Monday, May 9, 2011

Hari Sabtu itu....

Pada hari Sabtu lepas menghadirkan diri ke majlis Mesyuarat agung PIBG dan Anugerah Cemerlang 2010 di sekolah agama anak. Bermula dengan persembahan nasyid, diikuti beberapa ucapan alu-aluan dan seterusnya rombakan ahli jawatankuasa untuk sessi 2011-2013. Sewaktu pemilihan entah bagaimnamana dua orang ustazah telah berpakat melantik aku sebagai ajk dan sungguh diluar dugaan mendapat sokongan ramai yang hadir. Terkejut aku terus bingkas bangun dan terpaksalah aku menggenggam mikrofon. "Sesungguhnya saya amat berbesar hati dan berterima kasih dengan perlantikan ini. Tetapi dengan seikhlas hati juga saya memohon maaf kerana saya tidak dapat memikul commitment ini." Itulah yang dapat aku tuturkan.

Aku tahu di mana tahap kemampuan aku. Aku takut sekiranya aku menerima perlantikan itu tetapi akhirnya aku gagal menjalankan tanggung-jawab yang diberi. Kalau sekadar menderma itu suatu yang mudah tetapi janganlah kerana derma itu dijadikan medium sebagai alasan orang itu dilantik sebagai ajk. Manusia berbagai ragam. Kita melihat orang lain sebaliknya orang pula melihat kita.

Agenda akhir majlis dimeriahkan dengan penyampaian hadiah kepada murid-murid yang berjaya dalam peperiksaan akhir tahun lepas. Adik mendapat nombor dua dari darjah 1 Abu Bakar. Darjah satu dibahagi kepada empat kelas Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali.

Tengahari hampir mencecah waktu zohor kami pun tiba di rumah. Dalam keletihan untuk membuang tin laici yang aku kumpulkan di belakng rumah kedengaran kucing mengeow miang. Hati aku tiba-tiba menjadi jengkel apabila melihat pasu tempat aku menyemai halia, daun kesum, cili dan lainnya menjadi gelanggang kucing jantan mahu mengawan. Dikejar si betina oleh si jantan yang pada pandangan aku si betina tidak suka padanya bagai hendak gila. Seakan-akan memaksa si jantan membuat kepala aku membayangkan mungkin begitu kalau kejadian rogol terjadi. Hubby aku ketawa tapi aku geram kerana pokok semaian aku dijadikan tempat kucing jantan itu menerkam dan si betina cuba bersembunyi.
















Keterangan gambar - Adik berada di atas pentas, hadiah yang diperolehi, di luar pintu pagar sekolah dan akhir sekali kucing jantan sedang menunggu masa mahu menerkam si betina.




87 comments:

  1. betullah kak.. klu kita rasa tak mampu nak laksanakan tanggungjawab, lebih baik kita tarik diri sejak mula.. sbb memikul tanggungjawab saja sudah berat, inikan pula hendak melaksanakannya.. Tahniah utk adik.. bijaknya dia..

    ReplyDelete
  2. kak...
    tahniah utk yasmien...
    agak2 boleh tdo lena tak mlm nnt???
    heheheheheh....nak pinjam seminggu ek????
    kay, nnt sy pikirkan...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    Tahniah adik. Moga maintain kejayaan tersebut.

    Tahniah Kakzakie kerana berjaya menangani kemampuan diri....kita kena belajar menolak juga.

    Tahniah pada semaian. Itu tandanya kan tumbuh lebih subur lagi dek keprihatinan kakzakie and hubby.

    ReplyDelete
  4. Salam Akak...
    Akak..saya rasa akak dilantik sebab akak memang layak untuk jawatan tu.....tapiiii....kalau akak rasa tak boleh jlnkan tgungjawab tu...eloklah akak menolak...
    Tahniah untuk anak akak ye...dapat no.2 dalam kelas...

    ReplyDelete
  5. tahniah buat adik..

    agaknya dah tiba musim mengawan kot, tu yg kucing tak sabar nak terkam si betina.. hehe

    ReplyDelete
  6. akak berjaya menangkap gambar kucing miang!! haha..

    Betuk tu kak, tindakan akak tu paling baik, menolak andai kita tahu kemampuan kita takat mana...takut tak boleh beri komitmen..itu kan tanggungjawab...takut nanti dipersoal kelak

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum kak :)

    wah, tahniah sebab akak dapat jawatan, tapi ditolak. hee. yela kan, kadang2 orang meletak harapan tinggi pada kita, tapi kita sendiri tahu kemampuan kita sampai mana.

    tahniah jugak untuk adik :)

    ReplyDelete
  8. Assallamualaikum kakzakie,

    Tahniah buat Adik, masih kecil dah dapat menunjukkan kepintaran dan kebolehan untuk menjadi yang terbaik.

    itulah ya, teruk2 kita tanam pokok, senang2 kucing2 tu buat tempat mereka nak bergurau. kena letak pasu-pasu tu di tempat lebih tinggi, lapik dengan batu bata kak zakie.

    ReplyDelete
  9. kucing miang ahaks





    tahniah buat adik

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum kakzakie..

    tahniah atas prlantikan itu dan syabas kerana menolaknya..orang kata ukur baju badan sendiri..kalau rasa tak mampu, baik menolak dengan baik kan...

    ReplyDelete
  11. Assalamu'alaikum kakzakie

    Apabila rasa tak dapat memikul amanah lebih baik kita menolaknya kan. Tahniah buat kakzakie sekeluarga atas kejayaan adik.

    Macam ada persamaan je bab kucing ni tapi tak kut sebab ini jantan dengan jantan. Minggu lepas bergaduh di depan rumah kak (tak tau kucing siapa), habis bertaburan bulu salah seekornya.. kesihan juga melihatnya. Terpaksalah keluar dan semburkan air.. alhamdulillah tak diterkamnya kita.

    ReplyDelete
  12. tahniah adik..
    setuju ngan kak zakie..ukur baju di badan sendiri..

    amboi gatalnye kucing jantan tu...tak paham ke kalau kucing betina tu dah taknak..haha..paksa2 pulak..

    ReplyDelete
  13. Tahniah di atas perlantikkan dan satu penolakkan yang wajar sekali sekiranya ia tidak dapat memikul tanggungjawab yang di berikan , lebih baik menolak dari menerima..

    ReplyDelete
  14. bab2 pemilihan ajk dll mmg zue selalu mengelak..dgn cara senyap2 balik awal...

    tahniah buat adik krn dpt keputusan cemerlang..'haris' eemm setakat lulus aje.

    skrg ni musim mengawan ke kakzakie...molek aje kucing blkng umah senyap je :)

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum kak zakie,

    Betul tu kalau rasa tak dapat nak pikul tanggung jawab seberat tu baik jangan ambik, nanti kalau ambik tapi tak jalankan tanggungjawab, jadi bahan plak orang nak wat cite.

    Kelakarlah kak zakie pasal kucing tu, teringin sangat nak nengok buah yang kak zakie cakap pasal daun yang makcik masak tu. serius memang tak tahu plak ada buahnya.

    ReplyDelete
  16. ada 1 kisah menyayat hati pasal kucing mati kena rogol..kisah dah lama

    sebenanya tak taulah mati sebab apa tp rasanya kes 2 kucing jantan berebut 1 kucing betina..yg akhirnya kucing jantan kami dan kucing betina yg sarat bunting mati..sadis sungguh

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum kakak sayang,

    tahniah ya untuk adik.

    tahniah dan takziah juga untuk perlantikan dan penolakan jawatan tu.

    hu. mutiara mesti meremang bulu roma kalu terdengar bunyi kucing nak mengawan. seram aje! hahaha

    ReplyDelete
  18. bersyukur kerana orang lain pandang tinggi pada akak....

    ReplyDelete
  19. blom cuba blom tau, mesti orang yakin dengan kemapuan kita tu yang dorang sokong

    ReplyDelete
  20. mesti bangga ibubapa tgk ank2 mereka dpt awar ni kan..keep it up =)

    ReplyDelete
  21. Hanis Azla,

    Kakak sedar dimana kedudukan kakak sebab itu cepat-cepat kakak terpaksa tolak. Adi pun bukanlah pandai sangat ada yg lebih dari dia. Nasib dia baiklah masa tu...

    ReplyDelete
  22. Azian,

    Terima kasih Yan. Tak sudah-sudah nak kacau kakak ye?....:)

    ReplyDelete
  23. Bujal X,

    Adik masih tak puas sebab pelajar no. 1 dapat dictionery. Dia tak dapat.....

    ReplyDelete
  24. Wa'alaikumsalam Ahmad humairi,

    Terima kasih ucapan itu. Harap terus maintain.

    Kakak paling bimbang bila kena lantik ajk sekolah. Bimbang tak dapat hadir masa mesyuarat kerana kakak kerja.

    ReplyDelete
  25. salam kak zakie...

    tahniah untuk anak akak. Akak di Johor ya? Tengok dari gambar macam sekolah agama johor je..:)

    ReplyDelete
  26. Wa'alaikumsalam Azi,

    Kakak kena tolak sebab bimbang tak boleh komited. Terima kasih ucapan itu.

    ReplyDelete
  27. My Little Diary,

    Terima kasih ucapan.

    Kakak simbah kucing tu dengan air Rima. Lepas tu baru lega sikit.

    ReplyDelete
  28. Daddy Ziyyad,

    Masa tu sebab baru balik sekolah. Adik tengik gambar dlm kamera sementara minum air laici. Dapatlah gambar kucing tu gaduh nak mengawan.

    Kakak kerja sehari suntuk bimbang tak dapat perform yg diharapkan.

    ReplyDelete
  29. Khairul Hakimin,

    Hm... speachless dah jadinya hahaha....

    ReplyDelete
  30. Wa'alaikumsalam sar,

    Bimbang sungguh kakak bila mana ramai yg angkat tangan. Sebelum nama tertulis di whiteboard kakak terus ke depan. Kakak tak boleh, kakak tahu.

    ReplyDelete
  31. Wa'alaikumsalam nadz,

    Nasib adik ada pada tahun ini. Harap berkekalan.

    Kucing tu kakak pun tak tahu dari mana dia datang. Geram la mama. Habis pokok baru nak bercambah diterjahnya.

    ReplyDelete
  32. redza,

    memang miang bila asyik doek mengejar tak sudah-sudah.

    Terima kasih ucapan itu.

    ReplyDelete
  33. Sahromnasrudin,

    Betul tu. Sebab dah ukur baju itulah kakak rasa tak fit....:)

    ReplyDelete
  34. Wa'alaikumsalam Werdah,

    Terima kasih dari kami sekeluarga juga.

    Kucing yg ini memang nak mengawanlah kak werdah, sebab bunyi dia pun lain kan. Kakak pun simbah dgn air juga. Hehehe....bertempiar dia lari.

    ReplyDelete
  35. nurkass,

    Terima kasih kass sayang.

    Kalau kass dengar si jantan tu menderam pun menyampah tau. Hehehe.......

    ReplyDelete
  36. Amy Syaquena,

    Betul tu Amy. Kakak dapat membayangkan routine sekarang pun rasa tak cukup masa.

    ReplyDelete
  37. bijak anak akak..Alhamdulillah..seperti ibunyaa juga yang bijak mengarang..hehehhe

    ReplyDelete
  38. zue,

    Ala... nasib adik kot tahun ini.

    Bab kucing mengawan manalah kakak tahu ada musim ke? Biar betul zue buat kakak nak tergelak pulak....:)

    ReplyDelete
  39. Wa'alaikumsalam Cik Ina MDDC,

    Sebenarnya memang dah dapat rasa kakak tak boleh pikul tugsa yg diberi sebeb itu kakak tolak.

    Tentang buah itu nanti bila buah lagi kakak buat N3 ye cik Ina. Tapi tak tahu bilalah dia nak buah lagi...:)

    ReplyDelete
  40. makdara TERdiva,

    Eh... memang sadis kalau betul cerita tu MDT.

    ReplyDelete
  41. Tahniah buat adik semoga dilain tahun bertambah maju.

    Geram kan kalau tengok kucing memekak buat bising.

    ReplyDelete
  42. Wa'alaikumsalam Mutiara Bernilai,

    Terima kasihlah MB sayang....

    Ha.. kakak rasa kalau MB sensorang kat rumah ada kucing nak mengawan mesti MB tutup telinga. Bunyinya kuat sangat...bingit.

    ReplyDelete
  43. eelobor,

    Bukan pandang tinggi eelobor. Sebenarnya sebab ustazah itu selalu bertemu kakak. Lagipun ada anak muridnya yg nak masuk musabaqah dan berzanji berlatih dgn kakak. Itu je....

    ReplyDelete
  44. cemomoi,

    Org lihat diluar je cemomoi. Kakak yg tahu kakak masih banyak kena belajar lagi....

    ReplyDelete
  45. Prince Halilintar,

    Betul kakak memang happy bila anak berjaya. Harap berterusan....

    ReplyDelete
  46. Wa'alaikumsalam Yus,

    Yes... memanglah di Johor. Kat Sek. Agama Senai Utama. Yus pernah ke sini ke?

    ReplyDelete
  47. tahniah utk adik, semoga menjadi plajar yang cemerlang.aminnn :)

    p/s: gatail sungguh ksi jantan itu :P

    ReplyDelete
  48. lalink7,

    Hm... tak sudah-sudah nak usik kakak ye Husz? Adik itupun nasib baik. Harap jadi perangsang buatnya terus rajin belajar...

    ReplyDelete
  49. Zaitun,

    Terima kasih kak zai. Insya-Allah kalau rajin boleh tapi ini nak kena beritahu baru belajar.

    Yg benci tu kak zai dia langgar anak pokok yg baru nak bertunas. Kakak jirus dia lari lintang-pukang...:)

    ReplyDelete
  50. hani apandi,

    Terima kasih hani. Doakan adik terus berjaya...

    p/s: memang gatai pun dah si betina lari pun dikejar macam nak gila....:)

    ReplyDelete
  51. Sebab yus pun di Johor. Tengok dari sijil anak akak, macam serupa je..

    Sekolah agama Johor lain sikit dari Kafa ke atau sekolah agama negeri lain kan..

    Yus di BP...

    ReplyDelete
  52. selamat hari ibu kak zakie

    biarlah kucing2 tu kak ...
    sesekali dia nak buat movie hindi lah pulak
    hehe...

    ReplyDelete
  53. tahniah utk adik...adik bijak!!

    ReplyDelete
  54. Tahniah kak anak ktk dpt no.2 Omputeh madah like mother like daughter hehehehe... Selamat Hari Ibu utk ktk juak :)

    ReplyDelete
  55. tahniah utk yasmien...jadi anak yg pintar..sebab maknye pun bijakkan...

    selamat hari ibu kakZakie..

    ReplyDelete
  56. tahniah tuk adik yang dapat adiah~ go go..tuk terus berjaya.

    uiiii cam kamerawoman..profesional tu kakzakie oiiiii....~heee,kucen nak pojek pun dapat snap..

    ReplyDelete
  57. salam kakzakie...

    pagi td dah dtg melawat tp tak sempat nk tinggal jejak ..
    tahniah buat adik , teruskan menjadi yg terbaik lg solehah.
    kucing... yg mana satu jantan dan mana satu betinanya..he he

    ps...kakzakie , tolong bg tip2 kat blog ummi

    ReplyDelete
  58. as salam, Nice blog dan saya follow..tahniah utk adik...saya tak pernah lagi pergi mesyuarat PIBG selalu nyer hubby yg pergi.

    ReplyDelete
  59. thniah hadiah sempena hari ibu tuh.......
    kembang berbunga hati ibu ya!....

    ReplyDelete
  60. oh sebelum terlupa..selamat hari ibu buat kak zakie...moga Allah rahmati hidup kak zakie sekeluarga, dunia akhirat..insyaAllah..

    tudia, dari hal ajk pibg, ke kucing mengawan.. hehe.. biaq pi la kak kucin tu...fitrah depa.. he he

    ReplyDelete
  61. Jawatan bermaksud amanah dan tanggungjawab kan..


    Burung Walit

    ReplyDelete
  62. "tahniah utk adik...smga kejayaan terus bersamamu....kejayaan ank2 kebanggaan ibu bapa..."

    ReplyDelete
  63. wah,,tahniah kepada adik

    semoga terus cemerlang di masa2 akan datang

    hari malang si kucing kena skodeng

    ReplyDelete
  64. rugilah tak cuba jadi ajk. bila masa lagi nak belajar..

    ReplyDelete
  65. caya ler kakzakie!
    semoga dapat menjalankan tugas jk tu dengan baik!

    ReplyDelete
  66. gatalnya kucing itu..
    tahniah pada adik.

    ReplyDelete
  67. Yus,

    Anak kakak semuanya sekolah di Johor. Kakak rasa memang sama sijil yg kementerian keluarkan cuma tambah logo sekolah masing-masing....

    Negeri lain kakak tak arif.

    ReplyDelete
  68. Ati masrif,

    Kakak rasa kalau Ati yg ada makin sakit tonsil bila mendengar kucing asyik sibuk nak mengawan. Bising....

    ReplyDelete
  69. wa khairul onggon,

    Hm.... tapi mother dia baik lagi tau. Hehehe.....

    ReplyDelete
  70. ainnoraini,

    Thanks ain. Moga anak-anak kita berjaya ye...

    ReplyDelete
  71. mommylavender,

    Hehehe.... kamera dah ada di tangan sebab tu mudah je nak snap.

    ReplyDelete
  72. Wa'alaikumsalam Ummi Humaira,

    Lepas ini kakak ke rumah Ummi ye....

    ReplyDelete
  73. Be Simple Beb (BEB),

    Terima kasih sudi bersama Titisan Nurani.

    Kakak dan hubby biasanya memang hadir kalau ada apa juga majlis di sekolah anak jika ada masa.

    ReplyDelete
  74. SUD@IS,

    Terima kasih... semua ibu-bapa punya harapan yg sama pada anak-anak mereka....

    ReplyDelete
  75. Afida Anuar,

    Thanks for the wishes...

    Kakak bukan apa Fida sayang... bila dia nak mengawan habis diterjah sana-sini pokok semaian kakak.

    ReplyDelete
  76. Miecyber,

    Bila rasa tak boleh perform baik kita mengundur kan....

    ReplyDelete
  77. Piasara,

    Samalah kita Pia. Mahu anak-anak berjaya...

    ReplyDelete
  78. ibuintan,

    Terima kasih ibuintan. Mahu adik berjaya macam Intan.

    Kucing tu kakak jirus dengan air.....:)

    ReplyDelete
  79. Insan Marhaen,

    Kakak dah selalu jadi AJK di sekolah dan tahun 2010 kakak tidak hadir kerana kenduri, jadi selamatlah. So dah terasa lega tak perlu terkejar-kejar bila ada aktiviti sekolah yg melibatkan AJK.

    Sebab itu kakak kalau boleh tak mahu lagi.

    ReplyDelete
  80. Seksi Bani,

    Kakak tak ambil post itulah sayang....

    ReplyDelete
  81. kakpah,

    Betul la kakpah.
    Terima kasih...

    ReplyDelete
  82. Tentu Kak Zakie gembira sangat bila melihat anak berjaya.. Tahniah buat adik.. Semoga terus berjaya pada masa akan datang.

    ReplyDelete