En. Mohamadazhan penganjur contest ini
Menjemput di ruang komen tempohari
Tambahan di tag oleh Cikgu Humairi
Dalam hati mulalah tercari-cari
Sesungguhnya berpuisi amat aku gemari
Klik banner di bawah pasti akan dijumpai
Syarat dan peraturannya mudah diikuti
(Ketika membaca dua rangkap ini ikutlah alunan cara bersyair - barulah ada rasa keindahannya hehehe.....)
Mencari Arah
Menggamit nostalgia ayah-bonda
Rentetan kurniaan zuriat Adam belaka
Nama Muhammad berderetan dalam mahligai
Rindu pada Aishah, Khadijah, Fatimah As-Zahra
Karut bukan harut wa marut
Jadilah aku ujikaji makmal ayah-bonda
Muhammad berlakun lagak Aishah
Pupur bedak sejuk, rambut mengurai anggun
Gemalai sopan aku kebanggaan semua
Bukan mahu menolak takdir
Naluri menelusuri mahu menjadi suri
Menolak segala ilham seni duniawi tidak sekali
Menolak realiti tersurat segala adat
Jalinan adab , akidah atau ibadah
Mengongkong naluri terpahat kejap
Merangkak, bertatih, berjalan dan berlari
Segala gerak terhenti oleh asakan kanan dan kiri
Berkali-kali dihenyak tetap teguh berdiri
Tiba-tiba langkahku mati
Melihat cemuhan, ejekan dan paparan ganas
Adab, adat dan ibadat kononnya sama seperti ku
Lebur menongkah pancaran kebenaran
Bukankah kalimah syahadah kita sama
Sesekali meledak kemarahan yang bersarang di jiwa
Di dadaku kini ada gunung
Membara membawa lahar menanti ledakkannya
Lontaran arah dan hajat terungkai
Robek, tercalar, punah dan terpadam
Hati menyorot kekesalan membawa tubir mata berjuraian
Terlerai impian, meruntuh gunung harapan
Busur panah arjuna ku tersasar
Setiaku dipertikai panjang sang kekasih
Allah hu robbi!!...
Sesungguhnya aku punya naluri
Dahaga nikmat kasih dalam tasbih sesama umat
Dalam rintihan sayu dan sendu
Lautan dosa yang tidak tertanggung
Kembali merapak sujud, tafakkur dalam solat
Ku pohon taubat dariMu ya Allah
Redha ku kini mencari arah lelaki sejati .
********************************
Siap sudah kena pula cari sasaran
Dikehendaki tiga, bukan satu atau dua
Sasaran menuju pada sar, kakcik, dan ibuintan
Maaf andai terlarat, jomlah buat sama
(yang ini pun buatlah alunan bersyair)
********************************
Berkata syaitan "Sungguh akan kami pengaruhi mereka itu, sehingga mereka mahu mengubah ciptaan Allah." (an-Nisa': 119)
Daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa (maksudnya): “Rasulullah melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau berlagak seperti wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau berlagak seperti lelaki.” (Riwayat al-Bukhari).
*************
wah..sungguh puitis dan byk yg tersirat jgk tu..
ReplyDeleteapepun prince wish gud luck ye..=)
tabik spring saya kt org puitis seperti ini, sbb saya ni buta skit pasal puisi2 ni, pantun okeh lagik hehehe
ReplyDeletememang kakzakie minat dan bagus berpuisi. satu nukilan yang amat puitis dan sarat dengan mesej moral.
ReplyDeletesemoga berjaya !
Puitis...Simbolik..
ReplyDeleteBakat yang terserlah..
Bakat yg sy takde..
cantik dan bagus puisi itu..
ReplyDeletetenang menghayatinya..
Kakcik belum bertemu ilham lagi. Otak masih kepenatan untuk memberikan buah fikir yang baik. :)
ReplyDeleteSalam KakZakie..
ReplyDeleteAkak...akak memang pandai berpuisi...banyak betul ilham akak...saya doakan akak berjaya!..
P/S..kena baca lambat2, untuk fahami maksudnya..:)
saya tak pandai berpuisi~haih~
ReplyDeletefuh...
ReplyDeletepuisi agama lah pulok, akak memang supreb!!
saye mcm bujal X jugak, tak pandai berpuisi kerna saya bukan seorang yang berhati jiwang dan lembut, bermuka pan asia sahaja,
heheheheheh....
Sahdu sungguh puisi kakzakie ni.
ReplyDeleteAkak rasa tak ternukil puisi2 ni. Semoga berjaya.
Alhamdulillah,tahniah kakak,anugerah Allah utk kakak..ika suke bace puisi tp ika xpndai nak buat puisi hehe..ape pun puisi kakak best :)
ReplyDeletetak pandai berpuisi...nak tulis sikit2 boleh lah KakZ
ReplyDeleteMuhasabah diri dengan puisi KakZakie...penuh dgn maksud tersirat. Walau ada orang tak ambil peduli. Walau ada orang yang pentingkan diri sendiri. Walau ada yang berputus asa. Tapi kita usahlah seperti itu, Tegur dan terus menegur menggunakan medium dan kreativiti sendiri.
ReplyDeleteSemoga berjaya!
bait2 tutur di susun dgn indah sekali..
ReplyDeletecayalah akak..saya yg cikgu BM pun xmampu nk buat puisi gini..salute saya...
ReplyDeletesemoga berjaya kak....
akak mmg pandai berpuisi dan sungguh ada bakat...
ReplyDeletesemoga berjaya ye kak...
Ayat-ayat yang indah...
ReplyDeleteDah follow sini...
ReplyDeletewahhhhhhhhhhhhhhhhh berpuitis ni perlukan penghayatan yg mendlm..
ReplyDeletegood luck kak
wah..akak mmg ada bakat..mcm ayah saya..puisi dia selalu kuar paper..
ReplyDeletebait2 yg indah..sarat ngan pengajaran..good luck kak
ReplyDeletedahsyat...
ReplyDeletemelopong ajelah sy yang tak tau nak berpuisi ni :)
perghhh kak sungguh puitis sekali , penuh dengan makna terurat , semoga berjaya kak...
ReplyDeletehebat la kakak!
ReplyDeletesaya tak pandai nak cipta..
tp bab melagukan bagi kat saya..hehe
kak zakie.................
ReplyDeleteayu kan, asal ada contest atau apa2 puisi... mmg terpesona dgn hasil karyamu itu..
indahnya..
PS: moga berjaya...
kakcik, ibuintan dan blogger sar (ayu belum berkenalan nie).. apa lagi.. sahut cabaran!!
jujur lia kagum sungguh dgn bakat kak zakie....klu lia lah kene tag buat puisi mcm ni...mmg x tido malam lah jawabnya sbb pening nak mencari idea....
ReplyDeletesemoga berjaya yer kak.....
Kau lupa wahai Manusia!
ReplyDeleteSiapa lah engkau kalau tiada Dia
Kau hanya seorang hamba
Hamba yang penuh Noda dan Hina
Hina engkau wahai manusia!
Lupa diri dan Yang Maha Esa
Beringatlah hidup ini tiada kemana
Kembali jua ke tanah rata
@ Prince halilintar: Sekadar hiasan utk dihayati. Malu kakak...
ReplyDelete@ ajumohit: Sesekali mengasah otak aju. Tak adalah ke mana aju. Suka-suka sesekali kan...:)
@ al-lavendari: Sejujurnya kakak buat bukan tuk menang tuan. Kakak minat itu yg pasti...
@ Missgee: Bukan tak ada bakat tapi kekadang tak minat...
ReplyDelete@ ibundo: Sekadar membuat kerana memenuhi jemputan/tag dari teman blogger kakpah..
@ kakcik: Ada masa lagi kakcik masih lama lagi. Kakak tahu kakcik boleh buat...
@ azi: Sebenarnya tak ada ilham tapi dek kerana sejak-sejak ini asyik cakap bab in dtglah ilham tu...
ReplyDelete@ bujal x: Org pandai mana nak mengaku pandai bujal...Kakak baca N3 bujal tahu sebenarnya boleh
@ ORLANDO AHMAD: Kalau pan-asia kenlah puisi pan-asia mesibest... Cubalah kakak alu-alukan...
@ Kunang-kunang: Malunya kakak dengan Kak Ani.... Jemputan teman bloggerlah membuat hasil yg tak seberapa ini...:)
ReplyDelete@ Afika Aziz: Itulah yg kakak mampu Ika... Sesekali cubalah karang tak semestinya sajak Ika...
@ Diana @ bilakukatacinta: Sikit-sikit itulah yg nak kena buat Diana...:)
@ Mommy Fara: Sesungguh kita pun tak terjangkau apa yg ada dlm naluri mereka kan...
ReplyDelete@ ikatankasihku: Susunan ikut kata saja. Moga dapat difahami..
@ sarah-najwan: Itulah yg kakak termampu cikgu. Malunya kakak dgn cikgu...
@ wahida: Alahai jangan kata macam tu Wahida. Kakak sekadar buat yg termampu saja....
ReplyDelete@ WuMing: Terima kasih sudi bertandang, nanti kakak ke rumah Wuming pula ye...
@ fazilzura: Hmm.... itulah yg kakak mampu. Selebihnya tak adalah....:)
@ Rina AVAIL: Oh... bapa Cik Betty boleh kawan dgn kakak. Kakak suka bab-bab berkarya. Dulu masa belajar kakak hantar majalah sebab nak duit...Sekarang tak ada lagi dah...
ReplyDelete@ ieja amieja: Alahai ieja... itulah saja yg ada...
@ aku HIV Positif: Janganlah kata begitu AHP. Nak buat lebih baik tak mampu. Malu...
@ Amy Syaquena: Tak tahulah kakak nak kata apa Amy. Tapi harap teman penganjurnya gembira dgn penyertaan kakak ini...
ReplyDelete@ makdara TERdiva: Kakak tahu MDT mesti bolah buat cuma tak nak turut serta saja...Cubalah kali ini...:)
@ Citarasa Rinduan: Hahaha.... ayu buat kakak gelak la... Kakak harap 3 teman kita turut sertalah hendaknya...:)
@ Mamamya: Janganlah kata macam tu Lia... Belum buat memanglah kata macam tu. Cubalah sesekali. Best tau...:)
ReplyDelete@ Afzainizam: Rintihan mereka tidak siapa tahu
kesihan tiada siapa membantu
kadang bukan salahnya jadi begitu
didikan asal menjurus kearah itu
masyaallah...tak terlarat ucu nak berpuisi mcm ni...
ReplyDeletekalau ucu berpuisi mau hangit semua kek, polkadot kt dapur...
assaamualaikum kakzakie.
ReplyDeletealaahaii.. tetibe tercalon pulak namaku di situ. ~ahah
insyaAllah.
terima kasih atas jemputan kak. amatlah terharu.. :D
byk yg tersirat...
ReplyDeletepuitis sungguh ini puisi...
x dpt den nk melawannye...hehehehe
@ Ucu Faridah: Amboi Ucu... polkadot tu lama sikit dlm oven. Buat sekejap je...:)
ReplyDelete@ sar: Wa'alaikumslaam sar. Aha... kakak dah list jangan elak ye.. Buat yg terbaik dik...
@ Hantu Kak Limah: Tak nak cuba ke HKL. Kakak tahu HKL boleh buat yg terbaik... Sesekali kita asahlah bakat:)
Salam
ReplyDeleteIndah puisinya. Umi tak pandai menggubah puisi. You are good.Gratz.
sungguh puitis, pemilihan diksi yang tepat dengan gaya bahasa yang sederhana, tidak bombastik dan mudah difaham... mesejdapat disampaikan kepada pembaca...selamat maju jaya kak.
ReplyDeletekak... saya kena baca banyak kali baru paham... heehehhehehe... tapi akk bab puisi memang terbaek la... nasib baik bukan saya yang akk tag... hehehehe.. confirm tak menang... entah2 tak terbuat puisinya... almaklumla saya ni budak akaun... bukan budak sastera...
ReplyDeletewish u good luck kak...
puitisnya.. :)
ReplyDeletehaih..sy tk reti menda2 ni...huhu..hanya mampu menghayati.. :)
good luck kak..!! :)
Bait bait yang menarik...
ReplyDeleteMashaAllah, sangat indah.tabik kat akak.
ReplyDeleteSalam ke sini kak...terima kasih sangat sudi menyertai Contest yang tak seberapa dari saya ni =)
ReplyDeletePuisi yang sangat indah, mengembali hati pada Penciptanya...pesanan yang menusuk jiwa yang kian sayu dengan embunan kasih sayang yang hakiki =)
Moga Allah merahmati akak sekeluarga =)
tabik spring la kak...
ReplyDeletesaya angkat tangan awal2.. hahahaha
Kak Zakie puitisnyaaaa, macam ada harapan nak menang je ni kak, apapun goodluck...ganbatte ne...
ReplyDeletesaya tengok je. tak pandai ber puitis. good luck to all :)
ReplyDeletememang puitis, memang berseni
ReplyDeletekalau sya...
hrmmm..alamat habis tarikh pun tak siap lagi sebaris dua belum tentu tercipta
semoga berjaya ;p
Assalamualaikum kak zakie, memang kak zakie sangat berbakat. Terbuai-buai fida membacanya...
ReplyDelete;)
nak berpuitis macam akak, tp fida tak pandai.. err
semoga berjaya kak....amin..:)
ReplyDeletekakzakie..suri sangat salute dgn himpunan kata akak...terasa meremang roma membacanya...
ReplyDeletekalau berpuisi dan berpantun, serahkan sahaja kepada kak zakie.. (",)
ReplyDeletemmg terbaiklah.. tak mampu sy nak menandinginya.. (",)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ReplyDeleteالسلام عليكم ورØمة الله Ùˆ بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip nak tinggikan kereta sikit
eeeemmm bukan sebarang orang akak ni... penuh cetusan minda ... aku sendiri akui bukan senang nak datang idea cam tu.... aku tak pandai berfalsafah bukan berdarah seni kut
@ Umihoney: Wa'alaikumsalam umi... belum menarikan jejari atas keyboard belum tahu. Cubalah sesekali...
ReplyDelete@ Amie: Kakak cipta secara segera sebaik idea tercetus... Amie tak nak cuba ke?
@ dwaty: Kakak pun khusus pada akaun/secretary tapi dek kerana suka ciptalah juga...
@ nabila_2908: Emmm... kakak pasti nabila boleh buat. Kalau lihat N3 yg dibuat kakak tahu mesti boleh cuma tak nak serlahkan saja...:)
@ Miecyber: Malulah kakak Mie...:)
ReplyDelete@ Ummu: Hehehe... ummu kakak sebenarnya buat cepat sangat sebaik dengar isu pertukaran jantina di radio IKIM pagi itu
@ Mohamadazhan.com: Lama sebenarnya kakak tidak mencipta. Dulu masa belajar dijadikan rutin sebab jadi duit tambahan. Terima kasih kerana menerima seadanya...:)
@ NM02: Niezza tak buat mestilah angkat tangan. Cuba buat mesti org semua gembira tepuk tangan...:)
ReplyDelete@ Hanis MY: Bukan nak menang Hanis..Kakak kena tag cikgu Humairi dan penganjur pun menjemput.
@ Wardah @ fie Shah: Ia akan lahir semulajadi jika berminat wardah. Cubalah sesekali....
@ sayang-sayangibu: Sya kalau minat rasa seronok. Tambahan pula anjuran ini bukan semestinya sajak saja. Boleh bergurindam, seloka, pantun, syair dsb... Cubalah:)
ReplyDelete@ Afida Anuar: Wa'alaikumsalam Fida. Kalau baca N3 Fida kakak rasa Fida boleh cuma tak minat agaknya...
@ Papa Mifz: Sekadar suks-suka sebenarnya:)
@ suri solehah: Suri tak nak ikut sama ke? Tak payah nak salutelah suri... Tak seberapa pun....
ReplyDelete@ fuad ansari: Fuad tak nak ikut sama ke? Seronok kan berpuisi sekali-sekala. Bila lagi nak memberi idea...:)
@ Afzainizam: Alahai kakak nie pun bukan berdarah seni. Darah merah sama aje... tak ada seni-seni tapi suka berpuisi itu benar. Hehehe....
wowo...teror nya Kak mengarang!
ReplyDeletedalam hati ada taman lah...
tpi ni taman solihin....sejukkkk jer :)
semoga berjaya, kak...cayalah..kami support kak
ReplyDeleteSemoga akak berjaya !
ReplyDeleteHebat betul kak..
kerdilnya saya. ;o(
salam..kak,
ReplyDeletemoga arah yg diredahi Allah swt..
Tunjukkan aku arah yang lurus…
Jalan yang pasti kan menemuimu
Tuhan…hati ini merintih sayu
Jiwa ini dipenuhi debu sendu
Kerna aku dihimpit dengan dosa-dosa yang lalu..
Tuhan segalanya telah kau beri percuma
Tidak langsung dititip dengan harga
Bukti cintamu pada manusia
Tanda keadilanmu buat sekalian makhluk di dunia..
Tuhan aku tersasar jauh dari mengingatimu
Izinkan aku kembali mendekatimu
Kerna hati dan jasadku hanya milikmu
Hidup dan matiku jua dari ketentuanmu
Assalamulaikum kak zakie
ReplyDeleteCik ina percaya ngan kebolehan kak zakie berpuisi.Semoga kemenangan berpihak pada kak zakie. Insyallah. Sukanya tengok orang yang pandai menulis cerita dan berpuisi. banyak idea.
indahnyer bersyair ni.. tapi tak pandai nak karang.. huhu
ReplyDeletesperti biasa, akak mmg suka berpuisi kan?
ReplyDeletepuitis!
suka :)
as salam...pandainya mengarang.Saya memang tabik spring laaaa.
ReplyDeletewahh pandainyaa. saya xpandai berpuisi mcm ni. hehe.
ReplyDeletesemoga berjaya k! :)
good luck kak...pandai la akak berpuisi...ada bakat...
ReplyDeletesgt puitis kak .. gud luck kak .. sedaop dibaca dan didengar :)
ReplyDelete@ MamaNoriz: Kakak sebenarnya malu tapi buat juga:)
ReplyDelete@ sahromnasrudin: Kena tolak tepi soal menang tu shah. Kakak suka berpuisi itu yg pasti...
@ azrina0307: Hai reen... tak kanlah macam tu sekali. Idea tak seberapa pun...
@ sekamar rindu: Titiplah karya itu
ReplyDeletemengapa sembunyi sendu begitu
sungguh Allah saja yang tahu
moga rahmatNya diperoleh selalu
@ Cik Ina DDC: Ikhlas kakak katakan Cik Ina, kakak tidak mengejar kemenangan. Kakak rasa mana blogger yg pernah memberi kemenangan pada kakak tahu. Kakak sekadar suka-suka saja. Apatah lagi jika berbentuk wang kakak tak pernah ambil....
@ ratu kebaya: Hahaha... nyanyilah apa saja yg RK tahu. Kakak tahu RK pandai tapi tak nak tunjuk kan...
@ Mutiara Bernilai: Haa.... pandai adik kakak. Kakak sekadar suka berpuisi....betul
ReplyDelete@ ani: Alahai ani sekadar mengisi N3 sebab kena tag...
@ NOOR FATIN: Sekarang Fatin banyak masa kan. Boleh karang satu sementara nak cari kerja nie:)
@ aanie: Terima kasih aanie. Tak nak cuba ke?
ReplyDelete@ ieda: Seronok sesekali berpuisi kan ieda. Ieda tak nak join ke?
salam k zakie,
ReplyDeletebila masuk bab syair ni,
yg mampu aby buat adalah membaca jer ..
tk pandai nak join ..
apapun satu nukilan yg baik ...
eh wah kak! ada bakat tu! kalau diasah silap-silap haribulan beralih arah kot.. hi hi hi
ReplyDeleteakak adalah pemuisi sejati. hebat!
ReplyDeletewow!!
ReplyDeleteSelamat bersayembara...
ReplyDeleteSalam kakzakie..
ReplyDeletesy minat juga berpuisi..tp skrg minda dah agak tepu asik dok mengira setiap hari...
karya yg dtg dr hati memang menakjubkan hasilnya..tahniah
saya pun tak sepuitis kakzakie
ReplyDeletebui pun pandai menulis puisi,tp kat dalam hati jer..hahaha..
ReplyDeletewahh..ini betul2 deep nih.huhuh
ReplyDeletedah lama tidak mendengar puisi sebegini. karyanya sampai hingga lohong isi hati. semoga berjaya!
ReplyDeletesalam ziarah dari saya.
http://maizatulsuraya.blogspot.com/2011/07/contest-aku-berpuisi-kau-juga-kuli.html
*puisi itu hobi*
kalau kita lakukan dengan minat, hasilnya sangat bagus kan.. :)
ReplyDeletesalam ziarah & follow
ReplyDeleteakak...sangat berbakat...wah....sangat mendalam maksud yg ingin disampaikan...saya pun nk join, tapi puisi nya tak jadi2 lagi...
ReplyDeletegud luck!
ReplyDeletevisit here frm egypt~
http://coretanfadlisabri.blogspot.com/2011/07/wanita-kental-peluru-pun-tak-tembus.html
@ aby: Wa'alaikumslam aby. Kalau boleh menikmati pun dah bersyukur kerana ada pemahaman maksud yg nak disampaikan...:)
ReplyDelete@ Mak Su: Beralaih arah tu tak terlintas Mak Su. Tapi berpusisi lama dah kakak minati:)
@ gadisBunga: Amboi!! tak sampai tahap itu lagi dik
@ Khairul Hakimin: Hmmm...
ReplyDelete@ ckLah: Ah... malunya kakak dengan cikgu..:)
@ nyanyisunyi: Sekadar titipan untuk teman sesama blogger NS. Buatlah satu sebagai tujuan memeriahkan...:)
@ IMANSHAH: Sejujurnya cikgu kalau dgn cikgu-cikgu kakak malu...Cikgau tak join ke?
ReplyDelete@ Bui Junaidi: Alahai Bui jelaskan yg dihati kepenulisan akan tambah meriah contest ini..Jomlah...:)
@ aileen aidin: Deep in the heart or in the sea? Hahaha...
@ maizatul suraya: Sesekali ada peluang buatlah MS. Kakak sekadar memeriahakn contest yg dianjurkan sesama teman blogger.... Terima kasih berkunjung ke TITISAN NURANI:)
ReplyDelete@ norh: Minat itu benar tapi isinya kakak ikut apa yg terfikir lah norh...
@ hanez: Terima kasih Hanez. Nanti kakak follow you back ye:)
@ Fasihah Supian: Hmmm... kakak menulis bila ada mood dan insya-allah akan ada patah-patah perkataan yg diingini....
ReplyDelete@ fadlisabri: Thank so much for visiting TITISAN NURANI. Pursuing your study there. Will visit you later....
waaaa.
ReplyDeletebesnye bace..
hihi
macam2 unsur ade nih =)
gud luck ye kak!
saya pon join juge!
>___<