Monday, January 10, 2011

Main Badminton

Semalam hari cuti umum di Johor. Hari Hol Almarhum Sultan Johor. Aku menggunakan masa sepenuhnya dengan keluarga. Pagi mengulit pasu bunga, kemudian masak, makan, lihat majalah sambil baring-baring. Kemudian selepas solat Asar kami menuju ke Chan Chun Badminton Hall, Senai. Bukan kerana Dato' Misbun keluar dari BAM baru aku berminat main badminton. Kami sekeluarga memang sudah bermain dari dahulu lagi. Selalunya kami bermain badminton setiap petang Sabtu dan Ahad sahaja. Kini kami gunakan sempena hari cuti ini untuk mengeluarkan peluh bersama anak-anak.


Geram kalau tak dapat shuttle-cock. Mana dapat nama shuttle-cock aku pun tak tahu? Malas mahu layari internet. Kalau cari mesti dapat. Siapa hendak tahu kena carilah sendiri. Kenapa tidak disebut shuttle-hand atau shuttle-chicken?

Bila penat hendak servis pun sudah tak larat. Angan-angan tinggi hendak jadi wakil sekolah. Baru setengah jam dah kata penat.

Puas juga kami bermain selama satu jam setengah. Bayaran untuk sejam RM 6/- sahaja. Lampu akan terpadam sebaik masa yang ditempah habis. Begitulah setiap minggu aku sebagai ibu-bapa kepada anak yang tinggal 2 di rumah (seorang tinggal di asrama) menghabiskan masa untuk riadah.
Yasmine sudah semakin pandai kalau banding adik yang lebih suka swimming di sebelah bangunan ini.

Ok.... masa sudah habis. Lampu dah dipadamkan. Baju sudah lenchun dengan peluh. Baliklah....

Bila keluar dari dewan akan terlihat kolam tempat memancing. Hubby aku tidak gemar memancing. Nasib baik kalau tidak aku kena ikut duduk sama. Aku lihat mereka melangut menunggu jorannya dimakan ikan dari mula aku masuk dewan sampai aku keluar masih duduk menunggu. Sabarnya mereka.....

Tengoklah... tidak berbual langsung. Duduk menunggu dan menunggu. Kami semua balik tapi mereka masih mengharap ikan besar makan umpan. Berjaya atau tidak tidaklah aku tahu.



40 comments:

  1. salam kak,

    saya pun minat juga sukan badminton ni... selalu kami main selepas waktu kerja.. seminggu sekali dgn rakan2 pejabat.. pukul 6pm~7pm... pastu bergegas balik rumah utk solat maghrib...
    sejak tahun baru ni dah tak dpt nak pergi sbb masing2 busy dgn kerja & ada yg outstation... ntah bila bole sambung semula aktiviti ni... mmg seronok...!!

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..bagus..ia mampu mebakar kalori kan..lagi satu, leh eratkan hubungabn kekeluargaan sesama family

    ReplyDelete
  3. Aslkm

    wAH BAGUSNYA...tentu zakie slim molim....
    Zakie dijemput ke rumah AZ di Melakakan? Datanglah musafir,mungkin CR akan turut serta insyallah.Boleh kita jumpa. Kabarnya geneg KL pun nak dtg Melaka.

    ReplyDelete
  4. Kak Zakie:
    Seronoknya ada minat dan ada masa utk beriadah begitu. Dengan keluarga tu yg lebih menyeronokkan.

    Saya pun minat badminton dan juga tidak minat memancing.

    ReplyDelete
  5. salam k zakie,
    aby membesar dgn misbun, razif dan jailani ..
    umah arwah org tua aby dgn arwah hj sidek tk la jauh sangat ..
    memang dulu main badminton sekali dgn depa tu ..

    cume permainan aby tk la sebagus depa tu,
    tp klu diasah balik skill yg ade dulu ..
    ok lg ..

    cume yg pasti dah tk boleh main single ..
    klu double tu masih boleh layan lg ..

    ReplyDelete
  6. salam kak zakie,

    best juga kalau dapat main badminton
    lama betui tak main...hihi
    harus ramping kalau selalu main yer...
    eemmm mcm kak zakielah...

    ReplyDelete
  7. bestkan dapat beriadah bersama keluarga..

    main bedmintn pun rasa tersangat penat..
    tgk orang main biasa je.hehehe

    ReplyDelete
  8. Aslmkm.
    Apa aktiviti pun seronok bila bersama famili.
    Semoga terus ceria bahagia ya.

    ReplyDelete
  9. Salam My Little Diary,

    Jangan berhenti, teruskan bermain sebab kalau dah lama tak main nanti selepas bermain kaki-tangan mulalah sakit dan sengal.

    ReplyDelete
  10. Salam sahrom,

    Sambil main sambil beriadah. Dapat juga anak mengasah bakat mereka.

    ReplyDelete
  11. W/slam mama ju,

    Janganlah nak perli mama ju... kakak dah macam belon. Tengoklah gambar tu...

    Oh... CL dtg ke rumah AZ ye. Tapi AZ dah lupa kakak kot...

    ReplyDelete
  12. Salam azieazah,

    Seronok main badminton ni. Dapat keluarkan peluh setelah 5 hari duduk relax dlm airconditioner 24 jam. Takut juga kolestrol duduk diam-diam dalam badan....

    ReplyDelete
  13. W/salam aby,

    Wah.... kakak percaya mesti aby hebat bermain badminton. Kalau dah berjiran dgn Wak Sidek confrim memanglah permianan ini dah jadi mainan utama.

    Mainlah aby dgn keluarga. Cari dewan yg tertutup jadi walau hujan boleh main.

    ReplyDelete
  14. Salam ckLah@xiiinam,

    Kakak main suka-suka saja lah cikgu. Lain cikgu taekwondo anak-anak murid utk sukan negara....

    ReplyDelete
  15. Salam Atie Masrif,

    Kalau dah lama tak main sebelum main kenalah warm-up seperti jogging dulu. Kalau terus main pasti tangan dan kaki sakit selepas bermain. Baik Atie mulakan sekarang.

    ReplyDelete
  16. Salam Si para para,

    Kalau dah biasa tak penat, tapi seronok. Kakak lebih suka main badminton daripada berjogging. Jogging selalu orang nampak kita berlari-lari. Tapi kalau dalam dewan sebab semua concentrate bermain tak siapa lihat kita. Pusing ke, terduduk ke, perpeleot ke ok je. Yang ketawa anak dan hubby kita aje...

    ReplyDelete
  17. W/salam DDrfauziah,

    Dulu sebenarnya permulaan bermain sebab anak kakak yg no. satu jadi wakil sekolah. Jadi kami latih dia di dewan ini. Sekarang dia dah duduk asrama. Tapi kami di sini masih teruskan juga hingga sekarang. Lagipun tak mahal.....

    ReplyDelete
  18. Aslkm Zakie

    Mana AZ lupa? AZ tak de alamat tu...kan dia mintak alamat Z kat(dia ada tulis kat blog kan?) emaillah kat dia cepat....

    ReplyDelete
  19. Wa/salam mama ju,

    Kakak dah pernah e-mail add. kakak pada AZ masa sebelum raya (sebelum dia pergi Haji) mungkin tak sampai kot. Nanti kakak email lagi lah... Macam nak pergi je... He..he...

    ReplyDelete
  20. Bestnya la dah lame tak main badminton.. Curi2 main pun tak boleh dah di larang sekeras2nya...

    ReplyDelete
  21. Salam Amy Syaquena,

    Aha.... kena dengar nasihat doktor kalau mahu perubahan dan azam tercapai. Kakak hanya mendoakan. Mana tahu ada rezeki makbul doa.

    ReplyDelete
  22. ini ialah permainan yang dekat dihatiku! badminton! dari kecik suka main ni! ohhh... jom jumpa kak zakie.. kita takda gu nak main badminton.. huuuu..

    ReplyDelete
  23. Salam kella,

    Marilah sini. Kakak no problem punya. Main pakai pukul je janji lepas net sudah. Mesti gamat kalau kita main sama kan. Hahaha....

    ReplyDelete
  24. Kenapalah kakcik tak pernah berminat dengan sukan, ya? ;-)

    ReplyDelete
  25. assalamualaikum,

    saya minat sangat ngan badminton,...anak saya sayanama ardy... sempena nama ardy wiranata, skrg ni asyik maen badminton je dia..

    ReplyDelete
  26. Salam Kakcik,

    Macamana kakak nak jawab ye. Soalan yg subjektif ni. :-))

    ReplyDelete
  27. W/salam ahmad humairi,

    Biasanya kalau minat sikit-sebanyak mesti boleh main. Kakak percaya anak cikgu yang bernama ardy... itu pun mesti pandai main.

    Kakak main utk excercise je....

    ReplyDelete
  28. hai kak zakie

    thanks for the advise

    kami 2 beranak terpaksa gi klinik juga!

    ReplyDelete
  29. Salam Ati Masrif,

    Kesihan lihat Syahmi yg belum tahu apa kena guna healer tu. Tapi ada yg lelah akan hilang bila usia meningkat. Harap begitulah....

    ReplyDelete
  30. insyaallah kak terima kasih ye..

    ReplyDelete
  31. IM tak minat memancing. boring asyik melangut tengok air...

    ReplyDelete
  32. singgah time line tak elok

    moga sihat sokmo

    ReplyDelete
  33. Assallamualaikum kak zakie,

    Seronoknya melihat kak zakie bermain..masih ada stamina..
    Ntahler..lama bebenar mama nadz tak main apa-apa permainan..hanya keluarkan peluh disekeliling rumah jer
    Lagi pun kemudahan bermain banyak di bandar..sistematik dan kemas...

    ReplyDelete
  34. Salam Amy Syaquena,

    Terima kasih kembali

    ReplyDelete
  35. Salam Inasn Marhean,

    Itulah betapa sabarnya org memancing ye....

    ReplyDelete
  36. Salam Cemomoi,

    Kakak selalu menghadapi masalah sama. Tak tahulah. Sabtu hingga malam tadi rumah kakak langsung tak ada line.

    ReplyDelete
  37. W/salam Mama Nadz,

    Stamina tu dah slow la mama. Tapi oleh kerana hendak cari peluh kenlah bermain juga. Dah tu semakin seronok bila anak kakak yg kecil semakin pandai bermain.

    Sekrang di mana-mana ada tempat permainan. Pilih saja nak main apa. Bowling pun ada tapi kurang sikit pergerakan itu yg kakak kurang sikit bermain bowling.

    ReplyDelete
  38. salam kak zakie,

    ati dtg melawat ni ^_^

    ReplyDelete
  39. As'salammualaikum kak..

    Akhirnya dapat juga amy datang ke sini , busy sangat sejak dua menjak nie..akak sihat ke? amy nak aksi tahu barangnya sudah di poskan hari nie..harap akak sudi terima walaupun tidak seberapa ye...

    ReplyDelete