Petang hari Jumaat sebelum Hari Raya Haji bapak dengan bibik* sudah berada di rumah aku. Nurienne pun sudah aku ambil dari asrama. Hari Raya Haji tahun ini (1432H) semua keluarga akan berkumpul di pondok aku yang comel. Bayangkan anak bibik saja enam orang yang semuanya telah berumah-tangga manakala anak bapak pula tujuh dari lapan orang telah berumahtangga. Anak bibik juga sudah ada yang mempunyai cucu seperti juga kakak-abang aku yang sudah mempunyai cucu. Bayangkan sendat atau tidaknya rumah aku.
Malam Sabtu 05-11-2011 selapas solat Isya' kami meraikan serentak ulangtahun kelahiran hubby (02-11), bapak (07-11) dan bibik (08-11). Walau majlis kecil-kecilan tapi sebab yang hadir adalah ahli keluarga sendiri ianya sudah cukup bagaikan ada majlis besar sehingga pintu pagar terpaksa aku pasang langsir bagi mendapat lebih 'privacy' buat kami sekeluarga.
Malam Sabtu 05-11-2011 selapas solat Isya' kami meraikan serentak ulangtahun kelahiran hubby (02-11), bapak (07-11) dan bibik (08-11). Walau majlis kecil-kecilan tapi sebab yang hadir adalah ahli keluarga sendiri ianya sudah cukup bagaikan ada majlis besar sehingga pintu pagar terpaksa aku pasang langsir bagi mendapat lebih 'privacy' buat kami sekeluarga.
Sabtu petang .... Antara persediaan dan persilatan aku anak-beranak di dapur sebelum menjelang malam. Rebus telur mengikut jumlah umur atok. Masak air longan dalam cerek besar dan puding untuk dijadikan puding cocktail. Pulut direndam dengan air kunyit dan kacang kuda rendam bagi kembang. Selesai pulut dikukus Nurienne cacak telur atas pulut.
Selepas Isya'.... Pak Imam (sudah pencen dulu bapak memanglah imam di kampung) aka bapak kami membacakan doa. Cucu-cucu berkata mentang-mentang ulangtahun papa, atok dan nenek doanya panjang sangat. Kami faham mereka sudah tidak sabar hendak menikmati makanan yang terhidang.
Kek dan pulut kuning... Kek buat papa walau tidak cantik tulisannya tetapi yang penting dedikasi buat papa tulus dan murni. Buat Atok dan nenek pulut kuning dengan telur puyuh yang begitu banyak kerana usia bapak sudah menginjak 85 tahun pada tahun ini.
Keluarga.... kasih kami tidak pernah putus buat bapak yang dulunya bekerja keras untuk membesarkan kami 8 beradik. Kami sangat miskin tapi bapak adalah insan yang amat mementingkan ilmu. Kalau bapak bukan jenis yang celik ilmu kami percaya kami semua tidak akan berada di tempat sekarang. Terima kasih bapak. Kami sayang bapak. Begitu juga itulah yang diharap buat papa pada anak-anak aku, moga papa boleh secekal dan segigih atok dalam mendidik isteri dan anak-anaknya.
Hidangan.... Selesai berzikir munajat dan takbir raya inilah hidangan yang kami nikmati pada malam tersebut. Bapak suka cocktail yang aku buat. Puding jagung+mixed fruits+jelly sumi dan buah longan. Bibik suka sup tulang cecah dengan roti. Anak-cucu menikmati segalanya. Jagung rebus (bawa dari kampung), kacang kuda rebus, sayur campur, sambal goreng, rendang daging, ayam kari, asam pedas ikan jahan, ulam raja, kacang botol, daun salad dan timun cecah sambal belacan, kek coklat aku buat satu tray saja kerana tidak menyangka anak-anak saudara suka. Licin sebelum pagi raya. Pagi raya tidak ada lagi kek selain kek birthday papa yang dilawankan dengan makan ketupat dan lemang.
~~ Doa kami semoga hubby, bapak dan bibik di panjangkan umur, dipermudahkan dalam menjalankan kehidupan di dunia dan berbahagia di akhirat kelak~~
~~ Doa kami semoga hubby, bapak dan bibik di panjangkan umur, dipermudahkan dalam menjalankan kehidupan di dunia dan berbahagia di akhirat kelak~~
* bibik - Ini adalah panggilan kepada mak saudara bukan bibik seperti pembantu rumah kami. Dulu bibik adalah adik aruah mak kami tetapi setelah emak meninggal dan suami bibik meninggal kami dan sepupu semua sepakat menjadikan mereka pasangan suami-isteri.
Kak,
ReplyDeleteTak jemput pun! Sy nak jgk merasa puding longan tu! Hiks~ Gurau je.
Semoga umur Atok Papa berpanjangan.
=D
Syukur Alhamdulillah. Bapak dan bibik punya anak menantu serta cucu-cucu yang tahu menghargai mereka. :)
ReplyDeleteSelamat hari lahir buat suami, bapak dan bibik akak..moga dibanyakkan rezeki, dipanjangkan usia dan diberi kesihatan yg berpanjangan...
ReplyDeleteSiap ada pulut tu..dah lama saya tak makan pulut
MERIAHNYA....
ReplyDeleteSELAMAT HARI LAHIR BUAT SEMUA :-)
Y BEST TU.SBB ADA PULUT KUNING/NASI KUNYIT...
seronoknye..moga kalian semua bahgia sampai bila2...:)
ReplyDeletekakzakie..semoga suami..bapak dan bibik..dirahmati yang esa..dan hidup bahagia disamping keluarga tercinta,
ReplyDeletesemoga jugak sihat sentiasa.
kakzakie..banyaknya menu..memang meriah ..
seronoknya masih ada lagi bapak...
ReplyDeletesemoga bapak n en hubby akak diberikan kesihatan yg bpanjangan dan dimurahkan rezeki...
kek coklat memang semua org suka...
tak perlu jemput org luar kan kak z... saudara dah memadai...
ReplyDeleteharap2 org2 kampun tak bising coz tak dijemput... hehehe...
sayan betul2 ingatkan bibik pembantu rumah... part last baru tahu... mak sedara rupanya...
alhamdulillah dah 85 tahun usia bapak...
bibik tu org jawa yg selalu guna.. kalo org melayu kira makciklah.. hehehe Queen pun dipanggil bibik gak oleh anak2 buah.. hehehehe
ReplyDeletedah lama tak makan pulut kuning..
ReplyDeletemeriahnya...macam2 makanan.. :)
ReplyDeletesemua tido rumah akak malam tu yer..? esok sambut raya pulak...weehhu...seronok.. :)
Apa lagi yang diharapkan pada usia sebegini cuma kebahagiaan tiada galang ganti dari kegembiraan yang anak2 beri. Semoga kita juga dapat merasainya suatu ketika nanti.
ReplyDeleteRamai betul keluarga kakzakie,meriah kan kalau semuanya berkumpul.
ReplyDeletemesti riuhkan kak.. bestnyer.. ni yg rasa nak balik kampung lagi.
ReplyDeleteekekek mula2 tuu ingatkan maid akak lah .. rajin tul bawak anak2 dari indon datang beraya .. ekekek tertipuu sudahh :)
ReplyDeletebanyak nye menu kak .. meriah nye ramai2 mcm nie .. seronok kan pasti riuh rendah :)
Dalam banyak-banyak tu, mata ckLah tertancap pada jagung rebus! Suka sangat.
ReplyDeleteYalah, bibik bermaksud makcik dalam bahasa Jawa. Pembantu rumah pun, ada yang tak suka dipanggil bibik sebab bermaksud makcik. Mereka lebih suka dipanggul mbak (kakak). Bukan mbok pulak ya kakzakie....mbok (mak), tapi kalau ak ayam kita panggil Babon. Hehe
ak ayam = mak ayam. Hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah...semoga Bapak, Bibik dah hubby kak zakie diberikan kesihatan yang baik...selamat hari ulangtahun buat mereka
ReplyDeletewah meriahnya! byk makanan lagi...
ReplyDeletebagus acara camni kakzakie...tahun depan lom tentu berpeluang lagikan?
harap2 masih berkesempatanlah meraikan tiap raya bersama2 kan?
begitu istimewa majlis ni...besday utk 3 orang tersayang
ReplyDeletesedapnya puding cocktail tu..
Sempat bungkus lagi tak? Hahahahah
ReplyDeletebesarnya keluarga bibik dan bapak...
ReplyDeletetengah dok bayangkan jumlah 85 biji telur puyuh kat atas pulut tu.. banyak tu kak..
ReplyDeletesaya suka telur puyuh..
bibik tu gelaran utk makcik2 sepupu sebelah mak..jawalah katakan..hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah bagusnya meraikan hari lahir org tersayang, tradisi yg baik ini dpt mengukuhkan ukhwah sesama ahli keluarga, tgk hidangan yg best tu kak zakie hihi
ReplyDeleteiuhh...banyaknya makanan kak...panjang umo atuk ye sampai 85 tahun dah.
ReplyDeletemeriah~~atuk makan takde pantang2?
ReplyDeletemeriahnya kak!!
ReplyDeletekalau macam ni sambutannya, mmg sangat seronokkan boleh mengeratkan kasih sayang sekeluarga.
selamat hari lahir buat semua...
ReplyDeleterebus telur ikut umur ye kak...sempoi betul lah...
Alhamdulillah!
ReplyDeleteSelamat panjang umur serta dimurahkan rezeki buat semua, terutma yang diraikan.
Hepi Belated Birthday Sumer...Senang kan..sekali sambut,sekali datang,sekali penat....
ReplyDeletemeriahnyer ye kak,kalu kt kg kn atuk dana pun suke bt sambutan bday camni..kecik2 utk family tp meriah bile sume kumpul...msk sama2...
ReplyDeletehidangannyer sume mengiurkan terutama asam pedas ikan jahan... feveret tuh...
apa pun,doa dana semoga sume dipanjangkan umur n sihat semuanya
seronok bila dpt brkumpul ramai2.
ReplyDeletekakzakie...meriahnya makanan.
serba serbi meriah ye kak! orang nya meriah, makanan pun meriah!! kita yg tengok gambar aje pun dh teruja gila~~
ReplyDeleteseronoknya dpt berkumpul ramai-ramaikan..hidangan pun lazat2..murah rezeki tuan rumah..
ReplyDeletewah sihat lg bpk akk..semoga dipanjagkan lg umo bpk akk..begitu jgk ngan hubby akk..selamat hari lahir..semoga bertambah rezki yg sedia ada..meriahnyer menu tu..
ReplyDeletemeriahnyaaa...salam aidiladha kak zakie...
ReplyDelete"alhamdulillah...kak zakie masih punya ayah,w/pun umurnya dah 80an tp masih sihat..smga keluarga ini sentiasa dirahmati dan kekal bahagia..amin!..`selamat hari ulangtahun utk mereka semua.."
ReplyDeletemeriah betul..sambut besday hubby akak..janji dpt kumpul family2..huhu
ReplyDeletemeriahnya kak.. terasa keseronokannya.. semoga keluarga akak terus bahagia dan sentiasa mendapat rahmat dariNYA.. semoga suami, ayah dan ibu akak di berikan keberkatan umur dan kesihatan yg baik juga..
ReplyDeletewahhhh...meriahnya kak..lia dpt bayangkan suasana mlm tu,mmg seronok dapat b'kumpul ramai2 mcm ni...w'pun penat tp perasaan gembira mengatasi segalanya...
ReplyDeletewah...seronoknya sambut besday bersama seluruh ahli keluarga .. mesti teramat seronok.. semoga diberkati allah hendaknya
ReplyDeletemeriahnya sambutan hari lahir.. selamat hari lahir buat mereka..
ReplyDeletemenu yg disebutkan sedap2 belaka.. esp pulut kuning.. n ada kek coklat gak.. nyum2..
Keluarga bahagia.. meriah kelaurga akak.. seronok membaca cerita keakraban sesama saudara.. :D
ReplyDeleteSemoga hubby, bapak & bibik serta seluruh keluarga besar kakzakie sentiasa sihat dan bahagia. Meriahnya 'kumpul karo mangan' tu! Salam bahagia.
ReplyDeletekeluarga yang bahagia...
ReplyDeletemeriahyamajlis,walau dihadiri ahli keluarga je...happy family..
ReplyDeleteterharu niena baca nie.... erm.... tahniah kerana memiliki seorang bapa yg penyayang :)..
ReplyDeleteterharu niena baca nie.... erm.... tahniah kerana memiliki seorang bapa yg penyayang :)..
ReplyDeleteterharu niena baca nie.... erm.... tahniah kerana memiliki seorang bapa yg penyayang :)..
ReplyDelete@ Fara: Kalau Fara dekat agaknya kakak dah jemput agaknya.
ReplyDelete@ Kakcik: Sebab kami memang erat dari zaman anak-anak lagi. Rumah bibik belakang rumah kami
@ Daddy Ziyyad: Pulut kuning macam tradisi keluarga kakak walau tak begitu suka. Akibatnya dijadikan keropok yg kami sebut "rengginang"
@ LYAfrina: Tradisi keluarga Lya. Kalau tak pulut kuning, kena buat bubur merah lagi leceh sebab kalau tak habis rugi
@ Kunang-Kunang: Amin... terima kasih dari kami
@ Acik Erna: Sebab makan nasi putih lauk kena meriah nak kenakan yg dewasa suka pedas dan kecik tak tahan pedas jadilah begitu Acik
@ Ucu Faridah: Mudah-mudahan begitulah hendaknya. Terima kasih Ucu. Kek coklat simple aje kakak buat..
@ dwaty: Buat di rumah kakak kawasan perumahan. Jiran pula majoriti bangsa asing, itulah kakak siap pasang langsir sementra tutup pintu gate.hihi...
@ Queen Teratai: Betullah Queen. Kakak kan keturunan jawa
@ norh: Pulut kuning sebenarnya tak makan sangat, tak habis kami keringkan - tahan lama dan boleh goreng
@ nabila_2908: Anak saudara kakak ada yg balik, ada yg sewa hotel dan majoriti tidur rumah kakak
@ JunAina: Begitulah hendaknya Aina.
@ Zaitun: Dua keluarga besar berkumpul jadi satu. Dah bercicit lagi Kak Zai..
@ Ratu Kebaya: Ini bukan buat di kampung tau RK. Tapi rumah kakak, bapak dari kg kami ambil. Adik-beradik semua dtg rumah kakak.
@ ieda: Kalau keturunan jawa memanggil adik kepada mak/ayah kita 'bibik'. Menu kena banyak sebab yg kecik tak tahan pedas
ReplyDelete@ @xiiinam: Cikgu buat kakak senyum sendirian. Tapi keluarga kakak tak guna 'mbak' kami panggil pembantu kami 'bibik' juga. Babon lawannya 'jaguh' cikgu. Bukan motor jaguh tau hihi...
@ munna: Terima kasih munna
@ Queenie: Tahun ini kerana bapak buat korban Q. Dan hubby kakak pula tukang sembelih, dia minta hubby uruskan segalanya. So adik-beradik lain tak dapat balik kg sebab bapak kat rumah kakak. Itulah mereka semua kena dtg rumah kakak. Selalu kami buat di kg saja.
@ Qhaifa Nur: Selalu birthday bapak+bibik memang sambut serentak sebab beza sehari dan hubby pun selalu kami sekelurag saja. Tapi terlanjur kumpul kami buat serentak
@ Uncle: Tak bungkus uncle sebab majoriti tidur rumah kakak dan hotel. Yg balik cuma anak saudara kakak yg baru kahwin. Dia cuma bawa cup tulang dgn roti saja. lain tak mahu sebab esoknya dah datang lagi
@ MamaEma: Keluarga kakak memang besar Ema
@ Anaa: Kalau nak tahu telur pun ada yg dah kena ambil sebelum majlis. Maklum ramai budak-budak.
@ makdara TERdiva: Bibik gelaran utk adik pada mak/bapak kita. Partner dia dipanggil 'paman'.
@ ajumohit: Sebenarnya secara kebetulan semua nak kumpul rumah kakak. Selalu di rumah bapak.
@ Santri TPINI: Kalau nak ikut keturunan bapak kakak begitulah. Atok kakak meninggal dunia ketika usianya 109 tahun.
@ bujal X: Atok makan tak pantang bujal. Tapi dia makan tak banyak, cuma sekejap-sekejap dia akan makan lagi. Makan nasi sikit aje...
@ bersama Kak Es: Alhamdulillah bila saudara-mara berkumpul terasa meriahnya
@ wahida: Masa potong pulut, telur pun dah tak cukup wahida. Banyak dah masuk perut cucu/cicit dia
ReplyDelete@ ahmad humairi: Terima kasih cikgu
@ bidadaririndu: Sambut sekali, datang berkali-kali, penat pun berkali-kali bidadari. Sebab ada yg sesekali dtg itu yg meronda bandar, balik semula rumah. Busy jadinya tapi kami seronok.
@ norhidana: Bila dah berkumpul Dana fahamlah macam-macam cerita keluar sampai cerita zaman kecik-kecik dulu pun keluar hingga berderai ketawa panjang..
@ zue: Begitulah zue. Alhamdulillah
@ zara bakar: Meriah dgn suara. Makan pun sambil berbual sampai lewat baru berkemas
@ cinnamon.com: Baru sekali ini kakak jadi tuan rumah. Selalu rumah bapak aje
@ ieja amieja: Alhamdulillah ieja. Terima kasih juga atas doa yg diberikan
@ Hanis MY: Salam adilahda juga buat Hanis & cinta hati. Hari ini last hari tasyrik ye...
@ Pia: Alhamdulillah pia. Bapak kakak masih kuat berkat Allah beri kesihatan baik padanya. Terima kasih doa pia itu
@ Tiramisu Fatiema: Kami seronok dan gembira sekeluarga
@ Hanis Azla: Begitulah hendaknya Hanis. Terima kasih atas doa diberikan
@ mamamya: Masa sediakan kakak agak sibut Lia tapi masa mengemas kakak dah relex sebab anak-anak dara dan bujang ramai, merekalah yg kena kemas
@ Chik Na: Sesekali kumpul memang seronok Cik Na
@ Fatin Marz: Serentak sekali sambut sebab ramai yg nak datang FM. Menu pun kena banyak sebab masing-masing ada yg disukai
@ Zefa NorAsmara: Walau kami saudara tiri, tapi kami juga saudara sepupu. Itulah yg membuat kami erat
@ Temuk: "Kumpul; karo mangan" cikgu sampaikan lewat malam baru berkemas. Cerita panjang, cerita pun panjang hihi...
@ ikatankasihku: Terima kasih
@ YATZAKIE: Keluarga sendiri pun dah sesak Yat..:)
@ Niena Pengembara Ilahi: Sentiasa berdoa moga kasih dan sayang yg Allah kurniakan berpanjangan niena...
Assalamualaikum kak zakie.
ReplyDeletekalau dekat mesti cik ina pegi.kui kui, semoga Allah SWT panjangkan umur dan murahkan rezeki , kurniakan kesihatan yg baik tuk suami, ayah ngan bibik kak zakie Amin
Sedapnya tengok makanan2 tu esp. jagung rebus. BAru saya tau Bibik tu mak saudara. selama ni ingat pembantu rumah je.
ReplyDeleteMariah sungguh mcm2 makanan ada inilah seronoknya bila berkeluarga besar.
ReplyDeletewah meriahnya kakzakie n family beraya. juadahnya pun mcm2 ada, semua nmpk best sgt. sy beraya di kl shj x ke mana2.
ReplyDelete