Peperiksaan sudah tidak ada lagi untuk tahun ini. Novel baru belum lagi dibelikan. Menonton televisyen tidak dibenarkan sewaktu orang sedang mengaji. Olehyang demikian bila ada sedikit masa terluang, dapur aku dijadikan makmal ujikaji dia. Aku tahu semua mesti tersenyum bila melihat muffin ini.
Muffin - Senget-benget muffin dia buat kerana sepatutnya guna bekas yang aluminium tapi Yasmien menggunakan yang kertas. Kalau guna paper cup yang kecil aku rasa pun mungkin tidak begini jadinya. Konon hendak buat kejutan pada mama, tidak mahu bertanya - inilah hasilnya.
Dalam oven.... baunya memang semerbak satu rumah seperti chef lagaknya membaking. Aku buat tidak tahu sebab masa itu aku masih mengajar mengaji.
Cucuk.... nampak selalu aku buat macam ini guna lidi satey dia pun ikut. Memang masak tapi kelakar kembang macam muka dia juga
Melimpah... apa yang membuat aku hairan tudung periuk yang selalu aku guna untuk membakar belacan pun digunakan sebagai tray kerana menurutnya lagi satu tray tidak dijumpai. Niat asal dua ini diwarnakan lain khas buat dia dan adik. Dua muffin ini langsung kena ketawakan si adik.
Konon dalam perancangan hendak dibawa ke padang, mahu berkongsi dengan teman-teman yang bermain futsal dengannya tidak menjadi. Tahu juga malu anak dara aku bila buat muffin senget-benget jadinya. Hihi... (gambar-gambar yang ada aku tidak tahu siapa yang snap kerana sudah ada di dalam kamera - sungguh bukan aku yang snap).
~~Jiwa seorang perempuan tetap ada walaupun belum bersekolah menengah tetapi perasaan mahu mencuba meluap-luap apa lagi bila melihat resepi melalui internet bagaikan mudah membuatnya. Walau kami ketawa gelihati tapi kesian juga bila melihat hasilnya. ~~
bgusnya ank k.zakie.. rajin buat ujikaji kt dapur.. ok la tu.. skurangnya ada rsa mncuba.. tp y lucunya dia gna bkas alas belacan tu.
ReplyDeleteAssalamulaikum kak zakie,
ReplyDeletebaru je yuyi nak belajar wat mufin, anak kak zakie dah wat dulu.kui kui.jadi tu kak zakie, cuma tak dimasuk dalam bekas muffin, cup kertas tu kan lembut. lenkali kak zakie belikan tray muffin, yang kecik pun ada. tahniah berjaya.
bagus anak dara akak..budak zaman sekarang ramai yg tak minat nak masuk ke dapur..moden kononnya..
ReplyDeleteerr..tapi saya pun pernah dapat hasil yg macam tu..bukan sebab tak tau kena guna bekas muffin alumunium..tapi sebab tak beli lagi masa tu. hehehe..
alamak...terignin nak buat jugak tapi sekadar teringin je la niii..hehhee...
ReplyDeletetahniah..
ReplyDeleterupa no 2 yang penting rasanya ada
hehe, akak saya tersenyum nengok gambar ni TAPI saya nak puji kesungguhan anak akak mencuba..PERCAYALAH kak bahawasanya saya belum pernah lagi membuat muffin atau cupcake! :)
ReplyDeletehehehe cutenya!! itu jek bole saya kata..saya puji usaha dia..dari senget benget tu dia akan berusaha lagi jadi gebu pulak kan..yg pnting niat dia nak buat untuk family..dan yg pnting smgat nak buat tu heheheh..tahniah kat akak...sbb jadinya anak bgitu hasil kita sbagai ibu dan bapa yg membntuk :)
ReplyDeleteanak anak dara kat rymah tu pun sekarang dok sibuk nak bakar kek ...
ReplyDeletekak, dia snap sendiri la tu kot..
ReplyDeletewalaupon x jadi, tapi tetap blh dipuji sb ada kesungguhan....
hahahaha
ReplyDeletetakpe..janji rajin..=)
janji sedap, xkire dah bentuk lagu mana pun! hehehe.. sedap xsedap kak?
ReplyDeletebaguslah tu kaka..kecik2 pun dah reti berbaking...tp hati2 dengan oven panas tu
ReplyDeleteteringat apam polkadot nureen buat ari tue jd g2 jgk hehehe... kena letak dlm bekas yg betul baru cun jadinya ;)
ReplyDeletesaya pun buat ujikaji semalam... nasib baik jadi... cuma perlu dibaiki lagi supaya rasanya mantap... hehehehe
ReplyDeletehe~~bulat ada,heksagon ada,pentagon pun ada~~tapi rasa sedap da tak pandang kat rupa da~he~~
ReplyDeletecantik atau tidak jgn dipatahkan semangatnya yg penting ada jugak keinginan ingin mencuba. sekurang2nya nanti kak zakie dah ada pembantu...
ReplyDeletetergelak mutiara bila baca entri ni kak..
ReplyDeleteteringat kat diri ena sendrik,,first time bake cookies, keras gile sbb terlebih gula,,haha..
konon nak mengembirakan mak, sekali keras pulak,, ahtoi,,
bagusnyer ank akk..klau ank ieja belum tentu lg nak ke dapur buat muffin bagai..dia tau order je..ok la tu buat permulaan..janji sedap leh dimakan..
ReplyDeletexpe kak buat selagi boleh...semngat kena ada..jd xjadi belakang kira..kalau dah jadi sedap..wat2 banyak2 hahah..
ReplyDeletekalau ada pilihan antara yang senget tapi sedap dengan tak senget tapi tak sedap, biarlah saya pilih yang senget.
ReplyDeleteTahniah. Berjaya juga dimakan muffin tu....Jangan membazir ye!
ReplyDeleterajin anak akak tue..tgk muffin tu pon cma sedap je..xkire la guna tudung periuk utk bakar belacan ke..yg pasti nmpk sedap tu dan ade usaha utk mencuba kan..
ReplyDeleteHEHHE..cuba lagi..
ReplyDeleteSalam KZ
ReplyDeleteWah kecik2 dh rajin mcm maknya.
Takde halah seget bengget tu asalkan rasanya ok.
Hehe mama pernah baut pakai cup cake kecik tu...senget benget jugak...
oh baru tau KZ ni byk kemahiran..pandai mengajar mengaji..
bagus.. kecik2 dah nak cuba buat muffin.. lama2 terer la nih..:)
ReplyDeleteassalam kakzakie..yang penting ingin mencuba..mula2 hasilnya macam tu..insyaallah selepas beberapa kali..akan jadi cantik..nanti mama boleh lepas tangan membaking..anak dah ambik alih.
ReplyDeletebagusnya anak akak..rajin ke dapur tu
ReplyDeletewalaupun rupa x cantik tapi yg penting si yasmin berani mencuba...:)
ReplyDeleteasslamualaikum kakzakie
ReplyDeletetak apa lah ujikaji yg pertama, yg penting mahu mencuba kan :)
assalamualaikum kakzaki...
ReplyDeleteTak nampak cantik pun takpe asalkan sedap..
kata org mencuba selalu akan jd terbaik...satu percubaan yg bagus ni...cuma perlu dibaiki sikittt jer lagi tu...
ReplyDeleterupa tak penting janji rasa maveles..hahahaa
ReplyDeleteTak pe boleh cuba lg
ReplyDeletesalam kakzakie,
ReplyDeletesemangat tu harus dipuji. Biarlah rupa buruk pun kan? Syabas pada dia..
Pandai Dan rajinnya anak mama ni, dah bleh harap pon, lama2 nnti expertla tu kak zakie, pasni mcm2 menula lagi yg dia bleh buat hahah... Bleh masuk lil chef ni heheh
ReplyDeleteanak k,zakie mcm ayu masa anak dara dulu.. usia 10 tahun dah start mengbangking..
ReplyDeletetak apa kak.. berikan galakkan...
(PS: kak menggaji untuk diri sendiri atas mengajar anak2)
Tahniah untuk anak akk w/pun senget tapi berani mencuba...tak ada org yg berjaya tanpa melakukan kesilapan kan... mungkin ini leh jadi semangat utk dia mencuba lebih baik...yg dh jadi cheff pun selalu buat silap inikan pulak budak baru nak belajar.
ReplyDeletemembaca entry akak sambil menahan perot yg lapo
ReplyDeletesalam
ReplyDeletetak salah mencuba, esok2 buat lagi pasti lebih baik....
buat muffin ni seronok...
takpe kakzakie.... ini ujikaji cuba jaya namanya
ReplyDeletelepas ni rasanya Yasmien lagi pandai buat muffin ni sbb dah belajar dr pengalaman pertama
sedap tak?
xksh rpe cmne jnji sedap.hehehe..htr la sni sket.
ReplyDeleteps :thanks sudi singgah n follow.
hahaha opss tketawa plak!
ReplyDeleteklau smerbak maknanya sdap la tuuu. apa ada pd rupa kan, kan. ( bg smangat heheh)
SALAM,
ReplyDeleteRUPANYA JE KURANG . TAPI RASANYA SEDAP. JADI OK LA UNTUK PERMULAAN.
@ LYAfrina: Kalau bab ke dapur dia memang suka tapi mengemas kita jadi mangsa..
ReplyDelete@ CIk Ina DDC: Wa'alaikumsalam. Kakak ada dah bekas muffin tapi dia tak tanya pun itulah jadinya.
@ Rai: Kalau setakat spagetti dia dah pandai sebab semuanya kan ready dan cuma masukan sosej dsb dia pandai dah tapi muffin dia tak pernah buat
@ Mrs Eady: Anak kakak no. 2 suka memasak sebab itu dulu pihak sekolah jadikan dia wakil sekolah utk pertandingan masak
@ HappyIrfa: Kalau tak cantik selera pun kuranglah sebab dia yg sebenarnya nak jamu kawan-kawan dia
@ missbby: Dia kalau berkehendak mesti dia buat. Kalau shopping ke Giant hujung bulan dia dah list barang dia nak guna, mesti nak sama macam yg dia lihat di internet
@ sisdee: Bila dah siap dia ketawa juga. Malu sebab senget-benget.
@ pB: Anak dara memang suka cuba resepi kalau dah sibuk membaca
@ aanie: Kalau tak kakak dia, dialah sebab adik dia mengaji
@ cheqna: Bila tak jadi dia kata "geramlah mama, kalau tahu tanya mama dulu"...
@ Zara Bakar: Rasa oklah sebab dah ikut resepi siap paste kat fridge lagi...
@ MamaEma: Anak kakak ni walau baru 12 tahun tapi saiznya dah hampir sama dgn kakak...
@ Nureen: Kalau kita nampak masa tuang dlm bekas dah tahu, dia ni kakak tak tahulah sebab siap dah jadi senget-benget dah...
@ dwaty: tahniah dah menjadi ye. Anak kakak kata dia nak buat lagi next week kan dah cuti sekolah
@ bujal X: Masa baru keluar oven nampak mereka adik-beradik makan juga kata sedap-sedap hihi...
tak pe kak - senget-benget pun tak pe
ReplyDeletejanji ada kemahuan sheols nak buat tu...
tapi comel plak iols tengok!
@ JunAina: Itulah Aina... kakak senyum dan kata lain kali tunggu mama
ReplyDelete@ Mutiara Bernilai: Mesti ada pengalaman pertama membaking kan...
@ ieja amieja: Lain anak lain hobby dia ieja. Tapi kalau budak perempuan mesti tak banyak sikit ada sifat suka masak
@ Tiramisu Fatiema: Cuma dia belum pandai nak kurangkan quantity yg ditunjuk dlm resepi. Kalau kakak ada mesti akak akan bagi dua setiap bahan so taklah banyak jadinya
@ al-lavendari: Itulah papa dia kata tuan. Nasib baik senget kalau tak papa tak boleh makan banyak..
@ Prince Halilintar: Adik dia makan coklat dia aje Prince.
@ Sharifah Nadzarah: Belum lagi kena tunggu cuti sekolah agaknya
@ mama ju: Kakak tak rajin manalah mama. Kalau free nak ada request baru buat. Ajar ngaji sebab ada yg memerlukan dan rasa bertanggung-jawab pulak kan..
@ mama maman: Dia suka memasak. Entah apa-apa kadang lempeng pun diwarna-warnikan siap bubuh coklat rice bagai
@ Acik Erna: Sebab dah suka memasak inilah ada benda-benda anih dalam cabinet dapur dengan bahan-bahan kuih dia Acik
@ Ila: Dia suka membuat ujikaji Ila
@ lieynalinaz: Mana tak berani rumah sendiri tak jadi ke jadi tetap dia dgn adik dia makan juga
@ manje: Wa'alaikumsalam manje: Kakak biarkan aje dia nak mencuba janji tak bahaya.
rupa tak penting, tapi nak tahu rasa dia...
ReplyDeletesedap tak kak?
Tak aper,
ReplyDeleteJanji ada kemahuan.
@ Abd Razak: Wa'alaikumsalam ustaz. Tapi kalau nak bagi org makan malulah hihi...
ReplyDelete@ Eye_nee: Bila dah jadi macam itu buat sendiri makan adik-beradik eye_nee
@ @cu Sayang: Tapi niat nak bagi kawan dia tak jadilah malu dia :)
@ Pena Rozie: Dia akan buat lagi cuti sekolah ini kakak rasa
@ ibundo: Kalau dia tahu kakak masuk dalam blog ini mesti dia malu kakpah hihi...
@ ajumohit: Anak kakak ni kalau spagetti dia pandai dah, lempeng dan jejemput oklah boleh buat
@ Citarasa Rinduan: Kakak tak pernah galakkan Ayu. Sebab dia buat semua bahan mesti nak ikut 100% macam yg dia dapat dari internet
@ CT Norarizah Aris: Dia mana da rasa putus asa. Tak kisah pun dia. Sebab dia suka memasak, salah pun dia buat lagi CT
@ Mr. Orlando Ahmad: Tak payahlah dik tengok pun tak selera kan
@ Qhaifa Nur: Kakak tak berapa minat QN. Tapi dia ni suka sangat
@ ibuintan: Kalu dah suka ibuintan, dia tetap akan buat lagi. Rasanya macam biasalah cikgu, cuma kurang manis sebab anak kakak memang tak suka manis.
@ arelan: Kalau nak bagi kawan pun malu apa lagi nak bagi org tak kenal hahaha....tapi dah habis dah
@ So Shy Lady: Kakak mula nampak pun gelak besar SSL. Tapi lepas tu kesian pulak... makanlah juga bagi dia happy hihi....
@ luahfikiran: Buat anak-anak yg baru mengenal dapur kakak biarkan Dato'...
@ miloais: Itu yg dia tak puas hati milo dan tekad nak buat semula minggu depan hihi...
@ wahida: Rasa dia oklah sebab dia ikut resepi 100%. Tapi pada tekak kakak agak kurang manis.
ReplyDelete@ Kunang-Kunang: Saje bagi dia peluang kat dapur sebelum pergi ke asrama Kak Ani...
ReplyDeletealhamdulillah, rajin anak akak...nnt blh masuk master chef yer....hihihii
ReplyDeleteakak..bestnye..sy pon xpandai buat muffin..tp kira anak akak memang terer la wat muffin
ReplyDeletehow sweeeet sangat! saya tersenyum sendirian sekarang.. mengenangkan keadaaan ini yang juga serupa dengan saya suatu ketika dahulu! benar.. tengok resepi.. tengok chef buat seakan senang... lantas.. ingin membuat kejutan buat bonda tersayang... tapi! lain jadinya!! itu eksperimen saya dan adik adik beberapa tahun lalu... huhuh... tapi percayalah.. kalau dia dah ada minat begini.. tak lama nanti dia mesti akan pandai buat punya.. sebab pengalaman mengajar segalanya.. =) saya dulu lagi teruk.. sekarang dah ok lah kot sikit sikit.. =)
ReplyDeletepandainya dia....
ReplyDeleteTahniah...walaupun senget muffinnya tapi usaha yang dia buat sungguh2 yang patut dipuji.Mungkin dilain waktu muffin yang dia buat boleh setanding dengan masterchef hehehe.....
ReplyDeletehahaha..kak sy rasekan diyer memang ader minat dalam baking..budak kalau sajer-sajer nak cuba memang takk lahhh...boleh lagik tuh kalau diasah minatnyer ibu diyer pon boleh kalahhh..:)
ReplyDeletebagusnya....walaupun senget benget tapi ada berani mencuba....
ReplyDeleteekekekke sengget2 pun nampak sedap lah akak .. ekkek teringan zaman saya anak dara .. pernah buat muffin mcm nie .. :)
ReplyDeletemula2 No tak tahan gelak bila part akak kata >>>kembang macam muka dia juga<<<..
ReplyDeletetapi tiba2 No rase terharu dan bangga sebab dorang dh pandai mereka sesuatu untuk akak dan adiknya..waaaah, bangga sangat No!,,..tahniah akak dapat anak2 kreatif..
hehehe..takpe kak..usaha tangga kejayaan...lelama nanti jadi terer..saya pun tak reti buat muffin yg senang ni kak..sob sob sob sedih
ReplyDelete@ Liza: Dia bukan rajin Liz... tapi suka mencuba resepi nanti tunjuk mama/papa suruh rasa
ReplyDelete@ cikceriacorner: Alahai CCC dia tengok resepi bulat-bulat ikut dari internet entah blog siapalah dia ikut kakak tak tahu
@ Kella: Kakak kalau membaking tak rebus-rebus tak takut sebab buka masuk oven dah tinggal.
@ My Little Diary: Hihi... kelakar kan
@ Zaitun: Kakak dah tunjuk set yg kena guna kalau nak guna cupcake pun kakak suruh dia masuk dalam aluminium cup dulu. Kena tunggulah cuti sekolah kakak rasa dia akan buat lagi
@ hakak CNN: Kakak memang tak minat sangat CNN. Dia suka baca resepi dlm internet, lepas tu bila shopping dgn mama/papa akan keluarlah list dia
@ munna: Dah selalu tolong itu yg dia tak takut munna. Lagipun kalau salah akak tak marah dan tak kisah
@ ieda: Mesti gelihati kan ieda...
@ No Lan: Kelakar No sebab mana ada org buat muffin guna cup cake besar macam itu. Biasa kan yg keras adalah...
@ amirah: Kena tunggu pergi shopping mesti dia akan cari cup muffin yg betul...
calon2 yg akan masuk master chef esok ni....
ReplyDeletetahniah anakanda yasmin....!!
ReplyDeleteucu tabik laaa...dah berani buat dan ada potensi mengasah bakat yg sedia ada..kalau dah ade bau...apa ada pada rupa...boleh di makan..begitu enak jugak.
Tahniah akak ...jika begini lagaknya...setahun dua lagi, mamanya dah boleh lepas tangan laa..angkat oder jer..bertuah anak mama dan boleh bantu..kemana tumpahnya kuah kan.........
hehehe...jangan di sekat tapi terus bagi galakkan. kalau tak nanti... langsung tak di jengahnya dapur.... huhuhuhu
ReplyDeleteujikaji ...slow2 lama2 nanti dia kontrol pula ...
ReplyDeleteAssalam..
ReplyDeletePercubaan yang bagus tu..
Singgah dari Teratak Usang..
http://azilas.blogspot.com
Waahh.. tak lama lagi jadi chef la dia, tak pe kak zakie, awal-awal memang macam tu....
ReplyDeletemacam fida baru mula2 belajar masak dulu la... entah apa rasa ayam masak kicap tu, tapi mak ayah telan je...hehe...sebab nak kasi anak dia perangsang dan semangat tuk anak dara dia ni terus memasak;)
akak...janji boleh makan...hehe..
ReplyDeletetetiba lapar muffin...
bagus belajar cuba2 uji kaji masa sekolah lagi...nanti dah besar dah pandai masak dan buat kueh segala bagai..;-)
rajinnya anak dara tu, mesti ibunya pun macam tu.. macam manalah Iman nanti bila dah semakin membesar kalau ibunya syik bw je.. susah hati memikirkan anak2 yg semakin membesar.. almaklum x da pengalaman, bleh belajar nie..
ReplyDeletebagusnya anak akak. yang penting dia cuba buat kan. tu dah tau jadi macam tu, next time try lagi mesti dah ok sikit. lama2 kalah mak dia:)
ReplyDeletealahai bestnya kalau selalu bau aroma kek dlm rumah...sedap ke tak cantik ke tapi bau kek mufin tu mmg pcl suka la...pandai dorang guna masa terluang tu kan!
ReplyDeletehehe..melimpah sampai keluar dr tebing dalam oven lg.. xpe sekurang2nye mereka usaha buat.. sy mmg xpndai dan malas laa..
ReplyDelete:)
wah .. akak zakie.mana muka chef nya nih.. hehee..
ReplyDeleteserious saya rasa chef ini adalah sgt comel...hehe. .kreatif tuh!walaupun senget benget muffin tapi masih nmpk marbelessss!;) tudung periuk ape ye kak die guna tu..hahaha tergelak saya baca...ok,next entry akak letaklaa gmbr chef tu...hehehe
ReplyDeleteanak saya yang kecik pun dah mula tulis resepi dalam buku.
ReplyDeletekadang-kadang dia buat juga eksperimen.
@ Ucu Faridah: Hahaha.... dapat jadi macam Ucu pun kakak boleh bangga
ReplyDelete@ ainhany: Lihatlah anak buah Ucu. Dia menggodak di dapur kakak. Sejak dah habis periksa ini internet dan dapur dah sinonim sangat dengan Yasmien Cu...
@ eelobor: Dia jenis suka makan ee. Mana tak mahu jenguk dapur. Sehari berkali-kali dia masuk dapur tau hihi...
@ Daddylicious: Daddy tunggu Princess twin daddy mesti sama juga tak lama lagi
@ Iza Teratak usang: Dah selalu mencuba sebenarnya
@ Afida Anuar: Kenangan dish pertama yg Fida masak mesti tak boleh lupa kan hihi...
@ ILA honeybunny: Sementara suka kakak biarkan Ila. Tak lama bila dah masuk asrama mana ada peluang
@ aimaniman: Terlebih rajin iman. Sementara cuti sekolah mama biarkan dia nak cuba apa saja resepi yg dia suka. Mama berblog masa kerja aje tau sayang... kalau di rumah mama tak buat ini semua
@ Cik Jatt: Tapi kakak lebih suka kalau nak buat biarlah kakak lihat so taklah jadi macam ini CJ
@ PCL: Bau aroma kek bialah PCL semerbak satu rumah tapi bila dah masak paten dah lain hihi...
@ shera haifa: Lihat resepi dari internet banyaklah sayang... cubalah try and error biasalah
@ Fatin Marz: Dah selalu ada dlm N3 kakak. Yg 12 tahun itulah dia
@ maya amir: Dia tak tahu lagi kakak masukkan dlm blog kakak pasal ini. Kalu tahu mesti dia malu maya...
@ Cikli: Budak perempuan mesti ada minat masak Cikli. Cuma berani tak berani saja. Kakak memang biarkan asal saja bukan yg guna air panas...
ReplyDeleteala.. kalah kak lady buat.. bentuk kak lady buat kuih raya br2 ni mcm ni lah~..
ReplyDeleteuntuk anak kak zakie : xpe dik.. wajahnye x cantik tp mesti rasanya tetap enak.. :D.. lain kali cuba lagi tau..
@ LadyBird: Tapi biasanya kalau rupa tak cantik selera nak makan pun kurang kan...
ReplyDeletehehehehehe
ReplyDeletewalaupun senget2
tapi comeiiii
sebb ada semngat nk buat
heeee
mest sedap
rupa x comei x pe
yg pntg sodap!=]
@ aimie amalina: Comei ke apa mimi kalau dah senget-bengat macam-macam bentuk. Dah dibuat kenalah makan juga cuma tak bolehlah nak bagi kawan hihi....
ReplyDeletetak kisahlah x cantik..yg penting kesungguhan..
ReplyDeletemesti sedap kan? :D
@ makdara TERdiva: Anak kakak yg satu ini memang suka lihat resepi dlm internet lepas tu dapur kakak jadi makmal dialah...
ReplyDeleteok la tu kak.. atleast yasmin berani mencuba.. :)
ReplyDeleteSEDAP NYER!!!!
ReplyDeletepujian patut diberikan sbb berani mencuba....
ReplyDeletewah bagus nye...nak buat kejutan untuk mak nyer...
ReplyDeletesedapnya :)
ReplyDelete