Sedikit ulasan yang dapat aku timba dari apa yang diceritakan oleh motivator yang aku hadiri malam Sabtu lepas. Ada seorang hamba Allah sering berdoa agar dapat menikmati keindahan bunga dan rama-rama di halaman rumahnya. Namun doanya sekian lama tidak terkabul bila ia hanya mampu menikmati pokok kaktus yang berduri disamping ulat yang sering ada di pokok tersebut. Setelah agak lama dia melupakan hajat tersebut suatu pagi pohon kaktus yang dikatakan tidak cantik itu telah menghasilkan bunga-bunga yang berwarna-warni. Bahkan ulat-ulat yang selalu merayap di pokok kaktus itu telah berubah menjadi rama-rama yang amat cantik memenuhi ruang halamannya.
Mengambil iktibar dari cerita itu kotak minda aku pantas teringat ketika aku anak-anak yang dilahirkan dalam suasana keluarga miskin. Untuk mendapatkan buku rujukan sendiri jauh sekali. Lantaran itu rujukan 100% bergantung pada buku teks dan buku di perpustakaan. Kelas tambahan tidak pernah ada dalam kotak fikiran keluarga kami - nyata diluar kemampuan keluarga. Duit yang ada hanya digunakan sepenuhnya untuk makan, minum dan belajar kami adik-beradik. Aku teringat dulu bapak usai solat doanya terlalu panjang agaknya mohon diberi sedikit nafas dalam membesarkan anak-anak. Doa bapak hanya terkabul agaknya bila kami semua habis belajar. Bayangkan betapa lamanya keluarga kami mahu keluar dari kepompong kemiskinan.
Ironinya:-
Pagi tadi jam 10:40 berakhir sudah anak sulung aku menduduki peperiksaan PMR. Matapelajaran yang terakhir iaitu Bahasa Arab. Tinggal tawakkal dan redha apa sahaja keputusannya. Oleh kerana anak aku belajar aliran Agama maka banyaklah jumlah matapelajaran yang kena dia hadapi. Kalau sekolah aliran SBP (Sekolah berasrama penuh biasa) semalam adalah hari terakhir tapi tidak bagi anak aku ini. November ini dia akan menduduki sekali lagi peperiksaan. Matapelajaran terlibat termasuklah Balaghoh, Sarof, Nahu, Sirah, Tahfiz, Tauhid, Mantiq, Tafsir dan Hadith. Hati aku masih tidak tenang selagi semuanya belum berakhir. Sebagai ibu-bapa apa kemampuan kita selain berdoa dan memberi apa yang termampu. Namun kejap dalam kotak minda aku juga andai ianya tidak kecapaian, mungkin juga Allah mahu aku menjadi seperti insan yang dikiaskan oleh motivator dalam cerita malam Sabtu lepas.
Mengambil iktibar dari cerita itu kotak minda aku pantas teringat ketika aku anak-anak yang dilahirkan dalam suasana keluarga miskin. Untuk mendapatkan buku rujukan sendiri jauh sekali. Lantaran itu rujukan 100% bergantung pada buku teks dan buku di perpustakaan. Kelas tambahan tidak pernah ada dalam kotak fikiran keluarga kami - nyata diluar kemampuan keluarga. Duit yang ada hanya digunakan sepenuhnya untuk makan, minum dan belajar kami adik-beradik. Aku teringat dulu bapak usai solat doanya terlalu panjang agaknya mohon diberi sedikit nafas dalam membesarkan anak-anak. Doa bapak hanya terkabul agaknya bila kami semua habis belajar. Bayangkan betapa lamanya keluarga kami mahu keluar dari kepompong kemiskinan.
Ironinya:-
Pagi tadi jam 10:40 berakhir sudah anak sulung aku menduduki peperiksaan PMR. Matapelajaran yang terakhir iaitu Bahasa Arab. Tinggal tawakkal dan redha apa sahaja keputusannya. Oleh kerana anak aku belajar aliran Agama maka banyaklah jumlah matapelajaran yang kena dia hadapi. Kalau sekolah aliran SBP (Sekolah berasrama penuh biasa) semalam adalah hari terakhir tapi tidak bagi anak aku ini. November ini dia akan menduduki sekali lagi peperiksaan. Matapelajaran terlibat termasuklah Balaghoh, Sarof, Nahu, Sirah, Tahfiz, Tauhid, Mantiq, Tafsir dan Hadith. Hati aku masih tidak tenang selagi semuanya belum berakhir. Sebagai ibu-bapa apa kemampuan kita selain berdoa dan memberi apa yang termampu. Namun kejap dalam kotak minda aku juga andai ianya tidak kecapaian, mungkin juga Allah mahu aku menjadi seperti insan yang dikiaskan oleh motivator dalam cerita malam Sabtu lepas.
~~ Sekiranya anak kita tidak cemerlang, namun kita masih boleh tersenyum andai kelak detik kita tiada lagi di dunia ini masih ada insan yang sudi membasahkan anggota dengan wudhu' demi mendoakan ketenangan kita di sana. Alangkah sedih dan ruginya andai kecemerlangan anak tidak dapat membahagiakan ibu-bapanya.~~
insyaAllah...
ReplyDeletesalam kak
ReplyDeletealhamdulillah
anak bongsu saya tadi pun baru habis last paper bahasa arab tadi
doakan je yang terbaik buat anak2 kita dan paling penting jadi anak2 yang soleh membahagiakan kita esok2 dan insan yang berguna pada agama , bangsa dan negara
insyallah
suka dgn entry2 akak ni...yelah kan...jgn marah anak2 kalau krg cemerlang yg lebih penting dia mampu membahagiakan kita diakhirat kelak...:)
ReplyDeleteanak2 ini lah anugerah utk kita kan kak....harta kekal dunia n akhirat....
ReplyDeleteSalam KZ,
ReplyDeleteSudah dijaga dgn baik anak2 dan anak2 juga sudah beriktiar belajar pagi dan malam tapi kalau tak cemerlang..bukan hak kita menentukan segala..
Berdoa agar jadi anak yg soleh dan solehah..
semoga kakak berjaya dlm exam ye kak
ReplyDeletesekolah agama eh? bukan dulu2 subjek tersebut masa exam SMU pada tingkatan 4 ?
ReplyDeletesetiap anak ade kepandaian dan kebolehan masing2..tak boleh paksa2 kalau setakat itu yg dia mampu..
ReplyDeleteape yg penting jadikan anak tu soleh dan solehah..taat kepada perintah allah dan menjaga kebajikan ibubapa...
insyaallah kak..semoga ank2 menjadi insan yg berguna nnt..taat padaNYA dan x lp jg pada kita yg mendidiknyer..semoga ank success dlm exam dia..
ReplyDelete@tune: Mudah-mudahan. Terima kasih singgah sini
ReplyDelete@ rezeki: Wa'alaikumsalam Pak Itam. Kita mohon padaNya moga terbaik pada anak-anak kita
@ Maya Mayana: Cemerlang kalau ditinjau banyak cabangnya kan Yana
@ Mamamya: Besar tanggung-jawab yg Allah berikan pada kita.
@ Marina Monroe: Betul kakak setuju. Setelah berusaha kini kita hanya serah dan berdoa yg terbaik
@ amirah: Begitulah hendaknya Mira
@ eelobor: Sekolah aliran agama nie ee kalau dari Form 1 hingga form 6 tiap tahun ada periksa besarnya yg tersendiri. ada SIB (Sijil Intensive Bahasa), SMRA (Sijil Menengah Rendah Agama), PMR, SMA (Sijil Menengah Agama), SPM, MUET dan STAM. Tapi ada yg lepas MUET terus masuk kolej atau ke Mesir/Jordan/Madinah dan ada juga ke Acheh. Aha...panjang kalau nak huraikan ee.
@ ainnoraini: Itulah yg terbaik Ain. Kalau boleh mahu cemerlang keduanya sekali
ReplyDelete@ ieja amieja: Kakak harap begitulah hendaknya. Semua ibu-bapa sama mahu yg terbaik buat anak mereka
Assalamualaikum...
ReplyDeleteJangan risau kak, semuanya dalam ketetapan Allah SWT, yang penting kita usaha bersungguh-sungguh...
Semoga Anak kak zakie berjaya mperoleh kptsn cemerlang, bagusnya ambil aliran sma...Suami saya pon bniat nk anta najwa je skola agama insya allah
ReplyDeleteInsya Allah kak..setelah dia berusaha dan berdoa pasti kejayaan itu ada buatnya.
ReplyDeletekak..masa skrg ni jika kita mampu sediakan buku tambahan buat rujukan mereka kita kena gak beli kan?takut nnt bila mereka gagal kita dituduh tak memenuhi keperluan.tu bg yg mampu lah..sbgi ibubapa bkn mudah nak ada anak kan kak..perit juga dlm mendidik anak jd anak soleh ni.byk dugaan.sbb itulah saya rasa ilmu akhirat tu perlu dikuasai supaya anak kita akan berjaya ilmu dunia bila mereka fhm ilmu akhirat.wallahua'lam
segunung harapan buat anak2...segala usaha dah di buat, hanya bertawakal..moga cemerlang keputusannya..amin
ReplyDeleteAda ramai lagi ibu bapa diluar sana yang bersedih kerana tak dapat memberi pelajaran kpd anak2 disebabkan kemiskinan dsb, walaupun pada Che Mid hal ini patut dah tak berlaku lagi di Malaysia hari ni..
ReplyDeleteakak...
ReplyDeleteutk pengetahuan akak....yan pun selalu bg ceramah dan jadi fasilitator...dan yan pun selalu cakap pasal kaktus dan ulat bulu ni...dlm kelas pun bg jugak tazkirah biar budak2 ni celik sikit hati....tapi....kita ni duk laa menasihatkan mereka.....ade tu yg buat derk jek....huhuhu
amik bahase arab jgk eh...insyaallah boleh berjaya dgn cemerlang dunia dan akhirat sekali tu..
ReplyDelete@ Abd Razak: Wa'alaikumsalam ustaz. Kami memang bertawakkal kini setelah usaha dibuat
ReplyDelete@ ajumohit: Keluarga kakak ramai yg masuk sek aliran agama sebab dpt serampang dua mata aju
@ Lydia Miza: Sebab itulah kakak pilih aliran agama agar dunia dan akhirat dapat seiring LM
@ ikatankasihku: Terima kasih. Mudah-mudahan begitulah hendaknya
@ che Mid: Betul CM Sebab kalau dulu mak-bapak kita yg susah pun tungkus-lumus bagi kita pelajaran. Sekarang kalau susah sangat, kilang, kedai, petrol kiosk banyak nak tak nak kerja je utk cari duit bagi sekolahkan anak-anak.
semoga anak akak berjaya dan dapat menjawab exam dgn baik dan cemerlang.
ReplyDeleteizan suka cerita psl kaktus dan ulat2 tu. byk pengajaran.
anak2 yg cemerlang lg cemerlang kalau dpt membahagiakan ibu bapanya..
@ azian: Sedikit sebanyak ada juga yg masuk Yan. Kalau 50 yg dengar tak kan 50 semuanya buat dek kan...
ReplyDelete@ Prince halilintar: A'ah Prince. Terima kasih doakan.
@ izan: Terima kasih izan. Betul kalau cemerlang anak itu dapat membahagiakan pasti dia bahagia di akhirat juga
ReplyDeletekjayaan bukn stakat d ukur pd kcemerlangan akademik sj, kan kak!
ReplyDeletekjayaan hakiki - bjaya jd ank soleh
best cite kaktus tu - ssuatu yg kt nmpak kurang bharga sbnarnya ada suatu hikmah tsmbunyi d sbliknya
insyaallah kak ..
ReplyDeletekita ibu bapa nie selalu buat yg terbaik buat anak2 ..
cuma skrg banyak anak2 yg ingatkan ibu bapa mereka huhuh
InsyaALLAH kak ...anak akak pasti menggembirakan akak nanti.... anak2 skrg lebih banyak kemudahan berbanding kita dulu...
ReplyDeletebetul,kak zakie..
ReplyDeletesy pon sek agama dl..
mula2 ngaja kat sek men biasa rasa terkejut dgn bdk2nya
Assalamulaikum kak zakie,
ReplyDeletesamalah ngan cik ina belajar sekolah aliran agama , banyak subjek kena hapal setiap malam, cik ina pun tak dapat gi kelas tambahan sebab tak mampu.
anak kak zakie dah dapat kasih sayang dan segala serba serbi lengkap, Insyaallah di akan bagi yang terbaek tu kak zakie,
Salam perkenalan...
ReplyDeleteNice Tazkirah..
salam kenal dr blog qteratal..insyaAllah..99 usaha n doa..
ReplyDeletepernah juga dengar orang kata jika kita ibunya sendiri yang ajar mungkin lebih berkat..
ReplyDeletesemoga nawaitu kita semua didengari olehNYA..smoga anak2 kita akan jadi org yg berguna..
mendalam ayat last tu....
ReplyDeleteinsYAllah anak akak score sbb parents nye yg cemerlang dan pandai mendidik..
@ So Shy Lady: Kalau boleh nak cemerlang keduanya SSL
ReplyDelete@ ieda: Semua ada tanggungjawab yg kena lunaskan
@ munna: Dulu kakak belajar dlm serba-serbi kurang tapi anak sekarang nak apa semua dapat
@ Hamizah: Cara pendidikan berbeza Miza
@ Cik Ina DDC: Wa'alaikumsalam Cik Ina. Hm... baguslah Cik ina mesti pandai cakap Arab.... Kakak sekarang tinggal berdoa ajelah
@ bidadaririndu: Perkenalan kakak sambut dgn penuh kegembiraan. Terima kasih
@ Qhaifa Nur: Mohon doa diterima hendaknya. Insya-Allah...
@ mamaNoriz: Huh... tak terpikul kakak dgn pujian terlalu tinggi Noriz. Doakan saja yg terbaik ye.
insyaAllah,harapnye cemerlang dunia akhirat
ReplyDeletesemoga kita sama2 dapat anak yg cemerlang n membahagiakan kita dunia n akhirat..amin..
ReplyDeleteKak,
ReplyDeleteSy nangis baca ayat yg last sekali tu. Suka sgt dgn entri akak nie. Org tak pandang ulat dgn kaktus sbb rupa. Tapi org tatau, yg buruk tulah bakal mengindah suasana.
Semoga anak akak mendapat keputusan yg cemerlang!
@ Afikah Azia: Mudah-mudahan Ika. Amin...
ReplyDelete@ Ucu Faridah: Itulah doa yg dititip selalu kan Ucu...
@ Fara: Bila dah jadi ibu kita tahulah betapa ibu-bapa kita siang-malam berdoa utk kebahagiaan kita. So... mengapa tidak kita doakan mereka juga kan Fara.
akak terkesima jap nor baca...ibu bapa sentiasa mendoakn yg tbaik
ReplyDeletesemoga anak akak mampu menjawab dengan sebaiknya.. insya-Allah :)
ReplyDeleteAllah dah tentukan apa yg t'baik utk hambanya :)
ReplyDeleteDua rangkap pertama saya baca...Sangat menginsafkan.. pengorbanab seorang bapak dan seorang ibu...
ReplyDeletealhamdulillah =]
ReplyDeletesukenye analogi cerita tu kak
emmm3..
maceh akak!
semoga anak akak berjaya semuanye
dan dipermudahkan urusan ye kak!
semoga berjaya hendaknya nanti
ReplyDeleteEntry kak zakie ni buat fida teringat satu cerita ni....
ReplyDeleteSeorang lelaki mempunyai anak seramai 5 orang. Anak beliau semua kerja hebat2. Ada jadi doktor, ada jadi jurutera. Pendek kata semuanya berjaya lah. Satu hari beliau di tanya oleh seorang ilmuan. Agak2 bila beliau mati nanti, anak yang mana satu yang beliau rasa akan mendoakan kesejahteraan beliau di akhirat?. Beliau tunduk, menangis... rupanya anak-anak beliau yang kerja hebat2 tu, langsung beliau tak harap dapat mendoakan beliau kelak apabila mati. pasai beliau tak kasi didikan agama yang sempurna kepada anak2 beliau. Allahualam...
PS: InsyaAllah, smoga anak2 kak zakie berjaya dunia akhirat,
Insyaallah kak moga cemerlang dunia dan akhirat...
ReplyDeleteAssallam kakzakie..anak acik dah habis PMR..seba sekolah biasa.
ReplyDeletekalau dia teruskan sekolah ugama dulu..memang belum habis lagi tu..tapi nak buat macam mana..sebulan je dia tahan dok asrama lepas tu menangis2 nak balik..
kena redho dengn apa saja keputusannya dan itulah tahap kemampuannya, ingatan untuk saya juga
ReplyDeleteKak Zakie,
ReplyDeleteAyat2 terakhir itu sangatlah
benarnya...
~~ Sekiranya anak kita tidak cemerlang, namun kita masih boleh tersenyum andai kelak detik kita tiada lagi di dunia ini masih ada insan yang sudi membasahkan anggota dengan wudhu' demi mendoakan ketenangan kita di sana. Alangkah sedih dan ruginya andai kecemerlangan anak tidak dapat membahagiakan ibu-bapanya.~~
insyaAllah doa dan tawakal saja kak..mudah-mudahan berjaya nanti...amin.
ReplyDeletesemoga anak kak zakie berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.
ReplyDeleteberdebar2 pulak saya menghitung hari anak2 yang bakal bersekolah nanti
@ noor: Setiap ibu-bapa ada tanggungjawabnya
ReplyDelete@ Ladybird: Dah berlalu periksanya LB. Tunggu keputusan
@ Atiqah Wadiah: Benar sekali
@ WuMing: Pengorbanan yg tidak dapat diungkap dengan kata-kata
@ aimie amalina: Insya-Allah terima kasih mimi
@ Imahshah: Mudah-mudahan cikgu
@ Afida Anuar: Salah siapa kalau begitu kan Fida. Sebab itu dlm mendidik kena seimbangkan dunia & akhirat. Kalau tak sendiri rugi
@ Amy Syaquena: Mudah-mudahan begitualh Amy
@ Acik erna: Tak kisah sekolah mana pun Acik janji mereka jadi anak yg baik dan berjaya
@ SUD@IS: Benar redho dan pasrah setelah berusaha
@ missgee: Sebagai ingatan buat kakak sebenarnya
@ Nieza: Itulah yg sebaik-baiknya Nieza
@ Cik Jatt: Kakak pun berdebar apa lagi tuan punya badan.
Alhamdulillah PMR telah berlalu,InsyaAlllah semuanya beroleh kejayaan.
ReplyDelete@ Zaitun: Moga begitulah hendaknya Kak Zai
ReplyDeletekami doakan kejayaan anak2 teman blogger :)
ReplyDeleteINSYAALLAH kak
ReplyDeleteanak akak pasti berjaya
Dalam setandan kelapa tak semua buahnya elok ada juga yg kurang baik begitu juga dgn ank2 kita....tak semua akan pandai tapi kebanyakkannya yg kurang pandai itulah yg lebih byk masa menjaga org tuanya waktu sakit atau sihat dan yg kerap manadah doa utk org tuanya.
ReplyDeleteYg paling penting layanan kita kena sama rata dan adil jgn di beza2kan anak yg pandai atau yg tidak.