Friday, February 17, 2012

Harta dan saham kita

Mendengar radio IKIM petang dalam perjalanan balik dari pejabat. Harta dan saham kita yang bernilai sebenarnya tidak banyak kata ustaz tersebut.

1. Makanan yang kita makan dan habis. Kalau yang basi, dibuang semua bukan harta kita.
2. Pakaian/rumah/kereta dan sebagainya yang kita pakai sehingga buruk dan tidak boleh digunakan lagi. Kalau yang masih elok tapi tidak dipakai dan sebagainya ia bukan harta kita jadinya.
3. Sedekah jariah kita walau sedikit. Walau sedikit kalau nilai itu dapat membantu itulah saham di akhirat kelak. Kalau duit di bank kita bertimbun tetapi apabila kita mati ianya akan ditinggal dan dipergunakan tanpa kita ketahui caranya - alangkah sayangnya.

Sebab itulah hanya 3 yang membantu bila kita telah tiada di dunia ini.

1. Segala amalan yang kita lakukan sepanjang hidup di dunia
2. Ilmu dan jariah yang dipergunakan dan diamalkan oleh mereka yang masih hidup
3. Anak yang soleh/solehah yang mendoakan kita

Sama-samalah kita renungkan.


~~Terkejar-kejar mencari kebahagiaan di dunia lupa ada yang susah di sebelah mata. Kelak akan dipertanggung-jawabkan juga ke atas kita. Muhasabah mencari yang terbaik selagi nyawa diberi pinjam sementara Izrael belum datang menjemput.~~


82 comments:

  1. radio ikim memang teman terbaik dalam kereta.
    tetapi, time berita menyampah jugak...eloknya ikim tak perlu siarkan berita mengampu sebelah pihak supaya kekal terbaik

    ReplyDelete
  2. kakzakie...teringat pada dj yg meninggal semalam kan? radio ni kan?

    Betul la ustad tu ckp, bila fikir2kan mmg semua akan kita tinggalkan bila kita pergi. Cuma amalan, sedekah jariah dan anak yg soleh yg bawa kita kesyurga...hrp2 kita semua tidak lupa, berbakti pd keluarga sendiri.

    ReplyDelete
  3. Betul Kak Zakie,

    Itu aje yang tolong kita kat sana nanti.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Kakzakie,

    Alhamdullilah, hanya 3 perkara itu yang tinggal, tiada lain, tiada kekal.

    Terima kasih atas peringatan ini.

    ReplyDelete
  5. salam jumaat kak..
    tq atas peringatan ini...
    byk lagi yg perlu kita pelajari...
    semoga kita semua dapat melakukan yg terbaik utk diri masing2..

    ReplyDelete
  6. Salam.
    sama2 kita renungkan.
    Hari ni dah Jumaat, moga kita sentiasa dlm redha Allah.Amin.

    ReplyDelete
  7. salam kak zakie..
    terima kasih atas peringatan ini kak..sy pun dengar2 jg radio IKIM, tp sambil lalu je(x khusyuk dengar sambil berkemas)..

    ReplyDelete
  8. benar sekalai .. harta walaupun sebanyak mana tidak pernah cukup bagi yang tamak.

    ReplyDelete
  9. klu naik kete, mmg slalu dgr ikim.

    takut jgk bila kain baju kita yg tak terpakai tu persoal kita balik kt nnt, kenapa tak pakai dia.. T__T

    takmo beli baju dah..

    ReplyDelete
  10. terima kasih atas perkongsian ni kak. hmm harta kita mmg xbyk. sobss

    ReplyDelete
  11. Terima kasih atas peringatan ini kak...

    ReplyDelete
  12. betul tu kak,,kdng2 kita terlepas pandang dgn orang2 disekeliling kita yg memerlukan bantuan..

    ReplyDelete
  13. itulah..saya selalu terfikir apa yg saya kejar di dunia ni...harta yg tak pernah cukup..tak pernah puas..yet semuanya tu taj boleh bawak masuk kubur pun...

    ReplyDelete
  14. terkejar2 harta dunia...harta akhirat diabaikan...
    time kasih kak...

    ReplyDelete
  15. tiga perkara tu jelah harta kita.. kalau banyak alhamdulillah.. kalau sedikit kena perbaiki lagi amalan kita kat dunia ni kan...

    ReplyDelete
  16. betul la kak.. hanya tiga perkara tu yg kita bawa ke sana nanti.. sama2 lah kiter muhasabah diri.. :)

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum kak.

    ~hmm.. rindu tak dapat ke mari selalu. huu ~_~"

    terima kasih kak ats kongsi ilmu.
    hmm. kita tak sedar kan tu sume. dah terang yang sebenarnya sume ni pinjaman belaka.

    tapi yang kita keluarkan utk bekalan kat sana nanti, yang tu la paling sikit kita keluarkan sebenarnya. sayang sangat duit yang banyak dalam bank tu kan kan. hmm

    ReplyDelete
  18. terima kasih atas perkongsian.. :)

    muge kak zakie & family sjahtera slalu..

    - Penjejak Mimpi -

    ReplyDelete
  19. betul!!! kita sibuk kumpul saham dunia dan lalai saham akhirat..now nie saya sgt2 mnitik beratkan akhirat utk anak2 sbb hanya agama yg kukuh yg menentukan kita kat SANA nnt..dunia pun diteruskan tak leh tinggal terus ;)

    ReplyDelete
  20. terima kasih mengingatkan kak...

    ReplyDelete
  21. tazkirah yang bagus dipagi jumaat
    salam takziah buat arwah DJ IKIM yang meninggal dunia,
    ayu tau kak peminat tegar radio tersebut..
    mmg banyak info menarik yang dapat dikongsikan,
    alhamdullilah

    ReplyDelete
  22. btol kak...
    seronok sebenarnya denagr tazkirah radio ikim..
    buat kita muhasabah diri sendiri

    ReplyDelete
  23. betul tu akak.... info yang bermanfaat....

    p/s: kak.... nak minta tolong bleh? tolong anis komen kat blog ni.... mekasih ya kak....

    http://manjakucutelovebaby.blogspot.com/2012/02/manja-10.html

    &

    http://wholesalebabynkidsclothing.blogspot.com/2012/02/manja-10.html

    ReplyDelete
  24. assalam kakzakie..terima kasih kongsikan disini..mengingatkan lagi kami semua

    ReplyDelete
  25. terima kasih kak...kat rumah ada pakain utk disedekahkan..cuma masih tak tau harus diberikan...

    ReplyDelete
  26. assalamualaikum kak..

    robbirgfirli waliwalidaiya warham kama rabbayana soghira....

    :-)

    ReplyDelete
  27. terima kasih kakak sebab ingatkan cheqna =)

    ReplyDelete
  28. harta paling bernilai - anak-anak

    kalu rosak harta ni, di dunia dan akhirat kita pon jadik tak bernilai

    ReplyDelete
  29. semoga saya juga beroleh harta dan saham yang 3 itu....Amin...

    ReplyDelete
  30. semoga semua amalan yg kita lakukan diterima oleh Allah swt. amin

    ReplyDelete
  31. nor pun suka dgr radio IKIM..mlm2 dia akn ulang yg siang punya. semoga amalan kita diterima nanti kan kak...moga aiman jd ank yg soleh aminnnn

    ReplyDelete
  32. Tiada yang kekal didunia....

    Terima kasih atas perkongsian...

    ReplyDelete
  33. kakzakie..sgt2 menyentuh n3 nih..tq kak sbb mengingatkan intan n sume org.. ;)

    ReplyDelete
  34. dunia ini ibarat bangkai..busuk,kotor..tapi orang kejar sungguh2..seimbangkanlah..Insya Allah, semuga kita dalam rahmat Allah sentiasa..

    thanks kak..nice entry :)

    ReplyDelete
  35. malu :( kerana asik memikirkan dunia
    sdgkan kita semakin hari semakin dekat dgn MATI

    ReplyDelete
  36. mmg betol tue, harta kemana, amalan yg penting, harta utk dunia semata2..

    ReplyDelete
  37. betul kak, harta yang menjamin mana tempat kita di sana nanti kan....

    ReplyDelete
  38. Assalamualaikum Puan..

    Allah jadikan langit Dan Bumi sgt indah Dan bersih, kalau ia kotor maka manusia lah yang mengotorkannya..kalau ia busuk, manusia juga punya angkara. Semua yang baik itu dari Allah , hanya yang buruk itu Dari manusia.

    ReplyDelete
  39. Tapi menyedihkan bila zaman sekarang ramai dalam kalangan umat manusia yang terlalu mengejar harta dunia.... :(

    ReplyDelete
  40. terima kasih atas perkongsian ni...senang je kan nak buat saham akhirat...

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum KakZakie... moga kakzakie dan keluarga sihat semuanya


    moga anak2 kita menjadi harta yang akan membantu kita nanti

    ReplyDelete
  42. jarang dengar radio ikim...

    anak permata bernilai buat kita, anak jugalah yang akan bantu kita semua di sana...

    ReplyDelete
  43. betul tu kak..
    duit bersusun ntah kemana digunakan..
    amal jariah sedekah yg boleh membantu..

    ReplyDelete
  44. Tq atas peringatan nie,semoga kita dpt ketiga2 yg membantu kita bila dah xde di dunia lg....

    ReplyDelete
  45. salam Jumaat kak...
    Terima kasih atas perkongsian ni...

    ReplyDelete
  46. yer kan kak zakie.. tima kasih masih mengingatkan...

    ReplyDelete
  47. semoga bekalan 3 perkara itu cukup untuk kita di sana nanti.. insyaAllah.. perkongsian yg menarik ni.. terima kasih kak..

    ReplyDelete
  48. semoga bekalan yang 3 perkara itu cukup untuk kita kelak...


    harta dunia habis didunia... :)

    ReplyDelete
  49. saya memang suke dgr radio IKIM kak , tapi pagi2 .. dgr ustaz2 memberikan motivasi pagi , saya dah jatuh cinta ..
    banyak yg baik dan pengajaran dan radio ini banyak terapkan unsur2 islam .. suke saya kak

    semoga semua ini jadi kesedaran pada kita kan kak .. saya selalu lalai huhuh

    ReplyDelete
  50. nampaknya n3 kita lebih kurang sama ye ke..apa mencerlang tu kak..?

    ReplyDelete
  51. betul kak..

    di samping tu kene cr bekalan tuk akhirat jugak..

    tuk bekalan di sana nanti..

    ReplyDelete
  52. itulah harta yang tak ternilai harganya...

    ReplyDelete
  53. terima kasih kakak,,,buat peringatan diri ini...kdg terlalu sibuk dgn urusan dunia..sampai terlupa bekal ke sana

    ReplyDelete
  54. As-salam KAKZAKIE
    Sedihnya, sekalipun berulang-ulang ustaz/penceramah beritahu, lambat pula kita bertindak. Ada ustaz di tempat saya yang selalu mengingatkan, kita hendaklah juga selalu berdoa... selalu... selalu, agar Allah menggerakkan kita untuk melakukan kebaikan.

    Turut bersedih dengan pemergian Allah Yarham DJ Razak. Semoga rohnya diletakkan di kalangan roh-roh para solihin.

    ReplyDelete
  55. kak zakie, really nice sharing..
    betul3x..
    kita sering terkejar kebahagiaan dunia yg sementara..

    ReplyDelete
  56. Sekadar buat peringatan kakak sebenarnya yg ada masanya lupa. Terima kasih pada teman semua.

    Cikli (kadang terpaksa sebab kalau tak langsung tak boleh berkumandang di udara), Zanafahmi, Mak Wardah, Mieza, Sharifah Nadzarah, Mama Ju, ieja amieja, al-lavendari, yana-feehily, aliesha kirana, yus, amirah, Daddy Ziyyad (tak salah cari bebanyak doc. tapi jgn lupa org yg memerlukan - itu lebih baik), aanie, ratu kebaya,mama maman, ct rahani, sar, aku yang berbicara, sisdee, wahida, Citarasa Rinduan , Nini D, Mama Irfan (akak dah komen keduanya), Acik Erna, Mama Ema, sahromnasrudin (amin...), cheqna, cemomoi (untung yg ramai anak kan), eiza, dhiera, redza, miloais milo, noor, Aine Ainun, intan_blur, Tihara, Irfa, Nuren, ajumohit, Deru Ombak (janganlah kita menjadikan tangan kita memburukkan yg indah) , Nida, Cikgu Ma, ibuintan, Qhaifa Nur, Sud@is, Nazayiena, MulutPayau, kayna, Hanis Azla, Aien not Alien, ieda (bulan ini giliran ustaz Badlisyah Alaudin kan - best), cinnamon.dom (tajam mata itulah mencerlang cikgu - penuh makna kan), LadyBird, eelobor, suri solehah, sara, Temuk (itulah cikgu macam kakak nie kena selalu berdoa moga hati tak goyah) dah Teenager Housemaid (boleh kejar dunia tapi akhirat jangan lupa - seimbang).

    Sekali lagi buat semua terima kasih tidak terhingga...

    ReplyDelete
  57. terima kasih atas perkongsian...kena seimbang dunia dan akhirat...

    ReplyDelete
  58. baik untuk direnungkan..sama2lah kita ingat2 untuk kebaikan..

    ReplyDelete
  59. harta anak yang ditinggalkan yg paling merisaukan...

    ReplyDelete
  60. alhamdulillah kakzakie,

    tksih atas perkongsian kak..bguslah dpt info camni di radio ikim

    ReplyDelete
  61. salam kak....t.kasih berkongsi entry yang sangat berguna utk kita semua...kadang2 terbabas jugak.

    ReplyDelete
  62. Semoga kita sebagai anak, dan anak-anak kita tak lupa, bahawa doa anak-anak yang soleh itu yang akan membantu ibu bapa di alam sana...

    ReplyDelete
  63. T'ingat ada satu lagu dari kumpulan nasyid Rabbani, 'Mana Milik Kita'...

    ReplyDelete
  64. terima kasih kerna tolong ingatkan..kadang kesibukkan buat kita lupa akan tanggongjawab dan org yang memerlukan di sekeliling kita

    ReplyDelete
  65. selalu jugak dgr radio nih.. huhu. nk jadi anak yg soleh..=)

    jom baca sekejap..=0
    http://lolz-l.blogspot.com/2012/02/menyekutukan-allah.html

    ReplyDelete
  66. merenung seketika baca entry akak...

    muhasabah diri....;-)

    ReplyDelete
  67. sama-sama mengingati kisah=kisah lalu, yang baik dijadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadann.. sama-sama muhasabah diri...

    ReplyDelete
  68. bagus tu .....kita tolong golongan yang tak mampu...

    ReplyDelete
  69. dek kerana terlalu asyik mengumpul harta dunia, ramai yg terlupa nak 'convert'kan ia menjadi harta akhirat.. (",)

    ReplyDelete
  70. Terima kasih juga pada teman-teman berikut. Bersama kita mencari yg terbaik dunia dan akhirat.

    ikatankasihku, lieynanilaz, sal, Munnafendy, anitaare, Kak Aya, ckLah@xiiinam, Hanih Borhan, Chik Na, pena rozie, L, Ila Honeybunny, fiza nurani, Cik Lyindawawa dan fuad ansari (betul sebab dunia & akhirat sebenarnya amat berkait rapat)

    Sekali lagi terima kasih semuanya.

    ReplyDelete
  71. betul tu kak zakie, banyak atau sedikit bukan ukuran, yang penting kita ikhlas nak membantu.

    ReplyDelete
  72. takkan papa kedana seseorang itu hanya krn dia bersedekah.

    ReplyDelete
  73. peringatan yg baik utk kita hayati & amalkan..

    ReplyDelete
  74. setuju kakzakie...zakat pendapatan pun penting juga...ramai yg terlupa..ingat gaji kecil,bila cek dengan pusat zakat kena..so kekawan bloger cuba cek ya....tu untuk saham akhirat juga...

    ReplyDelete
  75. Terima kasih kak di atas peringatan ini. Memang nampak mudah tapi kekadang susah untuk diamalkan. Semoga kita tergolong dalam golongan orang yang beriman.

    ReplyDelete
  76. Sementara ada nyawa kita cari yg terbaik. Terima kasih buat: -

    Cik Ina DDC, Irfa, Zana Adieyza, anitadiana dan Teratak Hami (lumrah kita sebagai manusia kadang memang lalai).

    Terima kasih sekali lagi semuanya.

    ReplyDelete