dan gigih. syukran.
Salam...
ReplyDeleteKakpah: cuti Deepavali cuma sehari je... anak-anak yang suka dah tak kena concentrate dgn buku lagi.
IM: kakak pun rasa juga masa susah dulu. Cuma tak sesusah kakak dan abang kita yang lebih dulu merasainya.
Ibnu Samaon: sekarang org belajar sandaran utama duit dan kemahuan. Kalau dari segi kepandaian rata-rata memang pandai. Tepuk dada tanyalah....
salam kak za
ReplyDelete"Cikgu bolehlah cakap,tu dulu, sekarang lain cikgu," itulah antara respond awal pelajar bila saya ceritakan situasi menuntut ilmu zaman saya (90-an) dan kemudian zaman ibu saya (60-an).
betul kan kak
takde yang dulu
takdelah yang sekarang
salam ziarah
ReplyDeleteorg dulu kasut itulah buat raya, kasut itulah buat sekolah..huhu
terkenang zaman bawak duit 30 sen
salam k zakie.
ReplyDeletemase aby kecik2 dulu, mak ayah tk bagi kluar sbb kate nye ade penyabit. penyabit ni akan colek2 budak sbb nak ambik kepala utk d buang ke sungei nak buat jambatan.
sekarang klu anak2 kuar sebarangan, aby pun gune ayat yg same, cume alasan.. nanti di potong tangan atau kaki, sbb nak di jadikan pengemis ..
ade juge persamaan juge yer dulu dan sekarang
Salam....
ReplyDeleteUmmu: Lain ulu lain parang, lain dulu lain sekarang. Apa yang nyata kini susah masih boleh dicari, dulu susah yang dicari pun susah nak dapat.
Imanshah: Dah dapat kasut baru itupun dah tak boleh tidur malam. Asyik dok mencuba setiap kali panadang kasut baru.
aby: Eh... sama dgn situasi kakak di sini. Bapak kakak kan imam jadi bebudak lepas habis mengaji nanti arwah emak kakak mesti pesan pada mereka "balik terus jgn singah mana-mana, nanati ada pencolek". Dah faham maknyanya tu.
dulu sebenarnya tak ada cerita pun kesahihannya tapi sekarang memang banyak kes budak hilang. Itu yang buat ibu-bapa takut.
memang banyak perbezaan belajr dulu dan sekarang...jadi cikgu ( orang lama ni ) perlu lah ikut perkembangan semasa...kena ikut rentak mereka...tapi dengan cara ketegasan kita...
ReplyDeleteSalam Cikgu Sonata,
ReplyDeletePengalaman mengajar ada dalam diri cikgu... kurniaan semulajadi yang diberikan oleh Allah.
Salam K Zakie
ReplyDeleteTeringat pengalaman jadi cikgu dulu-dulu...
Mengajar di kampung dan mengajar di bandar pun banyak perbezaan...
Salute to all teachers...respect dengan kesabaran mereka...
W/salam Asnija,
ReplyDeleteOh... pernah jadi cikgu juga.
Murid bandar dan kampung juga berbeza.
Kesabaran guru-guru memang wajar dihargai.
salam...
ReplyDeletekunjungan balas..
mmg dulu dan skrg dah terlalu jauh berbeza..saya pun pernah jadi cikgu ganti sebyk 2 kali..budak2 zaman skrg ni tak ramai yg btul2 nak belajar..sbb tu kot, bila dah keje esok2 jadi susah sbb ilmu dlm diri tu tak mantap..x mcm org dulu2, bila blaja buat btul2..ada keberkatan dlm ilmu yg diterima..lg satu org dulu2 tak melawan cikgu..sampaikan bila nmpk cikgu kat luar pun terus cabut lari sbb takutnya dan hormatnya PD CIKGU..
keje cikgu ni keje mulia..
W/salam blade,
ReplyDeleteKakak pun pernah jadi cikgu sek. swasta. Kebanykannya anak org kaya.
Kerja mulia ganjaran pun besar selagi ilmu dipergunakan.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis committee help to many people. You can use their services in your work. You can read research papers about all details of their work. Find out today's Celebrity birthdays and discover who shares your birthday. We make it simple and entertaining to learn about celebrities.
ReplyDelete