Monday, October 31, 2011

Menjawab soalan

Hari ini adik menduduki peperiksaan akhir tahun. Mama harap adik dapat menjawab semua soalan dengan tenang dan moga jawapan yang adik berikan adalah jawapan yang dikehendaki. Mama pun ada beberapa soalan yang perlu dijawab walaupun bukan di dalam kelas macam adik. Soalan mama pun bukan dari Kementerian Pendidikan tapi dari teman blogger mama yang selalu mama panggil adik juga sebab dia masih solo lagi. Adik tahu apa makna solo yang mama gunakan di sini? Kak Sar ini masih belum ada pasangan macam mama dengan papa. Dia masih dalam pelayarannya mencari seorang insan sejenis dengan papa untuk dijadikan imam/guru dalam hidup dia.

Sekarang mama mahu menjawab soalan darinya:-

1. kenapa kamu berbloging?
Sebenarnya punca berblog kerana suka membaca entry dan mahu memberi komen. Akhirnya terjebak sama membuat N3. Sebab itulah entry di blog aku sekejap timbul, sekejap tenggelam. Tapi kalau berjalan membaca entry blogger memang suka. Tambah menarik jika dalam entry ada wajah/keletah anak-anak yang comel.

2. kenapa ada diskriminasi dalam semua hal?
Bila manusia punya otak sahaja tetapi lupa menggunakan sebaik-baiknya sehinggalah nafsu menguasai akal, satu darinya jadilah diskriminasi

3. cara terbaik nak cari jodoh selain solat istikharah? ~ahah
Minta bantuan saudara-mara atau melalui mereka yang dipercayai. Kalau berani cari ruangan mencari jodoh, tapi kena pastikan dulu sebelum membuat keputusan.

4. nama kamu paling suweet nak panggil :)
Kebanyakan memanggil Kak Zakie. Tidak kira yang sudah berusia mahupun yang muda. Dalam keluarga pun membahasakan diri "kakak" tidak tahu mengapa. Hingga ada kala kena ingatkan pada yang seusia anak-anak mohon dipanggil dengan panggilan auntie Zakie atau makcik Zakie.

5. selain saya, Allah, parent, jiran, saudara sepupu sepapat, siapakah yang kamu sayang :P
Selain yang di atas rasulullah juga dan tidak lupa mestilah hubby dan anak-anak

6. pendapat cik/encik/puan mengenai blog saya dan saya :D
Satu daripada blog yang rajin juga aku telusuri. Santai dan indah untuk dikongsi bersama. Tuan punya blog pula seorang gadis yang sedang mencari arah untuk menempuh kehidupan yang lebih sempurna sebagai wanita Muslimah. Punya integriti tinggi dan semangat kental.

Soalan dan tag kepada seseorang itu yang susah untuk dilakukan. Tapi kakak ada soalan teka-teki yang kakak dapat dari radio IKIM. Setiap pagi radio IKIM mesti ada teka-teki mahu dijawab. Kepada yang mahu menjawab cukuplah sekadar di ruangan komen saja. Soalannya:-

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

1. Dalam satu dunia hanya seorang saja yang dapat melakukan ibadah sunat ini dalam satu masa. Sebutkan apakah ibadah itu.
2. Siapakah satu-satunya sahabat Rasulullah yang ada disebut di dalam Al-Quran.
(Siapa yang mengikuti siaran radio IKIM saban pagi pasti dapat menjawab soalan ini)


~~ Peperiksaan di dunia kadang-kala membuat manusia bercelaru otak, tapi aku selalu lupa peperiksaan akhirat yang hampir seluruh soalannya telah diketahui tetapi masih tidak mampu untuk aku menjawabnya. ~~



57 comments:

  1. betul tu kak... leka nak setel hal dunia, soal akhirat kita amek mudah walaupun keseleruhannya kita tahu tetapi utk melakukan yang terbaik amatlah susah.

    ReplyDelete
  2. kalau kak zakie bukak ruangan 'Bersama Kak Zakie', mesti berebut orang nak bertanya. hehehe~

    ReplyDelete
  3. soalan nombor 3, sudah tidak relevand dengan saya.

    tak dapat nak jawab teka teki tu ..

    ReplyDelete
  4. Kita leka dengan dunia sampaikan kadangkala terlupa bahawa kita akan balik ke sana...

    ReplyDelete
  5. Kadang-kadang termiss juga teka teki ni.
    Bila orang menyoal dan tak dapat menjawab menandakan ilmu di dada masih banyak yang lompong.

    ReplyDelete
  6. alahai..mcm segan pulak sbb x dpt jaab teka-teki kakak bagi

    ReplyDelete
  7. salam
    kita kena bijak seimbangkan hal duniawi dan juga hal akhirat...
    insyaallah pasti kita akan diberkati =)

    ReplyDelete
  8. alamak cuba nak jawab teka teki tu tapi malu kalau salah..huhu

    ReplyDelete
  9. as'salammualaikum kak ,

    rasa malu pula saya bila saya tidak dapat memberi jawapan di atas teka teki akak nie.itu tandanya ilmu saya masih kurang lagi huhu..pape pun seperti ceqna katakan kena seimbangkan hal duniawi dan akhirat...

    ReplyDelete
  10. selamat berjaya utk adik yg tgh peksa tu ek...

    dlm dunia nih kak mmg banyak soalan yg kite pyh nk jwb heheheh... tp soalan akak tu... apa ek jwapan nyer... huhuhu

    ReplyDelete
  11. soalan yang masih tiada jwpnnya, nk mencuba tapi masih tiada jwpn yg benar2 meyakinkan

    ReplyDelete
  12. saya memang minat radio ikim tapi dah lama tak dengar. saya hanya boleh cuba jawab soalan dua. saya pernah blejar dulu. adakah namanya zaid? dan saya namakan anak sulong saya dengan nama itu.
    menantikan jawapan pada soalan pertama.

    ReplyDelete
  13. hurmmm...masih menanti jawapannya kak hehe..

    >>alangkah kerdilnya rasa diri ini..<<

    ReplyDelete
  14. alamak..kuiz yg buat berpeluh2 nak menjawabnye..

    ReplyDelete
  15. terasa Jahil sgt diri ini kakzakie...kurangnya dan ceteknya ilmu akhirat....

    ReplyDelete
  16. Saya baru perasan kena jawab .. saya baca terus sekali jawapan .. hehe .. tapi suka lah jawapan saya .. rasa rendah diri pulak ...

    ReplyDelete
  17. untuk menjadi sempurna bukan mudah kan kak .. tapi kita harus berusaha paling tidak jadi separuh dari yg sempurna itu .. insyaallahhh :)

    ReplyDelete
  18. jawapan soalan peperiksaan akhirat bukan setakat kena hafal, kena amal juga baru boleh jawab kan kak..

    ReplyDelete
  19. kak zakie pun satu panggilan hormat dah rasanyer..tak semestinya kena panggil aunty zakie hehe..kakak lebih sweet ;)

    kak zakie boleh buat segmen..bincang bincang bersama kak zakie hehe

    ReplyDelete
  20. kak zakie,
    alamak..kita tak dapat jawablah.. memang dah lama tak dengar radio..

    ReplyDelete
  21. kak..saya pon susah nak jwp soalan tu kak...
    sesungguhnya mmg saya masih jahil..
    yy baik itu dtg dr Allah swt dan yg buruk itu dr syaa sendiri..

    ReplyDelete
  22. kak zakie...
    1.sy selalu bahasakan kak zakie sebagai mama zakie dgn anak2...rasa mcm lekat terus di hati...

    2.pagi td tak dengar radio pun sbb muiz muntah plak dlm keta setgh perjalanan...huhuhu....

    3. apa ye jawapnnya kak zakie?ibadah sunat ye.....addehhhhh

    ReplyDelete
  23. saya lagi suka paggil kak z... hehehe... jrg dengar IKIM...
    so, agak susah nak jawab...
    harap akk akn tolong jawabkan next entri...

    ReplyDelete
  24. sama macam mak sy...walaupun dah berusia, anak2 kecil masih memanggil dgn panggilan Kak Nah...hehe...
    alamak, tak tahu nak jawab teka teki kakak...

    ReplyDelete
  25. x dpt nk jawab... sbb x dgr radio ikim.. huhu.. try serach jawapan.. tp x pasti jawapan itu.. tgu jawapan dar akak :-)

    ReplyDelete
  26. soklan ikim no. dua tu rasa cam bule jawab sebab baru ni baca tafsir daam bulan posa tetiba jumpa nama sahabat nabi ni, kalu tak zaid anak angkat rasulullah..

    tertanya juga dalam ati ada lagi ke sahabat nabi yang disebut begini sebab besanya di sebut sama ada ansar/muhajirin atau kumpulan yang terlibat dalam sesuatu peristiwa je bukan atas nama individu. jadik ingat kalo ada kelapangan nak kaji juga le.. tapi bila dah kluo soklan 'satu-satunya' kompon takyah kaji lagi dah

    ReplyDelete
  27. Saya selalu juga miss dengar Teka teki tu..sebab selalunya bila on radio, terus dengar Motivasi Pagi 7.30am tu...

    Rasa rasanya saya pernah dengar teka teki tu..saya cuba ya:

    -ibadah sunat tu ialah mencium batu hajarul aswad.

    -nama sahabat Rasul SAW tu ialah Bilal Bin Rabah

    ReplyDelete
  28. ujian dan dugaan atas dunia ni pown saye selalu fail kak huhuhu

    ReplyDelete
  29. sy pun dapat soalan2 ni dr kawan blogger yg lain..huhu.. :)

    hrumm....mohon akk share la jawapan teka teki ini pada entri yg akan datang...(^_^)

    ReplyDelete
  30. alamak.. xleh jawap la.. kena cr nih jawapan utk soalan nih..:)

    ReplyDelete
  31. Sy manusia biasa yg masih jauh perjalanannya, masih belajar dan masih bertatih. Sy tak tahu tp cuba usaha bertanya dan mengambil tahu.

    Sedih!

    ReplyDelete
  32. Assalam...
    Salam perkenalan dari Teratak Usang...

    http://azilas.blogspot.com

    ReplyDelete
  33. asslamualaikum

    manje sgt lemah bab teka teki...
    walaupun ada mendengarnya hari2 di radio IKIM... apa jawapannya kak? ~

    ReplyDelete
  34. AK langsung xdpt siaran IKIM kt sini. sobs.

    share jawapannye kak zakie! heeh

    ReplyDelete
  35. jawapan yang jujur datang dari orang yang jujur..syabas kak...

    ReplyDelete
  36. akak zakie ecah pun xtau jwpn tu..huhu...
    meh share jwpn blh :)


    oh yeah sall da best adik!

    ReplyDelete
  37. ayat2 terkahir itu sangat mendalam maksudnya kak...

    ReplyDelete
  38. jarang dgr radio ..
    tapi kalau drive tu..wajiblah

    bagitau ye jawapannya esok :)

    ReplyDelete
  39. Saya pernah juga ditanya soalan 1 dulu. Susah betul jawapannya tapi jawapannya mcm Daddy Ziyyad tu.. mencium Hajarul Aswad. Seorang je dalam satu masa di dunia :)

    Yg satu lagi, saya tak tahu :(

    ReplyDelete
  40. alahai kak.. ni nak kena dengar balik ikim pepagi.. selalu dengar waktu petang je.. huhuhu.. pepagi kat opis tak leh on radio..

    ReplyDelete
  41. assalam kakzakie..
    adik jawab exam..ibu jawab tag

    ReplyDelete
  42. soalan kuiz ni perah otak macam mana pun tak tau nak jawab kak zakie.
    share jawapan eh akak

    ReplyDelete
  43. nak tanya soalan gak la pas ni..rindua akak!!!

    ReplyDelete
  44. Soalan pertama pernah dengar masa tengah siap2 nak pi keje hari tu.. orang cium hajarul aswad kan?

    soalan kedua, tak berkesempatan pulak;)... apa jawapan dia kak?

    ReplyDelete
  45. Assalamualaikum kakzakie,

    Hari tu ada dengar ceramah di tv, penceramah tu kata 'sekarang ni ramai orang marah anak kerana tak lulus SPM, tapi tak ramai orang marah anak kerana tak sholat'.

    ReplyDelete
  46. ya kak soalan diberi tapi jawapan dari amalan sendiri
    kalau dah ada soalan x cari jawapan nyesal tak guna sama2 muhasabah

    ReplyDelete
  47. @ NM02: Itulah Niez selagi kita hidup selagi itu kita kena uji kekuatan iman kita


    @ gadisBunga: Heee... kakak tak pandai dik. Ini kakak cedok dari IKIM


    @ al-lavendari: Hihi... kalau Mak Ngah bagi green light tak salah kot


    @ kakcik: Selalunyg begitulah kakcik


    @ ibundo: Kakak pun selalu tak dapat jawab kakpah. Tapi sukalah mendengarnya


    @ Rina AVAIL: Kakak pun sebenarnya masa IKIM bagi soalan tak dapat jawab Rina


    @ cheqna: Perseimbangan dunia/akhirat mesti selaras tapi biasanya kita lebih pada dunia


    @ missbby: Apa nak mahu Huda. Just suka-suka kan


    @ Amy Syaquena: Wa'alaikumsalam Amy. Tapi selalunya kita terlebih pada dunia kalau nak banding akhirat yg sebenarnya lebih kekal


    @ norhidana: Soalan ini kakak ambil dari IKIM Dana. Nanti kakak bagi jawapannya ye...


    @ ajumohit: Tak apa aju last nanti kakak bagi jawapan

    ReplyDelete
  48. @ msfit: Syukur benar utk jawapan tersebut itulah sahabat rasulullah (soalan sebenarnya pagi semalam IKIM bagi)


    @ Norhafiza: Nanti kakak bagi jawapan ye No.


    @ makdara TERdiva: Tak payah berpeluh dik last kakak bagi juga jawapannya


    @ Eye_nee: Kakak soalan pertama pun masa tersiar tak dapat jawab.


    @ halila Ibrahim: Kita memang tidak sempurna.


    @ ieda: Betul ieda, kita berusaha utk lebih baik itu yg penting


    @ Anaa: Betul dik. Kalau sekadar tahu tapi tak buat pun tak guna. Macam bersolat thu wajib tapi tak lakukan tetap mendapat dosa


    @ Pinky Momma: Kalau budak kecik panggil kakak heee macam malu sebab anak pun dah besar panjang.

    Sembang takut tak ada masa nak jawab dik


    @ Rai: Kakak memang boleh katakan 90% dengar radio IKIM.


    @ mama tims: Kakak pun masa soalan disiar soalan no. 1 tak dapat jawab tau. Yg no. 2 dah biasa kalau maulud nabi penceramah selalu sebut


    @ azian: Mama zakie pun ok juga kan. Anak adik kakak pun panggil mama zakie.


    @ dwaty: Insya-allah lepas ini kakak jawab


    @ aanie: Kakak selalu bila budak kecik ikut panggil kakak, kakak akan kata panggil makcik/auntie


    @ LYAfrina: Lepas ini kakak bagi jawapannya ye Lya.

    ReplyDelete
  49. musim mengetag sudah kembalii..saner sini org sibuk dok jawab tagg..:)

    pstttt dengar citerkan kak,ader orang naik gaji hoooooo..ater tak reti2 nak belanja...hahahaha *gurau yer kak*


    moga adik cemerlang dalam exam..:)

    ReplyDelete
  50. @ cemomoi: Jawpan no. 2 itu betullah Zaid. Nama ini jugalah yg selalu dikaitkan dgn rasulullah bila musim maulud nabi tiba


    @ Daddy Ziyyad: Kakak percaya maknanya doc selalu dengar IKIM. Selalu sebelum motivasi jam 7:20 soalan teka-teki dah tamat. Motivasi jam 7:30 - sekarang baru 2 hari ust. Asyraf Imam muda tu yg bagi motivasi.

    Jawapan doc yg pertama betul tapi yg kedua kurang tepat.


    @ ORLANDO AHMAD: Kita selalu gagal tapi yg penting kita sentiasa berusaha mencari yg terbaik dik


    @ nabila_2908: Nanti kakak bagi jawapannya di ruang komen juga


    @ mama maman: Tak apa Yana lepas ini kakak bagilah jawapannya


    @ Fara: Tak apa Fara kakak bagi jawapannya selepas ini


    @ Iza: Wa'alaikumsalam. Perkenalan disambut dgn hati terbuka dan gembira:)


    @ manje: Tak apa manje. Kakak jawab di ruang komen juga lepas ini


    @ aliesha Kirana: Tnetu sekali kakak akan sharekan jawapannya


    @ sahromnasrudin: Tak kisahlah shah. Nanti kakak sertakan jawapannya di ruangan komen


    @ Cik Ecah: No problem dik...

    ReplyDelete
  51. @ MamaEma: Kita renungkan bersama Ema.


    @ Ati Masrif: Mesti kakak bagi selepas ini ati


    @ Sufia Mahzan: Betul dik. Kakak masa soalan disiar pun tak dapat jawab tau utk soalan no. 1


    @ ratu kebaya: Dengar waktu pagi best RK sebab terasa mendidik jiwa apa lagi motivasi jam 7:30 pagi


    @ Acik erna: Sama-sama menjawablah acik hihi...


    @ Cikli: Hahaha....tag punya pasal kakak keluarkan soalan teka-teki


    @ CIK JATT: Tak payah perah otak dik, lepas ini kakak bagi jawapannya:)


    @ Lydia Miza: Kita buat segmen soal-soal ye dik


    @ Afida Anuar: Betullah tu Fida. Soalan kedua sebenarnya semalam pagi siarannya kakak pun buat N3 pagi semalam juga itu yg keluar Fida


    @ Kunang-Kunang: Wa'alaikumsalam Kak Ani. Kakak paling takut dlm bab macam inilah kak ani. Lagilah anak kakak masih kena pantau selalu


    @ SUD@IS: Kakak akan bagi jawapanya. Don't worry...


    @ hakak CNN: Kakak kena jawab itulah CNN. Tapi kakak tak tag sesiapa pun sebab lagi seronok kalau soalan diberi semua teman dapat mencuba

    ReplyDelete
  52. ASSALAMU'ALAIKUM SEMUA TEMAN TITISAN NURANI. KAKAK DENGAN RENDAH HATI MEMBERIKAN JAWAPANNYA DI SINI: -

    1. MENGUCUP HAJARUL-ASWAD ITULAH JAWAPAN UTK SOALAN PERTAMA. HAJARUL-ASWAD HANYA ADA SATU DI DUNIA DAN BOLEH DIKUCUP OLEH SEORANG SAJA DALAM SATU MASA DAN HUKUMNYA JUGA ADALAH SUNAT.


    2. SAHABAT RASULULLAH ITU ADALAH ZAID BIN HARITHAH. ADA DINYATAKAN DALAM SUROH AL-AHZAB AYAT 37


    MOGA DAPAT MELEGAKAN SEMUA TEMAN KAKAK. TERIMA KASIH SEMUANYA:)

    ReplyDelete
  53. hehe.. tq kak..utk jawapan ni.. dh dpt satu ilmu baru...

    ReplyDelete
  54. Asslamulaikum kak zakie.


    cik ina stuju , kak zakie ni mengingatkan cik ina kak yong , suka layan kanak-kanak. cik ina kagum kak zakie ni pandai buat sessi soal jawab.

    ReplyDelete
  55. heeee
    cool je akak jawab soklan ye
    hehehe =]

    ReplyDelete
  56. assalamualaikum akak.

    hee. malu saya. menakutkan sungguh akak promote saya ada 'adik yang nak exam tu' hee. anyway thanks sebab sudi jawab. banyak lagi perlu diperbetul diri ni kak. :)

    soalan teka teki akak tu, terlewat pula saya jawab. hee. thanks akak share sebab dua2 soalan tu sempat dengar soalan je. jawapan tak sempat dengar pula. :)

    ReplyDelete