Tuesday, January 18, 2011

Belajar Mengarang Dengan Kakcik Seroja

Lihatlah betapa gahnya header Blog Kak Cik. Kalau hendak lebih tahu silalah layari blog beliau di http://Kakciknurseroja.blogspot.com/. Ingin turut mengikut jejak kakpah Raudatul Jannah lalu aku pun turut serta; manalah tahu aku boleh dapat tupperware kakcik itu. Marilah kita meriahkan pertandingan ini. Kata kunci telah diberi, kita olahlah menjadi apa saja.


Bagaimana ligat tangannya memutar tepung di dalam besen untuk membuat tepung talam begitulah juga ligat kotak fikirannya berputaran. Peristiwa itu masih kuat dan kejap dalam ingatan. Gangguan seksual yang dilakukan oleh pembantu pejabat terhadapnya siang tadi sebentar-sebentar menerawang dalam ingatan. Sesekali matanya yang penuh digenangi butiran airmata menjengah permata hati yang lena diulek mimpi selepas usai merasai makanan pemberian insan prihatin. Baru sebentar tadi dia bertanya “Apa makna kembiri mak?”.

Gelengan kepala si emak membuat anak meninggalkannya menuju ke meja makan, membuka tudung saji yang hanya terdapat sepinggan halwa maskat pemberian kakcik seroja. Bagaimana mendapat gelaran itu dia sendiri pun tidak pasti. Tapi apa yang dia tahu tubuhnya yang kecil dan halamannya yang penuh dengan pohon seroja agaknya lalu gelaran itu diberikan kepadanya.

Malam kian merangkak sepi tapi pakaian untuk mendaki permintaan si anak sulungnya masih belum dapat ditunaikan. Mengenang perpisahan dengan suami sejak ulang tahun kelahiran yang ke lima anak petama hingga kini kehidupannya benar-benar terhimpit. Penjualan kuih itu diharap dapat memenuhi kehendak anak yang belum mengenal erti peritnya kehidupan.
Pernah juga si anak merengek mahu menonton wayang sebaliknya emak akan katakan semuanya tidak baik kerana akan membazir. Nostalgia menonton filem zombie kampung pisang bersama bekas suami tidak mungkin berulang kembali. Semuanya telah lama cuba diluputkan dari ingatan. Tetapi jika terdengar suara azan bergema sayup menjelang pagi pasti jiwanya meruntun sayu terkenang kerana di waktu beginilah lafaz cerai dijatuhkan oleh suaminya dulu.

Jauh di sudut hati sentiasa berdoa semoga ada sinar menyinari kehidupan anak-anak yang kini menjadi penghibur hati yang lara.
-
-
-
-
-
-

Kakcik boleh dapat tupperware itu agak-agaknya? Penyertaan karangan ini sekadar sebuah penghasilan titipan dari TITISAN NURANI.



40 comments:

  1. ceewahh..ok lah tu

    boleh dpt hadian dari kak cik

    ati ni ..bab2 mengarang sambung ayat
    tak reti ah..

    ReplyDelete
  2. tahniah kak zakie..kami support kak..semoga kak muncul sbg pemenang kerana saya rasa karya kak adalah yang terbaik setakat ini

    ReplyDelete
  3. Salam Ati Masrif,

    Alahai entah mengapa tetiba kakak nak buat pulak. Hehehe...

    ReplyDelete
  4. salam sahrom,

    amboi!! tingginya pujian. nak melambung kakak dibuatnya. kakcik tak lantik sahrom jadi pengadil tau....hahaha...

    ReplyDelete
  5. Salam Amy Syaquena,

    Terima kasih amy sayang....

    ReplyDelete
  6. kakzakie, syahdunya cerita... mengalir air mata kesedihan dah ni...

    ReplyDelete
  7. kak zakie, kita menyokong akak dari belakang! jangan takut takut.. kalau akak mengundur, kita akan tetap tolak akak kehadapan... ;p

    hehhe.. take care.. :)

    ReplyDelete
  8. boleee... segala elemen semasa ada ni...

    ReplyDelete
  9. kak zakie,
    pandai karang cerita ye...

    ReplyDelete
  10. Aslmkm.
    Mengikut trend, cara cenggini boleh naikkan populariti & trafik ke blog.
    Malangnya Kak G tak minat pula! Mungkin kerana Kak G anak tunggal & tak reti nak berebut2. :)
    Jadi Kak G wish Good luck je le ya.

    ReplyDelete
  11. saye rase akak tak dapat tpperware, tapi bleh dapat proton inspira he3...

    ReplyDelete
  12. Salam kakpah,

    Jangan syahdu-syahdu...ini kan palsu belaka. Huhuhu....

    ReplyDelete
  13. Salam cemomoi,

    Terima kasih. Kakak saje je la. Jom joint...

    ReplyDelete
  14. Salam Insan Marhaen,

    IM marilah buat sama. IM buat syair pulak....

    ReplyDelete
  15. W/salam DDrfauziah,

    Oh... Kak G rupanya the only child. Mesti emak-bapak Kak G beruntung walau satu tapi menjadi yg terbaik.

    ReplyDelete
  16. Salam REPUBLIK N9,

    Kamu ini Hasrul memang nakal tau. Kakak tunggu Hasrul taja Inpira. Habiskan belajar tu dulu, balik M'sia nanti boleh taja......

    ReplyDelete
  17. Salam Kakzie,
    Apa khabar? Semoga sihat selalu hendaknya. Kunjungan hormat dari hamba Panglima7.

    ReplyDelete
  18. salam,

    good luck kak! semoga tercapai jua hajat nak memiliki tupperware tu... :)

    ReplyDelete
  19. kak zakie.. kita suka kata kata akak..
    terima kasih kerana sungguh menyenangkan.. :)

    ReplyDelete
  20. As'salammualaikum kak..

    amy datang tenangkan diri di sini..

    ReplyDelete
  21. Assalamu'alaikum kakzakie

    MasyaAllah.. ada bakat mengarang.. tersusun dan menarik kisah.. rasa-rasanya boleh menang ni.. insyaAllah.

    ReplyDelete
  22. Salam Panglima7,

    Alhamdulillah baik adanya
    Terima kasih kunjungan tuan hamba
    menjadi sahabat hamba kiranya
    moga ukhuwah membawa redhanya....

    ReplyDelete
  23. W/salam My Little Diary,

    Kalau tak dapat pun tak pe. Kita beli kat pasar. Hehehe...

    ReplyDelete
  24. W/sal Ati Masrif,

    Alhamdulillah baik.... moga Ati juga.

    ReplyDelete
  25. Salam kella,

    Betul ke ni? Nanti kakak tulis lagi kat MATHARI.

    ReplyDelete
  26. W/salam Amy Syaquena,

    Suka kalau ia mendatangkan ketenangan. Silalah....

    ReplyDelete
  27. W/salam Werdah,

    Alahai sebagai suka-suka sajalah Kak Werdah. Dulu kakak selalu tulis cerpen masuk majallah untuk dapat duit saku masa belajar (keluarga kakak org susah). Bila dah kerja ni dah berduit (walau tak banyak) dah malas.

    ReplyDelete
  28. salam ziarah kak zakie.

    firt time melawat sini terus tertawan..
    pandai kak reka cerpen..
    nie ayu nak pi blog kak chik jugalah..mana tau...boleh asah bakat..hehehe

    good luck kak zakie

    ReplyDelete
  29. Salam Citarasa Rinduan,

    Terima kasih ziarah.
    Bukan pandau Ayu.
    Saja nak meriahkan penyertaan
    Bukan kerana tupperware tu.....

    Ayu cubalah juga...

    ReplyDelete
  30. assalamualaikum,

    selamat maju jaya kakzakie,
    anda hebat!

    ReplyDelete
  31. Salam ahmad humairi,

    Eh.... cikgu perli kakak ni.
    Sekadar meriahkan blog kakcik...

    ReplyDelete
  32. Puitis karangannya ni.. Ada harapan menang.. Good luck ye..

    ReplyDelete
  33. Syahdulaa cerita ni....rasa nak berlinang air mata..kreatif sungguh..dan kak cik yang buat pertandingan ni pun kreatif...syabas....

    ReplyDelete
  34. Salam nba-Nur,

    Sebagai meriahkan blog kakcik saja.

    ReplyDelete
  35. Salam roslaini saad,

    Cikgu jangan syahdu. Ini palsu dan reakaan semata-mata. Terima kasih baca N3 kakak.

    ReplyDelete
  36. wah ramai penyokong ni.. leh menang nih..

    hihi..

    salam perkenalan kak zakie ;)

    ReplyDelete
  37. wahhh seronok baca akak mengarang.. hehehe gudluck!!! saya follow

    ReplyDelete