Cerita pertama: -
Perjalanan untuk ke tempat kerja tersekat dengan teruk sekali. Kalau selalunya setengah jam boleh sampai ini lebih satu jam belum tiba lagi.
Kegelisahan aku direnggut bila tiba di tempat kejadian yang menyebabkan aku tersangkut lama di jalan. Sedih dan sayu tiba-tiba menyelubungi jiwa bila terpandang sekujur tubuh kaku dengan keadaan amat memilukan. Sebuah motosikal, dua buah kereta dan sebuah lori terlibat dalam satu kemalangan. Pastinya yang menjadi mangsa adalah mosikal dan pemandunya sekali. Kotak fikiran aku melayang mengenang keluarga yang kehilangan ahlinya dalam sekelip mata. Izrael tidak menangguh walau sesaat untuk mencabut nyawa.
Cerita ke dua: -
Aku membawa anak-anak membeli keperluan sekolah. Tiba di sebuah kedai menjual beg dan kasut sekolah kami dipertemukan dengan seorang gadis yang cantik dan manis. Tutur katanya lembut memikat pelanggan yang keluar-masuk.
Berapa umur adik?" Lembut dia bertanya. " Saya 11 dan adik saya 7 tahun". Pantas anak aku menjawab. "Kakak 15 tahun, besar sama macam adik". Dia membalas sambil melihat anak aku yang baru 11 tahun tetapi sama besar dengannya. "PMR macam mana?" Celupar pula mulut aku bertanya sebaik mendengar usianya 15 tahun. "Tak ambil keputusan antie dah tak mahu sekolah lagi". Aku terpempan. " Susahlah sekolah, nanti habis sekolah pun kerja kedai juga macam kakak saya. Baik berhenti sekarang". Aku kehilangan kata-kata.
Cerita ke tiga: -
Menghadiri majlis pernikahan sepupu a.k.a jiran kampung lagi. Dulu seolah-olah telah putus asa kerana jodoh pertemuan dengan lelaki terlalu lama. Hati hampir tertutup, namun Alhamdulillah kita merancang, Allah menentukan saat adik bongsu telah pun mempunyai 5 orang anak dia dipertemukan jodohnya.
Aku percaya terlalu ramai gadis yang berjiwa kental melayari hidup seorang diri. Ingin menonjolkan diri terkongkong oleh tradisi dan budaya bangsa. Akhibatnya jiwa sendiri yang tahu. Aku amat prihatin kerana ramai yang berkerjaya, berilmu dan punya hati nurani yang mulia tetapi terlalu jauh perjalanan untuk dipertemukan teman hidup.
Cerita ke empat: -
Tiba di Air Hitam MPV kami berhenti seketika kerana anak aku mengidam hendak makan burger. Mata menyorot terus ke barangan tembikar bermacam-macam bentuk dan warna. Kalau tembikar yang menyerupai binatang bermacam binatang memang terdapat di sini. Rasanya boleh buat zoo replika.
Teringat kata-kata bapak aku " siapa yang bagi nyawa pada patong-patong binatang itu?" Aku tidak membeli binatang tersebut tetapi sejambak bunga matahari kini telah berada megah di sudut rumah. Cantik kalau mengikut pandangan mataku. Walau ia juga buatan manusia ia dibenarkan sebagai hiasan tidak seperti binatang yang bapak aku katakan itu.
Selamat menyambut tahun baru 2011. Kami di Johor tidak bercuti sebab Negeri Johor menyambut awal tahun pada 01- Muharram 1432 lepas. Semoga kebaikan diberikan buat kita semua.
Penutup tirai 2010 kakak penuh warna warni...semuanya menarik....
ReplyDeleteSedih untuk cerita satu...
Tahniah untuk cerita tiga...
Ria untuk cerita yang lain...
alhamdulillah..selamat perjalanan akak kan...selamat tahun baru
ReplyDeletehu.. hari ini kita lihat orang lain tergolek, entah esok entah lusa... kita!
ReplyDeleteSalam ckLah@xiiinam,
ReplyDeleteLumrah kehidupan cikgu. Selagi kita hidup bermacam cerita dunia akan kita lihat.
Salam sahrom,
ReplyDeletePerjalanan kakak masih panjang lagi. Selamat Tahun Baru juga buat Sahrom.
Salam IM,
ReplyDeleteSelalu berdoa moga kalau dijemput menemui Allah biarlah dipermudahkan perjalanan itu. Yang pasti kita akan pergi juga akhirnya.
assalamualaikum kak zakie
ReplyDeleteacapkali saya menemui situasi dua
hati tersentuh jua melihat ketabahan mereka
mereka tetap menjaga adab dan kespanan sebagai gadis timur yang diapit sendi agama yang teguh.
Pernah melalui fasa seumpama itu
dan mengerti betapa peritnya jiwa.
Waalaikumussalam ummu,
ReplyDeleteAllah memilih mereka yg tahan untuk diuji dan mereka inilah insan-insan tabah.
salam,...
ReplyDeleteikan di laut asam di darat..
di dalam kuali bergurau senda..
jodoh adalah rahsia tuhan..kita tak tahu dengan siapa jodoh kita..dan berapa kali tuhan bagi jodoh kat kita..sekali ke..dua kali ke..
**follow blog kakzakie...**43
Salam Kak..
ReplyDeleteSemoga segalanya berjalan dengan lancar untuk tahun 2011 semoga akak sekeluarga beroleh rahmat...
W/salam sekamar rindu,
ReplyDeleteIkan dan asam bergurau dalam kuali kita yg seronok menikmati.
Segala yg telah ditentukan Allah di loh mahfuz kita tidak punya kuasa mengetahuinya.
Terima kasih sudi menjadi sahabat Titisan Nurani.
W/salam atie,
ReplyDeleteSalam sejahtera dan moga 2011 menjanjikan segala yang baik belaka buat atie dan keluarga juga.
Macam2 warna perjalanan hidup kite, itu yg menjadikan nye menarik dan tak jemu2 utk ditempuhi :)
ReplyDeletesalam za ( kak nab nak panggil za lah mulai tahun 2011 ni...boleh ke? ),
ReplyDeletewah, jalan2 sana sini...hari ni dah kena keje kann...:))
As'salammualaikum..
ReplyDeleteSelamat Tahun Baru kak....
Salam REPUBLIK N9,
ReplyDeleteApa yang menjemukan apabila tidak ada perubahan dari yg buruk kepada yg lebih cantik....
W/salam Kak Hjh Nab,
ReplyDeleteKakak tak kisah nak panggil za pun boleh. Macam makcik kakak di S'pore panggil kakak za.
Hari ini dah kerja. Buka diary baru.
Wa'alaikumsalam Amy,
ReplyDeleteSemoga tahun ini akan lebih baik dari tahun-tahun lepas.
Aslkm
ReplyDeleteWah terharu jugak bAca N3 kali ni.
TTG budak2 tak mau sekolah susah jugak nak cakap...Dah jumpa mak mama.
selamat menghadari tahun 2011 juga untuk kak zakie.. terima kasih kak tetap berkungjung ke rumah kita, tak sempat nak jamu teh.. :)
ReplyDeletekita pun ada cerita sebelum 2011...
takda masa nak update..
tengkiu.. :)
salam kak zakie...
ReplyDeletesemoga 2011 lebih menceriakan buat akak sekeluarga...
Assallamualaikum Kak zakie,
ReplyDeleteTanganku mendepa seluas padang stadium bola
senyumku menguntum bagai mawar ditepi tangga
Apakah perkataan mama nak berkata-kata
terima kasih, thank you very much atas semua....
semoga tahun ni lebih baik dari sebelumnya..
ReplyDeleteW/salam mama ju,
ReplyDeleteKita sebenarnya kena motivate budak-budak macam ini termasuk ibu-bapa yg belum celik lagi.
Insya-Allah mama, dah sekolah ni pergerakan agak terhad. Kalau ada masa pasti berjumpa emak...
Salam kella,
ReplyDeleteSelamat Tahun Baru 2011 juga buat kella. Bersama mencari yang lebih baik dari yg lepas-lepas.
Salam ainnoraini,
ReplyDeleteBegitulah pengharapan setiap umat. Moga itu juga utk ain dan keluarga.
Wa'alaikumsalam nadz,
ReplyDeleteAlhamdulillah itulah daya yg ada. Semoga mama nadz dapat dimanfaatkan yg tak seberapa itu.
Salam si para para,
ReplyDeleteTerima kasih sudi berkunjung. Harapan kakak moga kebaikan diperoleh juga buat si para para.
Assalamu'alaikum kakzakie
ReplyDeleteItulah asam garam kehidupan, ada duka ada gembira.. semoga baik semuanya untuk kita pada masa hadapan. Amiin
As'salammualaikum kak.
ReplyDeleteamy datang ziarah akak , lihat juga email tapi x de pun sent dari akak i got something nak kasi , itu pun kalau akak x keberatan la...
Wa'alaikumsalam Werdah,
ReplyDeleteBenar kak Werdah. Kita mengharap yang terbaik diberikan Allah buat kita semua.
Wa'alaikumsalam Amy,
ReplyDeleteKakak got a shock as shown form kakak's e-mail message had been sent. Infact kakak's sent it on the day you went back to your home town 24-12-10.
Kakak will use office e-mail. Sure ok. Sorry for the inconvenient caused.
Aslmkm.
ReplyDeleteDalam menjalani kehidupan ini kita pasti akan berjumpa pelbagai peristiwa - warna & corak: yang menggembirakan; menyedihkan; yang menarik & dsbnya. Reaksi perasaan kita tentu juga berbeza.
W/salam DDrfauziah,
ReplyDeleteItulah gambaran dunia Kak G. Namun kita kena harungi jua dgn harapan dapat membuka mata dan hati kita selalu.
Salam ziarah,
ReplyDeletekakzakie, to tell the truth, sy sedang dalam cerite ke-3. Terlalu terus terang? Its fact so telan la jugak.
At the moment, ok... Tapi dalam ati sape yang tau kan?
Pe pon, salam kenal dari Cik PM.. :)
tq k.zakie, berkongsi cerita2 dgn kami, sekurang2nya membuatkan fikiran kami terdetik dan terfikir tentang hal-ehwal dunia yang penuh pancaroba ini. bagus juga akak beli sunflower, menyerikan ruang :)
ReplyDeletekak zakie.. baru perasan kat profile akak..
ReplyDeleteprofesion kita seakan sama lah.. hehehe
W/salam Penjejak Mimpi,
ReplyDeleteMendasari seorg insan kesepian rasa sayu. Jejari mengetuk huruf ok, di sudut hati Allah jua yg tahu. Kakak amat prihatin dan simpati PM. Doa mengiringi moga dipenghujungnya ada cahaya...
Salam Mak Su,
ReplyDeleteSunflower yang tak layu-layu walau tak disiram air.
Salam kella,
ReplyDeleteSama tapi tak serupa
sama tapi lokasi berbeza
sama tapi jauh di mata
sama tapi betul ke?.....
jom kita ketawa sama-sama. Ha...ha....ha....