Sekali lagi aku menjejakan kaki di bumi tempat aku dilahirkan. Kali ini adalah perhimpunan ahli keluarga dari Johor dan Singapura bertempat di rumah bapak. Nyata suatu pertemuan yang amat menggembirakan semua. Hanya adik aku di Selayang saja yang tidak dapat turut sama dimajlis yang telah disusun-atur sebulan lepas. Itupun kerana tugasan yang tidak dapat dielakkan. Adik aku bertugas di Poliklinik Selayang yang mana teman sejawat yang seorang telah ditimpa kemalangan dan seorang lagi dalam tempoh cuti bersalin. Oleh itu adik aku kena on-call 24 jam dan bererti cutinya dibekukan.
Malam itu kami telah siap sedia dengan bahan yang akan dimasak pada pagi esoknya. Aku terpaksa membatu encik Hubby kerana telah dilantik menjadi tukang masak. Malam itu segala bahan disiapkan dahulu dan hanya selepas subuh tarian senduk-belanga untuk masak-memasak bermula.
Bantuan anak-anak saudara yang ramai, jam sepuluh pagi segalanya telah siap. Keluarga dari Yishun sampai dulu dan yang terakhir dengan keluarga dari Bukit Batok dan Boon Lay, Jurong. Selepas bermarhaban barulah pesta makan-makan bermula.
Selesai makan, walau dalam keadaan cuaca panas terik mentari masing-masing menjelajah kebun belakang mencari apa jua yang boleh dibawa pulang. Pucuk pengaga, pucuk beruas, pucuk tenggek burung, belimbing, limau kasturi, cili padi, kacang panjang dan kacang bendi habis togel tinggal daun yang tidak diperlukan. Pucuk ubi yang membiak bebas dan petai paling banyak dikuip untuk diagih-agihkan.
Apa-apa pun yang paling beruntung anak-anak yang belum bekerja kerana waktu inilah mereka dapat menambah wang tabung mereka. Adik tidak ketinggalan apabila balik rumah menambah jumlah wang yang ditabung. Siling-siling yang disimpan baki duit bekal sekolah pun mula dikira balik.
indahnya bersama keluarga
tahun lepas perhimpunan di Singapura
jawa, melayu dan inggeris bahasa diguna
hangat dengan derai tawa ceritera masing-masing
berkesudahan dengan selapas solat asar kami bersurai
moga tahun depan boleh dibuat di rumah bapak lagi.
tahun lepas perhimpunan di Singapura
jawa, melayu dan inggeris bahasa diguna
hangat dengan derai tawa ceritera masing-masing
berkesudahan dengan selapas solat asar kami bersurai
moga tahun depan boleh dibuat di rumah bapak lagi.
Tiada yang lebih indah dari berkumpul bersama2 dengan segala kefahaman yang tercipta... :)
ReplyDeletetahun depan punya gath saya nak ikut~he~~
ReplyDeleteSalam kak,
ReplyDeletewah meriah lah family akak..
kira pembantu tukang masak pun kalut jugak laa yer..gamaknya bila menu akan terhidang...hihii..
Semuga jalinan negara, bahasa dan bangsa terus mewarnai kebahagian family akak ..)
wah2....tanya adik sat..kalau wang singapore...ucu pun nak jugak laaa(melawak jer)mmm banyak dapat dik?? tabung ye..pasni masuk TaHa k
wahh bestnya kumpul ramai2...brulah kenal sesama saudara
ReplyDeleteAssalamu'alaikum kakZakie
ReplyDeleteAlhamdulillah, seronok kan dapat berkumpul sesama keluarga, sanak saudara. iratkan sillaturrahim..
assalamualaikum kakzakie...
ReplyDeleteseronokkan bile berkumpul ramai2 mcm tu...baru la lagi bertambah eratkan...anak2 pun kenal saudara mara yg jauh ...
emm meriahnya... baguslah mengeratkan silaturrahim...barulah kenal saudara yg tua kan? ni kalau raya baru nak kumpul setahun sekali jawabnya selisih bahu pn tk perasan :)
ReplyDeletesalam kak Zakie...
ReplyDeletebestnya dpt berkumpul ahli keluarga.
jom ler berkumpul bersama sahabat2 maya nie plak ,ummi nk join gak ..
masa beginilah nak mengeratkan silaturrahim, keluarga akak kira bertuah kerana masih menjaga hubungan persaudaraan yang ada...
ReplyDeleteaina sebelah emak masih rapat tapi kalau sebelah bapak memang sepupu pun tak kenal kerana abah meninggal sewaktu aina kecil jadi tak rapat sangat sebelah sana...
kakcik,
ReplyDeleteKeindahan yg tidak terucap bila masing-masing dah tak ikut pangkat. Tapi panggilan dibuat lebih siapa yg lebih berusia....
Bujal X,
ReplyDeleteKalau kakak ambil ainul jadi anak kakak bujal dah boleh ikut tahun depan. Boleh tak?....
Wa'alaikumslam ainhany,
ReplyDeleteKami makan nasi beryani, nasi putih, ayam masak merah, daging beryani, dalca, pajeri nenas dan acar timun/carrot. Buah dan kuih-kuih banyak sebab ramai yang membawa. Air mata kucing (panas) air orange (sejuk).
Kakak memang kalut tapi tak boleh tunjuk gambar sebab ada aurat yg tak sepatutnya. Heee.....
redza,
ReplyDeleteSeronok red. Kalau jumpa memang banyak cerita....
Wa'alaikumsalam Werdah,
ReplyDeleteBenar bersyukur kak Werdah. Keluarga kakak ramai kerana 99% di S'pore. Hanya bapak je duduk Johor. Jadi macam tak muat je rumah. Nasib rumah kampung. Sebab itu kalau kat S'pore mereka kena buat kat hall. Sewa mahal.....
wa'alaikumsalam ainnoraini,
ReplyDeleteTapi sebenarnya memang dah kenal pun sebab selalu jumpa. Saje kami ada makan-makan sesekali. Nak buat raya tahun lepas banyak yg bercuti keluar tempat lain...
Mama Mayana,
ReplyDeleteMemang benar.... tapai sebab kami dekat rasanya masih saling kenal-mengenal....
Wa'alaikumsalam Ummi Humaira,
ReplyDeleteKalau nak buat teman blog kena buat kat surau / masjid baru muat tempat Ummi. Heee.....
JunAina,
ReplyDeleteInisiatif kena ada pada salah seorg baru boleh jadi Aina. Buat keluarga kakak dua-dua pihak sama je.... Walau emak kakak dah lama pergi tapi kami masih mesra lagi....
Seronoknye akak berkumpul ramai2 begitu...saya selalu jugak berkumpul dengan adik-beradik ni..makan2....tapi tak de la kumpul semua macam akak ni...akak bertuah sebab dapat berkumpul seramai begitu....mesti sedapkan masakkan akak hari tu...
ReplyDeletekak zakie....
ReplyDeletenak alamat umah....
nnt kl balik majidee sy n family nak singgah umah akak...
boleh kan????
tapi tolooooooooglahhhhhhhhh
jgn sorokkan muaz n muiz.....
hehehehehehhe
eh, lupa nak komen pasal entry...(padahal tu yg sebenonyer....heheheh)
ReplyDeleteakak ade sedara kat singapore ye???
mmg meriahkan kl dapat kumpul dgn family ni....
sy pun suka tapi yg tak sukanya tak dapat duit tuhhh...hehehhe
"hehe,tentu kelakar kan kak..bila dah jumpa ramai2 tu tak ingat pangkat nak panggil apa..kalau tak tau pangkat tu tentu main panggil agak2 jer..ikut umur...best nya ada saudara mara yg ramai mcm ni.."
ReplyDeletekak zakie..memang saat2 indah dan tak boleh dilupakan bila dapat berjuma dengan kaum keluarga yang jauh2 ..
ReplyDeletebukan senang nak kumpul sedara mara/adik beradik..kena ambil masa.
ReplyDeletebila smpai masa ada aje halangan yg x dpt dielakkan.
bila pulak kakzakie nak jemput kami...nak le rasa air tgn kakzakie pulak :)
seronok dapat berkumpul cam tu...hubungan tak renggang kemesraan bertaut~salam petang kakzakie
ReplyDeleteseronoknya berkumpul ramai2 mcm ni.. mmg patut diteruskan.. bab kutip daun2 ulam tu teringat pada mak saya.. klu pergi rumah org yg ada kebun mmg tak sah klu tak kutip daun2 ulam tu..
ReplyDeletekak...
ReplyDeleteboleh emel sy di....
teddy_bear3282@yahoo.com
tq....
meriahnya kak...mmg seronok kan dapat kumpul ramai2 mcm ni....dah mcm hari raya pulak..:D
ReplyDeletewahhh..gathering keluarga...
ReplyDeleteakak kira tak berapa org cucu, cicit yang ada?? :P
eh..adik akak kerja di klinik kesihatan selayang ke, atau dalam hospital selayang?
assalamualaikum...
ReplyDeletemeriahnya pertemuan sebegini..pasti ia menjadikan sesuatu hubungan itu kan semakin erat lagi..bagus family kak
Assalamulaikum kak zakie,
ReplyDeletebestnya family ramai, sesekali jumpa cam, mesti banyak cerita nak dikongsi bersamakan. makan-makan mesti best.rasa sedih plak bila ingat family makcik dah tak de.
Ala tak puaslah baca entri ni, ringkas sangat.. tentu banyak cerita menarik sepanjang berkumpulkan.. apa pun kirim salam pada ketua pasukan (kalau bukan kakzakie) yang bertungkus lumus memastikan program ni jadi.. bukan senang oo..
ReplyDeletewah... bestnye dapat berkumpul reramai.. makan pon bertambah selera.. dengan menu yang pelbagai.. :)
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletemmg tiap2 tahun ada ke kak zakie..
wahh..meriahnya..berkumpul sanak saudara..
gambar menu takde ke..hehe
wow bestnya gathering keluarga mcm ni...
ReplyDeletesalam kak, thanks drop by my blog..awat tak follow sekali? takpe, biar saya yg follow dulu...saya tunggu tau!!
nice blog!!
rindunya nak kumpul semua family macam tu... hope raya nanti saya n family dapat kumpul ramai2... thanx komen kat blog saya... i like it...
ReplyDeleteAzi,
ReplyDeletePersediaan bahan mentah memang kakak kena buat sebab kakak yg terdekat. Lain-lain jauh.
Tapi siang-menyiang tu sesama malam itu....
Azian,
ReplyDeleteBapak kakak is the only one in Jhor the rest kat S'pore kesian kan dia....
Kalau turun JB bagitahu kakak ok....
Mamamya,
ReplyDeleteMemang seronok lah... penat terasa berbaloi....
Daddy Ziyyad,
ReplyDeleteGathering once a year. Tahun ini kat Johor.
...adik kakak kat Poliklinik Selayang. Ala... kalau binti Purvit confirm adik-beradik kakak. Namam bapak kakak kan unik...
Wa'alaikumsalam sahrom,
ReplyDeleteMeriahnya tak terkata sampai berpeluh-peluh sebab panas dah tu rumah bapak manalah ada aircond.....
Wa'alaikumsalam Cik Ina MDDC,
ReplyDeleteoh... kesian Cik Ina bila dah tak de family ye...
Che Mid,
ReplyDeleteBanyak cerita tapi kakak papar sebahagianlah....
Penjejak Mimpi,
ReplyDeleteCantik gambar baru PM.... suka kakak.
Menu biasa je...
Nurkass,
ReplyDeleteBiasanya di S'pore..... Tapi bapak kata suruh buat kat Johor pulak. Adik-adik dia ikut...
seronok dapat berkumpul ramai-ramai macam tu. Mesti tak kering gusi dengan cerita lucu.
ReplyDeleteMeriah nyer....
ReplyDeleteRobot halus
saya pulak... mungkin akan kehilangan sorang lagi anggota kuarga dalam sedikit masa lagi :(
ReplyDeleteAssallamualaikum kakzakie,
ReplyDeleteseronoknya..teruja mama melihat suasana berhimpunnya adik beradik. Dah lama mama tak dapat berhimpun macam tu...susah juga nak berhimpun bila adik beradik ramai dan tinggal merata dalam dan luar negeri..
mama suka semua jenis ulaman yg kakzakie sebutkan tu..lebih-lebih lagi bebuas dan tenggek burung, terasa-rasa menyicahnya dengan sambal
w/salam.
tiada apa yg lebih menyeronokkan daripada lepak2 bersama keluarga.. :D
ReplyDeletebest nyer kak :)
ReplyDeletePiasara,
ReplyDeleteItulah Pia anak kakak lagilah semua yg besar sikit dari dia dipanggil kakak/abang. Padalahal dia yg kakak....
Kak erna,
ReplyDeleteSelalu juga jumpa tapi tak kumpul. Kali ini boleh katakan ramai yg dapat kumpul....
zue,
ReplyDeleteBetul tu zue... macam adik kakak tetiba je ada halangan yg tak dapat dielak. tak dapat balik....
Mommylavender,
ReplyDeleteBila dah jumpa rasa sayu bila nak berpisah....
Hanis Azla,
ReplyDeleteDaun ulam dah jadi satu favourite kami. Lagi pula tak kena baja....
wahida,
ReplyDeleteTerima kasih juga dari kakak. Tunggu lepas ini ye....
dwaty,
ReplyDeleteKalau raya lagilah susah nak kumpul sebab dah ada mertua masing-masing. Sepupu-sepupu lagi masing-masaing pun ada mertua....
Kakpah,
ReplyDeleteMemang betul tu kakpah bila cerita masa pakcik kakak belajar mengaji selalu kena sentak dgn arwah atuk sampai menangis. Cucu-cucu semua ketawa....
Miecyber,
ReplyDeleteMeriah dan penat tak terkata....
Mak Su,
ReplyDeleteOh... kerana nak memperbaiki taraf hidup kekadang memang terpaksa berpisah....
Wa'alaikumsalam mama Nadz,
ReplyDeleteUlam-ulam banyak yg tumbuh sendiri sebenarnya. Tapi sebab selalu kena petik jadi dia sentiasa keluar pucuk baru. Itu yg menjadi mangsa kami semua.....
Seksi Bani,
ReplyDeleteAnak-anak tak de yg lepak dalam rumah semua berkeliaran kat luar. Maklum tak ada pagar. Bebas gila....
republik N9,
ReplyDeleteNak jadi member keluarga kakak kena pinang anak saudara kakak ramai yg perempuan. Rasanya kalau Hasrul kena interview bapak confirm lulus.... Hehehe.... kakak gurau je....
Assalamualaikum kak zakie...
ReplyDeleteseronok sungguh , dapat berkumpul bersama. ..bermarhaban...makan ramai2...fuh.... gambar makanan takde eh kak? he he
amboi meriahnya...sebab tulah sy target nak anak banyak2 ni...dah tua2 besok ramai anak cucu...(kalau panjang umur ler...)
ReplyDeletebestnyer dapat berkumpul ramai2 kan
ReplyDeletesalam k zakie.
ReplyDeleteklu dah adik beradik berkumpul yg senior2 tu pasti ngomong jowo.
bojo ku angger rame rame ngono kuwe emok melu,
alasanne engko orak faham angger adik beradik ngomong jowo ...
Meriahnya kak zakie. Seronok bila dapat berkumpul macam tu.
ReplyDelete* Tak sabar nak tunggu hujung bulan ni.
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
ReplyDelete//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
Honda ex5 dan Honda wave
tahniah buat keluarga akak.... dapat berkumpul semua dalam satu bumbung..... yang kenal dimesrakan yang jauh di rapatkan yang tak kenal berkenal kenalan...
dulu tahun 2009 Pakcik saya pernah buat perhimpunan keluarga sebegini dari singapura area geylang serai hinggalah selangor... yang pastinyerrr mmg meriah gilerrr sekor lembu tombang....
salam kakzakie!
ReplyDeletelawatan balas :-)
thanks for dropping by my blog earlier!
wah seronoknya sekali2 gather seisi keluarga, mesti meriah mcm hari raya.
Wa'alaikumsalam Afida,
ReplyDeleteYg pegang camera masa tu anak kakak, dia tak ambil gambar makanan satu pun. Banyak diambil gambar masa kami memasak, gambar tu pulak tak boleh siar (kena sensored. Heeee...)
Sham,
ReplyDeleteBila tu nak mula mendapatkan satu pun tak berbayang lagi. Kakak tunggu nie. Cari dulu kilang yg terbaik supaya boleh dapat manufacture product yg baik.....:)
Ila,
ReplyDeleteSeronok tidak terkata Ila....
Wa'alaikumsalam aby,
ReplyDeleteRamei seng teko. Ngomong jowo seng tuo-tuo wahe. Seng koyo kito ngomong inggeris kok. Seng cilik nang S'pore meneh kabehnya sukak ngomong inggeris, wes bioso nang kono....
a.z.r.i.n.a.03.07,
ReplyDeleteOh... reen pun ada family assembly juga ke akhir bulan ini....
Afzainizam,
ReplyDeleteKakak tak de lembu pun tumbang sebab tak de lembu. Heeee....
Tapi penuh-sesak juga rumah bapak hari itu....
dieya,
ReplyDeleteTerima kasih juga dari kakak.
....kegembiraan yg tidak terucap oleh bibir tapi dihati sentiasa terkenang....
memang betul tuh akak, tiada yang indah lagi selain dapat bersama ahli keluarga.
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteMoga kemeriahan berpanjangan. Saya menanti episod seterusnya...bumi indah III.
pucuk tenggek burung?
ReplyDeleteTak pernah dengar...?
seronok sesekali berkumpul... rindu pd keluarga...:)
ReplyDeletekak zakie...
ReplyDeletedah dapat emel...
ooo...senai ye....
ok...otw ke jb leh singgah...
insya ALLAH...
kenangan paling indah adalah ketika bersama saudara mara yang lama tak jumpa...
ReplyDeletesalam kak....
ReplyDeletewow! meriahnya! seronok kan bila sesekali berkumpul bersama semua sanak saudara...
mesti meriah btol dapt berkumpul ramai2..
ReplyDeleteeelobor,
ReplyDeleteDah bersama-sama baru tahu kan...
Wa'alaikumsalam ahamd humairi,
ReplyDeleteAda ke episod III cikgu?....
gedek,
ReplyDeleteOrg bandar jarang tahu ulam ini. Dia pcam pokok kayu je, tapi daunnya ada bau yg menyegarkan kalau suka...
mama maman,
ReplyDeleteRindu keluarga kena jumpa selalu...
nukilanaffiza,
ReplyDeleteKebanyakkannya dah selalu jumpa sebenarnya, tapi anak-anak tu yg jarang bertemu kerana pengajian/sekolah yg tak sama cuti...
Wa'alaikumsalam Yus,
ReplyDeleteIni pun kena announce sebulan awal. Rancang betul-betul baru ok. Tetap ada yg tertinggal gak...
faiz,
ReplyDeleteSungguh teramat meriah. Nasib guna pinggan/gelas pakai buang. Kalau tak siapa nak cuci.... dah letih semuanya....
Seronoknye kak...
ReplyDeleteFamily kami tiapkali raya ke-2 setiap thn
buat perhimpunan kat umah nenek saudara..
Dulu2 jamu atas umah jer,skng ni dh x muat..
family dah bertambah..kena pasang khemah
kat laman..
sangat meriah
ReplyDeleteselamat malam kak zalie
ReplyDeletesuka lihat keluarga kak berkumpul...
moga tahun2 mendatang aktiviti ini boleh dilakukan lagi..
kakakku.. terima kasih sebab selalu beri semangat untuk ayu... sangat terharu.
family yang cukup besar..bertuah nye akak..family sy xsebesar mana..kalau berkesempatan nak juga buat gathering family macamnie..bestt kan?
ReplyDelete