Tangga - Rumah lama yang masih ada tangga ini. Penghuninya bukan orang miskin. Tetapi kalangan orang professional semuanya. Tapi entah mengapa masih mengekalkan rumah nenek mereka ini hingga kini. Susah mahu mencari rumah sebegini lagi sekarang.
Tinggalan lama - Tulisan ini peninggalan arwah kiyai Hj. Abdul Jalil yang dulunya surau ini tempat belajar mengaji dan majlis keagamaan. Surau masih boleh digunakan untuk bersolat walau telah terlalu usang. Wujud sebelum aku lahir lagi. Bayangkanlah.....
Tinggalan lama - Tulisan ini peninggalan arwah kiyai Hj. Abdul Jalil yang dulunya surau ini tempat belajar mengaji dan majlis keagamaan. Surau masih boleh digunakan untuk bersolat walau telah terlalu usang. Wujud sebelum aku lahir lagi. Bayangkanlah.....
Nilai estetika - Anak aku mestilah terpegun bila papa katakan benda inilah dulu digunakan untuk menyeru penduduk kampung untuk berbuka puasa, bersahur atau jika ada kematian seseorang.
Beduk - Kalau orang jawa sebut "kentong". Bukan boleh sebarang palu. Jika paluan bertujuan memanggil untuk solat atau pemberitahuan kerana ada kematian nadanya berbeza. Aku pun sebenarnya tidak tahu membezakannya, tetapi kalau bapak aku pro.
Beduk - Kalau orang jawa sebut "kentong". Bukan boleh sebarang palu. Jika paluan bertujuan memanggil untuk solat atau pemberitahuan kerana ada kematian nadanya berbeza. Aku pun sebenarnya tidak tahu membezakannya, tetapi kalau bapak aku pro.
Parit - Kalau dulu aku berkubang di parit seperti ini. Waktu beraya hari itu di sebelah surau yang kami singgah ada parit. Anak-anak mestilah hairan kerana airnya sama warna macam air teh-o. Mencecahkah kaki terasa kedinginannya.
Adik - "Bestlah mama... kalau ada swimming suit boleh mandi kat sini"
Air parit - Jernih walau telah cetek kerana tanah dipersekitarannya adalah tanah gambut yang mudah jerlus. Kalau pakai hills memang jerluslah hills masuk tanah. Parit ini masih ada anak-anak ikan. Dulu aku panggil ianya ikan cupang.
Lopak - Anak aku kata tapak kaki jin sebab terlalu besar hingga boleh menakung air. Entah dari mana anak aku ambil gambar ini aku pun tidak pasti.Tapi apa yang nyata katanya sewaktu kami beraya di salah satu rumah di kampung itu.
~~ Banyak juga penemuan baru yang menjentik sedikit hati anak-anak ketika beraya di kampung ini kerana situasi ini dulu adalah perkara biasa buat aku anak kampung yang hidup serba kekurangan.~~
~~ Banyak juga penemuan baru yang menjentik sedikit hati anak-anak ketika beraya di kampung ini kerana situasi ini dulu adalah perkara biasa buat aku anak kampung yang hidup serba kekurangan.~~
kak, kalau di melaka memang selalunya rumah lama dikekalkan walaupun dah sambung rumah baru..rumah tangga batu..tp kampung memang penuh dgn nostalgia dan tenang kan kak?
ReplyDeleteKampung sy kat Batu Pahat mmg ade parit. ms sy kecik2 dulu, sy pnh tny mak dan ayah...
ReplyDelete"Mak, Ayah! Nape diorang tumpahkan air sarsi dalam longkang tu?"
Kelihatan air parit tu mcm air sarsi. Ishh!
zaman2 kita ni lah tempat permainan, tangkap ikan, main lari2, sekarang susah nak cari suasana macam tu lagi
ReplyDeleteMmg berbeza kan kak keadaan dulu dan sekarang, wlubgimanapun, kesan2 peninggalan inilah yg menjadi bukti utk generasi baru, tingat main parit smbil tgkap ikan laga hihi
ReplyDeleteberuntung sebab cheqna anak kampung..berpeluang kenal semua tu..=)
ReplyDeletecamni la suasana kg..best je.damai.x hiruk pikuk cam kat bandar ni..
ReplyDeleteparit tu kalau di empang boleh bela ikan tu kerana airnya masih jernih.
ReplyDeletesaya pandai pukul beduk tu .. tapi setakat pukul jer lah !
kak kiranya tulisan jawi tu tak pernah padam ke? Memang kenangan la kan..
ReplyDeletekat kampung mana ni kakzakie...?
ReplyDeletemacam pernah jumpa jer...
sukanya suasana kampung .... cantik tulisan arwah kiyai tu kak...
ReplyDeleteAssalamualaikum KZakie,
ReplyDeletegambar-gambar tu penuh nostalgia.... teringat masa kecil-kecil dulu, kalau bunyi ketuk kentung waktu bulan puasa, lain bunyinya...tapi sekarang dah takde lagi...
assalam kak..
ReplyDeletebudak2 kak...
smua nostalgia tu dah kita alami..mmg seronok diimbass semula..
klasik yer tumah tu...kalau dijaga elok..pasti boleh bertahan lagi lama... :)
ReplyDeleteteringt rumah nenek sy...belakang rumah ada parit mcm ni gak..tp...
hmm...hitam airnya...kotor dah...
- x pernah rase cam ni sbb membesar di kem polis...bile abah pencen, rumah2 dikampong semua dah moden...alahai...
ReplyDeletetulah keunikan kampung kan kak :)
ReplyDeleteamboiiii....
ReplyDeletecantiknya baju...kaler merah lagikkk...acik yan suka laaa...walupun tak sesuai dgn acik yg gelap nih...heheheh
kak,
kentong tu mana laa nak cari sekarang ni kan...mesti laa diorang tak kenal...tulisan kat blackboard tu sejarah betul yek...
@ amirah: Betul mira. Sebelah dapur sudah buat rumah batu seperti biasa. Tapi rumah depan dia macam inilah... Nak naik pun takut tangga runtuh
ReplyDelete@ Mommy Fara: MF macam anak kakak kiranya. Kakak sebab masa kecik dulu dah biasa guna air parit utk main-main...:)
@ ikatankasihku: Kalau kita cerita anak-anak tak percaya ikin. Baik kita ajak dia lihat sendiri...
@ ajumohit: Tapi kakak rasa masa kanak-kanak anak dulu lebih trill sebab main tak takut pun ada org kiddnap...
@ cheqna: Kelak anak-anak cheqna susah nak jumpa ini semua
@ Kunang-Kunang: Betul tu KK. Itu yg anak-anak suka
@ al-lavendari: Yang tinggal dah warga emas tuan. Anak-anak balik sebulan sekali itu pun kerana nak jenguk org tua.
Kalau ketuk kakak pun pandai hihi...
@ missbby: A'ah memang tak padam. Anak-anak pun alhamdulillah tak gatal tangan pulak. Lagi pula agaknya yg ada tinggal warga tua di kg ini...
@ Queenie: Di Pontian. Nama kampung Kg. Yakun. Boleh katakan semua penduduk kampung ini saudara sebelah arwah emak kakak
@ munna: Betul munna. Kakak pun tak ingat sangat sebab dia meninggal masa kakak masih kecik lagi
@ Amie: Wa'alaikumsalam. Kentung tu pun kakak rasa dah tak dipalu lagi. tapi masih cantik
@ Sharifah Nadzarah: Nostalgia kakak dulu sangat indah kalau dikenang. Cuba nak bagi tahu anak-anak...
@ nabila_2908: Rumah ini kakak rasa cucu dia tak bagi buka.... tentang parit itu sebab airnya masih diguna utk berwudhu' kalau air paip tak ada. Suraunya tak ada water tank...
ReplyDelete@ Al: Mesti Al hairankan sebab tak pernah jumpa. Kakak sengaja nak bagi anak kakak tahu.
@ Sara: Kalau org yg dibandar tak akan jumpa ini semua. Kalau dibandar rumah macam itu mesti rumah org susah. Tapi ini rumah org kaya tau. Semuanya berkelulusan dan paling rendah pun lecturer..
@ azian: Anak-anak memang suka baju merah Yan...
Kentung itu masih cantik tau Yan. Lagi pula tak ramai penduduk so tak adalah yg panjang tangan walau surau tak berkunci...
Kat kampung kakcik, beduk disebut 'kerantung'. Bila ada orang meninggal, ianya tidak di ketuk bertalu2, tapi satu - satu, hingga tujuh kali.
ReplyDeleteBetul ke ejaan kentung tu... tak jadik bunyik nya tuu... hi hi cabaran bagi sesapa yang mengeja perkataan Jawa.
ReplyDeletesaye, dulu mase kecik2 mmg berkubang jer kat dlm parit mcm tu.mase tu airnye banyak dan bersih..
ReplyDeletesekarang ni tak ade lagi dah...airnye pun dah warna lain..nak terjun pun ngeri...
rumah dulu2 gak yg best.. lapang dan luas.. ada halaman.. rumah2 sekarang, susah dah la nak merasa bermain2 kat halaman...
ReplyDeletezaman sudah berubah..
tolong jual tanah pun leh jadi kaya sekarang ni (kerana tanah itu hakikatnya milik Allah dan diberi percuma...) (",)
assalamualaikum kak.
ReplyDeletehm, kentong tu memang ada lagi sampai sekarang kat surau tempat saya ni. tapi sekarang dah jarang guna even if ada orang meninggal ke. sekarang dorang just pasang surah yassin if ada orang meninggal.
besarnya tapak kaki jin tue...
ReplyDeletessh dah nk jumpe bende2 macam tu klu tiada inisiatif utk menjaga brg tu dgn baik kan..
assalamualaikum
ReplyDeletepapan hitam tu ditulis dengan kapur ke? dah brapa lama tak dipadam tulisan tu, tu kena framekan supaya tak hilang tanpa disedari
bunyi kentong kecemasan bule tengok kat crita lama cam bukit kepong atau orang minyak (p.ramlee) kalo yang azan slalunya slow-slow dan kendian makin kuat bunyinya sampai le bila nak last tu dia akan ketuk sekali, skali sampai mungkin dalam kiraan ganjil then stop terus... ish memang nostalgia
jernih nyer air die kak...
ReplyDeletekalau kat kampung saya susah dah nak jumpa rumah lama macam ni..
ReplyDeletekampung saya juga dah digantikan dengan rumah moden
ReplyDeleterindu sungguh dengan suasana kampung :(
ReplyDeleteassalamualaikum kak..salam kenal..seronok dan indahnya beraya di kampung..pastinya menggamit nostalgia.. :)
ReplyDeletedulu kat kampung saya tukang ketuk kentong~keh keh~~
ReplyDeletesetahu n seingat uculah..kalau utk memanggil org sembahyang@nak masuk waktu solat paluan tidak banyak, tetapi kalau nak bagi tahu ada org meninggal paluan agak panjang @banyak@lama..
ReplyDeletesekadar info kalau salah..tolong betulkan..
kak zakie.. kita pun suka menda menda yang ada nilai estetika nya yang tersendiri.. chewah! bukan.. kita ni jenis yang memang sangat menghargai benda lama.. benda dulu dulu orang pakai..
ReplyDeletekita faham perasaan anak anak akak tu.. heheh.. =)
zaman dulu terpahat kenangan dan nostalgia yg memang indah untuk diingati..
ReplyDeletejadi modal untuk bercerita kekadang tu..^^,
susah nak kekalkan tinggalan lama nie kan kak ..
ReplyDeletebeduk tuu masih digunakan di surau rumah mak saya di kg .. alhamdulillah mereka guna bila ada kematian sahaja ..
As salam K.Zakie...
ReplyDeleteSlmt Hari Raya...
maaf lama x menjengah..
Rindu nak baca coretan akak..
Syioknyee raya kat kg kan..
assalamualaikum kak...
ReplyDeleteboleh buat homestay tau....
mmg parit kite makin lama makin keruh warna nye kan, tpi sejuk tu tetap maintain...
ReplyDeleterasa kelako lak bile anak akak pelik tgok beduk tu...hehehe
iyelah org muda kan... mana jumpa benda tu kat bndar..
bagus akak kasi mreka explore semua tu...
kakak.. tengok tangga tu teringat tangga kat umah mak Hanna.. dulu tangga tu letakkan kat pintu dapur untuk turun ke tanah.. tapi skrg walupun dapur dah di besarkan, tangga tu masih kekal hingga kini...
ReplyDeletewuwuw ika xpnh tengok rupe beduk,ni kali pertama tengok kt blog kakak hehe..terima kasih kakak :)
ReplyDeleterumah buruk x bermakna tuannya miskin kan kak...
ReplyDeleteCantik tulisan jawi tu..teringat saya tulisan jawi ustaz saya, pun cantik..tulis kat papan hitam pun cantik..
ReplyDeletesemua tu menarik (:
ReplyDeletex aneh ;p
rindu dengan suasana kampung macam tu tapi sekarang dah susah nak jumpa sebab dah banyak rumah atas tanah, means.. takde tangga bagai.. kesian kat orang tua..
ReplyDeletebergaya sakan anak2 kak zaki :)
ReplyDeletekakzakie..tanah gambut airnya memang macam tu kan..warna teh o..masak acik mula2 kerja diselangor dulu..pelik jugak tengoknya..
ReplyDeletekat mana ni kak??
ReplyDeleteyus dulu kecik2 suka sangat mandi kat parit yang warna teh-o tu kak..
meamng jernih je airnya dan dalam airnya, sekarang ni keruh dan cetek je..huhu
Assalamualaikum kak zakie..
ReplyDeleteJIka di tempat saya beduknya dibuat dari kulit lembu
mmg susah nak cari rumah camni sekarang ni
ReplyDeleterumah tradisional tewww.. ehehe
ReplyDeleteModel2 semua cun2 belaka tu;)
ReplyDeletedengar dengar itu... beduk telah berbunyi...
ReplyDeleteGambar yang di tangga tue akak dengan adik ke, nampak macam kakak dengan adik pula..
ReplyDeletekat kampung tok saya pun ada parit macam tu kak. tapi kalernya, adui, memang langsung tak see tru.
ReplyDeletetertarik dgn parit tu kak.airnya jernih walau bertanah gambut?lum pernah lg saya gi kawasan bertanah gambut.
ReplyDeletekampung saya dah berubah jadi taman.. tapi pengalaman jadi orang kampung tak boleh dibeli kak..
ReplyDeletekak zakie, beduk tuh masih berfungsi ker. masih digunakan org kpg ?
ReplyDeletekak zakie,
ReplyDeletetertarik dengan tulisan jawi tu..memang patut kena frame..
"yg pasti kat kg saya byk rumah2 lama dah di buat baru(guna batu bata)...termasuk rumah pusaka mak ayah saya..setiap rumah lama tu mesti sama jer bentuk,ada beranda..part lain2 tu biasalah...sedih..dah takde kenangan lagi..."
ReplyDeletePenuh dengan nostalgia...teringin nak pergi jugak...
ReplyDeletekenangan...kt kg suri masih pukul beduk lagi kalau ada kematian..tp kalau masuk waktu dah tak pukul dah,..biasanya terus azan
ReplyDelete@ kakcik: Oh.. ye ke kakcik. Kakak tak tahu bab cara paluan itu
ReplyDelete@ che mid: Hahaha.... the only javanese know how to pronounce it che mid..:)
@ ainnoraini: Parit yg kami jumpa nie airnya masih jernih cuma dah cetek ain...
@ fuad ansari: Betul tu. Kalau nak ada halaman kena cari rumah kampung
@ sar: Kakak pun lama tak dengar paluan kentung itu sar...
@ Prince Halilintar: Entah tapak apa mereka kata tapak jin. Hehe...
@ cemomoi: Wa'alaikumsalam. Kakak rasa dah terlalu lama. Dia meninggal kakak masih terlalu kecik tapi dah ingat... Oh... paluan tu cemomoi pun boleh tahan juga tahu ye....:)
@ Orlando Ahmad: A'ah jernih tapi dah cetek. Ikan pun kita boleh nampak tau...
@ ratu kebaya: Kakak rasa tempat kakak pun dah tak ada. Tapi rumah ini kakak rasa sengaja anak-cucu mereka tak nak ubah rumah depannya...
@ Imahshah: Sekarang susah nak jumpa rumah macam ini kan...
ReplyDelete@ Aku Ibu Muda: Wani tak ada kg ke?...
@ Rabiatun Adawyah: Seronok sambil nak kenalkan anak-anak susahnya org dulu. Terima kasih sudi bertandang...:)
@ Bujal x: Beranganlah bujal. Kakak rasa sentuh kentung belum tentu pernah entah tak...:)
@ Ucu Faridah: Kakak tak tahulah Ucu. lama dah tak dengar juga
@ kella: Saja nak bagi anak-anak tahu apa benda tu.
@ cik pulau: Betul CP. Masa itulah akan terimbau kenangan lama
@ ieda: Oh.. ye ke? Yg kakak pergi ni tak tahulah masih guna atau tak...
@ Cik Shinju: Wa'alaikumsalam. Lama bercuti Yun... Semalam baru kakak nampak N3 Yun.. Selamt Hari Raya juga...
@ sahromnasrudin: Anak-cucu dah tak tinggal rumah itu. Mereka balik sesekali saja. Kebanyakan tinggal di JB dan KL...
@ mamaNoriz: Manalah mereka pernah jumpa bendalah ini semua Noriz. Sedangakan kakak pun lama benar tak dengar bunyinya...
ReplyDelete@ SuriHanna: Jangan buang Hanna. Kakak bila jumpa tangga ini pun macam jakun juga tau. Bayangkan apa lagi anak-anak kakak...:)
@ Afikah Aziz: Itulah Ika... kakak rasa kalau macam usia Ika nie susah nak kenal benda-benada lama nie...
@ aanie: A'ah aanie. Anak-cucu rumah ini semuanya ada bidang professional masing-masing..
@ Daddy Ziyyad: Kalau doc nak tahu dulu ramai mufti-mufti negeri Johor berkampung di surau ini. Kiyai ini ada buku yg dibuat dgn tulisan dia tak pakai printer...
@ Cik Ecah: Menarik pada yg suka CE
@ aizamia3: Mana ada lagi dah sekarang
@ makdara TERdiva: Beraya katakan...:)
@ Acik Erna: Sebab tanah gambut so itulah airnya jadi warna teh-o hihi...
@ yus: Kampung kakak dulu pun ada parit juga. Kakak pun main-mandi diparit macam ini tapi dulu airnya tak cetek dan tak bahaya pun sebab kaki kita boleh jejak bawah...
@ Abd Razak: Wa'alaikumsalam ustaz. Oh ye ke? Kalau dari kulit lembu tu kakak tak pernah nampak...
ReplyDelete@ Hamizah: Kalau sekarang rumah macam ini mesti org susah dan bahagian belakang tak ada sambung dgn rumah batu...
@ en_me: A'ah tradisi dari zaman kakak belum lahir tau kakak rasa....
@ Afida Anuar: Hmm... model jakun jumpa benda baru Fida...:)
@ eelobor: Masa nak raya kena palu juga ke? Eh... entahlah dik...
@ Amy Ayaquena: Itu model sambilan Amy...Hahaha.....
@ Cik Jatt: Yg ini boleh see thru keran jernih sangat walau warnanya kuning macam air teh...
@ Lydia Miza: Kalau tak ada saudara yg tinggal di kawasan tanah gambut memang tak pernah jumpa LM...
@ norh: Lumrah kehidupan norh. Bila dah kena developed kampung hilang berganti taman..
@ Fatin Mraz: Kakak tak tahulah Fatin sebab ini bukan kg kakak tapi kakak ziarah sepupu kakak
@ anitaare: Kakak pun hairan dah lama benar tulisan ini disimpan tapi masih jelas boleh dibaca...
@ Pia: Biasalah pia dimana-mana pun sama. Kakak rasa cousin kakak ni sengaja tak nak buang rumah lama walau bghn belakang dah bersambung rumah batu biasa...
@ Hanis MY: Sesekali menikmati suasana begini Hanis...
@ suri solehah: Kalau kg kakak pun kakak tak pasti sebab memang lama sungguh kakak tak dengar paluan kentung suri...
kampung kat mana ni kak?
ReplyDeleteBarang lama ada nilainya tersendiri...
ReplyDeleteteringat rumah arwah nyai/mbah di kampung yg kian dimamah anai-anai... Sayu jek
ReplyDeletesya masih merasai sesuatu yg aneh bg anak sekarang... yg lama masih ada nilai yg begitu tinggi...
ReplyDeletedulu yana selalu mandi parit kat rumah nenek di prt Selangor tu..kentong tu nostalgia la...dh lama tk dengar bunyi kentong...kalau laju2 biasanya kematian...kdg2 berdegup jantung dgr bunyi kentong yg ini...berbagai perasaan
ReplyDelete@ Rina Avail: Kg ini kat Pontian Rina
ReplyDelete@ WuMing: Betul tu tapi kalau tak jelaskan anak-anak tak tahu fungsinya
@ Diana bilakukatacinta: Mesti terkenang nostalgia itu kan D
@ Queen Teratai: Hari itu anak kakak dah nak palu tapi hubby kakak tak bagi bimbang org kg salah sangka kan...
@ Maya Mayana: Kakak rasa yana mesti senyum bila ingat masa main parit kan. Sekarang banyak parit dah cetek tak macam dulu best...:)
Saya masih sygkan suasana Kg kakzakie..sbb itu saya memilih tuk tinggal bersama2 mak biarpun saya memiliki sebuah rumah teres dikawasan taman...20 thn duk bersama mak..hasil sewa umah teres selama 20 thn berkahwin itu saya dirkan sebuah rumah disebelah umah mak..yessss...dikawasan Kg.....
ReplyDeletebagus kak tunjuk semua benda2 mcm ni..dah kenal nanti senang kalau anak2 diorang plak tanya hehe...
ReplyDeleteanak izan,selipar jepun pun pelik hehe
bestnyer main parit hehe
keistimewaan yg ada kat kampung...best.....!!!..;d
ReplyDeleteakak saya pun hidup suasana kampung dok umah yang tanahnya gambut... air dia pun hitam macam air kopi.... eeemmm mmg menggamit kenangan... bila ketok kentung tu.... saja main-main sekali orang kampung datang pasal ingatkan ada kematian...
ReplyDeleteeeemmm mmg teringat masa kecil kecil...
buat pembaca blog kami
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
Jom Terjah entry terbaru ??
kesan embun pagi pada kereta