Friday, February 10, 2012

Sementara adik membuat rakaman

Pada hari Sabtu yang lalu adik ada rakaman lagi di Johor FM. Sebaik dia masuk ke konti rakaman kami tinggalkan dia untuk menuju ke Hutan Bandar yang berada tidak sampai lima minit dari RTM Johor. Tujuan asal sekadar untuk menghabiskan masa sementara adik membuat rakaman, tetapi entah mengapa boleh melabuhkan punggung di tempat makan-makan pula.

Adik dengan Mohd. Hafiz - Mereka sedang menuju ke konti rakaman.

Hutan Bandar - Inilah dia papan tanda di tepi jalan untuk masuk ke Hutan Bandar.

Air tempayan - Unik terletak di luar bangunan sebaik masuk bangunan. Bukan untuk cuci kaki tatapi sekadar hiasan kerana air keluar-masuk disetiap tempayan tempayan...

Pokok pinang - Yasmien snap ini ketika kami menikmati mi rebus sebab tidak tahu bagaimana pokok ini boleh tumbuh di sini.

Bertanggungjawab - Jabatan inilah yang memantau keindahan persekitaran segalanya.

Cantik - Kalau beriadah diwaktu pagi dan petang di Hutan bandar pasti melalui kawasan ini.

Bergantungan - Maha kaya Allah di cipta bunga yang indah untuk kita nikmati. Terletak bersebelahan tasik di Hutan Bandar ini.

Dating - Papa dengan Yasmien duduk di bangku tasik menikmati kesegaran alam, tidak tahu aku snap mereka dari belakang.

Ikan hiasan - Kaloi pun ada di sini tetapi tidaklah makan sayur keladi macam cerita Bawang Putih/Bawang Merah. Makanan ikan dijual RM 2/- sebungkus. Terletak di pesisir laluan pejalan kaki untuk menuju ke bahagian dalam tempat beriadah dan berlipur.

Mi rebus ZZ - Aku kurang pasti sama ada ini cawangan yang ada di belakang Hospital Tun Aminah atau bukan tetapi basic juga adalah mi rebus tulang. Kami tidak ambil tulangnya.

Balik - Sekadar melabuh punggung sementara. Sebaik diberitahu adik telah selesai rakaman kami balik semula ke RTM untuk pulang. Adik dengan Hafiz hendak makan mi rebus tadi tetapi restorannya telah tutup. Selepas solat Asar di surau RTM kami terus menuju ke Plaza Angsana menunaikan hasrat adik untuk makan mi rebus juga, tetapi kali ini mi rebus Haji Wahid.


~~ Bila masuk bulan Rabiul-Awwal bermulalah majlis maulidur-rasul di sana-sini. Musabaqah di sekolah-sekolah pun bermula. Anak-anak mulalah bertaranum bila mengaji. Aku tumpang gembira bila mereka boleh mengalunkannya.~~


57 comments:

  1. dah lama sgt tak ke hutan bandar...rasanya yang ZZ tu mmg cawangan kot sbb yang asal yg dekat area jalan abd samad (klu tak silap le) tapi punn dah lama tak makan kat ZZ :)

    ReplyDelete
  2. salam..wah berbakat adik ni..kecil2 dah masuk RTM..lamadah mama tak balik kg hb (johor)..terliur tgk mee rebus tu..he2x..

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Tak pernah sampai tempat ni, cantik sangat.
    Bunga kuning tuh nampak unik dan cantik..

    ReplyDelete
  4. amboi adik...
    rakaman apa tu??
    besh tau bila duduk termenung depan tasik tu..menghayati indahnya ciptaan Illahi

    ReplyDelete
  5. kenapa kak je tak duduk berdating tu...

    indahnya panorama..kan..

    ReplyDelete
  6. saya penah g sini, masa tu hubby study kat UTM, long time ago..kami g ramai2 dgn schoolmates..schoolmates saya ramai kat UTM Skudai,kalo tak, tak merasa saya nk jalan2 JB kak.. :)

    ReplyDelete
  7. klu ke hutan bandar lia selalu makan lamb chop...rasanya kat situ lah yg paling murah harganya b'banding tempat lain & mee rubus tulang restoran ZZ tu mmg sedap sgt2 kan kak...tp lia x penah rasa yg kat hutan bandar,selalu makan yg dekat dgn HSA tu...

    ReplyDelete
  8. sejuk hati akak kan dengar anak-anak bertaranum..

    ReplyDelete
  9. cantik dan indahnya alam ciptaan Allah nikan... kita je yg tidak tahu menghargai dan menjaganya sebaik mungkin. mi rebus tu nampak mcm sedap aje... lapar terus perut yg sememangnya blm berisi ni.. :)

    ReplyDelete
  10. Cantik Hutan Bandar tu dan mee rebus itu membuatkan kakcik menelan airliur! :)

    ReplyDelete
  11. Assalam..
    Dah pernah sampai hutan bandar tu lama beberapa tahun lepas...

    ReplyDelete
  12. Cantik pemandangannya,bunga dia pun unik.
    kalaulah dapat susun pasu2 macam itu kat laman rumah...

    Kakzakie...adik buat rakaman apa?

    ReplyDelete
  13. Masa taip komen ni.mata masih tertumpu bukan saja pd keindahan Hutan Bandar tu tp lebih kepada betapa enaknya kalau mee rebus tu dpat masuk kedalam tekak ni...

    ReplyDelete
  14. tumpang bangga dgn pencapaian anak akak :)

    ReplyDelete
  15. saya pernah lalu sini... tapi tak masuk... huhuhu...

    bestnya dapat on air...

    ReplyDelete
  16. cantik pemandangan, berselera juga la menjamah hidangan....

    ReplyDelete
  17. wahh..adik masuk konti...

    suka pergi tmpat mcm ni.. mmg rasa tenang jiwa kan....

    ReplyDelete
  18. gelemernya adik...

    mee rebus tu menarik betul la kak..

    ReplyDelete
  19. dah lama ak pergi hutan bandar tu kak

    ReplyDelete
  20. lama tak pergi hutan bandar jb ni..dan fav saya mi rebus ni..

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum kak..sy makan kat citu pd isnin pagi 6/2/2012

    ReplyDelete
  22. Assalamu'alaikum kakzakie

    Tak pernah lagi ke hutan bandar ni.. menarik! Masa tinggal di JB dulu selalu pekena mi rebus tak kiralah sama ada beli atau diberi jiran.. suka mi rebus...

    ReplyDelete
  23. cantiknya view di situ kak, redup dan sayup mata memandang;-)

    ReplyDelete
  24. hello hello!
    salam perkkenalan! :)D

    ReplyDelete
  25. Dah lame tak g Hutan Bandar. Dulu ms duduk JB pun, jarang2 sekali. Ms duduk JB dulu, kwn2 selalu ngejek. Klu kite yg bujang2 nie g Hutan BAndar, mmg sah jiwang. Yelah, tak lain, nak berdating kat sne. Hahahaha!

    ReplyDelete
  26. apa yang dirakam tu kak zakie?
    indah je pemandangan tu..
    dan yang penting .. mee rebus itu juga la yang berjaya membuatkan ku terpaku kelaparan di sini! ok! sekarang pi kuar cari makan! huu

    ReplyDelete
  27. hutan bandar = recreational forest ke kak???
    best kalo jogging or jalan2 makan angin kat situ

    ReplyDelete
  28. Salam KZ

    Wah hebatlah adik ada rakaman, bukan calang2 org tu...
    Mama tak pernah tau pun hutan bandar tu, hiss nanti senang2 nak jugalah bersiar2 kat situ.

    ReplyDelete
  29. bagus la adik.. kecik2 dh wat rakaman ngan RTM.. percaya x sy x penah masuk hutan bandar nih.. cuma penah pegi makan chicken chop je kat sana.. kat restoren luar hutan bandar tu..

    ReplyDelete
  30. Salam kak zakie,

    Tak pernah sampai,

    mee rebus tu mesti sedap kan?

    ReplyDelete
  31. ingatkan papa dan mama dating tadi hehehe, suke tgk pemandangan cantik mcm ni kan kak

    ReplyDelete
  32. Alhamdulillah... sy suka tgk orang pandai alunkan taranum. Saya tak reti. Suara garau kot time ngaji. Uwaa..

    ReplyDelete
  33. hurm...belom pernah sampai ke johor lagi...kalau sampai pun, baru Tangkak...hehehe...

    *harap2 sampai jugak nanti*

    ReplyDelete
  34. Cantik pemandangan kat situ yee..

    Mee rebus tu sadap jer nengoknya..kalau kesa nak jugak rasa...

    ReplyDelete
  35. sejuk jerr rasa tgh berdating anak & papa tue kan hehehe..

    ReplyDelete
  36. bestnya..bahagia aje ita tengok family kakzakie

    ReplyDelete
  37. nampak sedap mi rebustu. mmg suka mi rebus...
    rakaman per hafiztu?
    hutan bandartu cam tempat rekreasiler yerk...

    ReplyDelete
  38. saya penah ke sana kak zakie..

    p/s:adik rakam lagu pe akak?

    ReplyDelete
  39. alhamdullilah, bertuahnya kak zakie ada anak seperti adik.. tahniah..

    sejuk perut yang mengandung..amin...

    kak.. ayu belum pernah jalan2 kat hutan bandar.. nanti nak kesanalah...
    ikut apa jua yang kak telah syer bt rujukan..

    ReplyDelete
  40. cantiknya tempat tu.. nampak damai dan segar sgt.. bagusnya anak2 akak boleh bertaranum.. tumpang bangga saya dengar.. Alhamdulillah.. aduhai kak.. teringin mee rebus pula petang2 ni.. he..he..

    ReplyDelete
  41. alhamdulillah tak semua org dikurniakan bakat seperti adik..tahniah

    cantik permandangan kat situ, bole dating lagi..

    ReplyDelete
  42. wah kawasannya cantekla kak..
    nampak sedap btul mee rebus tu..huhu..

    ReplyDelete
  43. salam k zakie ..
    putera harapan bangsa..
    puteri tiang negara ..
    semoga anak k zakie
    adalah diantara tiang2 yg di muliakan ..ameen ..

    ReplyDelete
  44. sambila menyelam minum air ye kak..
    suka mee rebus tu..

    ReplyDelete
  45. salam kak zakie
    kakak apa khabar?

    hutan bandar ni
    masa remaja2 dulu
    rajin juga saya ke sini dengan parents dan adik2.
    mkin menarik tempat ni, nampaknya.
    wah adik, rakaman apa tu sampai masuk radio RTM Jhor? bertaranum ye kak?
    miss u, kak...

    ReplyDelete
  46. Terima kasih buat semua teman-teman yang sudi memberikan komen atas N3 kakak kali ini:-

    Sisdee (jomlah ke sini),mama aini, marina monroe, cheqna (rakaman rancangan mari mengaji), cinnamon.com, Tihara, Mamamya, YB, Umi Alesya Sofea, Nini D, Mrs. Eady, Queen Teratai, kakcik, Iza Teratak usang, Zaitun (rancangan budak mengaji kak zai), Eye_nee, ikatankasihku, dwaty, eiza, Lyafrina, Amirah, Mama Ema (kakak tak boleh buka blog ema - sedih), Huda, sahromnasrudin, Werdah (teringin nak jumpa kak Werdah), Ladysirna FA, Munnafendy (rakaman Mari Mengaji), Mr. Clive, Pok Amai-Amai (sekarang lebih ramai yg berkeluarga sebab ada tempat mandi-manda lagi Fara), Kella, miloais milo (yes, its more to recreational and suitable for family), Mamam Ju (kalau nak pergi beritahu kakak tau), ct rahani (boleh bawa 2 hero ct mandi kat sini), sue zainun (rancangan mari mengaji utk budak-budak), Rozila, Ajumohit, Kayna, World or Azketom, ainnoraini, Nureen, anitadiana (terima kasih ita), Cho Zila (betullah tu), Fatin Mraz (bukan menyanyi FM - mengaji), Citarasa Rinduan, Hanis Azla, Qhaifa Nur, Mama Tim, aby (amin... moga itulah hendaknya), ieja amieja dan Kak Intan (masa remaja mesti bercinta hihi... adik rakaman mari mengaji).

    Kepada semuanya terima kasih sekali lagi
    Ada masa berkunjunglah ke Hutan Bandar ini
    selain makan-makan boleh juga mandi
    sekali datang mesti mahu datang lagi...

    ReplyDelete
  47. semua gambar cantik2 belaka tp yang paling teruja yg 2nd last tu....

    ReplyDelete
  48. eh..adik ada rakaman apa kt RTM tu..? :)

    sy ni..tiap kali raya balik JB..tapi tak pernah pun sampai kat sini..huhu...

    ReplyDelete
  49. tk pernah smp kesana wpun tahun dok johor.dekat ekk dengan rtm johor tu?sy nie buta jalan sikit..setakat rtm johor tu tahu la kt mana.hehe..

    ReplyDelete
  50. patutnya mama dan papa yang dating,yasmien yg snap gambarf :)


    rakaman mengaji ye kak,bagusnya anak2 akak mengaji dan pandai bertaranum..terasa malu pula yana tk pandai bertaranum, mengaji biasa je,mudah-mudahan diberi peluang utk belajar mengaji dgn siqah dan lain2 tu..Aminn

    ReplyDelete
  51. adik tu muka manja. kak zakie, tengok ikan kaloi teringat kaloi cik ina yang dah mati.senang nak jaga ikan kaloi, bagi sayur sawi pun dia makan.

    sedapnya mee rebus ,terus cik ina jadik lapar.

    ReplyDelete