Thursday, January 27, 2011

Air Jus Lempoyang

Bahan ekstrak halia hutan atau lempoyang boleh digunakan sebagai penawar kanser pangkal rahim iaitu penyakit kedua paling ditakuti wanita selepas barah payu dara. Penemuan itu adalah hasil penyelidikan selama 10 tahun Makmal Penyelidikan Kanser Makna, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mendapati tumbuhan herba liar tersebut terbukti mampu melawan sel kanser pangkal rahim pada peringkat awal. Penyelidiknya, Dr. Ahmad Bustamam Abdul berkata, kajian makmal menunjukkan penggunaan spesies halia itu dalam dos yang betul boleh menyembuhkan penyakit dalam tempoh tidak sampai 72 jam. Katanya, kajian praklinikal membuktikan sebatian semula jadi herba tempatan itu mampu menghalang perkembangan kanser sehingga fasa tiga.
-------------------------------------------------------------
Aku terjumpa artikel ini dari akhbar kosmo 20-11-2011.
--------------------------------------------------------------

Membaca kenyataan itu sebenarnya membawa ingatan aku kepada zaman akau masih anak-anak. Dulu kami adik-beradik paling kurang sebulan sekali mesti diperintah untuk meminum air jus lempoyang. Lempoyang akan diparut, dicampur dangan sedikit air dan kemudian ditapis. Sebelum minum akan dicampur dengan seketul garam jantan (garam kasar disebut garam jantan, mungkin garam betina garam yang halus. He...he....he.....). Menurut emak supaya tidak ada cacing dalam perut. Hidup dalam kekangan kewangan yang amat sempit membuat kami tidak mampu membeli ubat cacing.

Kalau di sekolah pula bila ada pihak kementerian kesihatan datang dengan ambulan dan murid-murid beratur akan disuap sesudu ubat cacing. Aku lebih suka minum ubat cacing ini sebab rasanya manis. Jadi bulan tersebut selamat tidak perlu minum air jus lempoyang. Ada satu kenangan disebalik minum ubat cacing yang tidak dapat aku lupakan. Ada seorang rakan sekelas aku punyalah takut dengan jururawat hingga terkencing dalam seluar. Itu bukan lagi kes bila beratur untuk suntikan. Tangisan mesti akan kedengaran.

Anak sekarang, lahir saja segalanya telah terhidang. Suntikan, ubat-ubatan mudah untuk mendapatkannya. Walau bagaimanpun betapa anak-anak dahulu begitu kuat antobodinya berbanding anak-anak sekarang. Dulu aku walau bermain air hujan tidak pun demam. Siap boleh main kejar-kejar lagi. Anak sekarang baru kena gerimis demamnya memanjang. Tidak dapat aku bayangkan kalaulah ibu-bapa aku yang mempunyai lapan orang anak silih berganti sakit-demam bagaimana agaknya. Kalau disuruh minum air jus lempoyang banyak alasan diberi. Rasanya bukanlah pahit sangat. Ianya adalah rasa payau dan sedikit pahit.
Keluarga aku memang masih mempraktikan minum air jus lempoyang. Pokok itu juga masih aku tanam dan selalu juga mereka yang dalam pantang selepas bersalin akan minta untuk dijadikan jamu. Buat aku sebulan sekali selepas ABC (Allah beri cuti) air jus lempoyang menjadi satu kemestian. Segelas saja sudah cukup untuak membuat badan kembali segar. Hendak melihat cara menyediakannya sila lihat paparan gambar di bawah ini.

Membiak - Pokok lempoyang ini membiak tanpa penjagaan. Hubby tanam di luar pagar sewaktu mula membeli rumah yang kini kami sewakan kepada orang lain untuk memdudukinya.

Lempoyang - Inilah hasil yang telah dicabut. Penuh diselaputi tanah.

Akar - Lempoyang muda terikut sama. Aku tidak menggunakan yang muda.

Letup-letup - Tanda pokok lempoyang tidak berjaga. Pokok menjalar ini menumpang hingga boleh menghasilkan banyak buah.

Kekuasaan Allah - Cantik pulak kelihatan pokok letup-letup ini. Maha kaya Allah menjadikan berbagai-bagai jenis tumbuhan yang tidak terjangkau di akal fikiran kita.

Bersih - Lempoyang yang telah dibuang akar dan kulit akan kelihatan seperti halia.

Parut - Setelah dibersihkan lempoyang diparut. Aku masih mengekalkan tradisi keluarga menggunakan parut bukan blender.

Campuran - Setelah diparut tuangkan dengan sedikit air dan kacau-kacau.

Saring - Setelah dicampur dengan sedikit air bolehlah disaring atau tapis.

Siap - Segelas air jus lempoyang untuk diminum. Sebelum minum ambil seketul garam jantan (garam kasar), kacau (kerana jus akan mendak) barulah boleh minum.


80 comments:

  1. salam kak...

    dulu ms kecik2 nak mkn ubat air pon payah... apatah lg nak di sruh minum air lempoyang bagai... ~

    ReplyDelete
  2. masih samar untuk bezakan pokok ni sebab banyak yang hampir serupa, apa pon tips tu sangat baik tk kongsi info

    tang ujan tu tul, saya paling suka dan nunggu hujan turun senang nak basuh laman yang dibuat parking dalam ujan lebat - anak-anak dok tengok je la, korang kang demam

    ReplyDelete
  3. Kalau tengok pada color macam air oren tapi adakah rasanya lebih kurang sama atau ehem2 kak..amy nie kalau bab pahit2 out...

    ReplyDelete
  4. nampak sedap tapi kalau minum gerenti dahi berkerut. Bagus ubatan semula jadi...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...

    Agak keliru juga kerana mungkin di tempat saya, lemboyang ni disebut dengan nama lain..

    Apa pun, terima kasih berkongsi info..:)

    ReplyDelete
  6. salam,

    dah lama tak tgk pokok letup-letup tu... dulu masa kecik2 suke main dgn pokok letup-letup... :D

    info tentang lempoyang tu mmg bagus, thks!

    ReplyDelete
  7. salam kak..bagusnya jus ni kan kak tp sure No takleh telan huhu..daun dia je No guna tuk mandi sauna..tp tu dlu masa duk menyewa..skang tak tau ada tak lagi rumah tu..rasa menyesal lak tak amik tanam...

    ReplyDelete
  8. Almkm.
    Kak G jarang2 sekali makan/minum temulawak.
    Tapi memang tahu banyak khasiatnya untuk kesihatan & sebagai penawar. Cuma tak pernah tahu ia juga ubat cacing.
    Setahu Kak G lempoyang baik sekali untuk menjaga organ hati & ginjal; mengatasi masaalah batu karang, demam kuning, kulit & haid; mengelak rheumatism, yeast infection, radang usus & mengelak ketumbuhan serta baik untuk kesihatan secara keseluruhannya.

    ReplyDelete
  9. salam manje,

    padan pun dah nama pun manje. makan ubat mesti nak kena paksa nie....

    ReplyDelete
  10. Salam cemomoi,

    Dulu main ujan tak apa tak ada banyak pencemaran udara tu yg tak demam. sekarang lain sana-sini semua tercemar...

    ReplyDelete
  11. Salam kakcik,

    Nampak je macam jus oren. Tapi rasa tak sesedap oren.

    ReplyDelete
  12. Salam Amy syaquena,

    Nak try meh sini. Kalau bab pahit dah kata out. COnfirm amy tak boleh telan yg ini.

    ReplyDelete
  13. Salam kakpah,

    Kerut sikit je. bila dah masuk perut esok kan rasa badan selesa....

    ReplyDelete
  14. W/Salam Abd Razak,

    Kakak pun tak tahu nama lain ustaz. Tapi yg pasti bukan halia, bukan lengkuas, bukan temu lawak, bukan kunyit. Hehehe.... banyak bukannya.

    ReplyDelete
  15. Salam My Little Diary,

    Masa kecik main letup-letup, yg kuning masuk mulut. Manis kan....

    ReplyDelete
  16. Salam Norhafiza,

    Pokok ini mudah hidup. Tanam buahnya pasti tumbuh. Macam kunyit dan halia. Cepat merebak.
    Kalau dalam pantang memang jadikan campuran dlm air mandi.

    ReplyDelete
  17. W/salam DDrfauziah,

    Dulu masa kecik memang emak kata biar jangan ada cacing. Entah betul ke tak ikut je. Tapi yg pasti kakak memang boleh katakan minum sebulan sekali adalah....

    ReplyDelete
  18. salam kak..nampak info ni berguna..tapi nak tanya saya tak biasa ngan nama lempoyang tu..tp tengok pokok tu cam yg kami panggil halia bara..ke yg daun berbaus busuk tu kak?

    ReplyDelete
  19. La...memang wujud rupa rupanya pokok lempoyang ni..
    Teringat cerita P.Ramlee..ada watak Hussien Lempoyang, saudagar permata..:)

    ReplyDelete
  20. Assallamualaikum kakzakie,
    kat kebun mama nadz ada tumbuh meliar..nanti nak minta Tok wan Idris pergi cabut dan bawa balik..dah tahu cara nak sediakannya..selama ni mama nadz tak tahu apa guna lempoyang tu..
    TQVM..banyak info N3 ni..tahniah!

    ReplyDelete
  21. salam...

    kak..tq atas info ini...:)

    ReplyDelete
  22. salam kak

    buah letup tu saya panggil buah ulat bulu..hehe

    ReplyDelete
  23. sa;am k zakie ,
    asalnye tk tau lempoyang tu ..
    tp bila tunjuk buah letop2 tu,
    tau la pokok tu ...

    boleh di makan biji dalam letop2 tu kan ...

    ReplyDelete
  24. assalamualaikum kakzakie
    hu hu.saya baca entry ni terasa macam nak balik je rumah ibu saya malam ini juga.siap ada gambar lagi..ramuan lempoyang inilah yang antara lain yang diberikan ibu saya kepada saya utk masalah rahim saya.dan tak sangka kata2 orang2 tua tu ada kebenraannya kan kak..

    ReplyDelete
  25. w/salam suri solehah,

    Halia bara bukan lempoyang. Totally different. Daun halia bara betul-betul macam daun halia. Isinya pun berwarna lain.

    ReplyDelete
  26. Salam Saddy Ziyyad,

    Hm... pergi ke Hussien Lempoyang pulak dah. P. Ramlee memang pandai. Ada yg kakak suka "Arab dogol pisang kelat" lagilah lucukan....

    ReplyDelete
  27. W/salam nadz,

    Kakak tahu mesti rumah mama nadz banyak pokok-pokok herba. Halaman luas banyak tanah memang boleh tanam macam-macam. Mama cubalah minum. Rasa dan baunya memang kalau tak biasa kurang menyenangkan. Tpai badan rasa selesa selepas minum. Biasa kakak minum selepas makan malam.

    ReplyDelete
  28. W/salam Nurul Aziz,

    Oh... ye ke? Kakak pun sebenarnya tak tahu nama sebenarnya.

    ReplyDelete
  29. W/salam Abi,

    Jangan abi ingat letup-letup tu pulak jamunya. Hehehe.... Tapi bangsa kita biasanya memang kuat makan jamu nie...Mungkin abi dah celup jadi tak biasalah.....

    ReplyDelete
  30. W/salam Ummu,

    Dulu sebenarnya kita bila kena perintah minum, kita minum tak tahu apa khasiat sebenarnya. Sekarang banyak R&D dilakukan jadi tahulah kenapa.... Kemajuan mengajar kita disebalik apa yg org dulu-dulu amalkan.

    ReplyDelete
  31. salam kakzakie,
    pucuk letup letup tu..ambil ...celur atau rebus..sedappp buat ulam!

    ReplyDelete
  32. Assalamu'alaikum kakzakie

    Tentang ke Senai tu insyaAllah jika kak ke sana kak bagi tahu.. bab lempoyang ni kak ada baca dalam kosmo tu..

    Kak tak pernah minum jusnya tapi kalau tak silap bunganya boleh dibuat ulam, betul ke?.. Kalau betul masa arwah mak masih ada kami memang makan nasi dengan ulam-ulam (cekur, jerangau tp kalau tanya masa ni kak dah tak tau bgmn rupanya) daun selom, pucuk paku serta ikan sungai seperti seluang, sebarau, jelawat.. mak rajin menangkul.. itu dulu2 la masa tu air sungai tak tercemar lagi.. sekarang mak dah tak ada, tak ada siapapun yang ikut hobi mak memancing dan menangkul..sungaipun tak dalam dah..

    Lama juga tak tengok pokok letup2 tu...

    ReplyDelete
  33. assalamualaikum kakzakie...mesti banyak khasiatnya kans...saya ingat nak cube sikit dulu la...takut tak leh pi huhuhuhh

    ReplyDelete
  34. Ow pahit erk..waduh enggak sanggup bu..

    ReplyDelete
  35. W/salam nadz,

    Oh ye ke mama. Kakak tak tahu daunnya boleh buat ulam.

    ReplyDelete
  36. W/salam Werdah,

    Kakak tak athulah pulak pasal bunganya. Entahlah kak Werdah kakak ni kalau dulu arwah emak buat kakak tahu kalau tak kakak tak tahu. Kalau emak ada memang best ye kak. Ulam-ulam banyak yg kita dah tak tahu.

    ReplyDelete
  37. Salam sahromnasrudin,

    Ala... tak payah rasa sikit-sikit. Kalau tak boleh masuk sikit maknanya tak boleh lah tu. Ini mesti takut makan jamu. Hehehe....

    ReplyDelete
  38. Salam Amy Syaquena,

    Dah tahu Amy ni penakut makan ubat. Esok dapat baby masa dalam pantang baru tahu. Kena paksa juga kalau nak cepat sembuh. Masa tu kena tutup hidunglah.... huhuhu......

    ReplyDelete
  39. tringat waktu kecik2 dulu...mak paksa kami adik bradik minum lempoyang. x leh nak telan waktu itu trkeluar balik. katanya ni ubat bagi org yg x nak mkn...pelik kan x nak mkn kasi lempoyg. umpama vitamin kot.

    ReplyDelete
  40. Kak Zie...

    akak salah tulis tarikh ke saya salah memandang???
    akak type situ 20/11/2011?? ehh...tarikh tue jauh lg kak zie..lagi 11 bulan nak smpai ke tarikh tue..heheheh

    jgn mrh ye kak zie..

    ReplyDelete
  41. as-salam kak.. sy nak reply untuk komen akak yang ni
    --> "kakak nak komen yg foot note nya.
    (kakak dah banyak buku setem. kumpul macam nak gila. puas rasanya. tapi kenapa ye kita kumpul benda org tak pakai lagi)?
    tapi ramai yg suka lihat tau. hehehe..."

    stem sy campur2. ade yang da ade cop dan ade yang belum. kebetulan ade kawan keje d pos ofis so setiap keluaran baru mmg da pesan kat die suh simpankan.
    then sy simpan hanye sekeping utk setiap harga/jenis.
    yg extra sy simpan utk ditukar dgn kgkawan.. :)

    ReplyDelete
  42. mana nak cari pokok tu kak zakie

    ati kalau benda tu ubat
    pahit camne pun mesti ati nak cuba jak

    kalau balik kg mertua
    dia suka buatkan air jamu..
    ati mmg suka kalau ubat tradisional ni..

    ReplyDelete
  43. Salam zue,

    Dulu kita memang minum kerana kena paksa. Tapi betul la zue kakak kalau anak tak nak makan bagi mereka 2 sudu nanti selera mereka terbuka balik. Kakak pun paksa juga ikut macam arwah emak dulu.

    ReplyDelete
  44. Salam lalink7,

    Astaghfirullah... bolehnya tak sedar. Suppose 20-01-2011. Dah tua tu yg kena minum jus lempoyang ni. Hehehe...

    Sorry semuanya. Typo error...

    ReplyDelete
  45. Salam Penjejak Mimpi,

    Wah bestnya ada kawan kerja post office. Mesti banyak collection. Kakak collect masa dapat surat dari client kat office baru adalah setem. Jadi memang lama nak tunggu banyak.

    ReplyDelete
  46. Salam Ati Masrif,

    Bagus Ati asal baik tak kira rasa pahit pun tak apa kena cuba juga. Janji ada khasiatnya. Kalau org dulu mana ada ubat hospital semuanya hasil dari apa yg mereka tanam jadi ubat.

    ReplyDelete
  47. salam...kakzie,

    sungguh puitis kata2 kakzie komen entri saya..

    hebat,,:))

    ReplyDelete
  48. salam kak

    sy ni pokok lempoyang pon xkenal..minum lg la xpenah hehe

    ReplyDelete
  49. tq kakzakie, sy terlupa langsung ttg kaedah perubatan yg tuhan berikan kat kita utk kita explore, skrg dah terlalu bergantung kat ubat2an jer

    ReplyDelete
  50. Pernah dengar nama tapi tak pernah nampak rupanya..


    Memang serupa halia rupanya.


    terima kasih kakzakie.

    ReplyDelete
  51. Letak dalam gelas macam tu....nampak sedap. Heheh

    ReplyDelete
  52. letak ais bleh tak? he3

    akak suke ye gune bahan2 natural, sama la mcm saye :)

    ReplyDelete
  53. ini boleh di komersialkan .. kalau dapat dek orang barat mungkin akan di patenkan.

    ReplyDelete
  54. macam nama husin lempoyang jer...hee

    ReplyDelete
  55. Salam sahabat....

    # Sekamar Rindu: terima kasih... Kakak pun suka berpuisi. Terasa tenang....

    # Redza: Kena cuba tu redza. Mungkin dah pernah nampak pokok tu tapi tak tahu itu lempoyang. TQ sudi berteman dgn Titisan Nurani.

    # Mak Su: Kakak pun sebenarnya sebab setiap bulan ambil duit sewa maka akan teringatlah utk minumnya....

    # a.z.r.i.n.a 03.07: Hanya mereka yg asal kg aje biasanya akan tahu lempoyang ni.

    #ckLah@iiinam: Alahai cikgu selalu tak masuk gelas ini. Tapi sebab nak snap gambar kakak masuk dalam gelas ini. Nampak sedap sikit walau rasanya tetap pahit dan payau..

    #REPUBLIK N9: Kamu ni Hasrul, org nak suam-suam sikit dia nak bubuh ais. Kakak suka yg natural tak takut over dose....

    #al-lavendari: Sekarang dah nak dikomersialkan rasanya tak lama lagi kot. Tapi kakak tetap buat sendiri. Pokok dah ada....

    #sham: Husin lempoyang tu P. Ramlee yg commercialkan. Jgn tak tahu sham. Hehehe.....


    #

    ReplyDelete
  56. hehehee...makan jus lempoyang jgn lupe saye..hehehhe..

    ReplyDelete
  57. akak..sy penah minum jus lempoyang..mak buat..best,,:)

    ReplyDelete
  58. Kak.. kt mne nk cri lempoyang ni ye...

    ReplyDelete
  59. Assalamualaikum....zaman budak2 ade gak minum air perahan lempoyang yg diparut....minum segelas...nak cuci perot sbab cacing krawit dah beranak pinak..huhu...lepas minun...fuhh...rase bertenaga...

    ReplyDelete
  60. Saya dinasihatkan mkn lempoyang sebab ada masalah ketumbuhan di area ovary. pagi2 saya akan tumbuk dan telan terus tanpa buat air. dlm masa seminggu, saya dpt rasa kulit saya tak kering, pores muka dah mula mengecil. utk ketumbuhan tu...minggu depan baru saya dpt tau result dia. Alhamdulillah ciptaan Allah byk khasiatnya

    ReplyDelete
  61. Arwah bapak suka minum air jus lempoyah ni sebelum dia gi ke kerje. Dia akan tinggal kan sedikit utk saya dan adik minum tapi kita tak minum sebab tak tahan bau dan rasa jus tu...

    ReplyDelete
  62. Selain buat jus...lempoyang sedap jugak klau d buat sambal...cara nya sama mcm buat sambal belacan...cuma tmbh bwg merah,limau kasturi & air asam jawa d dlm nya(blend kasar@ halus)-trpulang pd citarasa msg2...

    ReplyDelete
  63. where can i buy this juice or cream ?? please notify me on 0169772750 its very urgent , my wife is diagnosed with stage 3 cervical cancer

    ReplyDelete
  64. Assalamualaikum n salam perkenalan dari Reen.

    Perkongsian yang sangat menarik. tengah tambah-tambah ilmu tentang lempoyang. Memang bukan senang nak buatnya. Saya dah cuba komersilkan jus lempoyang ni. Bukan tu je, saya tambahkan lagi kehebatan Lempoyang dengan halia bara, cekur, ibu kunyit, ibu kunci, temulawak resepi nenek moyang dulu-dulu..maka terhasillah Jus Lempoyang "PLUS", sebesar botol livita tu. (boleh try google). Alhamdulillah feedback yang sangat-sangat baik dari semua customer. Feel free kalau ada siapa2 nak share info lempoyang atau nk try jus keluaran saya.

    Azrina @ Reen
    017-4944588
    Semenyih, Selangor

    https://www.facebook.com/ReensBeautyWellness

    ReplyDelete
  65. Saya dah amalkan minum lempoyang sejak, sampai umur saya 50 tahun ni, biasanya time raya ni saya mesti minum lempoyang sebab nak imbangkan dgn pelbagai makanan dan minuman yg masuk yg boleh menyebabkan pelbagai penyakit.

    Lempoyang ni cara minum nya kena sediakan dua gelas...satu gelas lempoyang, satu lg gelas sirap/oren atau apa2 air yg sedap...minum lempoyang dgn sekali teguk, lepas tu cepat2 minum air manis tadi, jadi anda tak akan termuntah dgn rasanya yg mencabar itu....itu cara sayalah yg dah betahun2 minum lempoyang ni

    ReplyDelete
  66. Saya dah amalkan minum lempoyang sejak, sampai umur saya 50 tahun ni, biasanya time raya ni saya mesti minum lempoyang sebab nak imbangkan dgn pelbagai makanan dan minuman yg masuk yg boleh menyebabkan pelbagai penyakit.

    Lempoyang ni cara minum nya kena sediakan dua gelas...satu gelas lempoyang, satu lg gelas sirap/oren atau apa2 air yg sedap...minum lempoyang dgn sekali teguk, lepas tu cepat2 minum air manis tadi, jadi anda tak akan termuntah dgn rasanya yg mencabar itu....itu cara sayalah yg dah betahun2 minum lempoyang ni

    ReplyDelete
  67. https://www.youtube.com/watch?v=nlHnN4soBPA

    ReplyDelete
  68. Assalamualaikum. Terimakasih berkongsi info tentang khasiat lempoyang.
    Masa saya kecik2 dulu arwah atuk pernah bagi makan lempoyang untuk tambah selera makan. Mmg berkesan

    Dimana saya boleh dapatkan benih lempoyang ni?. Ingat nak tanam di laman rumah

    ReplyDelete
  69. kak...

    tak masin ke buh garam tu?

    ReplyDelete
  70. hmmm bila letak dalam gelas cantik2 ... baru semangat nak minum....

    kak kalau campur epal boleh tak?

    ReplyDelete
  71. Jangan ngaku jago main poker kalau belum main di SiniDomino ;)
    Ayo Tunjukkan kemampuan mu bermain poker di SiniDomino
    Buktikan bahwa kamu memang jago bermain poker dan menangkan ratusan juta rupiah ;)
    Minimal DEPOSIT dan Withdraw Hanya RP. 20.000.

    Jangan ketinggalan bonus nya ya guys :
    * Cashback Mingguan 0.5%
    * Bonus Refferal 20%
    * Jackpot Hingga Puluhan Juta Rupiah Setiap Harinya

    Di Jamin Player vs Player 100%, NO ROBOT

    Kunjungi Website nya Disini :
    ► www.sinidomino.com
    ► https://goo.gl/TdLzJU

    Info lebih lanjut hubungi Customer Service SINIDOMINO :
    * BBM : D61E3506
    * LINE : sinidomino
    * Telp/WA : +85598249684
    atau silahkan chat saya jika anda berminat yah bosku semua

    ReplyDelete
  72. Tak boleh ke makan terus ubi lempoyang tu... bukan serat nya baik untuk usus atau merbahaya

    ReplyDelete
  73. Choosing an industrial blender may seem easy, but in reality, there are several important factors to consider. The double-cone blender and V-blender share the same working principle of a tumble blender used for powders. However, if you select the wrong one, you could end up with a poor product quality or process inefficiencies that directly impact your business.

    When looking at the solid mixing mechanism of the two, you will discover there are some similarities as well as a difference between mixing and blending action. For clarification, mixing is a process in which two or more unique materials are combined to get a homogeneous product. In comparison, blending is a much gentler process.

    As for similarities between these two types of blenders, both are tumble blenders. Every time the vessel is inverted, the contents are split, and the rotation speed is adjustable to ensure the contents slide to the lower part of the vessel during rotation. Both Double cone and V Best Buy Hand Blenderare used in pharmaceutical, chemical, and nutraceutical industries. However, there are also distinctive differences.

    ReplyDelete
  74. Baru lepas buat sambal belacan lempoyang. Nistalgia betul sambal ni. Zaman kecik2 selalu suruh arwahmak buat. Mak pun naik pelik.

    ReplyDelete