Tuesday, March 15, 2011

Segmen apa kata cinta

Mendapat tag dari http://mutiarabernilai2.blogspot.com/ waktu makan tengahari tadi. Jejari menari mencari ruang menuju destinasi diperkatakan. Segmen dianjur oleh seorang insan juga teman blogger bernama Hakimi di http://pilihanhati.blogspot.com/. Syarat seperti berikut telah diberikan olehnya: -

1.Buat satu entry tentang apa itu cinta.(tak de limit)
2.Letak banner ni di atas entry anda
3.Letak link entry yang dah dibuat di ruangan komen ini
4.Tag 2 orang rakan anda
5.Tarikh akhir 16.3.2011(cepat!)
6.Entry yang menarik akan di review


Mencuri seketika masa yang ada inilah dia hasilnya: -

Bila hati dibanjiri cinta kudus
telaga hati mekar membunga tanpa rasa walang
indah dalam rangkulan sayap-sayap cinta
senyuman melebar tanpa henti
menadah tangan sujud tafakur
mohon tidak alpa atas pemberianNya

Saat cinta merasuki jasad
merapak kesyukuran pada sang pencipta
belaian kasih dan sayang
alam semesta nan luas terbentang
rindu-rinduan sesama insan
sesekali dengan tangis-sendu
bayangan wajah-wajah tercinta
hilai-tawa meriah
"Adam" sebagai pasangan
zuriat pewaris zaman
di mana saja ada cinta
mohon diberi pengukuhan
dalam meniti alam ini sebelum berkesudahan

Ketika cinta kian mereput
andai ada untaian yang mahu terlerai
bilah-bilah masa dicucuk onak dan duri
puas meratap sembah merafak pencipta
biarlah cinta dibajai menyubur
membuai mesra kekal cinta di sanubari

Kelelahan berlari mencari cinta
walau berlari dengan cinta yang buta
mahu dilontar kebutaan cinta itu
di penuhi celiknya cinta hakiki
mohon berakhir dengan kalimat yang panjang
kalimah syahadah terucap di bibir
sehingga gerak nadi menjauh di jasad

Cinta pengakhirannya tidak dapat diketahui
mohon syafaat bisa dirangkul sama
menghirup al- jannah yang abadi
Ya-Allah Ya-Robbi.
.
.
.
.

Itulah yang termampu dititip sementara tarikh akhir adalah pada hari esok, 16-03-2011. Oleh itu adalah tidak adil sekiranya aku tag sesiapa. Tetapi sekiranya ada yang masih punya ruang masa dipersilakan dengan sesungguh-sungguhnya. Silakan........

55 comments:

  1. Kakzakie..indah sekalai..tapi akak memang tak pandai nak tulis puistis macam tu..apa lagi berkaitan cinta..

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum kak zakie

    MasyaAllah, memang kakzakie berbakat menulis puisi. Alangkah manisnya jika cinta berbalas kan..

    ReplyDelete
  3. puitisnye akak..akak memang hebatlah!! boleh jadi cikgu puisi niee..hehehehe..

    kalau saya masuk nie sah2 kalah awal ngan akak niee..

    ReplyDelete
  4. waaaaaaahhhh.... ternganga je kita baca nih.....
    cantiknya kak zakie...

    indah..

    ReplyDelete
  5. Kakzakie memang hebat berpuisi. Tahniah. :)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Kakzakie..

    Subhanallah, indah..
    sangat indah bait2 puisi Kakzakie..

    !____!
    bergetar jiwa membacanya..

    :)

    ReplyDelete
  7. cayalah kak..sya ni berpusi xpandai,tp makan sya pandai..hehe

    ReplyDelete
  8. tak sangkanye kak zakie pandai berpuiti...
    teruja ain bile membacenye ptg2 mcm ni...

    ReplyDelete
  9. alamak kakzakie silap type la pulak...

    puiti la pulak..puisi..jiwa kaco masih blm balik lg ni..hujan masih lebat...ade kilat lagi...

    ReplyDelete
  10. salam k zakie,
    waduh waduh waduh...
    bagus skali bait2 cinta mu ...
    tk terjangkau otak utk mengarang mcm tu ..
    begitu puitis sekali ..

    ReplyDelete
  11. Waduhhhh pemuisi juga orangnya KakZakie nihh...

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum,

    Pujangga menyatakan
    Oh cinta berharga
    dari emas dan permata...

    Segmen apa kata cinta Kakzakie sungguh meruntun jiwa. Kakzakie memang hebat! Tahniah!!

    ReplyDelete
  13. Terima kasih buat teman: -

    @kak Erna: belum ditulis mana nak tahu kak Erna

    @Werdah: Harapan seorang hamba Allah sama kak Werdah. Terima kasih.

    @lalink7: Kakak nak husna menghayati bukan puji-puji. Takut alpa diri jadinya.

    @kella: betul ke tu?... harap kella suka

    @kakcik: Kakak ingat nak tag kakcik takut masa dah suntuk kakcik tak terbaca. Dah baca buatlah kakcik.

    @mutiara bernilai: sekadar menyapa tag yang mutiara bagi. Kakak buat masa minum petang tadi.

    @YATZAKIE: Kakak kalau makan lagilah pandai dari Yat. Sayang manan terbuang, kakak sapu bersih. :)

    @ainnoraini: tempat kakak pun hujan juga petang tadi. Dah tak perlu siram pokok bunga sekarang ni...

    @aby: waduh pujian terlalu tinggi. Menakutkan kakak dibuatnya.

    @Cikgu Nurin: Nak mengulas cinta dengan karangan lebih sukar berbanding mencipa puti yang boleh siap beberapa minit saja.

    @cikgu humairi: Kalau kakak tahu cikgu masuk segera membaca N3 ini pasti kakak dah tag cikgu. Malu kakak bila cikgu membaca....

    ReplyDelete
  14. amboih mengayatttt

    errr minda dah tumpul untuk titip bait puitis cinta

    ReplyDelete
  15. Terima kasih semuanya,

    @cemomoi: dulu masa bujang-bujang tu ada adalah juga bermain kata ye....:)

    @kakpah: hayatilah kakpah. terima kasih.

    @ckLah: kakak tahu cikgu lagilah hebat. guru BM lagi....kakak malu dgn cikgu.

    ReplyDelete
  16. kak zaki.. wow. terkesima.. tak terkata.. best!! pasti jadi pilihan.. indah indah..

    JOM TENGOK GAMBAR BEST!!
    JOM KE: ALL IN ONE

    ReplyDelete
  17. wow..akak..hebatla..

    kalo saya xreti nak wat mcm ni..heheheh

    ReplyDelete
  18. wah... terer la kakzakie berpuisi.. cayalah.. :)
    sungguh indah setiap baitnye..
    respek dan 'suspek' la.. hehehehe

    ReplyDelete
  19. Kak zakie,

    Selamat hari jadi, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Diharap kak zakie berbahagia selalu ngan keluarga tercinta. pandai berpuisi, setiap bait penuh puitis.

    ReplyDelete
  20. Nur,

    Terima kasih. Tinggi sanagt pujian tu takut terduduk pulak

    ReplyDelete
  21. puteri,

    cubalah hari ini last tau. just suka-suka hadiah pun tak de.

    ReplyDelete
  22. cikceriacorner,

    Amboi cikceria tak mahu tunjuk tu. Cubalah dulu.

    ReplyDelete
  23. Penjejak Mimpi,

    Apa yg nak direspect and suspectkan tu?... Kelakarlah PM ni....

    ReplyDelete
  24. Cik Ina MDDC,

    Cik Ina bukan birthday kakak tau. Kakak saja tulis sebagai memenuhi segment apa kata cinta sebab kena tag. Itu je.....:)

    ReplyDelete
  25. kakzakie dah tinggalkan link kat blog En Hakim tu?

    ReplyDelete
  26. terasa bagaikan di awang2an membaca kata2 puitis ni kak..klu lah lia kene tag mcm ni...maunya kelam kabut nak membuatnya....x reti nak buat ayat2 indah mcm ni....

    best la kak....:D

    ReplyDelete
  27. "sangat indah!akak ni memang kreatif dan berseni..saya ni buta seni,hihihi..sejak tinggalkn skolah langsung tak reti nk puitis2 lagi..sikit2 bolehlah kak.."

    ReplyDelete
  28. salam,

    wahhhh.... terharu sungguh membaca cinta kakzakie..
    mesti masa bercinta dulu2, akak yang byk luahkan kata2 cinta ni...
    best3x...

    ReplyDelete
  29. kak zakie...
    ayatttt...perghhhh...mabeles habis nih..hehhehe

    ReplyDelete
  30. miloais,

    cewahhh macam bagus je kan kakak....

    ReplyDelete
  31. Mutiara bernilai,

    Dahlah sayang, semalam the moment siap terus link ke sana. Mungkin belum display kot....

    ReplyDelete
  32. Mamamya,

    Segment ini bukan mesti menggunakan puisi. Boleh berbentuk karangan dan apa jua. Tapi kalau karangn agak berjela kan....

    ReplyDelete
  33. Piasara,

    Alahai bantai je janji ada bunyi sudah...

    ReplyDelete
  34. Wa'alaikumsalam My Little Diary,

    Eh... realitinya kakak payah nak menutur kata cinta. Hubby kakak lagilah tak romantik langsung. Tarikh lahir sendiri pun dia tak ingat. Hehehe....

    ReplyDelete
  35. azian,

    Hm..... penilaian pasti berbeza...

    ReplyDelete
  36. sungguh berpuitis sekali kak , anyway good luck ok

    ReplyDelete
  37. fuyooooooooooooooo...kak...biar betul ni!

    ReplyDelete
  38. perghhh kenapalah aku takde bakat camni...heee apa2 pun good luck la yer...

    ReplyDelete
  39. Amy Syaquena,

    Bila kena tag tak mampu nak mengelak inilah saja yg dapat kakak titip Amy...

    ReplyDelete
  40. uncle,

    Ah... janganlah terkujuttt uncle. Sesaje heh....

    ReplyDelete
  41. Sham,

    Ada org tak mahu tunjuk bakat. Cuba sesekali sham luahkan dlm penulisan, maksud kakak tidak semestinya berbentuk puisi...

    ReplyDelete
  42. assalamualaikum kakzakie...

    wah!!! puitisnya...saya doakan akak berjaya ya...ada bakat terpendam rupanya kak nie ya :-)

    ReplyDelete
  43. IM - tak tahu la..pernah bercinta atau tidak...?

    ReplyDelete
  44. wa'alaikumsalam sahrom,

    sesekali teringin mengasah bakat. Hehehe....

    ReplyDelete
  45. Insan Marhaen,

    Kita sebenarnya sentiasa diselubungi kecintaan dan yg pasti IM pun sentiasa bercinta. Cinta itu luas dan agung IM...:)

    ReplyDelete
  46. Assalamualaikum Hjh,

    Dalam sibuk bekerja pun masih sempat menulis Puisi yang indah kepada yang memahaminya.....

    ReplyDelete
  47. assalamuaalaikum kak,

    kalau dah berbakat tu
    buat apapun ...menjadi

    semoga kak zakie berjaya!

    ReplyDelete
  48. pesona,

    Selalu kakak masuk halaman nak juga berita / cerita tapi hampa. Kakak buat masa minum petang. Kalau buat essay panjang tak cukup masa.

    ReplyDelete
  49. Wa'alaikumsalam Ati Masrif,

    Kakak tahu Ati pun boleh cuma tak mahu.

    Terima kasih...

    ReplyDelete
  50. terkedu membacanya..indah sungguh kak..

    ReplyDelete
  51. Alahmdulillah.. nice entry..
    good puisi..

    org kata mata pena lagi tajam dari lidah..
    menusuk jiwa..

    =)

    ReplyDelete