Wednesday, August 17, 2011

Travelog Hidayah

Sewaktu membaca tafsir Quran di pejabat mudah benar mata mahu tertutup. Kena mencari alternatif lain. Lama sudah membelinya, sewaktu menghantar anak ke kem Bijak Sifir tempohari. Hendak cari batang mancis menongkat mata tidak ada di pejabat. Buku inilah ubatnya. Bila membaca buku ini mata segera mencerlang.


Aku, Isabella dan Tok Kenali.... penghijarahan seorang insan artis mencari pencerahan diri yang melalui liku-liku kehidupan dari kecil hingga kini. Namun oleh kerana semasa kanak-kanak bimbingan dan ilmu itu telah tertancap di dada, kekentalan jelas mampu diharungi olehnya. Indah menghayati travelog hidayah ini...


Tanda buku ..... Kalau ikut sipembuat mesti dia merasakan ini yang terindah. Melihat selalu mamanya membaca tidak menggunakan tanda buku tidak seperti dia. Hari Rabu lepas semasa kelasnya ada seni lukis tanda buku ini dibuat khas untuk mama. Kena hargai juga walau saiz nya lebih besar dari buku (ketawa dalam hati saja). Kakak ketawakan pun kena jeling dengan mama supaya tidak ketawakan dia.



Besar .... Lihatlah hingga terkeluar dari buku. Tapi gembiranya bukan kepalang bila mama gunakan hasil kerjatangan dia. Buku pula masuk dalam briefcase mama pergi kerja. Kegembiraan berganda buat dia.






~~ Setiap insan dilahirkan tidak tahu bagaimana perjalanan hidupnya. Kita sekadar mampu berusaha untuk merancang yang terbaik. Namun sebaik-baik perancang adalah Allah. Wamakaru Wamakarallah ~~




91 comments:

  1. hehe, biasalah kak, hasil kerja anak..bila mama dia guna mestilah dia rasa seronok kan..kak, best tak buku ni? macam nak beli laa..

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum Kakzakie...

    pagi ni, kakcik menatap skrin hp dengan mata terpejam!

    ReplyDelete
  3. comel je tanda buku tu walaupun terlebih besar hehe..ape pun mesti kena hargai kan :)

    ReplyDelete
  4. hmm....kuat sungguh keterkaitan setiap subjek dalam tajuk travelogue tu dgn perubahan bob lokman sekarang. syukur.. :)

    ReplyDelete
  5. kita doakan hidayah yang dia terima juga akan menjadi hidayah kepada orang lain untuk mengikuti apa yang telah dilalui

    penanda buku yang sempoi...

    ReplyDelete
  6. cutelah adik...yana belum pernah baca lagi buku tu,but sementara tunggu buka ni selau juga baca buku...

    ReplyDelete
  7. bes ke kak bukunya..ala..tacing anak buatkan tanda buku..hehesemoga berkekalan la kak kan..

    ReplyDelete
  8. menariknya kakak dpt baca buku bob lokman tu..hihi, takpela walaupun besar sizenya tp mama guna mesti rasa dah best sgt2..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah....semakin hari semakain ramai golongan2 artis yang mula terbabit dengan kegiatan2 agama utk mendekatkan diri kepada Allah swt

    ReplyDelete
  10. semoga kita pun diberi hidayah agar dapat memperbaiki kelemahan diri.

    wah!! bestnya dpt penanda buku tu..

    ReplyDelete
  11. cheqna cuti hari ni sempena nuzul al quran..
    jadi sah2 tak mengantuk =)

    ReplyDelete
  12. MASYALLAH..dia diberri ALLAH petunjuk dan hidayah. Kita macamana?

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum kakZakie..apa khabar? lama tak dengar khabar akak :)

    sweet nye anak akk buatkan penanda buku tu..bertambah rajin laa membaca nanti tuu..hehe :)

    ReplyDelete
  14. kalau kita puji hasil kerja tgn anak mmg dia akan bangga...dan akan bertambah bangga bila kita menggunakan hasil tgn dia...

    comel penanda buku tu..

    ReplyDelete
  15. anak rasa di hargai, kalau ibunya menggunakan hasil kreatifviti darinya

    ReplyDelete
  16. Salam akak..
    Akak..kita pun perlu sentiasa memperbaiki kekurangan dirikan...

    ReplyDelete
  17. bahaya bila mengantuk....cepat buat sesuatu....

    ReplyDelete
  18. salam nuzul quran.=)

    jom berdoa?
    http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/doakan-untuk-keburukan-saudara-seislam.html

    ReplyDelete
  19. mcm mana dgn kebersanan buku tu kakzakie...sy pernah dgr ceramah bob di youtube...mmg dia dah brubah tapi cara penyampaiannya yg sy x brapa suka.

    ReplyDelete
  20. Bagusnya mmbaca buku ni kak, mengetahui bgimana mperbaiki kelemahan n Kekurangan diri utk jadi yg lebih baik

    ReplyDelete
  21. Pengalaman mendewasakan kita - taniah atas kesungguhan pembaca dan penulis buku ini

    ReplyDelete
  22. semoga penulis buku akan teruskan perjuangan dia..

    ReplyDelete
  23. anak suka bila hasil kerja nya dihargai kan kak

    ReplyDelete
  24. Assalamu'alaikum kakZakie

    Lama betul kak werdah tak beri komen walaupun ada jenguk sesekali..

    Belum baca lagi buku ni sekadar membaca sinopsis.. Alhamdulillah, hidayah Allah adalah untuk yang berusaha mendapatkannya..

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum Hjh,

    Satu sokongan moral kepada anak-anak agar agar apa yang dilakukan dihargai oleh orang lain terutama kedua ibubapa......

    ReplyDelete
  26. salam kak,

    wah2 semangat kakak menambah ilmu di ramadan ye..selamat mentelaah..:)
    cemgini, ucu pun booking satu lah penanda buku..boleh ke??? cantik hasil tangan anak mama tu..teruskan berkreatif ye..

    selamat berpuasa.

    ReplyDelete
  27. bangga dgn Bob ni tpi kesian sbb kwn artis semua kutuk dia...

    pasni mesti ank akak lagi berseamngat buat karftangan sbb mak dia hargai kan :)

    ReplyDelete
  28. sebentar tadi gumbira... kini berduka... baca entri akk.. especially yang last tu... hati saya kembali tenang sedikit... ingat kembali kepada ALLAH... Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya... dan mudah2han yang terbaik...

    ReplyDelete
  29. mesti menarik buku tu kak..kat tempat suri susah nak cari bahan bacaan ilmiah..
    hehe..macam kitalah kan kak..kalau buat apa2 anak2 n suami suka..cam bangga je....

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum kakzakie..

    Moga kakak sihat hendaknya..

    Amat beruntung mereka yang mendapat hidayah. Cantik penanda buku tu kak!

    ReplyDelete
  31. MasyaAllah kak..saya tak pernah pun kasi hasil kraftangan saya kepada mak saya waktu dulu2... Rasanya banyak jugak buat penanda buku ni;)

    ReplyDelete
  32. sebab tu sgt perlu bersangka baik kerana hidup adalah satu perjalanan.. terkadang2 seseorang itu tidak baik pada awalnya, tapi baik pada akhirnya..

    ReplyDelete
  33. salam, teringat citer teksi tunai..

    ReplyDelete
  34. kita merancang tapi Allah yg menentukan nya..

    ReplyDelete
  35. Assalamulaikum kak zakie


    bulan puasa ni memang mengantuklah , terutama bila duk kat air cond. tak tahu cik ni dah berapa kali gi toilet, sebab ngantuk nak basuh muka.

    ReplyDelete
  36. semakin ramai artis yg berhijrah.Alhamdulillah..

    comel la kak penanda buku tu..mesti anak akak hepi sbb berbaloi dia buatkan =)

    ReplyDelete
  37. kakzakie.mesti seronokmsangat dia bila ibu menghargai apa yang dia dah buat kan..

    ReplyDelete
  38. Salam sejahtera sahabat yang dikasihi

    Begitulah kehidupan ini. Mudah2an kita berakhir dengan akhir yang baik.Amin.

    Cute girl dan baik hatinya.Kiss her for me ya.

    Umi

    ReplyDelete
  39. assalamualaikum kakakku..

    semakin bangga sbb ramai artis dah ada peluang berhijrah..
    kak..
    kalau ayu dapat sesuatu dr Umai, ayu pun turut happy,,
    tggu umai besar, mana tau.. dia boleh buat penanda buku mcm anak kakak jua

    ReplyDelete
  40. Salam

    Bestkan buku tu...
    Moga hidup kita berakhir dgn kebaikkan.

    ReplyDelete
  41. bila ilmu sudah ada di dada, ibarat sudah pandai mendayung perahu. apabila tiba masanya selepas lama hanyut bermain ombak, pasti dia akan berkayuh ke pantai. insyaallah.

    ReplyDelete
  42. sape2 pn bangga kalau barang yg dia kasi tu dihargai..

    belum baca lagi buku ni,.^^,

    ReplyDelete
  43. Kakzakie mmg hebat. Mata dh mengantuk pun boleh lagi baca buku tuh. Kalau leeya la terus lelap dibuatnya. Bayangkan 9jam menghadap komputer nih lebih2 lg bln puasa. Maintain jam 4pg sdh siapdiri. Leeya ON tanzil alquran sat.

    ReplyDelete
  44. Terima kasih atas segala komen yang diberikan oleh teman-teman berikut:-

    missbby, kakcik, Afika Aziz,gadisBunga, cemomoi, Maya Mayana, Ayuraza, Amira, eelobor, Sharifah Nadzarah, chegna, Yan, Efa Nur, Wahida, Al, ikatankasihku, azi, ahamd humairi, L, zue, ajumohit, Aida Ali, Uncle, Santri TPNI, MamaEma, Werdah, pesona ainhany (dtg sinilah adik buat utk ucu hehehe), MamaNoriz, dwaty, suri solehah, Abd. Razak, Afida Anuar (sekarang kena bagi mama yg lain Fida), Fuad Ansari, miecyber, hanez, hani@debumelukut, Cik Ina DDC (cucilah muka tetap mengantuklah cik ina), izan, Acik erna, Umihoney (always kiss her hehehe), citarasa rinduan, mama ju, al-lavendari dan cik pulau.

    Memandangkan buku ini tidak mahal dan mengadungi 157 mukasurat saja pasti boleh dimiliki andainya kita suka...

    Terima kasih semuanya...:)

    ReplyDelete
  45. As-Salam Kak..
    Betul ckp akk..merancang hak kita namun tercapainya perlaksanaan rancangan itu milik Yg Esa....

    ReplyDelete
  46. kalau kita sudah meninggalkan bidang itu, janganlah kita hina bidang tersebut hanya kerana kita sudah berhijrah..
    suka cara wardina..sangat merendah diri

    ReplyDelete
  47. Tak sangka kan... Bob nii..

    Hari tu nampak ada banner dekat Tepi jalan.. Ada ceramah dia..

    Orang, tak kira laa siapa jika di hargai, mereka akan rasa gembira..

    Lebih-lebih lagi dari orang tersayang..

    ReplyDelete
  48. Assalamualaikum Kakzakie...

    kita pun kalau mengantuk... berhenti untuk baca buku kejap... baru segar sikit biji mata... pastu baru sambung balik kerja... ~

    ReplyDelete
  49. Assalamualaikum Kakzakie.
    Keativiti kanak-kanak. Perlu dihargai untuk memotivasikannya.
    Tahniah.

    TQ

    ReplyDelete
  50. comelnya kerjatgn anak akak... Kalau sya yg dpt tu tentu gembira bukn kepalang... InsyaAllah bila anak dah besar nnt.. skrg ni kecil lg... tau nyanyi lagu ibu.. ibu.. engkaulah permata hatiku.. heeheh itu pun dah rasa terharu.. :)

    setiap org pasti akan berubah... dr x baik berubah jadi baik...

    ReplyDelete
  51. Wow! Saya nak cari buku tu!

    Dan penanda buku tu...itu petanda awal kreativiti menjelma dlm diri tu kak.

    Jgn terkejut andai suatu hari nanti, penanda buku itu akan improve hingga menjadi mahakarya hebat!

    =D

    ReplyDelete
  52. semua tu tanda keikhlasan ank kita bila memberi...
    buat kan satu boleh...

    ReplyDelete
  53. boleh pinjam tak??
    hehehe

    ReplyDelete
  54. Da bace sket bku ni.. Tak sgke ek die ni cucu cicit tok kenali.. Heheheh~

    ReplyDelete
  55. perenggan terakhir paling saya suker. perjalanan hidup kita kalu dirancang pun dtgnya dari kuasa Allah jua.. kannn

    ReplyDelete
  56. salam kakak syg,
    hu, teringin gak nak bace buku tu,,hu,jeles,,

    hm?mest anak akak bahagia sbb mak dia hargai sgt2 pemberian dia :)

    ReplyDelete
  57. salam kak....

    penanda buku tu terbesar sikit kan..hehe..tapi cantik...

    teringat dulu..masa sekolah buat dekat mama jugak...sampai sekarang masih tersimpan..hehe

    ReplyDelete
  58. aah lah kak .. anak2 kalau di puji memang suke .. x suke depan kita .. kita nampak dia senyum dlm hati kan .. cumei apa .. :))

    ermm lelaki nie artis kan .. syukur dia dah di beri petunjuk .. :)

    ReplyDelete
  59. Walaupun tak secantik yang ada dijual tapi kakzai rasa nilainya lebih berharga.Hasil kerja tangan anak dan dia memberikan dengan hati yang ikhlas.

    ReplyDelete
  60. betul tu, perancangan Allah lebih jitu..

    ReplyDelete
  61. saye kalo layan buku mula ngantuk, on9 tak ngantuk plak

    ReplyDelete
  62. suka baca kisah penghijrahan kawan kawan seagama ke arah kebaikan..moga moga kita akan mengikut jejak mereka :)

    satu lagi kisah wardina pun menarik juga kak..

    ReplyDelete
  63. salam kak

    saya sekarang tgk baca buku "akhirnya ke temui cinta-mu"

    berkaitan individu2 bukan islam yang akhirnya menerima taufik dan hidayah hingga memeluk islam

    ReplyDelete
  64. anak anak memang suka kalau kita hargai apa yg diorang bagi kan?
    anak dara sya pun macam tu kak.

    ReplyDelete
  65. tanda buku yang cukup bermakna.

    ReplyDelete
  66. Selamat menjalankan ibadah puasa yg ke 19 hari ini. Terima kasih kakak ucapkan atas segala komen teman-teman: -

    Leeya abdul, Eye_nne, sahromnasrudin, Wuming, manje, AdminP@P, Queen Teratai, Mommy Farra, Ucu Faridah, Lelaki ini (boleh kalau dekat apa salahnya), Lyana Zahim, NM02, Mutiara Bernilai, Ila HoneyBunny, gedek, ieda, Zaitun, Prince Halilintar, Orlando Ahmad, Pinky Momma, rezeki, sayang-sayangibu dan Cikli.

    Terima kasih sekali lagi dari kakak atas komen-komen yg diberikan....:)

    ReplyDelete
  67. salam kakzakie....

    best ya kak buku tu?

    Perjalanan orang yang menjadi cover muka buku tu ke jalan Allah ya kak..

    Saya pernah sekali saja terserempak dengan dia walau rumah ibu mertua dia berhadapan saja dengan rumah ibu mertua saya...:)

    Seronok anak akak mamanya guna hasil kerjatangannya. Tak kiralah walau besar, tak begitu cantik, dia rasa di hargai bila mamanya sudi guna, tak gitu kak...

    ReplyDelete
  68. best eh kak buku tu?

    akak guna hasil kerja anak satu cara meningkatkan self-esteem dia juga..:)

    ReplyDelete
  69. saya pun suka simpan hasil kreativiti anak2 samada kad hari ibu @ kad raya..walaupun hasilnya tak seberapa, tapi mereka gembira bila hasil tangan mereka dihargai oleh ibu sendiri.. :)

    ReplyDelete
  70. sy dulu masa skolah pun suka buat penanda buku...tp memang selalu terbuat besar sikit...hehe...

    ReplyDelete
  71. seriously true. dan kita akan gembira bila hasil kerjatangan kita or pembelian kita digunakan oleh insan tersayang tanda dihargai

    ReplyDelete
  72. "syukur alhamdulillah,sorang demi sorang insan seni mendapat hidayahNya...semoga kita semua pun tidak terkecuali,dan semoga hati ini tidak dibolak balik..Amin,Ya Allah.."

    ReplyDelete
  73. My dear do pop over to my blog coz I have a surprise for you

    Umi

    ReplyDelete
  74. MEMBACA JAMBATAN ILMU... SERONOK SEBENARNYA MEMBACA NI.. DARI TAK TAHU KITA AKAN TAHU, TAKLAH KITA BOLEH DITIPU...

    ReplyDelete
  75. byk artis dah menemui jalan yg dicari...x tau same ade ikhlas ke tak...:)
    budak2 punye hasil kerje memang kretip.....huhuhuuhuuuhu.........

    ReplyDelete
  76. ingat jugak dia kat mama dia kak.. tu yg dibuat satu walaupun besar...

    teringat kat anak saya.. tetiba malam tadi dia cakap.. "Mama.. nanti uzrei besar, uzrei masakkan untuk mama ye.."

    ReplyDelete
  77. Kak Zakie,
    Belum berkesempatan beli buku
    Tapi seperti berminat..
    Review seperti best

    ReplyDelete
  78. walaupun tak cantik mana pun tapi kita kena ler hargai apa yg anak2 kita berikan?

    ReplyDelete
  79. Walau N3 telah lama masih juga dibaca. Terima kakak ucapkan atas komen yg diberikan: -

    Yus, Rina AVAIL, aanie, mak su, piasara, umihoney (thaks a lot for the award given),Fairus, Hantu Kak Limah, Ratu Kebaya, missgee dan Be Simple Beb.

    Entah mengapa mood untk berblog kian merudum....

    ReplyDelete
  80. lebih baik lagu isabella dari lagu mas mona, yer..

    ReplyDelete
  81. wah...bangga laa kakzakie..yg pengomen betul.....ceria3 selalu..

    ReplyDelete
  82. Baca buku ilmiah, memang mudah iblis goda suruh tidor.

    ReplyDelete
  83. Assalamualaikum Kakzakie,

    Semoga hatinya tidak berubah. Semoga Allah kekalkan hatinya dijalan yang lurus.

    ReplyDelete
  84. salam k zakie ..

    kt ujung2 reply aby ni ..

    aku pun sukak nyimpen penanda buku ..
    angger konco2 mareng oversea aku njalok kukokne penanda buku ..

    quran seng aku mboco penanda ne seko turkey, kitab senga aku enggo belajar penandan seko jepun ..

    ono la jugak seng lain2 ...

    ReplyDelete
  85. Semoga kita sentiasa terpilih dalam senarai penerima hidayah Allah...

    ReplyDelete
  86. semoga kita semua beroleh hidayah dan hijrah yang berkekalan.
    masih belum berkesempatan mencari buku tersebut walaupun turut berminat.

    ada free penanda buku tu sekali kan? he3

    ReplyDelete
  87. Terima kasih buat teman-teman berikut atas komen yg diberikan:-

    insan_marhaen, idah, azieazah, Kunang-kunang, aby (kakak orak ono koleksi tapi seng iki pasal adik seng ngawe melas pulak angger orak di jikuk/simpen), ckLah dan aku HIC positif.

    Sekali lagi terima kasih. Kakak semakin kurang mood untuk ber blog. Tak tahulah mengapa...

    ReplyDelete