Friday, September 30, 2011

Hujan pagi Jumaat

Payung sudah sedia dibuka untuk mengelak dari simbahan air hujan yang bagai limpahan air terjun. Adik sudah berbungkus dengan jacket dari kepala hingga paras lutut. Dalam kereta tuala pun dibawa sebagai persediaan untuk mengelap mana yang patut. Lebat sungguh!! Kakak Yasmien masih terkedek-kedek menyarung setoking. Aku suruh dia naik kereta papa. Panahan sinar lampu kereta masih tidak cukup terang dek air hujan yang mencurah. Sebaik adik masuk aku pun reverse... bang!! belakang kereta aku melanggar kereta hubby dibelakang. Sungguh aku tidak nampak. Masa bila pula hubby parking JEU 892 di belakang kereta aku.


Hubby geleng kepala. Aku tidak keluar kerete, tetapi hubby bagi isyarat jalan, aku pun bergerak. Mungkin tidak kemek sebab aku reverse pun perlahan. Teman pejabat aku kata kalau 'kancong-kancong' itulah jadinya. Tahu apa itu 'kancong' macam tergesa-gesalah maksudnya.

Hari ini juga sepanjang perjalanan aku ke pejabat ditemani curahan hujan lebat. Banyak jalan hanya boleh digunakan separuh lane saja. Lebih teruk di Taman Mount Austin, simpang menuju ke Taman Daya dan simpang ke Bengkel MBJB dipenuhi air. JMY982 aku terus meredah juga. Apa yang membuat aku sedikit jengkel teksi depan yang bagai tidak tahu trick kalau meredah air, mana boleh tukar gear sebaliknya dia boleh bermain dengan break. Tidak takut air masuk dalam ekzoz. Mujur ada wagon tinggi memotongnya dan air terkuak lalu aku mengekor di belakang wagon tersebut. Selamat.



~~ Setiap kali hujan lebat apa yang merisaukan aku banyak laluan dari rumah ke pejabat sering dinaiki air yang boleh membuat kereta sedikit berendam dalam banjir kilat. ~~



49 comments:

  1. assalamualaikum akak.

    alhamdulillah. takda apa2 yang serius.

    kak, memang hari jumaat saya rasa hari nak cepat2 kot. hee. family saya pun selalu je macam tu tiap hari jumaat. gelabah semuanya bila tiba hari jumaat. :)

    ReplyDelete
  2. assalam kakzakie..alhamdulillah tak de yang serius..
    ditempat acik..masa nak pergi kerja dan nak hantar anak sekolah..hujan dah pun berhenti..

    ReplyDelete
  3. Saya pun tak berani drive time hujan sedang menggila. Plg takut ekzos masuk air..sudahlah kete kecik dan rendah. Mmg perlu extra skill

    ReplyDelete
  4. bila bawa kereta dekat jalan yg dah dinaiki air, jangan perlahankan kenderaan...nanti takut mati terus :)

    ReplyDelete
  5. syoknya kalo dapat cuti darurat disebabkan banjir....

    ReplyDelete
  6. kena sentiasa hati2 kalau hujan lebat..

    ReplyDelete
  7. Baru-baru ni WuMing juga terkena... calar sikit bumper belakang...

    ReplyDelete
  8. kalau terpaksa redah air, saya kasi laju je!

    ReplyDelete
  9. mencabar jugek perjalanan kak zakie ke opis yer time ujan lebat...hati2 ye kak...alhmdulillah reverse slow jer...hehehe...x kena bebel ke ngan en somi?

    ReplyDelete
  10. hujan lebat ye kak,sini pun dah gelap ni..langit dah berbunyi tu.

    mujur kena kereta kak,bkn saper2 di belakang.dan mujur slow2. Alhamdulillah takde apa2 yer kak.

    bab banjir kilat tu sgt la menakotkan..huhu

    ReplyDelete
  11. Selalunya begitu lah kakzakie..waktu "Kancong2" itulah memacam benda yg terjadi..Syukur tiada apa2 damage yg teruk kan....

    ReplyDelete
  12. kancong2 ye.. [org jawa ke..]

    sini pun hujan gak td.. jem je kalu dah hujan.. penat tekan brek..:(

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum...

    Moga kakak sihat hendaknya..

    Dalam keadaan begitu tentukan injin kereta tidak 'mati'

    ReplyDelete
  14. banjir kilat???
    uihh.....mesti banyak kilat yang diredah?????hehe

    ReplyDelete
  15. nasib baik tak teruk kak zakie... munna klu hujan lebat mmg takut nak bawa kereta ... fobia....sanggup berhenti tepi jln dulu

    ReplyDelete
  16. pagi tadi kat tempat saya pun hujan lebat... mencurah2


    saya kalau hujan lebat komfom tak berani drive, tak nampak jalan

    ReplyDelete
  17. aah kak, pagi tadi hujan, sama jugak kat parit raja..Siap berpayung bagai saya pagi tadi. Akak kerja kat ner eh? Saya tau Taman Daya semua tu..Dulu duduk kat Taman Desa Cemerlang..

    ReplyDelete
  18. hari ni blajar perkataan baru..kancong-kancong...
    series mmng tak penah dgr...
    keh..keh..keh...

    ReplyDelete
  19. waktu hujan mmg permandangan kita tak berapa clear.. Hati hati yer kak.. sib baik 'kancong' sikit jer.. hehhe

    ReplyDelete
  20. Assalamulaikum kak zakie,


    cik ina pun sama ngan kak limah belajar perkataan baru.dekat nak raya india ni orang kata air pasang keling. kat kawasan tempat keja penuh ngan air laut.

    ReplyDelete
  21. sy x pandai tukar gear manual...nasib baik kete ada kete auto..

    ReplyDelete
  22. Kak, kat sini tengahari baru ujan agak banyak (tapi belum smpi tahap lebat)

    ReplyDelete
  23. nasib baik kete ok..kalau tidak, tak pasal2 kena keluar duit lagi,

    hati2 bila memandu dalam hujan ni..

    ReplyDelete
  24. Sekarang ni dah dekat musim tengkujuh dah hujung tahun nanti lagilah teruk dgn kes banjir pulak.

    p/s: kak sy dah update entry tadi tapi gambar sy abk dr gugelllah pasal gmbar ikan keli/sembilang tak de dlm simpanan sy skrg ni.

    ReplyDelete
  25. Ni baru kejap tadi guruh grang grung sana sini macam hujan nak turun lebat sangat. Rupanya turun sikit je dan guruh pun dah berhenti berbunyi.Mungkin dah berpindah tempat lain.

    ReplyDelete
  26. Syukurla tak kemek teruk ye kak, hujan2 mmg kurang kurang jarak penglihatan kita, Kat sini pon hujan td tp renyai2 je

    ReplyDelete
  27. tadi (4.00ptg) kt luar office hujan lebat bersama petir..tp tak lama dan dah teduh pun...

    ReplyDelete
  28. nasib baik tak teruk kak.. biasalah dugaan tu..

    ReplyDelete
  29. mujur takde apa2 yg serius...

    kt Melaka ni hujan juga..tp dalam pukul 7 dah berhenti...

    ReplyDelete
  30. "nasib baik akk terlanggar keta hubby sendiri kalau keta org lain,dah tentu lama dok kena meeting nak settle w/pun takde benda pun..hujung2 thn ni dah nak dtg musim tengkujuh kot kak..asyik hujan jer..."

    ReplyDelete
  31. saya kursus di a.star pun hujan juga

    ReplyDelete
  32. lepas ni kena hati2 reverse kak... jangan kalut2!

    ReplyDelete
  33. hati-hati memandu. apalagi dalam hujan. apalagi di bandaraya jb.

    ReplyDelete
  34. Alhamdulillah kak, takde apa2. kat tempat saya pun hujan pagi tadi.
    time2 hujan ni, kesian jer tengok orang yang naik moto. teringat zaman2 g keja naik moto dulu. redah jer

    by the way, kos pos RM6. if akak nak let me know k:)

    ReplyDelete
  35. assalammualaikum kak zakie,

    syukur akak tak ape2..hati2 kak

    ReplyDelete
  36. Indahnya hujan pagi Jumaat. Hujan itu jugalah yang mebuatkan jalan jem di sepanjang jambatan Pulau Pinang!

    ReplyDelete
  37. perkataan baru dkna belajar hari nie... 'kancong-kancong'...

    ReplyDelete
  38. kancong nih bahaso cino kan kak..?

    ReplyDelete
  39. Sekarang ni, angin pun sering bertiup kencang kalau hujan...

    ReplyDelete
  40. Kata orang hujan kalau hari jumaat seminggu lahh membawaknya.... tapi kan hujan kan rahmat..... ni dah mula rasa bahang panas tapi petang pulak hujan.....

    yang herannya kat kulai lebat kat area senai kering....

    Maaf lama tak ziarah kamu semua….
    Jom Terjah entry terbaru ??
    stesen minyak dan petrol pilihan anda

    ReplyDelete
  41. Tempoh hari hujan lebat area kelapa sawit dan gunung pulai terputus hubungan jalan raya melimpah air kenderaan tak leh lalu.... mungkin banjit kilat kot... tapi ada kereta dengan sebiji motor terus merempuh air tu terusss hanyut dibawa air deras... mujur orangnya selamat... jalan tu tutup sekejap hingga air surut...

    ReplyDelete
  42. Kancong @ Kanchong Darat ..
    kampung Keluarga Sidek yg main badminton tu ...
    kampong ku juga ...

    ReplyDelete
  43. salam kakzakie..musim hujan ye skarang?adik msh panas kat sini..pagi2 je dah mula sejuk.tak apa2 ke kereta?huhu

    akak..masa adik kerja dulu pki satria.bila meredah banjir kat satu tempat tu selamber jek walau ekzos rendah..hubby pun geleng kepala..hahaha

    ReplyDelete
  44. Terima kasih buat teman-teman yg sudi memberikan komen di atas N3 ini: -

    sar, ikatankasihku, Acik Erna, Sufia mahzan, aku ibu muda, cemomoi, amirah, wuming, gadisBunga, inan morsalin, izan, eye_nee, mama maman (bukan bahasa jawalah sayang heihi...), abd razak, ahmad humairi, munna, ibuintan, missbby,hantu kaka limah (bahasa staff pejabat kakak hihi...), surihanna (faham ye kancong tu apa:)), cik ina DDC (pasang keling? hihi..), aanie, Fara, Qhaifa Nur, CT norarizah aris, ibundo, zue, ajumohit, ucu faridah, ratu kebaya, nabila_2908, Pia, Imanshah, Afida Anuar, cikli, Cik Jatt, Dhiera, anitare, Adinda Amy Sensei, insan marhaen, Adylia Qarissa (terima kasih sudi berkunjung sini), papap mifz, ckLah, Afzainizam (kakak dapat tahu juga pada petang balik kerja ada satu wanita rentung kereta terbakar di Kulai pada hari yg sama), aby (itu kampung - in perkataan tersendiri hihi), Lydia Miza (kereta kakak cat terkopek dan calar sikit, abang punya lampu signal tepi pecah - belum buat lagi)...

    Sekali lagi terima kasih buat semua.

    ReplyDelete
  45. Jumaat.. saya MC..
    kat rumah tak hujan tapi petang tetiba hujan sekejap sampai tak sempat nak angkat baju dijemuran.. nasib baik ada car porch jadi senang sikit tarik ampaian ke ruangan yang ada kemudian sambung tidur balik.. memang memenatkan sebab terlebih rehat..

    ReplyDelete