Thursday, November 25, 2010

Marah


Tiada siapa yang suka kena marah. Siapa pula yang suka marah? Ada orang cepat marah. Kenapa cepat marah?
Lihatlah gambar dari En. google tu dengan mata mencerlang dan bibir menjueh tiada siapa suka.
Sifat amarah ini merupakan satu penyakit kalau tidak diubati.
Ada yang berubat hingga bertemu dengan pakar psikiatri atau kaunselor untuk mendapatkan nasihat.
Kalau sewaktu marah kita berada dalam keadaan berdiri, cuba duduk.
Kalau sedang duduk kena baring.
Masih tidak berupaya menahan marah ambillah wudhuk atau air sembahyang.
Berzikir, berwirid atau membaca ayat-ayat suci bagi menghilangkan rasa marah itu.
Beristighfar dan bacalah doa melembutkan hati "Allah Humma Allif Baina Qulubina".
Minum air agar lega dari kemarahan itu.
Pasti marah yang membuak itu akan reda akhirnya. Cubalah........
Bila amarah itu datang
ia merobek perasaan
melempias kepuasan sendiri
melerai simpulan kasih sayang
kepuasan naluri sendiri tertunai
mencanai kebencian sesama insan
ada airmata dalam amarah itu
tidak tuntas dengan kemaafan
sehingga hujung waktu
syaitan-iblis berpesta
merai sebuah kejayaan
insan amarah tersesat
sebagai teman
Na'uzubillah Himinzalik....




(sekadar renungan saja)


16 comments:

  1. salam kak..kena banyak baca ayatul kursi..baru marah kurang kan

    ReplyDelete
  2. sy selalu diam mengasingkan diri kalu marah, kalau bakar gaks, bersemburlah....

    ReplyDelete
  3. salam k zakie ..
    klu org marah kt kite yg teramat sangat,
    bace ayat ni kt dia ..
    Toha..
    maaa anzalnaa alaikal quraana litasqo ....

    5 ayat mule surah Toha ..

    ceritenye,
    wktu omar al khatab balik umah ngamuk dan memukul adiknye sbb dah mengikut ajaran nabi muhammad saw,
    bile dia merampas dan membace ayat2 yg ditangan adik nye, adalah ayat toha, terus dia jadi lemah.
    klu omar yg garang mcm singa boleh jinak dek surah toha ni, inikan pule insan2 yg garang umpama kucing mieow mieow, boleh jinak juge kot ..
    tp klu kite yg marahhh...
    istifar jer laa ..

    ReplyDelete
  4. terima kasih berkongsi untuk saling mengingati..

    benar, marah adalah punca jiwa tidak tenang, hati kusut, selain di atas, apa yang kita selalu buat ialah istighfar!

    kita ni pun selalu cepat marah, dulu dulu lagi teruk, tapi sekarang dan kool sikit, bila nak marah, terus kontrol hati, terus istighfar, kalau teruk sangat, pergi amik air sembahyang, kadangkala abbi tolong ingatkan... "istigfar ... istighfar banyak2" katanya..

    :) terima kasih.. :)

    ReplyDelete
  5. tak baik marah2. Kalau marah, mesti pandai kawal diri. kalau tak pandai kawal, tu yang bunuh orang..

    ReplyDelete
  6. w/salam sahrom,

    Menghayati betul-betul ayat Al-Quran itu utk menghilangkan marah.

    ReplyDelete
  7. W.salam mak su,

    Sembur dalam bilik air tak apa. Takut tersembur ditempat org ramai tu ha parah.....

    ReplyDelete
  8. Salam aby,

    Bila kita ingat dgn istighfar insya-allah kita juga tak lupa ayat Toha. Tapi bila istighfar pun dah lupa macamana nak ingat ayat Toha.

    Alangkah baiknya kalau kita selalu beringat. Terima kasih aby.

    ReplyDelete
  9. W/salam kella,

    Nasib baik hubby kella selalu tolong ingatkan. Bila usia bertambah insya-allah keimanan bertambah kukuh. Saling ingat-mengingati kita kan manusia biasa....

    ReplyDelete
  10. w/salam kakpah,

    betul tu kakpah. bila syaitan dah beraja dihati mata tak dapat membezakan anta yg baik dan yg jahat. Na'uzubillahiminzalik dijauhkan kita....

    ReplyDelete
  11. salam kak..

    dulu amy memang seorang yang panas baran , salah sikit je mula la berapi2 amy marahkan orang tapi alhamdulillah skunk x de lagi..

    ReplyDelete
  12. salam kak zakie
    marah ni kalau tak ya2
    boleh jadi stress kan, kak.
    jadi,eloklah kita tidak marah2
    kalau marah2 pun nanti cepat tua

    ReplyDelete
  13. W/salam,

    # Amy: Alhamdulillah eloklah tu Amy. Nanti panas baran cik abang lari susah. He.... he...

    # Ummu: Ha... betul tu Ummu. Cepat kerepot tak seperti usia sepatutnya. Tak mahulah....

    ReplyDelete
  14. Orang yang kalah adalah yang gagal mengawal kemarahannya....

    ReplyDelete
  15. Salam ckLah,

    Betul tu. Kita tak mahu kalah dgn yg itu....

    ReplyDelete
  16. I want to say that this article is amazing, great written and include almost all vital infos. I would like to peer more posts like this. The 192.168.l.254 are used by router brands such as Westell ADSL Modems, 3Com routers, Linksys switches, 2Wire routers, TP-Link routers Alcatel ADSL Modems, Thompson ADSL routers, ADSL billions routers, SRW2023 and others.

    ReplyDelete