Thursday, September 8, 2011

Hari Raya 1432H di Batu Pahat

Dendangan lagu Hari Raya yang berkumandang di radio kereta memberi semangat anak-anak untuk balik kampung di Batu Pahat pada hari itu. Seperti biasa destinasi yang menjadi perhentian seketika sebelum tiba di rumah kampung ialah tempat membeli kuih-muih-kerepak-asam dan berbagai lagi. Sasaran bukan saja untuk diberikan pada keluarga di kampung tetapi untuk di bawa balik ke Johor Bahru juga.

Persinggahan - Lihatlah kasut-selipar-capal di pintu utama Azhar Food Supplies. Hendak ambil gambar bahagian dalam terlalu ramai umat manusia - aku malu.
Air minuman - Bermacam jenis air minuman pun di jual selain kuih-kerepek-asam-kek dan sebagainya. Yasmien meninjau air untuk dibeli.







Azhar Food Supplies - Mendapatkan parking di bahagian dalam nyata amat terhad. Banyak kenderaan yang parkir di tepi jalan.


Siap - Tiga bungkus plastik ini hasil dari berhimpit-himpit dengan umat manusia di dalam tadi

Daging baru - Hubby singgah di sini membeli daging, tulang dan gear-box.


Ketupat - Tiba di kampung kakak ipar aku sedang menganyam ketupat. Aku pun kenalah singsing lengan untuk ke dapur terus sebab masa itu masih berpuasa lagi. Hidangan berbuka kena sediakan lagi. Gear box yang hubby beli aku buat sup.

Pagi Raya - Setelah usai tahlil sekeluarga, kami bersalam-salaman. Selalu bersalam tiada rasa syahdu. Adik semakin besar sudah ada rasa sayu ketika hendak bersalam dengan papa.
Luruh airmata - Jumpa mama adik sudah tidak tahan lagi. Dia mengongoi hingga mengundang airmata aku sama. Habis cair make-up aku kena airmata......
Isi balang kuih - Ini tugasan setiap pagi selepas bersalam-salaman.

Warna-warni - Semua balang kuih kena isi sebab rumah mertua aku sering menjadi tumpuan ramai sanak saudara yang datang berkunjung walau orang tua telah tiada lagi.

Berhari Haya - Selepas solat zuhor menginjak dekat maghrib baru kami balik semula. Lihatlah waktu sudah hampir maghrib dan muka masing-masing sudah letih.
Esoknya - Kereta pertama berlepas meninggalkan kampung. Kakak ipar aku hendak beraya di Terengganu rumah mertuanya pula.

.............................


~~ Memandangkan keluarga hubby tidak ramai anak-anak rumah besar itu tidaklah semeriah rumah kampung aku di Pontian yang sesak hingga semua bilik air tidak pernah kosong~~


62 comments:

  1. Di rumah kakcik yang tetamunya hanya adik2 dan keluarga mereka pun, ruang dapur jadi tak kering dengan pinggan mangkuk dan mesin basuh sentiasa ada isinya!

    ReplyDelete
  2. azhar food supplies ni memang jual mende2 cenggini ek? product die sendiri ke?

    ReplyDelete
  3. sama la kak,raya pertama tu pulun raya dekat 20 buah rumah...raya yg seterusnya pn beraya gak cuma beberapa buah rumah je..cuma thun ni je yana krg meriah sikit, sempat beraya masa raya pertama je...bilik air tk pernah kosong...huish sama la :)

    ReplyDelete
  4. kak, rumah keluarga hubby kat ner? senggarang ke rengit ke? kampung mak saya di rengit...

    ReplyDelete
  5. kat mana azfar food tu kaka? tgk cam menarik jer...murah sgt erkh..

    ReplyDelete
  6. kpah belum sempat nak beraya di kampung. insyaallah hujung minggu ni. selamat hari raya..

    ReplyDelete
  7. kak zakie.. batu pahat kat mana? Saya raya ke2 balik ke batu pahat gak.. di parit sulong & tongkang pecah

    ReplyDelete
  8. kak zakie pun singgah kat azhar food..sama lah kita kak,tiap tahun mmg ke situ lah utk m'borong segala mcm biskut raya,kerepek,kacang2 n asam yg bakal di agih2kan utk nenek lia kat kg...kampung nenek lia x jauh dr situ..dalam 1km jer...

    senario berebit bilik air ni mmg selalu terjadi setiap kali balik kg n kumpul ramai2...pastu air paip pulak kecit je kuarnya..aduh lah...sbr2...tp kenangan berebut bilik air ni lah yg akan buat kita rindu akan suasana spt itu...

    ReplyDelete
  9. Salam

    Seronokkan sekali2 jumpa.
    Kak juga ke Azhar' Klu dr johor mesti lalu Tampok..nak ke Azhar food.Dr Tampok tu, kira2 1/4 km pandsng ke kiri nampak kedai makan gear bos klasik , ha kat belakang u je rumah mak. kaka samapi raya ke 4 ada kat situ,

    ReplyDelete
  10. raya pertama aritu lalu azhar food jugak..tapi tahun ni sy tak beli la kak..malas nak berhimpit kat dlm..

    ReplyDelete
  11. - nak masuk azhar food kene bukak kasut?

    ReplyDelete
  12. x penah lak dgr azhar food suppliers ni?? area mana kak?? selalu sy beli kt banting jeekkk

    ReplyDelete
  13. macam menarik je shopping kat kedai tuu....ala, muka akak x clear la...nak kenal jugak tuan punya blog ni....

    ReplyDelete
  14. Borong sakan kak, msti kualiti bagus ni sbb ramai berkunjung, lg satu produk diorg sendiri tu yg bleh jual murah kan kak?

    ReplyDelete
  15. setiap kali raya, mesti terpahat kenangan yang tersendiri kan? walaupun semakin dewasa, kemeriahan beraya tetap terasa. bukan hanya sekadar di zaman kanak2 sahaja. pengertian raya yang tersendiri

    ReplyDelete
  16. Salam Kak Zakie..
    Seronok tengok suasana raya kat rumah keluarga akak...kalau dekat teringin nak beraya kat rumah akak...:)

    ReplyDelete
  17. Kak...

    Sy ade suh mak belikan dulu kepek-kepek kat Parit Sulong tp malangnya, stok abis. Ada satu tmpt berdepan dgn Balai Polis Parit Sulong sebelah kedai Green Point tu...

    =(

    Seronok raya kat BP. Walau sy smpt beraya ms ry ke-3 tp puas tttp puas bile dpt ry dgn org tua.

    =)

    ReplyDelete
  18. teringat kisah pagi raya.. mesti tunggu turn utk masuk bilik air.. sekali bagi arahan.. mana yang anak dara mandi sekali.. begitu juga bujang.. yang suami isteri terpulang.. hehehe..

    ReplyDelete
  19. assalam kakzakie..saat yang paling seronok diwaktu hari raya..dapat balik kekampung..terasa kemeriahannya..

    ReplyDelete
  20. saya luper nak amek gambar kete yg beduyun serbu kg masa raya ari tu

    ReplyDelete
  21. @ kakcik: Betullah kakcik. Rumah kakak ampai kena guna hanger kalau tak tak muat


    @ Orlando Ahmad: Kakak rasa dia ada sykt yg buat utk dipasarkan sendiri olehnya


    @ Maya Mayana: Kalau dah nama raya gitulah Yana.


    @ Ila: Yg tak sama kampung dgn bandar Ila...


    @ missbby: Kampung hubby kakak di Peserai. Tak jauh dari Southern Hospital.


    @ MamaEma: Ini di Rengit, Johor mamaema....


    @ ibundo: Kakak sebab masih ada org tua di kampung nak dijenguk kakpah.


    @ Queen Teratai: Kakak balik ke Peserai. Dekat aje dgn bandar Batu Pahat


    @ Mamamya: Itulah Lia ramai sangat kan umat manusia. Kakak nak snap gambar pun malu...


    @ Mama ju: Kalau kakak tahu kakak singgah rumah mak Kak ju. sebab raya ke 3 kakak balik pontian lalu lagi jalan ini...


    @ Sharifah Nadzarah: Kakak pergi last day puasa sebab itu padat. Hari raya dia dah tutup. Masa kakak balik Pontian pun masih tutup lagi


    @ Al: A'ah... buka kasut sebab makanan berlambak banyak sungguh. Kek, aiskrim, asam pun ada tau Al...


    @ Sarah Syazwani: Ini di Johorlah sayang. Selangor memang tak adalah..:)


    @ aanie: Memang seronok membeli aanie. Hihi... kakak sengaja pilih gambar yg gelap sebab takut aanie terperanjat lihat wajah kakak hihi..:)


    @ kucingorengemok: Selamt Hari Raya juga KOG


    @ ajumohit: Kakak selalu beli kerepek dan asam-asam di sini. Sayangnya tahun ini tak ada kerepek pisang tanduk yg kakak suka


    @ eelobor: Saban tahun raya yg dilalui pasti ada keistimewaan tersendiri ee


    @ azi: Rumah kg azi... kalau malam macam ada aircond tapi masa siang kipas angin pun rasa bahang angin yg panas....


    @ Mommy Fara: Kakak rasa tahun ini kerepek pisang tanduk especially tak ada. Adik kakak yg di Selayang kirim pun last kakak beli di bandar Batu Pahat. Itu pun RM18/- Kalau Azhar Food biasanya RM8/- aje...


    @ Ratu kebaya: Kalau RK nak tahu sampai ada yg bawa sabun mandi masuk dlm toilet utk mandi sebab nak cepat....


    @ Acik Erna: Insya-Allah selagi boleh kakak memang beraya balik kg


    @ NM02: Kalau kepala dah membayang kg semua lupalah niez. Kakak lagi gambar makan-makan semua lupa...

    ReplyDelete
  22. SALAM SYAWAL,
    SERONOKNYA BILA DAPAT BERKUMPUL ! HUJUNG MINGGU INI, APA RANCANGAN?

    ReplyDelete
  23. amboi sampai bilik air pun xpernah kosong..klu time malam ade yg kene tido dlm bilik air jugak ke???hehe

    ReplyDelete
  24. Kak u know what im so happy , bila setelah sekian lame teringin sangat nak lihat wajah akak , semalam godek2 fb dapat la cari page akak dan akhirnya tercapai juga hajat nak melihat akak..hari ni akak paparkan pula gambar akan seisi keluarga yang dah lame amy tunggu..thanks sis...

    ReplyDelete
  25. Masa hari rayalah kita dapat jumpa beramai2, berkumpul yang jauh dan yang dekat.Meriah dan seronok sangat kan.

    Keluarga kak Zai tidur pun macam mangsa banjir sebab semua bilik dikhaskan untuk anak2 dara dan pasangan yang baru kahwin.

    ReplyDelete
  26. kalau ramai adik beradik x perlah kan kak .. bila org nie balik kg sana .. adik nie pula balik kg kita .. idoklah sunyi bila time2 nak balik tuu ..

    tapi adik beradik saya x ramai bila x balik sorang tahun nie .. saya dan mak je yg ada .. sib baik ada anak2 saya .. memang peneman mak saya sebenarnya :)

    ReplyDelete
  27. gambar pertama tu, kedai jual kasut ke kedai jual kuih.. (gurau2 je.. ) (",)

    ari tu beraya kat batu pahat gak.. kat sri medan.. (",)

    ReplyDelete
  28. seminggu cuti raya kat rumah, jenuh bertempik dengan anak2 buah.. last day ahad, sunyi ja rumah mak..

    ReplyDelete
  29. wah... meriahnya raya keluarga kak zakie...

    ada sedikit hadiah untuk yg rajin jenguk ke blog saya :

    http://www.4shared.com/file/08_I9FA1/T_LAHIR.html

    ReplyDelete
  30. seronok.. bila dapat bersama kaum keluarga.. jauh dari hiruk pikuk kota.. yang ada kemeriahan raya.. ;)

    ReplyDelete
  31. sya pun nak singgah azhar food tu gak tapi ramai beno, pastu dah byk sold-out...huhuhu


    yg akak ckp kedai roti canai kat taman teratai tu, Anjung Warisan ke?

    ReplyDelete
  32. teringin nak gie Batu Pahat

    tempat lahir pB tu

    ReplyDelete
  33. nak masuk kena tanggal slepar,dasat!!!

    dah lama tak ke johor

    ReplyDelete
  34. cheqna tak pernah buat ketupat tu..hehehehe

    ReplyDelete
  35. wah...meriah tul Azhar Food Suppliers tu yer.. :)

    ramai juga raya ni balik Johor..huhu... sy pun balik Johor...tp area JB..tk rasa sngt suasana kampung...

    part yg best konvoi ramai2 jalan raya...ziarah sedara mara... :)

    ReplyDelete
  36. Meriahnya Raya..
    Penat tapi tetap gembira..
    Time tue arr dapat kumpul
    ramai2 ngan ahli keluarga :)

    ReplyDelete
  37. Meriahnya Raya..
    Penat tapi tetap gembira..
    Time tue arr dapat kumpul
    ramai2 ngan ahli keluarga :)

    ReplyDelete
  38. Assalamualaikum...

    Masa raya jer dapat berkumpul adik beradik ya kak!

    Meriah..:)

    ReplyDelete
  39. Azhar Food Supplies tu kat Air Hitam ke kak?

    ReplyDelete
  40. memori raya, semua berkumpul, macam2 makanan terhidang, berjenis2 kueh tersedia...

    bilik air kena ikut turn...hihi...

    Selamat Hari Raya kak...^_^"

    ReplyDelete
  41. masa raya ni, paling gembira selalunya budak-budak kan?

    sampai ada yg overeksaited tak terkawal pulak. huhuhu~

    ReplyDelete
  42. wahh meriah nye soping kak ..

    zr x penah pi batu pahat , kalau pi johor smp segamat je ler

    nnt jemput dtg ke k.tganu kak ..

    ReplyDelete
  43. saya pun kalau balik umah nenek, berebut bilik air kak...bilik air tak putus ada org berkunjung...hehe...

    siap amek turn lagi....

    ReplyDelete
  44. Memang seronok sangat bila semua dapat berkumpul di pagi raya kak yer!

    ReplyDelete
  45. MEriah memang meriah dapat kumpul ramai2.. tapi time berpisah tu yang tak tahan...

    kak, tahun ni at least dapat berkata2 time salam ngn ayah bonda walau mata dah bergenang dengan air. Tahun lepas tak keluar kata langsung, mak ayah pun sama, hanya angguk2 je..faham apa yang puterinya nak cakap..huhu..

    pagi2 raya dah sebak, sedih..huhu

    ReplyDelete
  46. bilik air x pernah kosong yer kak...mmg ramai tuh...

    ReplyDelete
  47. seronok kan kak kalau dapat berkumpul dan berjumpa..macm suri pun sama..belah suami tak ramai sangat..tapi belah suri terpaksa masak nasi dalam periuk besar guna gas tu huhu,,tapi seronok...selamat hari raya kak

    ReplyDelete
  48. seronok kan kak kalau dapat berkumpul dan berjumpa..macm suri pun sama..belah suami tak ramai sangat..tapi belah suri terpaksa masak nasi dalam periuk besar guna gas tu huhu,,tapi seronok...selamat hari raya kak

    ReplyDelete
  49. di rumah keluarga mertua atau di rumah keluarga kita sendiri kedua2nya tetap meriah kan kak walaupun suasanannya berbeza.. klu saya rmh tok saya atau rumah mbah en.asben, nak masuk bilik air mmg kena queue kak.. he..he..

    ReplyDelete
  50. sakan raya akak...mesti meriah kan...hehe...

    teringin la nak anyam ketupat...kena blaja dengan akak la..hehe

    ReplyDelete
  51. Assalamualaikum Kakzakie.
    Masih lagi dalam suasana raya.

    Rasanya dari setahun ke setahun, raya semakin kurang meriahnya. Tak ramai yang suka berkunjung kerana terperap depan TV dengan pelbagai rancangan yang lebih kuat tarikannya. Tapi bagi anak-anak kecil (sekolah rendah) masih terasa meriahnya apabila berkumpul bersama saudara mara dengan pelbagai aktiviti, perkongsian cerita dan bunga api selain duit raya.

    Anak bongsu saya sentiasa bertanyakan nak ke mana lagi kita, kerana suka terima 'angpau'.

    TQ

    ReplyDelete
  52. seronoknya berkumpul ngan family macam ni kan akak. rindu pulak suasana tu
    selamat hari raya akak:)

    ReplyDelete
  53. @ Luahfikiran: Salam syawal juga. Hujung minggu ini ada majlis pernikahan dan menghadirkan diri di rumah kawan hubby


    @ Prince Halilintar: Itulah bila dah ramai ahli keluarga prince...:)


    @ Amy Syaquena: Kakak dah accept your request. Hm.. nothing special dear...


    @ diana: Ketupat habis ke? hihi...


    @ Zaitun: Samalah kak zai mana-mana pun macam itu juga


    @ ieda: Itulah kalau adik-beradik tak ramai ieda..


    @ fuad ansari: Oh.. Seri Medan ye. Kakak tak pernah sampai sana


    @ norh: Bila ramai bingit tapi bila bersurai dah sunyi kan norh


    @ Santri TPNI: Masa raya beginilah santri


    @ aizamia3: Menikmati suasana kg dgn keluarga yg selalu berhubung dgn telefon kini sama-sama jumpa depan mata


    @ MamaNoriz: Kakak kena beli juga Noriz kalau sebab nak jadikan ole-ole balik kg.... Lupalah kakak pulak nama restorannya...


    @ pB: Oh lahir di Batu Pahat ye


    @ cemomoi: Kalau pakai kasut bimbang terpijak kaki agaknya. Sebab ramai sangat umat manusia..:)


    @ cheqna: Kalau di Johor dah biasalah cheqna...


    @ nabila_2908: Sebab itulah kakak yg duduk di JB balik ke Batu Pahat dan Pontian. Tapi sekarang di JB dah meriah sebab semua dah balik dari kg..


    @ missgee: nak-anak yg paling suka dapat kumpul duit raya banyak...:)


    @ Abd Razak: Betul ustaz. Selalu berhubung melalu telefon dan susah nak kumpul serentak


    @ Daddy Ziyyad: Eh.. tak. Dekat Rengitlah doc.


    @ Cik Ecah: Sekejap je meriahnya CE...

    @ Aein: Itulah penangan raya ANA


    @ gadisBunga: Bteul gB. Sampai ada yg deman-batuk dsb


    @ fazilzura: Kakak pun sebab itu kg hubby zura. 23-Nov ini mungkin kakak ke Terengganu


    @ wahida: Begitulah bila bilik air cuma tiga yg nak guna berpuluh org...


    @ Cikgu Tie: ialah cikgu. Sudah nak kumpul semua kalau tak raya


    @ Afida Anuar: Huhu... Fida dah macam anak kakaklah ye... Kakak pun sama tak tahan bila anak menangis kakak rasa sebak sama


    @ Papa Mifz: Makan-minum tak berhenti bilik air terhad itulah jadinya...:)


    @ suri solehah: Nak masak ulang-ulang malas baik masak periuk besar ye suri...


    @ Hanis Azla: Itulah Hanis belum masa makan lagi kena buat tempat hidangan 3-4 tempat. Samapi makan di hall pun ada..


    @ Ila honeybunny: He... tak pandai anyam ketupat ye. Kakak sebab org kampung mesti tahulah anyam....


    @ Wanita@U: Terima kasih sudi singgah. Nanti kakak lihat ye...:)

    ReplyDelete
  54. Assalamulaikum kak zakie


    Tak merasalah cik ina nak beraya kat kampung cam ni lagi. Dulu masa ada arwah mak ngan ayah seronok.

    ReplyDelete
  55. http://macamkukata.blogspot.com/2011/09/hati-tersentuh-hiba-bila-baca-entry.html

    ReplyDelete
  56. suke tgk gambar raya kawan2...meriahh je... :)

    ReplyDelete
  57. terkenan pulak dgn kereta putih tu.

    ReplyDelete
  58. azhar food mmg sgt glemer ye kak zakie?sbb abg ipar pun pi beli kat sana gak....addehhhh....yan???percaya tak, tak beli kuih raya pun sbb mamat bising2 kuih raya selalu tak abis....dia suh yan masak je kl ade org dtg...

    ReplyDelete
  59. best ni...beraya sambil suping.....hik...;d

    ReplyDelete