Tuesday, December 13, 2011

Mencanai kebahagiaan - pertunangan Mohd Shakif - Faezah

Sambil bercuti sambil mengintai bakal anak saudara. Comel, manis dan cantik. Patutlah anak saudara aku tidak mahu ikatan pertunangan lama-lama. Kalau boleh awal tahun depan mahu saja diikat secara halal, tetapi pihak perempuan mahu selepas Hari Raya syawal tahun depan.
Dari kami untuk bakal ahli keluarga kami - Cik Faezah.

Sudah bersiap-siap untuk dihantar ke rumah bakal sepupu anak-anak aku.

Tiga kereta berkunjung - Ini bukan barang hantaran. Kereta kami pun sesekali ingin juga menikmati gubahan bunga. Kek juga kami masuk dalam kotak sebab sudah terlebih jumlah dulang. Janji 7 tiba-tiba terlebih satu. Kami jinjit katakan hadiah - bukan barang hantaran. Yang comel inilah bakal jadi anak saudara aku.

Tertunai hajat - Mak-mak pakat-sepakatan, ayah-ayah mengikat janji, tersarung cincin sebagai ikatan, ciuman kasih moga kekal abadi.

Makan - Selsesai bergambar atas pelamin nan indah, kami dijemput makan di khemah. Makanan terhilang sungguh membuat kami makan berpinggan-pinggan. Selera sungguh setelah berhari-hari makan di kedai/restoran, kini makan di rumah. Sambal belacan huh... sungguh tip-top benar-benar membuka selera kami.

Selesai - Kuih-muih juga terhidang. Ada kuih akok, karipap dan puding jagung. Disebabkan anak aku kata sedap berkali-kali, kuih akok dibekalkan sehingga sebekas besar sebagai bekal untuk dibawa balik. Malu aku... tapi aku juga turut makan sama.



~~Andai ada izin Allah tahun depan jadilah gadis comel ini sebahagian ahli keluarga kami.~~

64 comments:

  1. bakal anak sedara orang mana kak? cantik dan manis gitu..

    ReplyDelete
  2. wah bestnya...
    lagi best makanannya..kikiki

    ReplyDelete
  3. sedapnya lauk pauk dia...peerggh...akok tu yang tak tahan tu...

    ReplyDelete
  4. Selamat bertunang untuk bakal pengantin..

    Ye la kak, klo bleh jangan tunang lama..org kata darah tengah manis masa tu banyak dugaan dan cabaran hehehhe....

    ReplyDelete
  5. Kakzakie...
    sedap-sedapnyer makanan yang dihidangkan...tahun depan seorang lagi ahli keluarga bakal bertambah...:)

    ReplyDelete
  6. moga ikatan kekal ke jinjang pelamin... amin....

    menu sedap2 belaka..

    ReplyDelete
  7. Hiks~ Teringat ms sy dulu. Ceh! Sibuk je kan?

    ReplyDelete
  8. sekarang ni mmg fesyen orang
    bertunang pun ada pelamin kan

    sepupu ati pun mcm gini :)

    ReplyDelete
  9. salam,

    cantik tema hantaran tu :)

    ReplyDelete
  10. Semoga berpanjangan kasih ke akhir hayat mereka. Amin. :)

    ReplyDelete
  11. slmt bertunang utk anak buah akak.ye la,cantik n comey orgnya... =)

    meriah majlisnya kak,menu2 pun sedapnya!

    ReplyDelete
  12. congratz :)

    Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM1000, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/

    ReplyDelete
  13. cantik bakal anak buah akak... dana pun suke kuih akok...tp dana suke yg tak berapa manis... mkn sampai tak ingt kadang tu hehehe...

    ReplyDelete
  14. sy dulu pun tunang tak lama kejap je hahaahaa..

    ReplyDelete
  15. meriah juga majlis pertunangan ni...bila kenduri kawin..sure lagi meriah dari yg ni kan..huhu... :)

    ReplyDelete
  16. amin2 ... umi gembira tengok orang bahgia ..moga segala perancangan berjalan dengan lancar ..amin :)

    ReplyDelete
  17. Selamat bertunang bakal pengantin. meriah anak saudara kak zakie bertunang., kenduri kahwin nanti mesti lagi meriah.seronokkan . bakal anak saudara tu memang cantiklah kak zakie, comel je orangnya.

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum akak.

    saya pun ada azam ni takmo tunang. teruskan aja. ahah

    ReplyDelete
  19. meriah majlis pertunangan ini..
    cantik2 barang hantaran..:)

    ReplyDelete
  20. amin~ semoga urusan ke walimahnya sentiasa dipermudahkan

    ReplyDelete
  21. banyaknya juadah...apapun semoga kekal ke jinjang pelamin.

    ReplyDelete
  22. Salam KakZakie...ooo anak sedara ya? ingatkan anak akak yang bertunang...hehe..bila lagi anak akak pulak? ...
    memang comel cantik molek bakal isteri anak sedara Kak Zakie tu...

    Azzah
    http://www.nurazzah8.blogspot.com
    http://www.buttonplanetent.blogspot.com

    ReplyDelete
  23. cantik dan lemah lembut raut wajah dia kakzakie...Semoga Allah permudahkan semuanya..dan InsyaAllah akan dia menjadi sebahagian dari keluarga kakzakie satu hari nnt...

    ReplyDelete
  24. TAHNIAH BUAT ANAK SAUDARA KAK ZAKIE... MMG CANTIK BAKAL ISTERI DIA...

    ReplyDelete
  25. cantik sangat kak , makanan pun menyelerakan..anyway tahniah ye..

    ReplyDelete
  26. Tahniah..dan selamat menyambut orang baru.
    bertambah ahli keluarga kakzakie.

    ReplyDelete
  27. Bagus tak payah tunang lama-lama..

    ReplyDelete
  28. y gambar bakal ibu mertua cium dahi tu.. dari tepi... mmg nmpak cam rozita che wan.. msti cun kan

    ReplyDelete
  29. slmt btunang =)

    gmbr tunangnye sipi2 je hehe

    ReplyDelete
  30. telur masin tu menggoda saya kak...

    semoga kasih mereka kekal abadi...

    ReplyDelete
  31. Terasa manisnya Kuih akok tu kak... Tahniah kpd pasangan ini, smg ikatan yg terbina disusuli dgn ikatan Perkahwinan amiinn

    ReplyDelete
  32. meriahnya majlis pertunangan ni.moga pasangan ni kekal bahagia.
    Juadah2 tu semuanya nampak sedap2 belaka

    ReplyDelete
  33. alahai orang comelkan mesti takut dikebas orangkan.. meriah gak majlisnyer... hantaranpun kemain banyak lagi lyerk..

    ReplyDelete
  34. selamat bertunang kepada anak buah akak.. ;)
    cantik.. ;)
    hantarannya pun menarik.. sweet je..

    dapat bekal kuih akok.. hikhikhik.. kalau ai.. takkan dilepaskan..

    ReplyDelete
  35. Salam Kakzakie..
    tahniah ye..
    sy tk pandang bakal pengantin tu tapi sy asik pandang tang makanan dan kueh2 tu..sedapppp..

    ReplyDelete
  36. Dari hantaran sampai ke makanan semuanya kelassss gituuu...

    ReplyDelete
  37. selamat bertunang buat anak buah akak..:)

    ReplyDelete
  38. Tahniah!

    Layout gambar-gambar tu pun comey lah. Kakzakie memang hebat! Segalanya comel...purple plak...sama tema kawin anak saya dulu!

    ReplyDelete
  39. selamat bertunang..manis orangnya.

    ReplyDelete
  40. cantik warna pilihan.moga berbahagia menuju ke jln yg diredhai Allah

    ReplyDelete
  41. InsyaAllah.. semoga smuanya dipermudahkan..
    nampak sikit.. memang comel.. =)

    ReplyDelete
  42. anak saudara acu pun bakal bertunang minggu depan...langkah bendul mak sedara dia nie...hehehehee

    ReplyDelete
  43. lawa betul bakal pengantin tu.... :)

    ReplyDelete
  44. memang comel....
    aminkak... semoga dipermudahkan semua urusan membina masjid...

    ReplyDelete
  45. assalam kak zakie,
    tahniah buat ank sedara akk..mmg comel calonnyer dan meriah sungguh majlisnyer..semoga menjadi dan kekal abadi nnt..

    ReplyDelete
  46. assalam kak zakie..selamat bertunang buat ank saudara..comil tunangnya..semuga berkekalan hingga kepelamin..amin..thanks ya..

    ReplyDelete
  47. tahniah buat bakal pengantin...semoga selamat hingga jinjang pelamin nanti.cantik hantaran tu kak...makanan pun sedapx2:)

    ReplyDelete
  48. mmg manis orangnya bakal anak saudara akak tu.. semoga segalanya berjalan lancar menjelang hari bahagia mereka nanti.. bestkan kak.. dah makan diberikan bekal lagi.. rezeki.. rezeki.. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  49. alhamdulillah dah sampai jodohnya...
    orang kata darah manis yup...
    meriah, macam2 ada..

    ReplyDelete
  50. salam.....kak,

    selamat bertunang buat en Mohd.Shakif dan Cik Faezah..

    semoga Allah SWT mempermudahkan semua urusan..amin

    ReplyDelete
  51. Semoga bertemu di jinjang pelamin, insyaAllah..

    makanannya yang sedap tu kak..ada akok!.. he he

    ReplyDelete
  52. selamat bertunang ..semoga hubungan kalian kekal ke jinjang pelamin dan bahagia ke akhir hayat

    ReplyDelete
  53. insyallah. amin. selamat bertunang. cantiknya gadis tu :)

    ReplyDelete
  54. Alhamdulillah pertunangan telah terikat doa-doa dan komen dari teman semua kakak ucapka jutaan terima kasih: -

    Mrs Eady, Huda, Sharifah nadzarah, Cik Tie@Akak, No Lan, azi, adarnadzmie, Fara, pB, Ati Masrif, Tihara, kakcik, izan, norhidana, waqheh, nabila_2908 , My Life's Journey, CIk ina DDC (she's the only daughter from two siblings cik ina),sar, lieynilaz, dhiera, JunAina, Nurazzah8, Eye_nee, munna, Amy Syaquena, Acik Erna, Zie, Lyafrina, munnafendy, wahida, ajumohit, win@momysheinqeisha, Cho Zila, aizamia3, Nyanyisunyi, WuMing, Daddy Ziyyad, ahmad humairi, Lydia Miza, Tiramisu Fatiema, Acu Sayang, Kella, gadisBunga, dwaty, ieja amieja, mama ainia, cik Lyndawawa, Nieza, Hanis Azla, Qhaifa Nur, Sekamar Rindu, Afida Anuar (Akok dia tak manis tu yg best:), Original Cik Teddy, Tentang Kita dan Noor Fatin.

    Terima kasih atas segala ucapan yang diberikan.

    ReplyDelete
  55. selamat bertunang..memang comel tuan empunya tu..

    ReplyDelete
  56. insya'allah..semoga dipermudahkan semuanya.. amin.

    ReplyDelete
  57. btul kak comel orgnya, sy bknan dressing merahnya tu...rs nk btunang lg la pulak kihkih

    ReplyDelete
  58. tahniah kepada bakal pengantin baru. jangan tunang lama-lama.

    ReplyDelete
  59. kAK KITA SAMALAH BAGI KALER PURPLE UTK PIHAK PEREMNPUAN.

    TAPI SY BELUM ADA MOOD LAGI NAK UPLOAD GAMBAR SEKITAR PERTUNANGAN ADIK SAYA AYIE 3HB ARI TU..:)

    ReplyDelete
  60. @ MamaEma: Terima kasih Ema

    @ So Shy Lady: Hihi... dah berlalu dah

    @ Cikli: Kami nak cepat tapi mereka (pihak perempuan) tak bagi

    @ CT Norarizah: Sharelah boleh kakak tengok:)

    ReplyDelete