Wednesday, May 25, 2011

Cerita Dalam Perjalanan

Perjalanan balik dari kampung macam-macam cerita terluah.

Cerita satu: -

Yasmien: Papa selalu jadi tukang sembelih tahu tak di mana tempat nak sembelih untuk binatang itu supaya daging di makan tidak dikira bangkai? Ustaz kata kalau yang leher panjang kena sembelih dekat atas dadanya.

Adik: Kalau dada tu tikam la namanya kan papa, bukan sembelih. Jadi mana boleh makan.

Papa: Bukan boleh sembarangan sembelih. Kalau yang binatang leher pendik sembelih mesti di leher tempat dimana dipanggil urat mereh dan mesti putus. Kalau yang leher panjang dipanggil tempat itu sebagai labbah tempat di mana bahagian lembut bahagian atas sedikit dari dadanya bukan tepat pada dada. Tidak boleh sembelih di lehernya.

Adik: Oh... Habis papa dah pernah sembelih zirafah ke?

Yasmien: Adik nak makan zirafah ke? Ingat macam unta agaknya? (Adik kebingungan......)

Semua dalam kereta: Hahaha......

Kami pun tidak terfikir dia boleh membayangkan yang leher panjang itu zirafah. Angsa yang selalu dijumpai di kampung tidak pula terlintas di kepalanya.

Cerita dua:-

Penjual durian: Pilihlah encik (sambil menunjukkan harga berlainan setiap longgok yang ada)

Hubby: Manis ke ini?

Penjual durian: Ini semuanya manis jangan takut. (Sambil mengambil sebelah buah durian yg telah ternganga supaya hubby merasa).

Hubby: Saya suka yang pahit ada?

Penjual durian: Ha... ini memang semua pahit. (membuka sebiji lagi durian buat hubby merasa).

Hubby: Ok cari yang macam ini dua-tiga biji.

Adik: Tadi dia kata manis, lepas tu kata pahit. Mana satu yang betul papa?

Hubby: Memang manis tapi ada rasa pahit sikit.

Penjual dan pembeli serupa membuat anak yang mendengar keliru. Logiknya mana ada durian yang pahit. Sebenarnya pahit bukan macam peria atau ubat. "Kalau panadol itu baru pahit." Itu kata adik.

Cerita 3:

Adik: Kakak tengok tu, dia naik motor sampai empat orang. Kalau kita mesti tak muat.

Yasmien: Kenapa dik

Adik: Tengoklah motor dia kecik. Kalau mama dengan papa duduk berdua kita dah tak boleh naik.

Mama: Siapa besar, mama ke papa?

Dua beradik ketawa tidak menjawab soalan. Papa mereka jeling sinis pada mamanya. Aku sengih saja. Siapa yang anak maksudkan besar, mamanya atau papanya.


Inilah anak-anak papa itu.


Perjalanan yang tidak sejauh mana banyak cerita terungkap. Apatah lagi perjalanan hidup kita yang bertahun-tahun lamanya. Mengharap pengisian hidup lebih bermakna kerana nokhtah perjalanan dunia dari satu destinasi ke satu destinasi dengan kenderaan cukup selesa. Berharap destinasi kita menemui Allah dipermudahkan jua hendaknya.

102 comments:

  1. sepanjang perjalanan byk cerita yg terisi kan kak. mcm hdp jugak. ada cerita suka, ada cerita duka. tak kurang cerita lucu

    ReplyDelete
  2. mcamana yana boleh terfikir zirafaah jugak bila leher pnjg tu yerk? perjalanan yg diisi dgn ilmu...alhamdulillah...

    ReplyDelete
  3. seronok kan... jauh perjalanan luas pengetahuan..:)

    ReplyDelete
  4. Dalam perjalanan, pasti kita temui jalan yang beliku dan jurang yang ternganga menunggu. Kenalah kita berhemah dalam memandu. :)

    ReplyDelete
  5. hidup ni satu perjalanan yang amaaaaattt panjang...

    p/s: seronok ade anak ye kak.teringin nak ade anak sendiri hahaha

    ReplyDelete
  6. memang seronok bila melayan pertanyaan anak2,
    lagi2 kalau anak2 tu masih kecik..kdg2 pertanyaan dorang leh mematikan akal kita nak menjawab..haha!

    ReplyDelete
  7. borak2 menambah kemesraan mengaitkan lagi kebahagian yg mmg bahagia...n menambah ilmu..3 dalam 1 tu~heeee...salam petang

    ReplyDelete
  8. kak...
    anak2 akak mmg bijak2 laa...

    kami nak pos muaz ke umah nenek dia sempena cuti sekolah...
    muaz????kami jga je laaa takut nenek yan dah tak larat nak jaga cucu2 nih....hehehe

    akak mmg balik batu pahat tiap2 minggu ke???

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum kak :)

    ~ehe. macam2 cerita. paling kreatif si adik. itulah cara anak-anak kecil berfikir. terlalu jujur dalam kata-katanya. kurang pengalaman, kuranglah pengetahuan mereka.

    p/s- eh akak, dah kurus ikan-ikan akak. saya dah bagi makan tadi. gemuk semula~ suma sama besar. ~ehe. kak, nak tanya. kenapa napa ikan tu 8 ekor? hehe

    ReplyDelete
  10. salaam,
    hehe, seronok melayan keletah anak2, tapi kadang2 nak menjawab soalan mereka susah jugak.

    ReplyDelete
  11. TIGA PEREMPUAN YE KAK ZAKIE.... MMG SERONOK MELAYAN KARENAH ANAK-ANAK NI KAN KAK... HARAPNYA KITA BERJAYA MENDIDIK MEREKA SEPERTMANA YG KITA HARAPKAN

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum kak zakie,

    Betul tu kak zakie, jadi takutlah, perjalanan hidup makin panjang, takut banyak lagi cerita disebaliknya. Kalau cerita yang elok-elok tak pelah. Insyaalah mudah-mudahan hidup kita terisi ngan melakukakan perkara yang baik dan diredhai Allah SWT.Amin

    ReplyDelete
  13. klu jalan jauh mesti xngantuk klu ada anak2 yg banyak bercakap hihi

    ReplyDelete
  14. ~Asfaliza~,

    Biasalah anak-anak. Kalau penat membaca itulah dia mula cari cerita.

    ReplyDelete
  15. Maya Mayana,

    Oh...yana pun terfikir zirafah juga ke?

    ReplyDelete
  16. mama maman,

    Perjalanan tak sejauh mana pun tapi cerita anak-anak bila tak ada isu macam itulah jadinya...

    ReplyDelete
  17. salam kakzakie,

    budak2 besor ni mmg mulut bijak sgt
    kekadang tu yg tak terbayang di kepala
    juga yg ditanyakan...hehhe

    ReplyDelete
  18. kakcik,

    Perjalanan berliku itu membuat kita tambah peka dan berhati-hati setiap kali meletak tangan di stereng....

    ReplyDelete
  19. republik N9,

    Panjangnya kita rasa sedangkan di akhirat lagilah amaaaaaattttttt panjang.

    p/s: cepatlah cari partner. boleh timang anak segera. Hasrul tak ada adik itulah jadinya...

    ReplyDelete
  20. makdara TERdiva,

    Kadang-kadang pun mereka buat kita geram juga bila nampak apa saja di tepi jalan nak dibeli...

    ReplyDelete
  21. mommylavender,

    Ada masa mereka bertekak juga mommylavendar nak tahu. Masing-masing kata dia yg betul, itu yg buat kakak geram...

    ReplyDelete
  22. azian,

    Minggu pertama tak dapat ke mana sebab Yasmien ada kelas mokhdar di SK Tmn Bukit Kempas (29-04 hingga 04-06). Nurienne pun ada kelas di Pontian (30-05 hingga 03-06). Jadi minggu kedua adalah plan sikit bawa bebudak jalan bukan ke Batu Pahat....

    Muaz sukalah dapat balik jumpa nenek...

    ReplyDelete
  23. Wa'alaikumsalam sar,

    Mereka kalau tak baca novel itulah modalnya. Bila penat tak ada isu tidur.

    p/s: sar nak goreng ke ikan kakak. Nak yg mana satu. Tak besar-besarlah. 8 ekor tu adik-beradik kakaklah. Hahaha....

    ReplyDelete
  24. Abu Aiman,

    Kakak kalau bab sekitar dan pengalaman atau agama insya-allh bolehlah tapi kalau bab sampai ygbuat kita keliru kakak konar suruh dia tanya cikgu dia :)

    ReplyDelete
  25. munna,

    Insya-Allah kita buat yg termampu kan munna.

    ReplyDelete
  26. Wa'alaikumsalam Cik Ina DDC,

    Bila usia memanjat diri, anak-anak pula kian membesar setiap perlakuan kita kena berhati-hati kerana kitalah yg jadi cermin mereka dlm menjalani hidup seharian....

    ReplyDelete
  27. ekeke... riuh petang bersama anok-anok! (bukan radio era je yea)

    ReplyDelete
  28. Redza,

    Mana sempat mengantuk Redz, kalau mengantuk anak-anak akan tepuk belakang papanya. Urut kepala bagi segar... Cerita-certia lagi....

    ReplyDelete
  29. seronok ye kak melayan keletah anak2 , rasa x sabar pula menanti saat tue , semoga satu hari satu masa allah beri peluang itu kepada amy..

    ReplyDelete
  30. Wa'alaikumsalam Ati Masrif,

    Kadang-kadang perbulan mereka sesama mereka last ajak kita pulak jadi pengadil pun ada kan... Itu lagi susah dan serba-salah.

    ReplyDelete
  31. cemomoi,

    Bila mata mereka dah hilang mengantuk itulah jadinya...

    ReplyDelete
  32. Amy Syaquena,

    Sabar Amy akan tiba masanya jua. Allah maha melihat dan mendengar....

    ReplyDelete
  33. tak kira panjang atau pendek perjalanan itu.. yg penting pengisiannya kan kak.. saya pun suka durian pahit.. klu beli durian mesti cari durian yg pahit.. selagi tak jumpa, rasa tak puas makan durian..

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum,

    Banyak cerita, membuatkan perjalanan rasa tak mengantuk.....dan destinasi selamat dituju.

    ...sibbaek anak tak menggambarkan haiwan yang xde leher (kinzir) tu.....xleh nak semelih sebab xde leher.....tupasal xleh dimakan....hehe

    ReplyDelete
  35. Hanis Azla,

    Oh... ye ke? Sebab yg pahit sikit tu ada rasa lemak manis kan. Hehehe..... susah nak descripe yg kita suka. Tapi rasanya memang best...

    ReplyDelete
  36. hehehe comelnya diorang, gurau2 macam tu..

    mcm mana la bleh terfikir pasal zirafah. saya pn xpenah. ekeke..

    ReplyDelete
  37. kakzakie....itulah sebagai ibu bapa kita juga kena banyak membaca dan mencari ilmu supaya dapat menjawab soalan anak2 yg kekadang tidak kita jangkakan

    ReplyDelete
  38. salam...

    ingatkan jauh perjalanan luas pandangan jer, rupanya panjang jugak ceritanya :-)

    ReplyDelete
  39. pandainya adik bercakap, pemikiran budak2 ni kdg2 tak terlintas dan terjangkau oleh pikiran kita...tak salah beri penjelasan sbb dia akan lebih faham dan buat otaknya ligat berfikir

    ReplyDelete
  40. Kalau dalam kereta mesti ada borak2 baru ceria tapi kalau kak Zai belum jauh perjalanan dah lelap.

    ReplyDelete
  41. Kehidupan mengikut persepsi kanak2 ni kadang2 membuka minda kita..ikhlas dan bersahaja mereka tu.

    ReplyDelete
  42. Assalamualaikum Kakzakie.
    Sungguh ceria dan terhibur sepanjang perjalanan dengan telatah anak-anak yang cerdik ini.

    Pening kepala dan 'boring' pula jika anak-anak bergaduh berebut tempat duduk dan nak tengok video dalam kenderaan.

    Tak sampai setengah jam, mulalah acara makan-makan dalam kenderaan.

    Alhamdulullah anak-anak itu rezeki yang Allah beri sebagai amanah kepada ibubapa. Semoga anak-anak ini menjadi orang yang berjaya dewasa nanti.

    TQ

    ReplyDelete
  43. "huhu..ank2 saya selain si kakak masa kecik..mmg tak suka ckp2 dlm kereta..asal masuk jer,lelap...bila terjaga jer..lapor.."

    ReplyDelete
  44. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    " Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Jom Terjah entry terbaru ??

    vespa naza

    Pemahaman budak kecik lain dari orang dewasa... jadi budak kecik selalunya lebih percaya cakap guru.... eeemmm susah jugak nak kasi faham budak2 ni

    ReplyDelete
  45. macam-macam celoteh ya anak akak.. he he.

    Moga2 anak-anak kak zakie menjadi anak yang soleh dan solehah semuanya.. Aminn

    ReplyDelete
  46. Wa'alaikumsalam ahmad humairi,

    Ya-Allah cikgu pulak terfikir kalau binatang leher pendik . Gelilah cikgu...

    ReplyDelete
  47. NOOR FATIN,

    Mungkin dlm kepala dia yg leher panjang tu zirafah aje. Entahlah....

    ReplyDelete
  48. ibuintan,

    Ada kala kami memang tak dapat jawab ibuintan apa lagi kalau science. Kakak kalau tak boleh mesti korner kat papa mereka. Papanya pulak koner pada cikgulah apa lagi.....

    ReplyDelete
  49. BLADE EDGE,

    Bila habis cerita mereka lena...

    ReplyDelete
  50. ajumohit,

    Apa-apa pun mereka lebih banyak belajar dari sekolah sebenarnya.

    ReplyDelete
  51. Zaitun,

    Anak kakak sebenarnya kalau dlm kereta lebih berhantu baca novel kak zai. Tapi bila nak dekat periksa ni kakak tak beli lagi itu yg tak ada benda nak buat mereka buat cerita....

    ReplyDelete
  52. salam, masa dalam perjalanan tu, akak ada nampak tak .... zirafah naik motor bawak durian... ha ha

    ReplyDelete
  53. hani@debumelukut,

    Kakak percaya apa yg cikgu katakan. Sebagai cikgu lebih arif kerenah budak-budak kan cikgu...

    ReplyDelete
  54. Wa'alaikumsalam admin P@P,

    Macam cikgu nampak pulak apa yg anak-anak kakak buat. Memang betul tu cikgu. Sebab itu kakak suka guna MPV bila jalan jauh. Mereka boleh baring sendiri di belakang.

    ReplyDelete
  55. Piasara,

    Ala Pia.... lebih kuranglah. Bila penat cakap mereka lena juga. Bangun lena mulut mengunyah apa saja yg ada....:)

    ReplyDelete
  56. Afzainizam,

    Kakak yg penting jangan sampai kata-kata boleh membuat org lain terpana. Bimbang tafsiran org luar....

    ReplyDelete
  57. Afida Anuar,

    Penat celotah, makan lepas tu lena.

    Harapan semua ibu-bapa mahu yg terbaik buat anak-anak Fida...

    ReplyDelete
  58. Wa'alaikumsalam Che Mid,

    Hahaha..... Che Mid kalau ada zirafah bawa durian mesti masuk dlm Guiness Book Of Record :)

    ReplyDelete
  59. jalan jauh2 nie tak ngantuk dgn keleteh anak-anak kan, kak...

    ReplyDelete
  60. hahahaha
    cerita no:1 tu memang best.... bole pulak terpikir zirapah

    ReplyDelete
  61. menarik semua perbualan itu..itu yang menjadi kenangan kitee sampai bila2...

    ReplyDelete
  62. anak-anak kita kengkadang banyak sangat perasaan ingin tahu mereka..kita kena uruskan dengan bijak...

    citer no 3 tu no komen yer kak zakie..hehehe...

    best citer no 2 pasal durian tu..budak2 pun pandai buat perbandingan...heheheh

    ReplyDelete
  63. mensti tak bosan masa dalam keta... walaupun jauh rasa sekejap je....

    ReplyDelete
  64. Kalau saya dalam kereta, terus tido...!

    (kalau bukan saya yg memandu, lah...)

    ReplyDelete
  65. Sahromnasrudin,

    Tapi kekadang bila mereka bertekak kita pun bingit juga...

    ReplyDelete
  66. My Little Diary,

    Itulah kenapa agaknya dia terfikir zirafah.

    ReplyDelete
  67. lalink7,

    Bila buat N3 memang boleh ingat sampai bila-bila. banyak lagi sebenarnya Husz. Cerita hidup mana nak habis.....

    ReplyDelete
  68. nukilannaffiza,

    Kalau layan anak-anak tak habis cerita. Itu tak boleh konar sikit. Dia tegak dan lurus terus....

    ReplyDelete
  69. dwaty,

    Kalau dah bosan lagi teruk dwaty. Berhenti mesti nak makan. Order kalau cepat tak apa, tapi bila menunggu itu yang buang masa...

    ReplyDelete
  70. gedek,

    Samalah macam hubby kakak. Sebab itu kakak tak nak pandu kalau tidak terdesak....

    ReplyDelete
  71. Teringat pula buku Dr fadzilah Kamsah yang saya baca, antara petua mendidik anak cemerlang, selain masa makan, masa di dalam kereta adalah masa yang tempat untuk berkongsi cerita2 antara keluarga...

    ReplyDelete
  72. Assalamualaikum Kakzakie,

    Semoga sihat dan bahagia selalu seisi keluarga.

    Kadang2 fikiran budak2 kita tak dapat menjangkanya. Tambah budak2 sekarang. Cerdik2.

    ReplyDelete
  73. seronok bila dgr anak2 bersembang kan kak...kdg2 perbualan dua beradik (damya & fiqa) mencuit hati lia n suami...ada2 ajer topik yg nak 'digaduhkan' dia org b'2 tu...sampai satu tahap lia matikan ajer radio kereta tu sbb 'radio' yg kat seat belakang 2x ganda lbh riuh.....

    p.s: kdg2 rasa bersalah pada anak2 sbb bila dia org berlawan cakap mama/baba sibuk marah2 suruh diam..dulu2 masa dia org blm pandai b'cakap asyik t'tanya2 "bila lah anak mama/baba ni nak pandai ckp"......

    ReplyDelete
  74. Jujur je kan dgr budak-budak bertanya dan cakap..kadang2 logik gak yang ditanya tu hehe

    ReplyDelete
  75. bijak budak2 sekarang...kadang tu mmg menghiburkan hati kan kak..benda yg kita tak jangkau nak fikir, dia boleh fikir sampai situ lak...hehe....

    ReplyDelete
  76. xde pendirian betul si penjual durian tuh...sekejap manis sekejap pahit...apa da..hehe

    ReplyDelete
  77. ~yus~,

    Sebab dalam kereta tak ada benda lain dia boleh buat selain baca novel. Kadang tu mereka lena juga Yus bila dah lama sangat dalam perjalanan...

    ReplyDelete
  78. Wa'alaikumsalam kunang-kunang,

    Moga kak ani pun sihat hendaknya...

    Sekarang bahan bacaan banyak Kak Ani tak macam zaman kakak dulu nak beli buku kena fikir 2-3 kali tak ada duit.

    ReplyDelete
  79. Mamamya,

    Kakak rasa anak kita samalah Lia. CUma Anak Lia kecik lagi. Kadang-kadang mereka sok-sek ketawa entah apa kita pun tak tahu. Kena buat tak tahu sajalah....

    ReplyDelete
  80. qemaishak,

    Kalau budak mana ada konar-konar. Dia lurus terus tegak nak lapis-lapis tak panadi lagi.

    ReplyDelete
  81. wahida,

    Betul tu wahida. Asal jangan buat kita pening kepala bab memilih sesuatu sudah.

    ReplyDelete
  82. Papa Mifz,

    Itulah jangan kata anak keliru, mama dia pun keliru....

    ReplyDelete
  83. salam kak ,

    bahagianya keluarga tapi suka episod terakhir....temguk sapa yang kena??
    moralnya: kena slim kot??

    sindir menantu pukul anak?? eh betui ke peribahasa saya nie???

    ReplyDelete
  84. salam kak zakie
    anak2 mesti tertanya kan kak pada cerita kedua tu
    seronok membaca catatan perjalanan akak ni
    erm kat Johor sekarang musim durian ke kak?

    ReplyDelete
  85. alhamdulillah,saya dah boleh komen di blog akak dgn cepat

    ReplyDelete
  86. Moga Allah memberkahi setiap perjalanan hidup kita sehingga kita selamat sampai ke destinasi Husnul Khatimah.

    ReplyDelete
  87. Salam kakak comel :)

    ~ehehehe

    suwiittt lah anak2 kakak
    comel2 belaka

    geli hati bace

    muga depa jadi anak soleh/ah...
    insyaAllah :)

    ReplyDelete
  88. durian pahit baru hao liao.. hahaha

    ReplyDelete
  89. huhuhuhu....suka cerita yang ke-3 tuh. apakah jawapannya? tertunggu2 nih....hahahahha

    ReplyDelete
  90. salam k zakie ..
    nak ulang soalan,
    sapa besar?
    papa ke mama ...

    besa dalam erti kata.
    sopo meneh lemoh ..
    he..he..

    ReplyDelete
  91. meriah dan ceria sekali kluarga kakzakie..
    penjual durian x boleh percaya sgt...nostalgia.

    ReplyDelete
  92. Wa'alaikumsalam ainhany,

    Anak kakak sepatutnya jawab tapi dia serba-salah. Hahaha....ain pun nak usik papa dia juga kot.

    ReplyDelete
  93. Wa'alaikumsalam Ummu,

    Sekarang memang banyak durian di JB. Kawasn lain di Johor kakak tak tahu. Walaupun pokoknya tak nampak tapi durian banyak dijual.

    ReplyDelete
  94. nobody,

    NB anak-anak memang begitu. Tunggu masa NB akan rasa itu...

    ReplyDelete
  95. Ayie,

    We ara in te same boat. Kakak dan hubby suka yg pahit. Lagi pahit lagi best....

    ReplyDelete
  96. Wa'alaikumsalam aby,

    Anak kakak semuanya memang lebih sikit pada papa mereka. Kalau ada yg kurang pada papa mereka dia tak mahu jawab.

    Kakak orak lemoh banget la... Kakang seng lemoh. Hehehe.....

    ReplyDelete
  97. eelobor,

    Jawapan patut anak kakak jawab. Tapi itulah mereka pilih kasih. Kalau papa dia yg kena mesti mereka tak mahu jawab.

    ReplyDelete
  98. SUD@IS,

    Betul dalam 5 biji yang kakak beli ada dua biji akhirnya terpaksa dimasak dengan bubur kacang sebab keras. Harga usah dibilang memang lebih dari seratus tau...

    ReplyDelete
  99. Ann Huda (Ate),

    Terima kasih sudi meninggalkan jejak dan doa buat anak-anak kakak. Harapan semua penjaga mahu anak-anak menajdai yg terbaik kan... Insya-Allah.

    ReplyDelete
  100. nak komen gak kat sini..frust betul hari tu tak leh tgl komen..isk..isk..

    takde pun gambar mamanye..nak gak tgk..

    ReplyDelete