Wednesday, December 7, 2011

Cuti lagi - Perjalanan Pergi

Pada hari Khamis 01-12-2011 aku bekerja setengah hari dan pada petang yang sama juga kami sekeluarga telah meninggalkan Johor Bahru menuju ke destinasi yang dirancang. Memandangkan badan masih letih kami bermalam di Muar, rumah Kak Uda aku. Selepas sarapan bersama kami menyambung perjalanan menuju ke Terengganu. Doa kami dimakbulkan Allah kerana tiada hujan turun walaupun cuaca awan mendung mengiringi sepanjang perjalanan kami.

Bersarapan - Juadah sarapan pagi yang disediakan oleh Kak Uda dan anaknya Nurul yang juga masih bercuti dari kolejnya.
Al-Quran - Ada juga yang suka bila bercuti tidak perlu datang untuk mengaji dan ada juga yang sentiasa bertanya berapa lama cuti mengaji (jenis yang rajin)Bandar Muazam - Kami berehat di bandar Muazam untuk makan tengahari dan solat jamak zuhor dan asar. Aku membeli buah berangan sekilo RM 24/- sebagai kudapan Indah - Menikmati keindahan sepanjang perjalanan dilalui sehinggalah kami terperangkap di Kemaman kerana sistem jalan sedang dinaiktaraf. Tiba - Jam 5:15 petang kami tiba di Homestay yang telah ditempah lebih awal oleh anak saudara aku yang bekerja di Petronas, Kertih




~~ Menikmati keindahan negeri yang rata-rata berbangsa Melayu. Dialek digunakan seronok didengar membuat adik sentiasa tersenyum simpul. Pelat kata adik.~~





65 comments:

  1. jauh perjalanan banyak pengalaman

    ReplyDelete
  2. ooh egi terengganu rupanya..pegi pasar payang x nnt?


    buah berangan tu sy x penah makan..sedap eh kak?

    ReplyDelete
  3. Banyak tempat di negara kita yang mendamai dan menenangkan serta memberi pelajaran bagi yang mahu pengambil pengajaran, kan? :)

    ReplyDelete
  4. seronok jejalan kenal tmpt org kann.. sila lanjut smpi ke kelate lak.. kih..kih... shopping kat rantau panjang..:)

    ReplyDelete
  5. Homestay tu ok tak kak? Kami pun nak ke Kerteh nanti. Ada kawan cakap pasal Homestay di sana, tp yus tak pasti yang mcm mana sbb kawan tu bincang dengan suami aje.

    ReplyDelete
  6. saya tak pernah sampai Terengganu kak...sedih kan...huhu...

    ReplyDelete
  7. lia dah 2x ke t'ganu..mmg seronok ke sana,org t'ganu murah dgn senyuman n peramah..

    ReplyDelete
  8. oh patutlah pergi terengganu g jalan2 eh..seronok eh kak..tak hujan ke kak?

    ReplyDelete
  9. saya hari tu plan nak ke Tgnu juga, cuma risau banjir..sebab musim tengkujuh

    ReplyDelete
  10. Seronoknya bjalan ye kak, heheeh pelat ye adik, tak biasa dgr rasa teruja dgr diorg bertutur, kepok lekor Dan Sata ikan satuuuu!!! Hihi

    ReplyDelete
  11. wah sronoknyaaaa...
    ada ole2 tak? hihi..
    sy suka buah berangan tu...
    adik ipar sy org t'ganu (marang)

    ReplyDelete
  12. selamat datang ke TRG kak..tanah kelahiran No tu hihi..pasal loghat memang No xleh nk kata apa sebab anak2 No pun cakap No ngan AbangLan cakap PELIK hahahaha..

    bab kat kemaman tu (bukit kuang) mmg sll jem skarang..hai, xtau la bila nak siap jalan tu..

    ReplyDelete
  13. bestnya jalan2.hmm..lme dh xjejak kaki ke ganung.

    ReplyDelete
  14. dok kabo pun mari ganu...
    kalu dok..boleh juper...=)
    faham kan??ngeeee

    ReplyDelete
  15. singgah le beli kepok losong dkt dgn kemaman - cherating. sedappp...!!!!

    ReplyDelete
  16. wahhh bestnyer bercuti2 nih kak... dana pun lama tak blik kg mertua kt kerteh tu... mungkin raya cina nnti balik sana sbb adik ipar kawin..

    nk balik kang jgn lupe singgah kt kemaman beli kopok leko ngn kopok keping kt situ kak,juga sata... sedap rugi tak cube...

    ReplyDelete
  17. wah, kemamang..kopok lekor sedap tuu...

    ReplyDelete
  18. Sonoknya jalan2! Sy rindu nak jln ganu sane! Sata kemamang maha....bek beli sata kuale ganu...murah. saiz besa2 belake...hiks!

    ReplyDelete
  19. best bila dapat cuti-cuti bersama keluarga.. seronok.. ;)

    ReplyDelete
  20. zana suka buah berangan.. walaupun mahal, tp pantang jumpa mesti ank beli.. sedap!

    ReplyDelete
  21. Seronok yer kakzakie dapat bercuti bersama keluarga...nampak buah berangan ingat saya pd lelaki china penjual buah tersebut Di Cameron Highland...bas yg saya naiki tidak boleh tunngu sehingga buah berangan tu dimasak...saya hampa...lantas lelaki china tu berikan saya lebihan buah berangan yg dah siap dimasak sebelumnya...lebih kurang 10 biji secara percuma..ini saja rezeki kamu katanya...saya terharu...

    ReplyDelete
  22. lama tak pegi terengganu...

    semoga bergembira dalam percutian bersama keluarga...:)

    ReplyDelete
  23. wah syok tu bcuti..semoga segalanya selamat :)

    tingin sgt nk ke tganu sbb dah laaaammma sangat tak pegi :)

    ReplyDelete
  24. dengar citer terengganu tempat yang cantikk...
    mesti banyak borong ni...
    best2..

    ReplyDelete
  25. munna suka buah berangan... tapi nak buka kulit yg keras tu malas sikit

    ReplyDelete
  26. masa sy balik kmpung hari tu pun sempat snap gmbr awan...cantik n tebal2 awan..rasa tenang je =)

    bila nak try bcakap dialek org lain mmg kelakar..mcm2 bunyi keluar..hehe

    ReplyDelete
  27. salam kak zakie..bestnya g melancung ke Trengganu!.Tingin gak nk g...InsyaAllah,ada rezeki sampai la nanti :D.
    Nk tanya la kak..homestay yg akak dok tu area mana & bape $$$$ tuk semlm?

    ReplyDelete
  28. Kakzakie...jangan lupa singgah kat pasar payang,lepas tu solat kat masjid crystal.

    ReplyDelete
  29. jauh perjalanan luas pemandangannya..makang ikang..

    ReplyDelete
  30. assalamualaikum akak.

    akak nak tanya, buah berangan rasa apa? hee, tak pernah pun rasa sebab dulu tak tahu pun tu buah apa. and kat tempat saya ni memang payah nak jumpa.

    akak, rumah akak dekat dengan potiteknik premier JB ke kak?

    ReplyDelete
  31. sy orang ganu.. rindunya nk balik ganu.. kalau gi kemaman suka sgt makan sata.. sedapnya kak..

    ReplyDelete
  32. hepy holiday hanis
    juah berjalan luas pandangan

    ReplyDelete
  33. Salam Kak Zakie..

    Cuti-cuti Malaysia ke?.. hihi.. anak2 pasti seronok..

    Akak dok JB eh? kt mana kak?..
    Mak dan Abah zura org Johor kak.. Kami selalu jgk balik ke sana.. Ada di Kota tinggi, Kluang, JB plg ramai.. :)

    ReplyDelete
  34. alamak....baru keluar rumah dah berhenti bermalam di muar? hihihi... dekat jer, baru berapa jam lagi nak sampai ke destinasi

    ReplyDelete
  35. wah cuti2 malaysia masa cuti sekolah eh,, :D bestnye..awat x singgah umah mutiara skejap?

    ReplyDelete
  36. seronok berjalan tempat orang... beli keropok...hehe..

    ReplyDelete
  37. Salam perkenalan..
    1st time singgah d sini..:)

    Bestnya jalan2 ke terengganu.. tempat idaman saya untuk bercuti cuma belum terlaksana lagi..:)

    Follow sini gak..:)

    ReplyDelete
  38. saya dah sampai kemaman tapi tak pernah sampai KT...insyaallah jika diberi peluang... sampai juga kat sana...

    ReplyDelete
  39. bestnya kak!

    msti pergi pasar payang borong sutera batik..hee..

    keropok lekor wajib beli..:)

    ReplyDelete
  40. Mesti kat teluk kalong yang jem tu kan kak zakie?

    PS: akak, fida ada kat trg skrang ni, cuti emergency, kalau akak ada kat ganu lagi boleh ajak akak datang umah;)

    ReplyDelete
  41. dah lama x g jalan2...rindu nk bercuti bersama keluarga

    ReplyDelete
  42. jauh kak pergi makan angin..terengganu punya loghat banyak bunyi ng...

    ReplyDelete
  43. bestnya.. dpt ke x nureen jln2 christmas ni yerr??

    ReplyDelete
  44. sedapnya buah berangan... seronoknyaa jalan2...

    ReplyDelete
  45. Salam Kakzakie..
    Kakak, selamat bercuti ye...seronoknya pegi Kuala Tganu...makan laksa tganu dan keropok lekor...sedapnyer....saya last pegi tahun lepas kakak...

    ReplyDelete
  46. jauhnya makan angin..yana belum jejak lg terngganu tu kakak..tumpang baca cni ajelah

    ReplyDelete
  47. ooo jenjalan ye..

    sedapnya buah berangan tu..

    ReplyDelete
  48. kak zakie, cik ina nengok ikan bilis tu cik ina tahu yang ikan bilis tu sedap, dan ranggup. cik ina suka gak buah berangan, rasa lemak.

    ReplyDelete
  49. saya suka gi ganu sinve my first time ke sana..esp pasar payang.. hehee.. o the way ada singgah mesra mall?

    p/s: kak zakie, siapa yang mengajar mengaji?

    ReplyDelete
  50. bdr muadzam tu muadzam shah ye kak? kampung izan hehe...

    seronok baca catatan perjalanan akak..kdg2 dlm perjalanan itu mcm2 kita dpt dan jadikan kenangan... nasi lemak tu menggoda kalbu d pg hari yg sejuk ini hehe...

    ReplyDelete
  51. kakzakie, jgn lupa amik gambar 'planet' kat kerteh.. kat tempat minyak tu malam2 lawa sangat .. banyak lampu2 .. hasben saya panggil 'planet'...

    ReplyDelete
  52. seronok berjalan jauh kenal tmpt org kann.. akak mai la ke kelate leh amy bawa jalan hihi..

    ReplyDelete
  53. Terima kasih pada teman-teman yang memberikan komen dalam N3 ini: -

    pB, Rina Avail, kakcik, mama maman, Cikgu Ma, yus (kakak jenis tak kisah yus - janji boleh duduk), wahida, Mamamya, Huda, redza,bujal x, Daddy ziyyad, ajumohit, Sharifah Nadzarah, Mrs. Eady, Pena rozie, No lan, Sweetmama@eija, Arelan, Cheqna, Gadisbunga, norhidana, aanie,Fara, aizamia3, Zana Adieyza, Eye_nee, Lieynanilaz, sisdee, gedek, Qhaifa Nur, Munna, Munnafendy, azatiesayang, zaitun, cinnamon.com, sar (bagi kakak addressnya dik), CT rahani, SUD@IS, Be Simple Beb, Azura Rahman, Acu Sayang, eelobor, Mutiara Bernilai, Aien not Alien, lyza (kakak pun follow lyza), dwaty, Juliet Ira, Afida Anuar (kakak dah balik sayang), Tentang kita, MamaEma, Nureen, Hanis MY, azi, Maya Mayana, Yan, Cik Ina DDC, Fatin Marz, izan (kakak berhenti makan di sana tau izan), Anaa dan Amy Syaquena (lain kali kakak ke sana hihi...)

    Sekali lagi terima kasih semua. Kakak terlalu busy kerana bercuti panjang, baru naik kerja - banyak hendak diselesaikan.

    ReplyDelete
  54. Assalam..
    Tak pernah sampai lagi T'ganu...
    Bestnya jalan2..

    Teratak Usang

    ReplyDelete
  55. seronoknya dpt cuti2 malaysia..

    ReplyDelete
  56. selamat belated datang ke terengganu.
    maaf baru baca entry ni.
    rumah saya 4 pelaung dari noor arfa craft complex.

    ReplyDelete