Wednesday, June 29, 2011

Janji sudah ditunaikan

Setelah lebih 16 tahun aku tidak menjejakkan kaki di panggung wayang hari itu sekali lagi kaki aku telah menjejakkan kaki ke panggung wayang hanya kerana menunaikan janji. Janji kalau dapat keputusan peperiksaan yang baik sebagaiman target telah menepati sasaran. Balik kampung Batu Pahat hari itu kami singgah di Pacific Mall dipanggil juga Batu Pahat Mall. Rasa janggal juga sebab terlalu lama tidak pergi. Sama ada teman semua percaya atau tidak itulah kali pertama aku membawa anak-anak ke panggung kerana mereka tidak pernah tahu bagaimana yang dikatakan panggung wayang. Kesian anak mama....
Perkarangan BP Mall - Tiba di sana kenalah bawa Abang Cik (anak saudara hubby - berdiri belakang Yasmien) sebab kami tidak tahu di mana kedudukan panggung tersebut. Mak Zah mereka tidak pernah ketinggalan turut ikut sama.

Urut badan - Sementara menanti masa tayangan hubby duduk mengurut badan di kerusi urut. Anak dara yang dua ini mana boleh lihat papa dia relax. Konon mahu mengurut papa dia sebagaimna kalau mama dia buat facial muka. Habis juga 5 ringgit kerana hendak sedapkan badan dan berurut lama sikit itulah jadinya. Kalau tidak silap aku bayaran dikenakan seringgit untuk tempoh 3 minit. Nasib baik anak-anak punya urutan tidak dikenakan bayaran.

Miasara - Budak mongel inilah yang sangat-sangat disukai keluarga kami. Tapi masa ini belum ditayangkan lagi. Kami menonton KL Gangster. Entahlah penilaian masing-masing sebab aku kurang berminat dan tidak pandai membuat penilaian.

Tiket - Jumlah keseluruhan RM 64/-untuk kami semua. Adik bergaya dengan tiket-tiket tersebut. Maklumlah tidak pernah nampak pun tiket wayang.


Gembira - Sebelum masuk panggung masing-masing sudah teruja mahu masuk kerana kami tiba cepat. Mereka berdua ini dikenakan harga kanak-kanak sebab bawah 12 tahun.


Tayangan serentak - Waktu ini cerita 3,2,1 Cinta pun ada ditayangkan. Tapi aku bimbang cerita ada babak yang tidak sepatutnya, maklumlah cerita cinta lalu biarlah aku pilih yang lasak kerana aku tahu anak aku tidak pandai bergusti. Oleh sebab itulah kami pilih KL Gangster, arahan anak Yusuf Haslam.
Silent mode- Gara-gara silent mode telefon berbunyi tidak disedari ditambah suasana dalam panggung yang bingit. Uhhh.... tak sanggup aku.

Play Station - Keluar panggung masuk pula tempat permainan kanak-kanak. Wah.... adik apa lagi sebaik pakai gelang pelekat masuk bermain hingga berpeluh-peluh walau di dalam bilik berhawa-dingin

Permainan - Macam-macam alat permainan ada. Kapal jet, kapal terbang, replika binatang semuanya ada untuk mereka bermain. Kelihatan di belakang terdapat juga tempat untuk bermain lompat-lompat, slides dan sebagainya semuanya menjadi tarikan.


Rumah kecil - Adik kata ini rumah repunzel yang berambut panjang. Membayangkan dia macam repunzel seperti yang dikisahkan dalam buku cerita dia.



Oleh kerana belum bersolat zuhor lagi, jam 1:45 kami tinggalkan BP Mall dan belum pun jam 2:00 petang kami telah tiba di rumah kampung. Pendedahan pertama kali ke panggung buat anak-anak amat melegakan kerana janji telah tertunai. Itupun terasa kurang kerana yang sulung tidak dapat ikut lantaran ia berada di asrama. Untuk pergi lagi bagaikan tidak sanggup. Lain kali kalau hendak pergi biarlah mereka pergi bersama-sama sepupu-sepupu mereka. Aku sebenarnya kurang berminat kerana kalau boleh hari cuti aku mahu baring-baring saja.





107 comments:

  1. salam kak zakie lalink..:)
    samalah..kass kalau hari cuti lebih suka duduk rumah..lagi best kan..

    tapi sesekali bawa anak2 tgk wayang apa salahnya..seronok diorang tu..dah tunai janji..hehe

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum Kakzakie...

    Pasti anak2 itu sangat teruja kan?

    Kakcik menonton dengan anak2 hari itu cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah, itu pun sebab mereka beriya2 sangat mengajak. Padahal lepas tu beli DVD, tengok sampai jemu. :)

    ReplyDelete
  3. br minggu lalu sy ke Pacific Mall..mkn di Kenny Rogers kat situ tp x sedap..ayamnya mentah..

    sesekali tgk wayang seronok tp anak sy skang bayi mmg x betahlah tgk wayang..layan astro first lg ngancam kak..blh sambil baring-baring dan..tido hahaha..esok tgk semula..

    ReplyDelete
  4. first time masuk panggung pasti dorang suke,
    silap2 mintak repeat lain kali...
    hehehe

    ReplyDelete
  5. seronok bila tengok anak2 seronok...
    kpah ada gak pergi sesekali bila anak2 bawak. ni pun dah dua tahun tak jenguk..

    ReplyDelete
  6. anak2 saya bukan boleh bawak kesana havoc semacam huhu..pastu duk ulang ajak.mcm lah sema citer sesuai ngan dia.tak larat nak layan

    ReplyDelete
  7. apa perasaan lepas tengok wayang selepas 16 tahun?he~~

    ReplyDelete
  8. demi janji kan.. saya pun baru beberapa bulan lepas jejak kan kaki ke panggung sebab yg sama juga... janji memenuhi keinginan anak2 untuk menonton wayang

    rasa canggung dan lain macam pulak

    ReplyDelete
  9. bestkan kak tgk wayang slps sekian lama..hehehe

    saya hari tu tgk kung fu panda 2..mmg best...

    ReplyDelete
  10. kak, saya pun dah jarang ke pangung sekarang ni.. anak2 kecik lagikan.. nanti diorang dah besar baru senang sikit nak bawa.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum,

    Tiket wayang tuh...leh simpan lam album buat koleksi kenang-kenangan peribadi.

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Heheh.. Skali skali takpe mahal.. Huhuhu.. 16 taun? Lame beno ye akk? Hikhikhik.. =)

    ReplyDelete
  14. Kakzakie,

    Pertamanya, Maaf akak yang delet tu.

    Assalamualaikum Kakzakie,

    Kak Ani tak terperanjat anak2 kakzakie tak pernah ke panggung wayang, sebab anak-anak kak ani pun sama.

    Semenjak kecil sehinggalah mereka dah besar, kami tak pernah bawa mereka ke panggung wayang.

    Tak besar panjang dan bekeluarga ni terpulanglah kepada fikiran mereka sendiri.

    Dari risik2, saya tahu mereka semua pernah ke panggung wayang. Termasuklah cucu2 tu bila bila cuti sekolah.

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum kakzakie :)

    bestnya tengok family akk berhibur :)
    efa pun dah lama tak tengok wayang..huhu

    ReplyDelete
  16. wah... berjimba sakan ye... sonok laaa...

    ReplyDelete
  17. begitulah klu dah b'janji dgn anak2....bila dah mencapai apa yg diminta haruslah menunaikan janji yg dah di buat....

    lia n suami tgh mengatur masa utk bawa damya ke genting highland sbb kakak t'ingin nak main salji kat snow world.....:) babanya yg b'janji....mahu atau tidak kene lah tunaikan....x elok kecewakan harapan anak2 kan kak....

    ReplyDelete
  18. salam kak...16thn?? memang la lama sgt2..hehe sebenarnya tk rugi pun kalau tk masuk panggung ni kan..skrg beli dvd/cd blh tgk kat rmh dgn selesa..:)

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum...

    Sportingnye akak...
    best dorg dpt tgk movie ngn family..
    KL Gangster pecah panggung tuuu..
    Tp yun x tgk pun lg..
    Tggu member donlod jer..heheh

    ReplyDelete
  20. sy tahun ni belum masuk pggung lgi hehe

    ReplyDelete
  21. salam k.zakie..Ucu tiap2 bulan tengok wayang..tapi x pi panggung la...(astro first...ajelah..)

    ReplyDelete
  22. heheheh lama btl akak tak tgk wayang ek... akhinyer setelah bertahun menengok wayanag balik ek kak
    seronok tgk dua beradik tu hehehe..

    dana pun dh tgk cite tuh, kire ok lah sbb ada diselitkan jugak pengajaran...

    ReplyDelete
  23. seronoknya keluar jalan jalan bersama keluarga.. takpe kak zakie.. mereka tak biasa tngok wayang pun ok.. bagus tu... sekali sekala.. jarang jarang ok ler...
    kita sendiri pun dah lama sangat tak tengok wayang ngan 'pakwe' kita tu.. jalan jalan cari makan lagi best!
    hehe..

    lagi satu, nak ucapkan terima kasih gak sebab kak zakie sudi ngundi untuk kita!!! terharu dibuatnya! tima kasih kak.. nanti free2 esok leh undi lagi ya!! thansk so much for your support! kalau tak keberatan add la kita di facebook itu! =)

    ReplyDelete
  24. sesakali pegi tengok wayang seronok jugakan...seronok betul anak2 akak tu yee...
    anak2 saye tu kalau tengok selalunye citer kartun jer...ade jugak sekali tengok citer seram...takut la pulak..

    ReplyDelete
  25. wah tertunai sudah janji anak2..seronoknya tengok anak2 gembira kan kak...

    ReplyDelete
  26. kakzakie..acik pun dah lama sangat tak masuk panggung..tak berapa suka sebab kuat sangat bunyi dia..

    ReplyDelete
  27. akak org batu pahat ke. wah macam sekampung la kita ni. cuma saya tak pernah tgk wayang kat bp mall. biasa pegi summit jek

    ReplyDelete
  28. lama sungguh tu tak tgk wayang, kami bru dua hari lepas tgk wayang semenjak 2 tahun lebih tak tgk, sama le tgk KL gangster juga.. aktiviti riadah bersama family tersayang..:)

    ReplyDelete
  29. ema pun dah lama tak tgk wayang dgn anak..yg first dan last masa tayangan upin ipin dulu..

    ReplyDelete
  30. aah kak..i slalu wish panggung tu senyap..cume dengar bunyi film tu jek..heheheh.. sbb i tak suka bunyi mekak2 tapi ade hati nak tgk movie..camne tu..hehehe..lagik satu i tak suke tempat sesak2 ramai org gitu.. kalau nak gi tgk movie, mesti cite yg betul2 berbaloi..mcm nur kasih..hehehe

    ReplyDelete
  31. @ Nurkass: Baring-baring masa cuti best ye Kass. Tapi inilah dah terjanji pergilah bawa mereka.


    @ Kakcik: Kalau HKL balik rumah kakak ada beli vcd. Tonton di rumah sajalah anak-anak kakak...

    ReplyDelete
  32. @ Rina AVAIL: Kakak semakin kurang menonton tv pun sama. Dah terbiasa. Ada juga sesekali kalau anak pasang VCD dalam bilik adalah tonton sama.


    @ My Little Diary: Betul rima, mereka dah kata hujung bulan cerita Miasara berlakon dah digazetkan dlm panggung. Itu yg dia kata nak pergi lagi. Mama jawab tak janji:)

    ReplyDelete
  33. @ ibundo: Kalau kakpah pergi anak-anak dah berdikari. Kakak kes bimbang dia asyik menagih nak pergi selalu


    @ suri solehah: Tak boleh lah kan suri. Kakak kurang minat bawa tempat begini. Lagi-lagi bila ada pasangan muda yg sedang asyik kakak kurang senang, bimbang mata anak kakak yg tajam nie...

    ReplyDelete
  34. @ sarah-najwan: Jujur kakak cikgu dah kurang minat dan tak exited walau dah 16 tahun tak pergi. Tapi itulah dah terjanji...


    @ ratu kebaya: Betul lah RK. Kot nanti dlm panggung anak yg buat wayang:)

    ReplyDelete
  35. @ bujal x: Kakak tak exitedlah bujal. Rasa pekak adalah sebab cerita ganaskan. Cuma terperjanjat tiket berganda-ganda mahal!!


    @ ibuintan: Betul ibuintan kakak rasa canggung. Panggung pun cantik semacam je. Tak macam dulu lagi. Tiket pun amboi mak mahalnya.

    ReplyDelete
  36. @ ahmad humairi: Wa'alaikumsalam. Memang benar cikgu anak kakak simpan dalam koleksi sticker dia. Kelakar bunyinya kan...


    @ Liyana Zahim: Sejak kakak mengandung anak pertama itulah LZ. Masa itu wayang cerita Hani Mohsen. Lupalah kakak tajuknya. Itulah filem last kakak tonton di panggung.

    ReplyDelete
  37. @ Kunang-kunang: Wa'alaikumsalam. Kakak sebenarnya dah terjanji bila kawan-kawan mereka menonton cerita nur kasih. Kakak pun janji lain kalilah lepas periksa kalau dapat no. 1 hingga 3 bolehlah kita pergi. Itulah Kak Ani dah terjanji. Kalau tak asyik kena tagih..


    @ efa nur: Nak kata terhibur tak de sangat kakak nie sayang. Kakak kurang minat sebenarnya menonton. Cuma anak-anak memang terlalu gembira...

    ReplyDelete
  38. @ NM02: Anak-anak kakak yg berjimba. Suak sangat....


    @ Mamamya: Benar Lia. Kakak sekarang tak nak terperangkap lagi. Kalau kakak janji kakak kena pastikan yg kakak rasa tak berat buat kakak.

    Anak-anak Lia mesti dah tunggu nak Ke GH kan...

    ReplyDelete
  39. @ mrs edy: Itulah suka benar bila dah dapat. Nama pun anak...


    @ saniah: Aah... dah 16 tahun sejak kakak mengandung anak pertama lagi terus tak pergi. Selalu kakak belikan VCD saja..

    ReplyDelete
  40. @ Cik Shinju: Wa'alaikumsalam Yun. Kakak rasa tak payah pergilah Yun. Download aja betul itu yg senang. Boleh tengok sambil baring-baring lagi:)...


    @ redza: Tak payahlah redz. Tak lama mesti masuk tv. Kakak selalu ada persepsi begitu... tak pun boleh beli vcd

    ReplyDelete
  41. @ Ucu Faridah: Kakak astro pun tak pasang ucu. Anak kakak kalau nak tengok kakak belikan vcd saja.


    @ norhidana: Kakak bukan pilih cerita masa tu. Yg penting dapat bagi mereka lihat situasi panggung wayang sebab tak pernah pergi. Tak ada niat nak pilih cerita lagi sebab masa tu cuma ada 2 pilihan.:)

    ReplyDelete
  42. gitulah org berkeluarga kan... sekali berjalan hah, tengok billnya.... adoi....

    have fun kak :)

    ReplyDelete
  43. @ kella: Kesian jug bila kawan-kawan cerita tentang wayang anak kakak tak tahu itulah bawa sekali ini bagi tahukan kella...


    @ ainnoraini: Kalau ada katun masa tu mesti kakak pilih katun ain. Tapi tak ada kenalah tonton cerita ganas macam nak gila Hehee...

    ReplyDelete
  44. @ ajumohit: Anak-anak memang seronok. Tapi kakak dgn papa mereka rasa nak pecah gegendang telinga. Sampai telefon vibrate tak sedar. Bunyi memang dimatikan..


    @ Acik Erna: Samalah kita acik. Kakak bukan saja bunyi tapi kena duduk lama macam dalam plane pulak....

    ReplyDelete
  45. assalamualaikum kak.

    wah, satu family tengok wayang. gud la. biar lagi terkawal anak2 bila dengan family. :)

    ReplyDelete
  46. @ asfaliza: Hubby kakak org Batu Pahat, itu kg dia. Kami balik kg tengok ayam-itik-angsa yg dia bela. Serampang dua mata sambil tunai janji kat anak-anak...


    @ Life Kami: Mesti sejak mengandungkan Darwisy dan hingga kini baru pergi kan...

    ReplyDelete
  47. @ Mamaema: Bila dah ada kemudahan vcd dan download kita malas nak ke panggung an ema.


    @ maya amir: Entahlah maya, masing-masing punya pendapat tersendiri. Tapi buat kakak yg kurang minat macam-macam alasan kalau diajak pergi menonton. Kalau suka mesti tak ada masalah kan....

    ReplyDelete
  48. @ Mak Su: Pergi dengan abang ipar dan anak dia, Mak Zah, anak kakak dua, kakak dan hubby. Nasib anak kakak dia charge separuh sebab bawah 12 tahun...


    @ sar: Wa'alaikumsalam sar. Anak kakak selain sekolah dan kegiatan sekolah kemana-mana pun masih dengan kakak atau mak saudaranya lagi sar.

    ReplyDelete
  49. sekali sekala apa salahnya kak z... dorg pun perlukan hiburan tapi kena jaga juga... takut ketagih... hehehe

    ReplyDelete
  50. salam kak zakie..

    tiket wayang yang nuffnang bagi pun saya tak tertengok lagi..

    kalau kakak dekat, leh jugak ajak sekali :)

    ReplyDelete
  51. tunggu yasmin besar sikit baru boleh tgk wayang sekeluarga....

    ReplyDelete
  52. As'salam kak ,

    Jelesnya la amy sejak kahwin sekali pun x pernah pijak kaki di panggung.kalau nak menonton filem terkini beli dvd ataupun download internet je..kat sini x de panggung wayang kak...huhuhu~

    ReplyDelete
  53. saya masa nak spm baru kenal apa itu panggung wayang. tu pn sbb kawan2 ajak. hehe skrg dah pandai la. siap bawak mama lagi pegi. abah je xnak. mama ok aje. hehe..

    kl gangster pn xtengok lagi sbb pawagam kat sini jauh sgt dr rumah. tunggu vcd je la..

    ReplyDelete
  54. mak aiih..
    maheinya harga tiket tu??

    ReplyDelete
  55. @ dwaty: Kakak tak kisah sebenarnya tapi anak kakak dah biasa keluar mesti nak ada mama-papa mereka atau cikgu dia. Kakak pulak jenis tak suka menonton. Itulah jadinya dwaty..


    @ makdara TERdiva: Alahai MDT kakak pun sebenarnya tak suka menonton. Tapi kalau menonton dgn MDT nak juga eh...:)

    ReplyDelete
  56. @ munna: Yelah Munna Yasmin masih kecik lagi. Tak lama bolehlah...


    @ Amy Syaquena: Wa'alaukumsalam Amy. Oh ya lupa di sana tak ada panggung ye...Tak apa mesti ada baiknya...

    ReplyDelete
  57. @ NOOR FATIN: Walau tak pergi panggung tapi banyak ceritanya mesti dah keluar di tv kan. Tak rugi pun Fatin.... senang download pun boleh buat.


    @ puteri: Aah... puteri memang mahal. Kakak pun terkezut tau. 16 tahun dulu tiket tak samapi 5 ringgit sorang...

    ReplyDelete
  58. janji harus ditepati, pasti anak2 kak zakie teruja kan...wah 16 thun jangkamasa yg pjg tuu..byk dah berubah kan..
    sy ada gak lah bwk anak2 tp hanya tonton citer cartoon aje..

    ReplyDelete
  59. "wahh seronoklah bebudak tu kak..janji wajib kena tunaikan kan akak...samalah saya ni dah dekat 18 thn gak tak tgk wayang..masa muda dulu jgn ckplah..ank2 saya pun tak pernah jejak panggung wayang kecuali yg sulung tu..lps jugak dia,kesian pulak dok pujuk2 nk ikut kwn..last2 bagi jugak kebenaran..kalau boleh mana pergi pun lebih baik bersama keluarga.."

    ReplyDelete
  60. assalam Kakzakie,
    16 tahun.... baru masuk lagi, amie terakhir masuk cinema tahun 1989....mmmm...22 tahun kot... lamanya! anak2 amie pun teringin jugak nak rasa nonoton di panggung, sesekali kena layan jugak ye...

    ReplyDelete
  61. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    diy buat mudguard dari fibreglass

    uihhhh aku pernah bawak satu family tengok wayang.... yang pastinyerrr aku suka tertidur masa tengok wayang... so bila habis diorang cakap rugi aku masuk wayang pasal duduk hanya nak tidor

    ReplyDelete
  62. Kita pun tumpang seronok bila anak-anak gembira..Lebih-lebih lagi anak dah besar-besar. Kalau kecik macam anak2 saya ni, takut boring aje si Adiq nanti... hehe

    ReplyDelete
  63. Kak Zakie, seronok tengok gelagat anak-anak seronok.... lepas ni boleh ajak tengok transformers 3 pulak..dah keluar ni kak zakie...

    he he;)

    ReplyDelete
  64. Wah, wah Kakzakie menonton wayang ya? Hebat juga wayang2 Melayu kita hari ini, kan? Termasuk saya fikir dari segi jalan cerita & fotografinya. Modal mengeluarkannya pun besar.

    La ni saya lebih suka beli DVD kalau teringin nak lihat. Dah malas sangat nak ke panggung wayang. Angger ijek enom yo rak opo. Salam bahagia.

    ReplyDelete
  65. kakZakie ... bestnye gi ngan family. Kalau yg kapel2 mesti malu tgk kak zakie bersama family ttersayang.. blh jadi pengajaran tu...nak gi wayang bw semua family baru syoookkk

    ReplyDelete
  66. Assalamualaikum kak zakie
    rindu sangat2 nak singgah sini
    syukur.. malam nie ada masa walau waktu sangat lewat..

    kak.. lama nya ayu tak ke panggung. masa usia ayu 18-20 tahun adalah.. skrang dah 11 tahun ayu tinggalkan...

    melihat aksi anak2 kak..
    rasa tertarik tapi bila agaknya

    ReplyDelete
  67. Aslmkm.
    Seronok untuk anak ke remaja.
    Kita mungkin faktor usia ya?
    Kak G last di panggung untuk Baik Punya Cilok pasal semua rekomen & anak beriya2 sangat. Sempat tidur sebelum dikejutkan anak!
    Lepas anak beli CDs jer. Boleh tengok sambung2! :)

    ReplyDelete
  68. Kak Zai dari muda sampai sekarang suka tengok wayang tapi tak semua cerita kak Zai tengok.Sekarang kalau tengok pun lebih pada cerita yang sesuai untuk anak2.

    ReplyDelete
  69. Assalamualikum kak zakie


    cik ina jeles, belm nengok lagi KL ganster. yuyi cakap cite dia best .daripada nengok cite cinta tu, baiklah tengok cite KL ganster tu kak zakie. ntahlah cik ina ngan anak tak minat sangat cite cinta cam tu.tak bagus tu perkembangan otak kot.ekekek. kalau cinta kelakar okey gak.

    ReplyDelete
  70. @ anitaare: Sungguh Anita perubahan ketara sekali. Kerusi saja dah beza. Dulu kerusi biasa saja. Sekarang dah macam sofa rumah kita lagaknya


    @ Piasara: Tuntutan itulah kena pergi. Mereka belum bernai pergi sendiri. So kenalah kakak temankan mereka Pia...

    ReplyDelete
  71. @ Amie: Kakak last masuk masa mengandung anak sulung dan kini dia dah 15 tahun so maknanya memang dah 16 tahunlah tak pergi panggung. Minggu lepas pergi pecah rekod 16 tahun tu. Hehehe..


    @ gedek: super 8!! Entahlah gedek belum ada dlm permintaan:)

    ReplyDelete
  72. Sy mmg suke gi panggung wayang. Tp tak bape suke cite2 cam KL Gangster tu. Cite cinta melayu pon tolak jugak. Tp cite hantu OK. :)

    ReplyDelete
  73. @ Afzainizam: Samalah macam hubby kakak dia sekejap-sekejap terlena. Tapi sebab bising tak boleh juga macam di rumah


    @ azrina0307: Kakak rasa kalau Adiq tonton dia pun tak boring juga sebab ceritanya agak lasak. Kakak saja tak ada pilihan itu yg kena tonton juga.

    ReplyDelete
  74. @ Afida Anuar: Masa kami dlm panggung gazet utk trensformer memang ada ditunjuk. Anak kakak dah merengek kata nak tengok. Tapi kakak tak janjikan apa-apa pada mereka. Kalau dia pandai pergi dgn sepupu dia tak apa...


    @ Temuk: Kakak pun sebenarnya selalu belikan anak-anak DVD macam cikgu juga. Tapi dah terjanji dan rasa nak bagithu situasi yg dinamakan panggung wayang itulah kakak bawa mereka cikgu. Kakak sebener re wes males lungo nang panggung cikgu.

    ReplyDelete
  75. @ Miecyber: Anak seronok. Kakak bingit duduk dlm sebab kuat benar bunyinya...


    @ bersama Kak Es: Kakak pergi ramai memang kak es. Straight satu lane kerusi kakak sekeluarga dan depan kami dua untuk abang ipar dan anak saudara hubby:)

    ReplyDelete
  76. @ Citarasa Rinduan: Kakak rasa ramai yg dah malas nak kepanggung Ayu. lagi pula biasanya filem Melayu nie tak lama masuk tv. Or else boleh dapatkan DVD mudah.


    @ DDrfauziah: Kalau macam Kak G kakak rasa dah senang kerana anak Kak G dan boleh berdikari. Kalau pergi bertiga sesekali mesti best. Cuma kita dah malas kan Kak G. TV pun malas nak tonton inikan pula wayang:)

    ReplyDelete
  77. @ Zaitun: Oh... bagusnya Kak Zai. Masih suka dan boleh dijadikan terapi minda Kak Zai kalau suka.


    @ Cik Ina DDC: Wa'alaikumsalam Cik Ina. Pergilah bawa Firdaus Cik Ina mesti dia suka. Kakak lihat ada adegan ibu tua yg terpaksa jual kerepek anak-anak kakak pun sedih. Ada juga pengajaran di situ.

    ReplyDelete
  78. @ Penjejak Mimpi: Eh...PM cuba pergi tonton yg ini. Ada unsur sindiran yg tajam tau. Hakikatnya ada terjadi dlm negara kita. Kalau kita yg dah berakal nie nampak motif disebalik paparan....

    ReplyDelete
  79. akak saya pun x pernah bawa mykid g tengok wayang. Selalu nyer tengok kat astro jerrr..

    ReplyDelete
  80. assalamualaikum kak..

    syok kan tgk depa berlawan dalam kl gangster...

    ReplyDelete
  81. nor kalau bwk aiman dia berckp2 dlm wayang tuh sampaikan org lain pandang2 heheheh

    ReplyDelete
  82. comel anak2 akak secomel hubby nyer hahhaa

    ReplyDelete
  83. wahh bestnyee tgk wayang bersama2..best laa..heheh..mst enjoiice..terus hilang penat bekerje ye tak kak

    ReplyDelete
  84. syoknya tengok wayang sekeluarga, mesti mereka seronok dan pasti akan diajak lagi... alahai lawanya adik denga rumah rapunzelnya, rambut pun dah persis rapunzel

    ReplyDelete
  85. Salam akak..
    Saya terlepas ketapi ni kak..he..he..
    Akak..sesekali bawa anak tengok wayang..seronokkan...yg ptg diorang seronokkan...saya pun dah 16 tahun tak tengok wayang..baru2 ni aje bawa anak2 tengok Narnia..Along teringin sangat..he..he..

    ReplyDelete
  86. saya yg belum kawin ni pun dah 6 bulan tak tgk movie. jeles nih!

    ReplyDelete
  87. jenjalan ziarah menjalin silaturrahim.
    moga sentiasa dlm redha & rahmat Allah

    ReplyDelete
  88. wah...best kan setelah sekian lama tak tgk wayang dan akhirnya tgk gak....

    berjalan2 bersama keluarga..mmmm..best nya....

    ReplyDelete
  89. haha.. sempat lagi mngurut tu.. hehe..

    err.. tak takut anak akak jd gangster ke tgok KL gangster tu? hhehehe.. gurau je..

    ReplyDelete
  90. @ Be simple Beb: Tak payahlah BSB. DVD pun banyak. Tak payah tunggu lama pasti boleh dapat tonton punya.


    @ sahromnasrudin: Huh... kakak peninglah shah. Anak kakak boleh kata best kan mama. Haha....

    ReplyDelete
  91. @ noor: aiman belum dapat menikmati lagi nor. Dia curious setiap apa yg dipaparkan. Kalau gitu baik tonton tv di rumah kan...


    @ JARI YG TERBARAI: Hahaha.... nakal JYT ye. Anak kakak lebih rapat pada papanya dari mamanya yg ada sikit garang Hehe....

    ReplyDelete
  92. @ lalink7: Duduk dalam panggung tak buat apa adalah relax sikit Husz. Tapi kakak tak tahan bingit tu. Huh....


    @ Hanis MY: Anak-anak biasalah Hanis. Kelak bila Hanis ada anak tahulah macam mana kalau dah janji mesti akan disebut selagi tak tunai. Kalau dah main lupa segalanya...

    ReplyDelete
  93. @ azi: Pecah rekod jug ye azi:) Kerana anak jugalah kiranya ye... Tapi yg penting kita terapkan pada diri mereka yg baik mana yg tak baik kita jelaskan...


    @ gadisBunga: Alaaa.... baru 6 bulan sayang. Esok senang ajak kawan kerja boleh pergi sesama.

    ReplyDelete
  94. @ aku HIV positif: Terima kasih AHP sudi berkunjung. Moga silaturrahim di maya mendapat redha Allah.


    @ nukilanaffiza: Kakak bukan teringin Fen. Tapi anak-anak yg nak sangat melihat macam mana yg dikatakan panggung wayang. Itu yg pergi tu...

    ReplyDelete
  95. @ Solihin Zubir: Kalau tak ada mesin urut anak-anak di rumah dah selalu jadi tukang urut pun.

    Insya-Allah anak kakak tak pandai bergusti SZ rasanya taklah kot. Hehehe...

    ReplyDelete
  96. tkpe la kak..next time kalau anak2 nk pergi..tunggu diorg dah besar or org lain bawa kan je la... ;)

    sy tk bape minat cite KL Gangster tu...tk tergerak lak nk tgk...walaupun ada blogger yg mengatakan cite tu best.. ;)

    ReplyDelete
  97. kakzakie kampung di BP ye? dekat dah kalau ngan umah izan dok skrg ni...

    izan pun setakat ni blm pernah lagi bawak anak2 masuk panggung wayang, tak berani pun ada takut dorg mengamuk je...lagi2 si kembar.

    ReplyDelete
  98. @ nabila_2908: Dah dapat melihat dgn mata sendiri biar mereka puas dan tahu tak ada beza menonton di tv dan wayang


    @ Izan Ishak: Hubby kakak org BP Izan. Jadi boleh katakan setiap bulan mesti kaak balik sana.

    Tunggu mereka dah boleh behave well boleh lah bawa izan:)

    ReplyDelete
  99. IM pun dah lama tak tengok wayang. Apatah lagi dengan anak-anak. Cuma rajin pi tengok konsert nasyid jer...

    ReplyDelete
  100. hurm, agaknya bila dah ada anak esok inilah aktiviti saya ye..tapi masalah nye saya memang bukan penggemar cerita atau filem

    ReplyDelete
  101. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    cara atasi masalah aircond bateri dan enjin kereta

    sesekali seronok lahhh kak.... mummy daddy yg sporting habis

    ReplyDelete
  102. anak2 saya kalau tgk wayang mmg suka kak...sekali dah bawak, terus dorang gian...hehe....

    ReplyDelete
  103. @ Insan Marhaen: Kakak rasa lepas ini entah bilalah pergi lagi IM. Kakak sebenarnya tak minat menonton.


    @ IMANSHAH: Kelak kena pergi juga cikgu kalau dah anak asyik kata tak pernah pergi-tak pernah pergi last kesian juga

    ReplyDelete
  104. @ Afzainizam: Ini bukan sebab sporting Az... tapi kerna dah janji. Heee....


    @ wahida: Anak kakak dah kata kalau balik kg lagi dia nak pergi dgn sepupu dia. Biarlah kakak dah malas la wahida...

    ReplyDelete