Friday, January 6, 2012

Dia itu emak....

Menjejakkan kaki di pusat membeli-belah. Sementara menanti anak membeli swiss-roll di outlet roti aku melabuhkan punggung di tempat rehat bersebelahan dengan escalator. Tiba-tiba mata terpandang sepasang suami-isteri dan sepasang anak cukup bergaya. Tidak jauh dari langkahan mereka ada seorang wanita berusia lingkungan 60an menyorong trolley. Tangan menolak sambil bahagian dada diletakkan di atas pemegang trolley. Kaki diseret perlahan, kelihatan kurang sihat.

Entah mengapa hati aku jadi pedih bila si lelaki gagah boleh menjerit memanggil si ibu. "Mak cepatlah sikit, dah lambat ni". Tidak ada rasa malu, tidak ada rasa bersalah malah bangga bila ramai yang menoleh sikap biadap seorang anak atau menantu tidaklah aku tahu. Cucu-cucu pula masih boleh tersengih-sengih tanpa ada sekelumit rasa belas melihat si nenek menolak trolley sambil mengheret kaki. Mengucap panjang dan beristighfar aku dalam hati. . Mahu membantu bimbang dikata kepoh pula. Aku tahu makcik itu malu dengan anak, menantu dan cucu yang dia ada.


~~Buat anak-anak sekelian, ketahuilah kudrat gagah kita tidak lama mana. Sampai masa kita pun akan jadi seperti nenek itu. Buanglah sedikit rasa keegoan itu. Gagah perkasa tanpa budi bahasa akan hancur bukan sahaja oleh agama bahkan juga dipandang mata.~~



105 comments:

  1. hmmm...apa punya anak la.aiyaaa...tu memang tak bau syurga la jawabnya

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. masyaallah...sy tak penah jumpa lagi org mcm tu secara live kak..klu jumpa ntah2 sy menangis..sedih tgok anak buat ibunya mcm tu...
    baca n3 akak pun dah sy bayangkan mcmana situasinya..
    mau aje sy sekolahkan anak2nya tu..

    ReplyDelete
  4. kak,saya sedih baca entry ni.diorg tak rasa lagi kehilangan ibu bapa tu macam mana.org mcm ni mmg tak tahu hargai org lain terutamanya mak yg melahirkan dia.mmg takde akal.

    ReplyDelete
  5. salam k.zakie..syiannya makcik tu:(.
    Xder belas kasihan ke anak/menantu/cucunya?

    ReplyDelete
  6. Astaghfirullah......dia tak sedar ke satu hr nti dia akan tua jgak??

    ReplyDelete
  7. salam Kakzakie,

    Syurga itu dibawah telapak kaki ibu...toksah dok buat baik macam mana la,kalau kita derhaka,buat iniaya kat ibu kandung kita sendiri,tak bau syurga lah jawabnya....

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. He he Kakzakie,

    N3 sorong trolley di pasaraya ni teperecik terus ke muka kak ani dan abang. Kerana kisah kami tolak trolley pulak ada rahsia.

    Rahsianya, walaupun anak-anak ikut, tapi kami memilih untuk menolak trolley tu. Tujuannya sebagai tempat bergantung dan berkuat untuk lutut dan kami yang sakit. Dengan menolak trolley, jadi kuat sikit kaki untuk berjalan.

    Bila baca N3 kakzakieni, teringat budak berdua yang selalu ikut kami shopiing tu, mesti orang akan berfikir seperti yang kakcik fikirkan!!!.

    Sedangkan mereka berdua beria2 tak beri kami tolak trolley tu. Nampaknya lain kali kena fikir juga pandangan negatif orang pada anak kita.

    Terima kasih kakzakie menyedarkan kami.

    ReplyDelete
  10. minta dijauhkan... sedih sy bc.. belum lagi didepan mata..:(

    ReplyDelete
  11. Ya Allah minta2lah ini x jadi pd anak kita semua, amin....

    ReplyDelete
  12. tak sangka memang wujud betul2 anak-anak macam ni~ eiii...

    ReplyDelete
  13. sampai hati dorang buat mak macam tu..apa la jenis anak ni..sedih.. :(

    ReplyDelete
  14. sedihkan kak klu kita tgk ngan mata sendiri kejadian tu... apa punya anak n menantu boleh biarkan mak yng x sihat tu tolak troley..bole lak senang lenang diaorg berjalan...gerammm betulla...

    moga anak2 kita nnt x buat pada kita kan kak...huhu...

    ReplyDelete
  15. aduh...sedih sebak baca entry akak kali nih... nk menangis rasanyer...
    lupe kah dia,atau mungkin dia sngja bt tak tau, SYURGA ITU DI BWH TPK KAKI IBU....
    kalu di dpn khalayak umum pun bt mak nyer camtu, kt umah camne agaknyer...

    ReplyDelete
  16. YaAllah kak, yus yang baca pun turut sedih kepada nasib ibu itu. Kesiannya.

    Anak itu tak perasan selagi tak di tegur kak, agaknya cuba rakam, lepas tu tunjuk dekat dia, apa perasaan dia agaknya kalau esok dia tua, anaknya pula buat macam tu...huhu

    ReplyDelete
  17. anak jenis ape tuh?haishhh, melayu ke?

    ReplyDelete
  18. ye ke kak? ishhh,tak baiknya..sampai hati dia buat mak dia cam gitu..

    ReplyDelete
  19. moga kita beringat ek akak..

    ReplyDelete
  20. alaa jgn la buat mak mcm tu.... =(

    ReplyDelete
  21. herm... tak tahu jugak nak kata kak.. tapi tulahkan.. tenaga kita ni tak lama mana pun.. muda2 ni pun kekadang lemah jugak.. inikan pula ibu kita yang lutut nak berdiri gagah pun tak kuat.

    ReplyDelete
  22. Subhanallah...baca komen Kunang2, mungkin jugak emak menggunakan troley sebagai 1 cara utk membantu dia berjln...betapa cepatnya kita membuat anggapan negatif, kemudian memberi komen2 yg juga negatif. Cuma cara anak menyuruh ibunya berjln cepat (secara tak langsung memalukan ibu sendiri)adalah keterlaluan... wallahu'alam

    ReplyDelete
  23. Subhanallah...baca komen Kunang2, mungkin jugak emak menggunakan troley sebagai 1 cara utk membantu dia berjln...betapa cepatnya kita membuat anggapan negatif, kemudian memberi komen2 yg juga negatif. Cuma cara anak menyuruh ibunya berjln cepat (secara tak langsung memalukan ibu sendiri)adalah keterlaluan... wallahu'alam

    ReplyDelete
  24. hmmm,ada juga anak2 yg begitu kan..ingatkan cuma di dalam drama...semoga anak itu sedar

    ReplyDelete
  25. betoi der orang gitu yerk.. kalau bukan mak sekalipun rasa tak payahler nak menjerit kot... ni kes selalu cakap kasar punya sampai tak perasan bendatu betoi atau salah....

    ReplyDelete
  26. Ya Allah zalim nya lah kan..simpati pula baca story ni...

    ReplyDelete
  27. Ya Allah. sedihnyaaa rasa. sampai hati anak2 dia wat cmtu. patutnya dia yg sorongkan troli tu dan pimpin tgn ibunya. ish2. anak2 zaman skrg..

    ReplyDelete
  28. akak...menitik airmata Liza baca n3 akak ari ni...ye la Liza dah xde mak...sedihhh

    ReplyDelete
  29. dahlah jalan pun tak larat ni nak minta tolak trolley..sedih rasanya

    ReplyDelete
  30. Semoga apa yang kita fikir bukan seperti yang berlaku.. dan harap² yang baik².. tapi jika terbukti memang anak² itu lupa dirinya harap² Allah bukakan pintu hati mereka untuk berubah.. sedih kengkadang.. Ya Allah.. semoga aku tidak akan meninggalkan ibuku 'di belakang'.. Amin..

    ReplyDelete
  31. hurmmm
    ase sedih pulak bace kak
    dah di khalayak ramai
    :(

    saya harap sy tidak begitu..

    ReplyDelete
  32. Masa anak itu tidak berdaya nanti, mungkin baru dia teringat akan airmuka ibu yang dijatuhkannya. :(

    ReplyDelete
  33. ya Allah,cik boleh bayangkan mcm mane keadaan makcik tu mase tu..sebaknya dlm hati..teganya ank mlayan seorng ibu mcm tu..

    ReplyDelete
  34. salam kak zakie,

    kalau ye pun tak payahlah nak menjerit-jerit cam tu : ) doniya sekarang banyak yang tak tau adab : (

    ReplyDelete
  35. KEJAMNYA!!!! tak malu betul dengan orang sekeliling bila dia menunjukkan perangai buruknya itu...

    ReplyDelete
  36. sdihny bila dga cite2 mcm ni...

    smoga si anak tu sedar akan pbuatannya..huhu

    ReplyDelete
  37. ank2 semakin semakin hilang rasa kasih sayang terhadap ibubapa..hu2x..atau dunia semakin akhir zaman..hu2x..

    ReplyDelete
  38. sedih juga..

    terus teringat mak..
    patut dia tak suka nak ikut
    kemana2 kalau keluar

    ReplyDelete
  39. astagfirullahhalazim...
    sampai hati buat mak macam tu... apa jenis anak lah macam ni...

    jangan heran lah - kalo satu hari nanti
    anak2 dia plak buat dia macam tu....
    dia sendiri yang tunjuk teladan yang tak baik depan anak2!

    ReplyDelete
  40. mcm2 manusia ni...dahlah tak tolakkan troli sendiri dah tu jerit pulak..kita yg baca mcm rasa darah naik ke muka..

    ReplyDelete
  41. Ya Allah..semoga kita dijauhi dari sifat2 sebegitu

    ReplyDelete
  42. ermm.. sedih lak baca entry akak nih.. semoga dijauhkan kiter benda2 yg macam ni..

    ReplyDelete
  43. kunjung balas dan tumpang lalu di cni.. :)
    sedihnya baca entry ni..harap2 kita tidak begitu..

    ReplyDelete
  44. dia lupa kan..satu hari nanti..dia akan tua..dan anak dia juga akan buat dia macam tu... :)

    moga kita jadikan pengajaran dari kisah ni... :)

    ReplyDelete
  45. Sedihnya.. selama ni selalu tgk dlm drama ja. Kesiannya. Mana pergi kasih sayang dalam diri mereka?

    ReplyDelete
  46. istifar saya segenak bila baca entry nie.

    smoga kita dijauhkan terus berperangai camni..dah le suruh ibu tolak dah tu siap suruh cepat lagi..saya nie klu boleh handbag mak saya nak saya bawakan sekali tapi kang org kata gile kuasa lak semua bag nk bawa muahahahahaha

    ReplyDelete
  47. Semoga lelaki itu insaf...mmg ramai anak yg dah tak hormati ibu bapa...tapi saya pernah dgr ustaz cakap, bahawa cara kita besarkan anak (sumber rezeki, didikan kita) yang akan membina jati diri anak kita..

    ReplyDelete
  48. nau'zubillah, itu bukan anak, itu binatang

    ReplyDelete
  49. macam2 kerenah manusia...teringat terus sy ibu di kampung...

    ReplyDelete
  50. Assalamualaikum.

    Na'udzubillahiminzaalik. Mohon dijauhkan daripada sikap sebegitu.

    Salam ukhuwwah.

    ReplyDelete
  51. assalamualaikum kak.

    erm, macam takda sivik je. dan pastinya dah nama pun bergaya ni dri golongan terpelajar kan. cuma mungkin terlebih didik. astaghfirullahalazim. jauh ler bau haruman kasturi tu gamaknya. takutnya..

    ReplyDelete
  52. huhu sedih aje baca, dia tak tahu ke kalau layan orang tua tak elok jadi contoh tak baik untuk anak2 mesti anak2 pun akan buat macam tu juga, allah maha adil...

    ReplyDelete
  53. minta dijauhkan dengan sikap begini...

    ReplyDelete
  54. Pesan arwah abah akak dulu, jangan sesekali jadikan mak orang gaji. Sampai sekarang akak pegang dan jadikan dia ratu lagi. Bergenang airmata nih, baca citer mak cik tu. Semoga anaknya cepat sedar dan ibu tadi diangkat ke tempat selayaknya. Amin.

    ReplyDelete
  55. kakzakie..sedih baca kak..tergamak buat mcm tu...kak..kat rumah ita pun baru 2 tiga hari ne baru tahu..mcm ne juga ..suka maki hamun mak sendiri..sedih dan tak sangka...tak tahu nak buat mcm mana..jiran-jiran lain pernah nasihat..tapi dah perangai rupa itu mcm ne.....

    ReplyDelete
  56. sedihnya! sangat sedih... dunia dah terbalik!

    ReplyDelete
  57. Ya Allah.... jauhkan aku & anak aku serta keturunan aku yang mempunyai sikap seperti anak itu.

    ReplyDelete
  58. elok sgtlah tu...esok2 anak dia pulak yg buat dia camtu

    ReplyDelete
  59. Allah...pilu rasa bila baca kisah anak2 memperlakukan mak ayah lagu tu...

    ReplyDelete
  60. sedihnya baca kisah ni kak...syurga di tapak kaki ibu memang tak kan ada la kalau org bersikap begitu pada ibu.

    ReplyDelete
  61. As-salam Kakzakie
    Kalau pun si ibu menolak troli itu kerana mahu dan perlu berpaut kepadanya, si anak sepatutnya berada dekat ibu, atau sama-sama menolak. Tapi jika si anak memang jenis tak bertimbangrasa, dan menjerit-jerit pula pada ibunya, memanglah dia spesis yang biadab dan goblok kelas satu.

    Selamat Tahun Baru 2012, Kakzakie!

    ReplyDelete
  62. kelak anak mereka akan melakukan perkara yg sama sptmana yg mereka lakukan.. ingatlah anak2.. setiap yg kita lakukan terhadapa ibubapa kita pasti kita akan menerima balasan yg sama.. merasai apa yg telah dirasai oleh kedua ibubapa kita dek perbuatan kita...

    ReplyDelete
  63. kasihannya...suatu masa dia pasti menyesal nanti..

    sorry berlori-lori baru sempat dtg...

    mama 3minggu sekali kemo,rambut dh mula gugur...ada adik lelaki tinggal dgn mama...

    ReplyDelete
  64. teringat satu kes dulu...hari tgh hujan...mak yang kluor dari kereta mewah beli goreng pisang,sedangkan anak/menantu senang2 menyandar dalam kereta mewah...itulah secebis kisah SiTanggang Moden

    ReplyDelete
  65. Terima kasih di atas segala komen pihak teman blogger atas N3 kakak yg ini: -

    arelan, Sharifah Nadzarah, Irfa, Mrs Eady, Hani@debumelukut, Pok Amai-amai, CT shah, azatisayang, anamuslimah, Ros, Kunang-Kunang (kalau dia tak jerit mungkin org tak persan kak Ani - tapi jeritan itu membuat semua org menoleh dah tahu), mama maman, Cikgu Ma, dhiera, Nazayiena, Amira, adarnadzmie, norhidana, Yus, Mishter Izan, Huda, Tiramisu Fatiema, Ratu Kebaya, Munnafendy, Ummu (kalau dia tak jerit org tak perasan sebenarnya Ummu - apa salahnya kalau bersuara lembut betul tak), Ila, Cho Zila, Tihara, alisha kirana, Liza, Qhaifa Nur, Mama Morza, aimie amalina, kakcik, Original Cik Teddy, Cik Ina DDC,ajumohit, acheeqa farhana, mama aini, Ati Masrif, miloais milo, munna, suri solehah, ct rahani, imaan09, nabila_2908, sisdee, Daddy Ziyyad (betul makanan diberi boleh menjadi darah daging membentuk perwatakan seseorang anak), Orlando Ahamd, Ladysirna FA, ashrafi, sar, Hanis MY, MamaEma, Aida (setuju cari pembantu selain mak kita), anitadiana, Amie, eelobor, redza, Afida Anuar, nieza, Temuk (itulah cikgu kalau pun mak nak jadikan tempat berpaut jgnlah jerit depan khalayak ramai - malu org tua tu), Queen Teratai, gedek, Imanshah, Maya Mayana dan CikTie@akak.

    Semoga N3 ini dapat membuka mata dan hati kita utk lebih peka kerana ibu/mak tak ada duanya di dunia ini.

    Sekali lagi terima kasih buat semua.

    ReplyDelete
  66. SALAM,
    CONTOH YG AMAT BAIK DIKETENGAHKAN MELALUI ENTRI ... SATU REALITI .. HARAP KITA, ANAK2 DAN ORANG MUDA SEDAR TENTANG PERKARA INI .... BANTU DAN PERMUDAHKAN URUSAN ORANG TUA .. BUAT DGN IKHLAS KERANA ALLAH SWT .. INSYAALLAH GANJARAN PAHALA AKAN MENYUSUL ... WALLAHUA'LAM

    ReplyDelete
  67. roda troley tuh bulat kan, kak? so sendiri pikir... pastuh, ingatlah iklan petronas yg ada lagu 'anak' tuh... confirm insaf..

    p/s: kak, organizelah gath d area johor pula. surely respon menggalakkan. percayalahh!!

    ReplyDelete
  68. zaman skrg nie x heran kalau dgr macam tuu .. kalau depan ieda ada yg kurang hajar macam tuu , silap hb ieda soud je erghhh !!

    ReplyDelete
  69. sedihnya bca kish ni.. ada jugk mnusia cmni sekrg ni.. isk2

    sy follow sini, slm kenal...

    ReplyDelete
  70. Anak tak mengenang jasa.

    Kak Zai pernah menolak trolley masa tengah mengandung kebetulan hubby pun tolak satu manakala mak mertua lenggang kangkung aje. Mulanya terasa marah juga sebab kita nak bawa perut lagi tapi bila fikir semula orang tua kita kena hormat.

    ReplyDelete
  71. patutnya tampar aje org mcm nih!

    ReplyDelete
  72. kekadang ringan tulang kita bukan pd tempatnya...

    ReplyDelete
  73. Bagaimanalah perasaan ibu itu ye.. pasti malu mendapat anak sepertinya

    ReplyDelete
  74. haiisshhh...tak menghargai semasa ada, dah pejam mata nanti nak nyesal pun tak guna dah...buat saya rindu pada arwah mak...

    ReplyDelete
  75. Hmmm...salah kah ibu mengandung?

    Salam ziarah,, saya follow blog awak ye.. Tq

    ReplyDelete
  76. masyaallah..zaman sekarang ada lg si tanggang yer..sedih dan hiba mendengar..klu melihat dengan mata sendiri apatah lg..

    ReplyDelete
  77. subhanallah...tak penah berdepan dgn realiti sebegitu lagi..

    ReplyDelete
  78. itulah nilai yg makin tiada hari ini..

    ReplyDelete
  79. sepatutnya kasih sayang, hormat dan paham mesti melekat dihati anak2 yee..

    ReplyDelete
  80. mintak jauhlah dari melakukan perbuatan seperti itu..

    ReplyDelete
  81. pernah juga jd mcm tu depan mata ms nk byr barang..si emak tolak trolley yg penuh dgn barang..anak pula suh cepat2..dahla ramai org time tu manala nk menyelit2 lg..kesian sy tgk

    ReplyDelete
  82. spesies manusia mcm tu memang wujud di mana2 pon kat bumi ni, depan mata saya sendiri pon ade.

    sedih.. ):

    ReplyDelete
  83. Sekali lagi kakak amat berbesar hati atas komen-komen yg diberikan. Moga scenario ini dijadikan iktibar kita bersama: -

    luanfikiran...mari kita, akuzle ayu, ieda, Seputihsalju-(kakak dah follow juga), Zaitun, Nini D, PCL, Nida Eiza, DeruOmbak-(kakak dah follow juga), Puan Kutu, Alin Marlini, Fatin Marz, Sal, cheqna, Sarah Syazwani, lieynanilaz dan Cik Gee.

    Terima kasih semuanya:)

    ReplyDelete
  84. Rase marah n sayu bila baca n3 ni...
    Ade gak kisah ni di dunia nyata,ingtkan dalam drama aje... :(

    ReplyDelete
  85. sedehnya baca... urmm. semoga saya dan yg lain2 tidak begitu..=)

    Jom baca kejap =)
    http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/iman-kita.html

    ReplyDelete
  86. Astaghfirullah...

    semoga anak2 kita nnt tak perlakukan kita sebegitu rupa...

    ReplyDelete
  87. entry ini sangat menyedarkan untuk saya menjadi anak yg lebih baik lagi.. terima kasih kak..

    ReplyDelete
  88. tunggu balasan je la....ade ke wat mak cenggitu...

    ReplyDelete
  89. isk...sentap betul kak...
    kl kite kan, mesti laa kite ke atau hubby kite yg tolak troley...pastu cakap, mak, mak nak apa2, nnt mak masuk kan je dlm troley ek...takde lee sampai nak suh mak kite tolak troley kan kak...apa daaaaa

    ReplyDelete
  90. sedih nor bc entry akak nih...tringat kat mak..

    ReplyDelete
  91. saya kak.... tak boleh tengok org tua berkerja... kalau pergi keja terpandang makcik2 dan pakcik bersihkan ofice pun saya dah rasa kesian... terkadang terpikir kenapa anak2nya biarkan dia kerja... tapi pikir positif maybe makcik tu sendiri yang nak kot...

    mak ayah saya masih kuat tapi saya dah larang dorg kerja... biarla saya yang tanggung dorg...

    ReplyDelete
  92. anak kurang ajar...bkn mak tak ajar, tp sikap biadap keterlaluan.sian makcik tu...huhu

    ReplyDelete
  93. kesiannya makcik tu...

    kita selagi daya selagi tu la nak senangkan ibu bapa.bkn dgn wang ringgit aje tp senangkan hati mereka kan kak..

    ibu takde galang gantinya di dunia ni..

    ReplyDelete
  94. tak pernah lagi berjumpa orang macam tu.. biarlah ai langsung tak jumpa..

    memanglah itu mak dia tapi bukankah wanita itu yang mengandung dan menjaga dia dari lahir sehingga kenal dunia luar..?

    ReplyDelete
  95. Assalamualaikum...

    Kak, saya suka dgn penulisan kak! Best!

    ReplyDelete
  96. @ Cik Shinju: Itulah dia Yun, manusia macam-macam...


    @ L : Betul jgnlah kita begitu


    @ wahida: Takut kan wahida. Kena didik anak kita dgn agama


    @ Hanis Azla: Kalau iman ada insya-allah tak jadi begitu Hanis


    @ jedi: Harap dia sedar sebelum sendiri terkena


    @ azian: Biasanya begitulah cara anak melayan mak-bapak Yan bukan seperti yg dilakukan org yg akak cerita di sini...


    @ noor: Beruntung masih ada mak kan noor


    @ dwaty: naluri kita mudah terasa dwaty. Tapi kalau tidak megguris rasa tak apalah kalau dia nak bekerja


    @ Ldia Miza: Geram kan dik...


    @ izan: Betul izan. Lihatkan cucu sakit pun mak izan masih tolong jaga sama kan...


    @ aizamia3: Tak jumpa lagi baik sebab kalau depan mata serba-slah kita jadinya


    @ Hanih Borhan: Terima kasih dik...

    ReplyDelete
  97. betul tu... kak.. mungkin mereka alpa. Haraplah diorang sedar satu hari nanti.

    ReplyDelete