Petang 24 Februari 1992 kejap di ingatan kami. Waktu itulah Izrael yang tidak pernah gagal menunaikan perintah Allah menjemput emak pulang ke alam barzakh. Emak pergi dengan tenang tanpa lama berbaring di pembaringan. Perginya dia di saat kami adik-beradik semuanya sedang berkumpul kerana waktu itu adalah perayaan Tahun Baru Cina. Tidak seorang pun anak emak yang tiada waktu itu. Maha cantik peraturan Allah.
Aku masih ingat lagi. Tengahari itu kakak ipar dan kakak-kakak aku di dapur. Aku, adik dan emak di ruang tamu menikmati kerepek pisang di dalam tin milo. Sebaik makanan terhidang didapur kakak memberitahu untuk kami makan bersama. Oleh kerana mahu ke dapur mak sambil bangun mahu menutup tin milo yang berisi kerepek pisang tetapi terduduk semula di sofa. Kemudian emak bagai tidak bermaya. Kami ramai-ramai memapah emak ke atas tilam bujang yang kami bawa keluar dari bilik. Kami panggil doktor datang ke rumah. Macam-macam wayar dan alat sambungan pernafasan di buat pada emak.
Bapak masa itu pergi jemputan kahwin di kampung sebelah. Bagai tahu dia akan pergi hari itu bapak pergi jemputan kahwin tanpa ditemani emak sebagimana selalu. Alasan emak sebab semua anak-anak di rumah dia tidak mahu ikut. Mak masih boleh bergurau lagi dengan bapak ketika dia menyikatkan rambut dan memakaikan bapak dengan minyak wangi sebelum bapak pergi ke majlis perkahwinan hari itu. Untuk pengetahuan semua arwah mak selalu sikatkan rambut bapak dan anak-anak. Kami adik-beradik waktu itu gelak sebab bapak mulanya tidak mahu dipakaikan minyak wangi kerana katanya pergi sekejap dan mak tidak ikut. Rupanya itulah gurauan terakhir emak dengan suaminya sebelum dia pergi untuk selama-lamanya.
Mak menghembuskan nafas terakhir di pangkuan bapak pada petang 24 Februari 1992 sambil dikelilingi lapan anak-anak yang semunya tidak uzur (boleh membaca al-quran dan yaasin) walaupun anak emak 7 darinya adalah perempuan - maha pengasih Allah. Hari ini genap sudah 20 tahun emak pergi meninggalkan kami. Doa kami tidak pernah putus selepas solat, moga emak ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Khususan ila ruhi almarhumah Hjh. Neema Bt. Hj. Latif al-fatihah....
~~Hargai ibu-bapa selagi hayat mereka ada. Sedih bila semalam bapak menelefon yang dia membeli sayur dan ikan tercicir di jalan tidak sedar sehingga tiba rumah. Hubby ambil cuti emergency untuk balik membelanjakan apa yang patut buat bapak hari ini. Aku dan anak akan menyusul pula esok.~~

ALFATIHAH UTK ARWAH MAK AKAK...
ReplyDeleteSEMOGA ROHNYA DITEMPATKAN BERSAMA PARA SOLIHIN...
Al-Fatihah buat mak akak... Moga rohnya dicucuri rahmat Ilahi.
ReplyDeleteSedih pula baca kisah ayah akak tu, nasib baik menantunya ambil tindakan yang tepat.
al fatihah buat arwah mak akak..moga rohnya tenang dan aman di sana..betul kak, selagi ada ibu dan ayah hargailah mereka..
ReplyDeleteAl-fatihah utk arwah mak akak.. semoga rohnya sentiasa dicucri rahmat.. Amin Ya Rabbal Alamin..
ReplyDeleteSedih dan sebak baca semua ni :(
ReplyDeleteAl Fatihah buat arwah mak Kakzakie.. semoga rohnya tenang disana.. aminnn
ReplyDeletealhamdulillah anak menantu sentiasa prihatin kat bapak.. inilah masa untuk kita hargai mereka setelah mereka berhempas pulas membesarkan kita..
al fatihah buat mak kakzakie.
ReplyDeletesedihnya.. T__T alfatihah utk mak akak..
ReplyDeletesedih baca luahan akak ni. moga roh mak akak ditempatkan bersama org beriman. amin! teringat pada arwah tok dan wan AK, jugak tok nek AK.
ReplyDeleteAl-Fatihah!
alFATIHAH...
ReplyDeletesetiap yang hidup pasti akan merasai mati
Al-Fatihah buat arwah.. moga ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.. sayu nureen baca n3 akak pg ni
ReplyDeleteAlhamdulillah, rezeki arwah dikelilingi suami dan anak2 di saat2 akhirnya.. semoga arwah tenang di sana..
ReplyDeleteAl fatihah buat arwah....betul tu hargai selagi kedua org tua kita masih ada..
ReplyDeletesayu bila bercerita kisah ibu
ReplyDeletepengorbanan dan kecintaan mereka pada kita kan kak
semoga roh arwah mak akak tenang disana .. alfatihah buat arwah ..
Assalamualaikum kakzakie,
ReplyDeleteAlfatihah, semoga Arwah emak ditempatkan di dalam golongan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Ameen.
aduh..sy tak boleh la baca kisah2 mcm ni..lagi2 melibatkan ibu ayah...air mata pasti bergenang... (-_-)
ReplyDeleteAl-fatihah untuk mak akak.....
AL-FATIHAH BUAT ARWAH MAK AKAK...
ReplyDeleteTQ KAK ATS ENTRY NIH
MENGINGATKAN NOR!.....
as salam kak.. thanks atas komen akak pasal entry solat sy tuh.. sy baru update entry tuh dgn letak comment akak.. jemput jenguk balik yer kak.. thanks again kak.. :)
ReplyDeletesalam akak..al-fatihah..Allah lebih sygkan mereka..sentiasa utuskan doa..
ReplyDeletesyahdu hati membaca entry nih..
ReplyDeletemoga allahyarhamah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..
Alfatihah utk arwah mak akak. Sebak dada saya bila baca entry ni, apatah lagi ayah saya sudah lebih 3 bulan terbaring di wad HUSM(masuk wad sejak 13.12.2011).
ReplyDeleteSemoga ayahnya cepat sembuh dan boleh balik ke rumah
Deletesemoga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan dr golongan orang2 yg soleh.
ReplyDeletemak saya meninggal ketika saya bru darjah satu kalau tak silap..hampir 33 tahun yg lalu.
AsSalam,
ReplyDeleteAlfatihah utk arwah ibu, dan masih beruntung ada ayah lagi.
Tersentuh hati sy membaca..Al fatihah..semoga rohnya di tempatkan dikalangan org beriman..mudah sekali cara mak akak pergi..kita ni tak tau mcmn lg..
ReplyDeleteakak..mengalir air mata sy..bila baca ikan ngan sayur bapak tercicir tp tak perasan..
ReplyDeleteYa allah...selagi mak ayah masih hidup ni,xpelah sanggup sy ulang alik kmpung tiap2 minggu smata2 utk ksihatan ayah T.T
Al-fatihah.. Moga roh arwah dicucuri rahmat.. Saya xboleh bayangkan jika ibu bapa sy nanti dipanggil mengadap illahi..
ReplyDeleteAlFtihah untuk arwah ibu kakzakie..
ReplyDeleteAl-Fatihah untuk arwah mak akak..
ReplyDeleteal-fatihah... arwah mak saya baru meninggalkan kami cukup 2 bulan... masih sedih dan rindu padanya...
ReplyDeletealFatihah untuk bonda kakak yang tercinta.
ReplyDeletetiada jasad, tetapi sentiasa diingatan.
Al fatihah buat arwah mak kakzakie.... sedih baca...tapi seronok tengok kemesraan 1 family...betul tu hargai selagi kedua org tua kita masih ada....ita ada mak sendiri aje...ayah ,ayah mertua dan mak mertua dah tak ada...
ReplyDeleteAl-Fatihah untuk arwah emak akak....
ReplyDeleteSedih pula baca entri ni kak...
Semoga arwah emak akak tenang di sana
salam kak zakie..sedih lak atie bc n3 akak ni.Sama la kita kak,kehilangan mak juga cuma skrg tinggal apak dikg keseorangan.Alhamdulilah,masih sihat lg & memsk sendiri.
ReplyDeleteSemoga ALLAH pjgkn usia apak & marilh kita sedekahkn surah Al-Fatihah tuk Arwah Mak atie & Arwah mak akak ya.
Saya pun sudah kehilangan ayah waktu umur 15 tahun... rasa tidak sempat berbakti kepada dia...
ReplyDeleteAl -fatihah buat bonda kakzakie
ReplyDeleteKakya rindu arwah Mak dan Abah..
alfatihah buat arwah mak akak..suri baca catatan kakak kat bawah tu..menitis air mata..suri berjauahn dengan mak auyah yg dah uzur,,rasa diri ni mcm orang yg mengabaikan ibu bapa..
ReplyDeleteAl-fatihah
ReplyDeletebukan semua orang berpeluang bersama dengan orang yang tersayang di waktu saat saat akhir kan?
Al-Fatihah buat mak kakzakie semoga arwah aman disana dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman.
ReplyDeleteAl Fatihah untuk arwah emak...semoga damai rohnya di sana
ReplyDeleterezeki yg diperolehi menampakkan betapa cantiknya rohnya diterima di sisi Allah..Alhamdulillah...
alfatihah..
ReplyDeletesemoga arwah ibu akak, tenag di sana ye...
CM dah baca al-fatihah khususon emak akak. Lama tak singgah sini.. KANGEN!!!
ReplyDeletesemoga ditempatkan di kalangan org yang beriman....
ReplyDeleteSalam kakzakie,
ReplyDeleteAl Fatihah buat mak Kakzakie ya semoga rohnya diterima disisi Allah dan di tempatkan bersama orang2 yang soleh....
N3 kakak ini sekadar mengingatkan kakak pada tarikh pemergian arwah mak kakak. Terima kasih buat semua teman yang turut mendoakan kebaikan mak kakak di sana: -
ReplyDeleteSharifah nadzarah, Nida, Amirah, ct rahani, ikatankasihku, mokcik Azwa, mama maman, yana-feehily, aliesha kirana, eeiyss, Nureen, Hanis Azla, ieda, fieda, Mieza, nabila_2908, noor, Tiramisu Fatiema, Nini D, Shameel iskandar (sentiasa bacakan yaasin moga dipermudahkan tak kira utk segera sembuh atau sebaliknya - redha dik), cinnamon.com, Marina monroe, ariana, Munnfendy, Mama zarif, Acik erna, Mama Ema, Santri TPINI, Henrietta Jose, Cikli, anitadiana, Yus, azatiesayang, Zie, Deru Ombak (itulah juga yg kakak rasa Kak ya), Suri Solehah, kasihibu, Zaitun, Maya Mayana, aimie amalina, Che Mid (alhamdulillah terima kasih CM), Cik Lyndawawa dan Ros.
Sungguh dgn penuh takzim dan kasih sayang kakak mengucapkan jutaan terima kasih atas bacaan fatihah yg disedekahkan buat arwah mak kakak.
Sekali lagi terima kasih dari kakak sekeluarga.
sayu baca kisah ni...
ReplyDeleteal-fatihah buat arwah mak kakak...
Al-Fatihah utk arwah mak akak......
ReplyDeletesalam, saya terpanggil kesini dan juga mengisi kenangan saya terhadap ibu saya. Beliau berada di hospital gh selama 21 hari di bulan ramadhan sehingggalah menghembuskan nafas yang terakhir pada pagi itu..............
ReplyDeletesalam kak zakie,
ReplyDeleteal-fatihah buat arwah mak akak
sayu ati baca kisah akak ini
bahagia sekali akak punya adik
beradik yang sangat mementingkan
kekeluargaan
salam....kak,
ReplyDeletealfatiah buat arwah mak kak..moga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah swt..dan ditempatkan bersama2 orang2 yang beriman..amin..
kenangan 24hb Feb 1992 tetap segar kan kak?..sama2 mendoakan..
salam k zakie ...
ReplyDeletekematian adalah perjalanan pertama utk kite mengutip hasil amal yg kita buat semasa kita hidup didunia ..
semoga buah yg arwah mak kak zakie kutip adalah masak ranum ..
alfathihah utk arwah mak kak...
smg ditempatkan di kalnagan yang terpilih.. ameeeennn..
ReplyDeleteal-fatihah..
Alfatihah... amin.. mudah mudahan mak kak zakie berada dalam golongan yg beriman.. amin...
ReplyDeletejom baca sebentar..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/02/ko-buat-maksiat-semua-kena.html
Tidak lupa kakak sekeluarga mengucapkan jutaan terima kasih atas sedekah bacaan fatihah buat arwah mak kakak:-
ReplyDeleteLieynanilaz, Mulut Payau, Panglima Muda (perginya juga dibulan ya mulia PM), Ati Masrif, Sekamar Rindu, aby, LadyBird dan L.
Moga sedekah fatihah itu diterima oleh Allah hendaknya. Amin...
Sekali lagi terima kasih semuanya.
sama2 :)
ReplyDeleteAl-Fatihah untuk armarhumah ibu kakzakie.
ReplyDeleteAl-Fatihah buat arwah mak kak zakie.... hanya doa mampu munna sedekahkan
ReplyDeleteAl fatihah. Sedih baca entry akk ni. Mak saya tinggal sekali sbb saya anak tunggal. Ayah pun dah tak ada. Kesian kat mak sebab dia rajin sangat buat keja. Tak sihat pun dia buat keje gak. Jenis tak boleh tengok rumah berselerak. Adat la kita keja. Pejam mata sebelah kalau rumah bersepah.
ReplyDeleteSemuga kita yang masih ada ibu bapa ni sihat selalu hendaknya dan dirahmati sentiasa.
Salam prkenalan kak.. kisah akak ni btul2 buat sy hampir mnangis..tringat kt abah di kampung. lepas arwah meniggal 5 tahun lepas abah uruskn dirinye sndiri.. bila akak ckp ayah akak trcicir ikan tuh.. mcm nk nangis bila abah pulak selalu trcicir kunci rumah.. masa mula2 mak meninggal die selalu kelaur rumah tanpa tutup pntu psl ingt arwah mak ada kt rumah... sedih sgt2..
ReplyDeleteWalau ape pun kita kena redha kan kan.. Al Fatihah untk ibu akak dn juga ibu saya.