Monday, April 25, 2011

Mahabbah IKIM FM

Dua hari anak-anak merengek untuk ke sana. Iklan pemberitahuan pula sentiasa berkumandang di corong radio IKIM fm. Perjanjian asal dengan anak-anak kami mahu pergi pada hari Sabtu tetapi memandangkan itu hari lahir kakak mereka, kami batalkan kerana pasti kakak sulung mereka akan menelefon dari asramanya. Walau sekadar bertaut ucapan melalui talian telefon tetapi ianya sudah memadai buat kami.


Oleh itu pada hari Ahad, semalam untuk tidak menghampakan hajat adik untuk bertemu Upin & Ipin kami meredah pagi hari itu ke Bandar Dato' Onn. Adik tersenyum lebar apabila dapat bersalaman dengan Upin & Ipin walau dalam gambar sekadar terpapar tangannya saja. Anak-anak terlalu ramai berasak. Motorsikal berkuasa besar juga menjadi tumpuan anak dara aku yang dua ini. Siap mahu berposing lagi dengan motor besar. Maklum di rumahnya hanya ada Jaguh yang tidak besar mana dan Honda comel. Ibu saudaranya yang dipanggil Mak Zah tidak penat memayungi mereka ke sana ke mari. Aku dapatlah melihat dari dekat wajah Siti dan Pian DJ radio IKIM yang selalu aku dengar melalui corong radio.





















Keadaan pengunjung pun tidaklah terlalu sesak kerana luasnya kawasan yang digunakan. Sekadar memenuhi apa yang diminta anak-anak kemudian kami pulang. Adik membeli sebuah novel, sehelai baju renang muslimah dan sehelai t-shirt IKIM. Kakaknya membeli sebuah novel, dua pasang t-shirt busana muslimah dan sepasang t-shirt IKIM.

Aku dan hubby sekadar mampu membeli kepuasan bila melihat anak-anak sudah pulang dengan senyuman tanda gembira.








~~~ Apalah yang lebih menggembirakan ibu-bapa selain melihat kegembiraan anak-anak mereka ~~~






67 comments:

  1. kak zakie...
    mmg kita akan gembira bila melihat anak2 gembira...kak, ni fon sy...019-7024174...nnt kl nak singgah umah akak sabtu ni sy bgtau ye...

    ReplyDelete
  2. ooo..
    upin & ipin..
    jgn kata budak2 kak zakie, kass pun mmg minat ngan upin ipin nih..hilang tension..hehe

    mcm tulah perasaan ibu kita kan kak..sebolehnya nak tunaikan keinginan anak2..huhu..bila nak kahwin nih..:)

    ReplyDelete
  3. Kerana anak jugalah, kakcik dan suami sanggup meredah kelompok manusia di PWTC semalam. :)

    Kemudian, ke Banting pula meredah hujan (dalam kereta la..) untuk menghantar Angah balik ke kolejnya...

    ReplyDelete
  4. azian,

    As per our telconversation just, hope we've got chance to meet....

    ReplyDelete
  5. nurkass,

    Kerana Upin Ipin juga abang kena jaga topi dan belon dia. Dia dok mengasak nak naik pentas, kami tengok dari jauh....

    ReplyDelete
  6. kakcik...

    Kalau tak buat rasa terkilan pulak di hati kita kan kakcik. Sebab benda-benda tu bukan sentiasa ada.

    Moga kakcik dah sihat....

    ReplyDelete
  7. alahai...kenapa lia x tahu ada upin n ipin kat bandar dato' onn yer...klu x blh bawa anak2 ke sana...mesti dia org suka..... seronok kan kak bila tgk anak2 gembira....satu kepuasan rasanya bila tgk anak sentiasa tersenyum riang...:D

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum kak zakie,

    Biasalah tu kak zakie, demi anak. kalau tak ditunaikan terkilan pulak rasa hati.apa yang penting, janji mereka gembira.

    ReplyDelete
  9. kak zakie, kalo sudi kasik le add umah akak. so senang sy nak pos stem untuk akak. Sy serius ni. Bukan memain.. :)

    emel kat bicara.aku@gmail.com

    ReplyDelete
  10. kak zakie..memang benar..kepuasa ibubapa ialah bila melihat anak2 gembira.

    ReplyDelete
  11. saya pun tak sabar nak balik kg dis week, rindu nak bergomol dgn anak2 tercinta :)

    ReplyDelete
  12. sgt nice.. ibu bapa perlu luangkan lebih masa berkualiti bersama anak-anak.. ^^

    ReplyDelete
  13. Mmg best dapat keluar jalan2 satu family, rasa puas dan selesa...

    ReplyDelete
  14. Ustaz Zamri ada tak kak kat situ?

    ReplyDelete
  15. As salam Kak...

    Saya pun minat Upin & Ipin..huhuh
    Seronok anak2 akak yer..

    ReplyDelete
  16. Mamamya,

    Lia tak pergi ye?... Actually dah ada sejak Jumaat tau Lia. Ya-Allah budak-budak yg mengerumuni pentas tak terkata Lia.Suka benar mereka...

    ReplyDelete
  17. Wa'alaikumslam Cik Ina,

    Memang benar sekali. Kalau mereka gembira hati kita pun lega....

    ReplyDelete
  18. Penjejak Mimpi,

    Kakak acah jelah PM...
    Anyway read e-mail form kakak ye...:)

    ReplyDelete
  19. Erna,

    Kalau tidak mereka akan sebut selalu. Lagi kita tak selesa...

    ReplyDelete
  20. makdara TERdiva,

    Kakak nak tengok MDT gomol anak. Heee....

    ReplyDelete
  21. Ayie,

    Samapi masa nanati Ayie tahu. Bilalah agaknya ye?...

    ReplyDelete
  22. Rosmawati Yusof,

    Mereka gembira janji dapat apa yg dikehendaki. Kita je nak control sikit.....

    ReplyDelete
  23. Daddy Ziyyad,

    Masa kakak di sana tak de pulak. Hanya jualan yang banyak....

    ReplyDelete
  24. Cik Shinju,

    Macam abang je, dia pun layan anak-anak petang sebelum ke masjid tengok upin ipin....

    ReplyDelete
  25. Salam.

    jom join ga saya..

    http://queenroszaliza.blogspot.com/2011/04/queenpink-lucky-follower.html

    ReplyDelete
  26. betul la kak..bila anak kita hepy,kita pon akan hepy jugak kak..

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum kak zakie...

    seronoknya kak, bertambah seronok bila tengok anak-anak happy.... itu lah kak, hari2 dengar iklan tu kat IKIM...harap jauh je, kalau tak...saya dah pi dah...he he

    ReplyDelete
  28. kakakku.. kalau tidak semalam ayu di sana.. ada ceramah. tapi ayu tak attend... citarasa rinduan di utamakan.. kalau idak, kita sure bertegur bahu..hehehe

    ReplyDelete
  29. ~~~ Apalah yang lebih menggembirakan ibu-bapa selain melihat kegembiraan anak-anak mereka ~~~


    - buat sya teringgat pada ayah dan ibu -

    ReplyDelete
  30. heheh..anak2 kecik kalo dgr pasl upin ipin..mmg melompat kegirangan..tp kadang2 tu,bukan setakat anak kecik...mak anak kecik pun turut sama juga :D

    ReplyDelete
  31. sangat2 setuju ayat akak yang terakhir tuh....

    ReplyDelete
  32. hu~

    tiba2 akak dah buat saya jd homesick.

    rindu kat parent n family saya

    ReplyDelete
  33. QUEENPINK,

    Lepas ini kakak terjah blog queen ye...

    ReplyDelete
  34. YATZAKIE,

    Bila dah jadi ibu baru kita tahu kan Yat...

    ReplyDelete
  35. Wa'alaikumsalam Afida,

    Samalah kakak dengan pesta buku di PWTC. Kalau dekat memang kakak dah pergi dua-tiga kali...

    ReplyDelete
  36. Citarasa Rinduan,

    Komitment kita banyak kalau tidak kena masa memang tak dapat nak tunaikan ayu....

    ReplyDelete
  37. sayangsayangibu,

    Sya kalau rindu jenguklah mereka. Jauh ke?... Kena buat jadual pulang sya....

    ReplyDelete
  38. chii,

    Betul chii... Masa upin&ipin naik pentas masya-allah budak-budak dah la menyerbu mak-bapak pulak sibuk sama. Kakak ngan abang tengok dari jauh je. Itu yg tak dapat nak snap photo bila adik berpeluang salam dgn upin...

    ReplyDelete
  39. eelobor,

    Ee baru ada Muaz, tunggu bila Muaz ada adik lagilah semuanya mesti nak adil...

    ReplyDelete
  40. Mutiara Bernilai,

    Parents MB tinggal mana? Baliklah sayang bila ada masa. MB kan masih single, anytime boleh jenguk kalau setakat ambil masa driving 2-3 jam ok tu....

    ReplyDelete
  41. bersesak pun tak apa..

    janji mereka ni puas n happy

    ReplyDelete
  42. akak pegi ye mahabbah niee..alahaii..kan best kalau saya dapat pergi jugak alangkah gembiranyaa..

    tapi mmber takde nak g..

    ReplyDelete
  43. Demi kebahagian anak2 ibubapa sanggup lakukan apa saja.Puas bila melihat anak2 tersenyum.

    ReplyDelete
  44. hehe..walaupun da macam2 animasi baru muncul..upin & ipin tetap menjadi pilihan no 1..dgn trademark " betul betul betul..eheh

    ReplyDelete
  45. Ati Masrif,

    Boothnya di padang luas jadi tidaklah sesak sangat Ati. Cuma panasnya wow!! menyengat teramat. Payung dan topi pun tembus. Tapi mereka happy je....

    ReplyDelete
  46. Ila,

    Bahagia mereka bila dapat apa yg dia hendak...

    ReplyDelete
  47. Zaitun,

    Memang betul kak Zai. Senyum memanjang dan cerita pun tak habis sampai berhari-hari...

    ReplyDelete
  48. chii,

    He.... betul,betul,betul....(Ikut style upin ipin)....

    ReplyDelete
  49. bila anak2 gembira kita pun rasa puas dan bahagia rasanya

    ReplyDelete
  50. betul tu kakzakie... walaupun penat melayan kerenah mereka namun bila melihat mereka gembira kita amat puashati ...kan

    kegembiraan mereka adalah segala-galanya

    ReplyDelete
  51. teringat masa kecik2 dulu... walaupun tak dapat beli ... janji dapat tengok... setiap ibu dan bapa... mereka sentiasa inginkan yang terbaik buat anak... tetiba rindu kat family yang jauh dimata... huhuhu

    ReplyDelete
  52. saya baru lepas shopping barang2 upin ipin kat bazar opis saya tadi...hehe..

    anak2 mmg suka upin ipin kan kak...

    ReplyDelete
  53. makayah sanggup lakukan ape2 utk anak2 kan kak..

    ReplyDelete
  54. Kakzakie... Salam... Terima kasih sbb sudi singgah blog saya n leave comment...Appreciate it... Thanks again...

    ReplyDelete
  55. baru kami dapat merasakan perasaan kepuasan ibu bapa bila dapat mengembirakan anak2 mereka,
    pasni nak beli baju lg utk baby sorang tu, skang kita pilih,
    nanti bila dia dah besar pandai berkata2 dia pula akan pilih sendiri apa yg dia mahukan..
    semoga anak2 akak menjadi anak2 yang soleh dan solehah..:)

    ReplyDelete
  56. munna...

    dah jadi ibu barulah kita tahu kita macam mana ibu kita dulu....

    ReplyDelete
  57. ibuintan,

    Bila tidak tertunai rasa ada sesuatu yg membuat hati kita rasa tak senang kan ibuintan...

    ReplyDelete
  58. dwaty,

    La... dah rindu family dah pulak. Baliklah dwaty jenguk mereka selagi mereka masih ada...

    ReplyDelete
  59. faiz,

    Itulah makayah faiz, kalau utk faiz mereka sanggup bagi duit utk faiz usahakan demi kebaikan anaknya tanpa interest....

    ReplyDelete
  60. Jake Daughter,

    You are welcome... kakak suka melihat ketabahan JD...

    ReplyDelete
  61. cemomoi,

    Dah pergi taklah ditanya lagi
    Nak pergi lagi pun dah tak ada lagi...

    ReplyDelete
  62. LiFe KaMi,

    Sekarang LF beli utk Darwisy, kelak dia dah pandai pilih kena ikut kalau tak dia tak pakai lagi membazir....Anak happy kita pun happy sama.

    ReplyDelete
  63. Assalamualaikum,

    Bila melihat anak-anak gumbira,
    tak sedar kita menitiskan air mata...

    ...air mata gumbira...

    ReplyDelete
  64. Ya, betol...

    Anak-anak je lah the ultimate entertainment untuk kita....

    ReplyDelete
  65. Assalamu'alaikum kakzakie

    Zaman kak sekarang melayan cucu pula.. semalam dapatlah ke PBAKL 2011 singgah 3 booth je belilah buku untuk sendiri dan cucu.. alhamdulillah syukur, itulah kepuasan kita kan... semoga bahagia selalu amiin

    ReplyDelete