Mari bercontest bersama Secawan Kopi Panas. Mahu tahu syarat-syaratnya kliklah di sini
Tuan empunya blog sekarang sedang menunaikan ibadah umrah. Bersama kita doakan moga Kakpah mendapat ibadah yang mabrur.
Dapat tangkap - Nasib baik kain pelikat papa tidak terlondeh. Adik tidak padan menangis sebelum ini mahu juga berposing dengan angsa yang mahu menyudunya. Berat tau angsa kami ini.... |
Sesekali balik kampung - biasanya kalau selesai solat subuh adik masih mahu berkelubung masuk semula ke dalam selimut. Mendengar riuh-rendah suara ayam-itik-angsa-ayam turkey membuat adik bungkas bangun untuk mandi. Tidak sabar mahu turut serta papa dan abah Dol. Melihat papa dan abah Dol sibuk di belakang rumah peninggalan arwah nenek adik segera ke belakang. Sepasang angsa cepat saja merendahkan dan meluruskan leher hampir mencecah tanah menyudu sambil mengejar adik. Lintang-pukang tidak cukup kaki, menjeri-jerit dan menangis adik di buat dua ekor angsa kesayangan kami. Aku yang sedang membancuh air di dapur terkejut apabila mendengar jeritan adik memanggil-manggil aku. Mujur papa ada. Apa lagi, segera papa tangkap si jantan manakala yang betina gagal ditangkap oleh abah Dol. Mulanya mahu menyudu papa juga tapi bila papa berjaya menangkap aku pun ambil camera dan gambar di atas itulah hasilnya.
Selalu kami katakan pada anak dan anak-anak buah "jadilah seperti angsa kita yang di belakang rumah nenek, sayangnya tidak pernah pudar kerana sedari kecil hingga sekarang, ke mana pergi pun sentiasa berdua". Oleh sebab itulah walau usianya hampir menginjak dua tahun September ini kami tidak sampai hati untuk menggulainya. Biarlah dia membuat riuh bersama yang lain-lain di belakang rumah arwah nenek.
Selalu kami katakan pada anak dan anak-anak buah "jadilah seperti angsa kita yang di belakang rumah nenek, sayangnya tidak pernah pudar kerana sedari kecil hingga sekarang, ke mana pergi pun sentiasa berdua". Oleh sebab itulah walau usianya hampir menginjak dua tahun September ini kami tidak sampai hati untuk menggulainya. Biarlah dia membuat riuh bersama yang lain-lain di belakang rumah arwah nenek.
Nota: Buat Faris Hafizin auntie ucapkan Happy Birthday in advance. Tarikh tamat
tempoh contest pada 21hb April, 2012 ini adalah tarikh ulangtahun kelahiran Faris
yang gebus pipinya dan punya rambut ala-ala mat salleh itu.
~~Hendak membela angsa di Johor Bahru tidak ada tempat jadi kami membelanya di kampung. Apa yang kami ada 'angsa' buatan Toyota - Unser adalah sedikit mirip bunyinya. Bezanya yang ini bila berjalan dengan anak-anak dia jadi 'tunggangan' kami sekeluarga. ~~
sya pun takut dengan angsa, takut kena sudu
ReplyDeletekata orang angsa ni jaga rumah, sbb kalau dia nampak je kelibat orang terus buat bunyi bising tu, sambil gaya untuk menyudu kan?
Good luck kakzakie.
ReplyDeleteGud luck join contest nih...
ReplyDeleteBab ang sa tuh memang aini seqeyau (takut)...sebab time kecik2 dulu pernah kena ligan dengan angsa...pastu fobia...hehehehe
cumilnyer adik.. dlm takut2 nak gak posing ye..:)
ReplyDeletegud luck kak..
salam kak.. lama Queen x join kontest.. bkn apa takut x sempat nk terjah semua oeserta yg lain.. tu yg sepi je dr kontest. :) belakang rumh Queen pun ada angsa.. Ammar suka kacau angsa tu.. :)
ReplyDeleteunser toyota lagi senang dijaga, tak terlucut pon kain pelekat si ayahnya nanti..hihihi..
ReplyDeleteKakzakie, sy ckp takut dgn angsa. Mcm sy takut anjing. Bukan takut apa. Takut die gigit. Mcm ne sy takut dkt dgn anjing sbb takut anjing gigit, mcm tuhlah takutnya sy pd angsa. Arghhh!
ReplyDeleteMurah rezeki KakPah... seringkali beliau menunaikan umrah. Semoga beliau dalam keadaan sihat dan dapat menjalani amal ibadat dengan sempurna. Amin.
ReplyDeleteAngsa buatan toyota kakcik hanya bersama kami selama 3 tahun sahaja sebelum ditukarkan dengan saudara tirinya - innova. :)
ang...ang...ang...bunyi angsa..
ReplyDeletesy takut betul dgn angsa.....nenek sy dulu penah bela angsa....takut nak turun bawah umah..nanti kena sudu...hahah...
ReplyDeleteangsa dgn unser x jauh beza bunyinya....
best jg bela angsa, dpt bg signal klu ada tetamu dtg :)
ReplyDeletealahaiii so sweet angsa tu kak...heheh :)
ReplyDeleteunser akak tu pun beso hebat jugak...kemana saja membawa akak sekeluarga kan :D
Angsa nie suka menyudu-yudukan kakzakie,manakan si adik yg takut klu Nurul pun mesti lari lintang pukang klu angsa tu dtg.
ReplyDeleteassalamualaikum kak.
ReplyDeleteeheh. saya dulu kecik2 pun takut sangat dengan angsa ni. siap kena kejar lagi. lalu depan kandang dia pun sampai nak lari laju2. padahal, angsa tu dalam kandang je kot. hee
heheheh kesian adik... dulu masa kecik2 dana pun kene mcm adik tu, dulu arwah boyot ada bela angsa...masa nk gi umah atuk tuh tibe2 angsa tu kuar tp semak n kejar dana apa lg lari lintang pukang tp sempat lah dia cubit kite 2-3kali... sampai ke tua fobia nmpak angsa heheheh
ReplyDeletebesar khidmatnya angsa yang boleh berjalan dan bawak family tu...
ReplyDeleteemm..alahai kak, ingatkan nak semelih buat gulai angsa ??
ReplyDeleteangsa mmg tak berapa geng dgn Nini..fobia!!
ReplyDeletedah lama xtgk angsa hahaha
ReplyDeletehuhu..lya fobia dgn angsa..aritu jtuh motor gara dikejar angsa
ReplyDeleteacik pun takut angsa..kalau nampak angsa mula nak meyudu memang larila..cuma tak menjerit dan menangis je..he he
ReplyDeletet'ingat masa kecik2 dulu lia takut dgn ibu ayam yg anak2nya baru menetas...mmg sgt garang,pantang klu kita dekat mmg mengembang lah bulu2 dia.... :)
ReplyDeletelia x penah merasa daging angsa @ itik...
masa kecik2 dulu biasa juga tengok angsa yg dibela dirumah jiran... tapi dah tua2 ni.. hehehe tak pernah tengok dah, agaknya anak2 saya klu tengok ni mahu jakun jadinya...
ReplyDeleteingat masa kecik2 dulu.. cukup x suka dgn angsa yg dibela oleh salah sorang jiran kami.. asal lalu je sure angsa tu nk sudu.. memang lintang pukang la larinya.. hehe..
ReplyDeletepergh..takut aihh tengok angsa.garang..heheh
ReplyDeletepernah kena gigit angsa... taknak lepas woo!
ReplyDeletegudluck kak,
ReplyDeletelucu angsa dan unser tu. hihihihi
dengar bunyi angsa je saya dah takut..kat rumah atuk dulu ada beberapa ekor..lintang pukang bila kena kejar..
ReplyDeletesedap ke daging angsa?
saya teringin nak rasa gulai angsa. heh heh heh!
ReplyDeletedulu2 kat kmpung ada la angsa..org punya..
ReplyDeletemasa tu,mmg tak suka kat angsa ni..
dlm perjln balik dr sek aje..ada angsa..tak tahu mana nak lari..jln tu aje yg ada..tggu sampai angsa tu pergi jauh2..
fobia lg dgn angsa...
pengalaman masa budak-budak dikejar angsa...berciciran kami lari..hehehe
ReplyDeleteangsa ni bisingkan.. kite baru datang dah riuh terjerit².. amir suke sangat kalau blk kg rumah mak cik, suke tengok angsa ni...
ReplyDeletesampai sekarang saya takut ngan angsa sbb pernah kena sudu masa kecik2 dulu
ReplyDeletegud luck akk ..
ReplyDeletemana tahu bertuah kan ..
adoii saya sampai skrg takut ngan angsa kak huhuhu
alamak, is takuit sungguh dengan angsa, beliau suka kejaq orang... hehe (^___^)
ReplyDeletegood luck kak ...
ReplyDeletesalam perkenalan. singgah n follow sini :)
xberani gak ngan agsa. tp sebab x jumpe angsa maka lagi takut ngan tikus
ReplyDeletesara pn takot ngn angsa..sbb suka kejar org kn..hehe
ReplyDeletehihihihi akak nor mmg takut kalau dengan angsa ni. suka menyudukan sambil bunyi ang..ang...ang...serammm lariiiii...
ReplyDeletekalau unser kak uishhhhh order color putih satu
tak ada angsa yang boleh menyudu di rumah pun takpelah ye kak asalkan ada unser yang boleh di naikku.. sampai skrg saya sgt takut dengan angsa kak.. nampak angsa, walaupun tak menyudu, saya tetap lariiii dulu.. he..he..
ReplyDeleteSalam Kak.
ReplyDeleteKalau kat Bali, itik ni dah menjadi satu "delicacy" ni....dicari pelancong seluruh dunia!
iols masa kecik2 dulu penah kena kejar ngan angsa
ReplyDeletekata arwah my mak - tak cukup tanah iols lari
ekekekeke
tapi kan - kalo kena gigit sakit tu
sib baik adik sempat menyelamatkan diri!
saya pun takut ngan angsa...huhu...
ReplyDeletesemoga berjaya kak...
Pernah kene kejar angsa. hi...hi...hi...
ReplyDeleteKalau kena 'sudu' dengan angsa, sakit ke? Selalu terfikir benda ni, semenjak kecil lagi. Tak pernah merasa kena sudu, tu yang tertanya-tanya.
ReplyDeleteI think angsa adalah seekor haiwan yang sangat cute. Kalau boleh nak peluk-peluk je...
Nisa'
dulu2 ayah ada gak bela angsa...yang jantan warna putih...dan yang betina warna itu la.....tapi bila usia dah terlalu tua...dia rabun dan nyanyok...dan akhirnya meninggal dunia...
ReplyDeleteteringat mase kecik2 dulu.. mak bela angsa.. suke sangat menyudu orang..
ReplyDeleteangsa tu kan..saya seram skit dgn angsa ni..bunyi dia pun kuat kan kak :)
ReplyDeletememang blogger tegar akak ni...sempat tu ambil camera..hehe.. :)
ReplyDeleteapa pun nak wish good luck tuk akak...moga2 ada rezeki menang tuk kontest ni.. :)
Goodluck kakZakie..
ReplyDeleteteringat zaman eija kecik2 dulu mmg takut sgt dikejar angsa..hehe
Wowwhh garang betul angsa tuh yer.. kesian adik.. Nasib baik dapat selamatkan diri.. kalau tak sure kena patuk tuh.. takut gak ngan angsa nie kalau dia mengganas..
ReplyDeletehanis pun takut dengan angsa, ayah ada bela tapi yang betina selalu tak hidup lama uhuhu... memang bagus ada angsa ni dulu ada orang hendap rumah sekali angsa bunyi2 tak henti, leps tu bila ayah jenguk luar rumah terus lari orang tu......
ReplyDeletetakut la nk dekat2 dengan angsa..hehe
ReplyDeletehuk huk lama tak join kontes
ReplyDeleteTadi saya dah mai baca tapi sangkut nak sign in tak boleh pulak, apa kena la pulak blog saya tu malam ni. Akhirnya boleh jugak masuk.
ReplyDeleteNampak berat angsa tu kan. Saya pun dulu kecik2 pernah kena kejaq dengan angsa masa pi kampung sepupu mak. Sampai sekarang saya takut, kahkah!
salam
ReplyDeleteteringat dulu pernah kena sudu dgn angsa.
makan angsa tidak pernah..
sampai sekarang takut je kalau jumpa angsa ni kat kg...huhu
saya tak suka itik angsa, suka kejar saya masa kecik2 dulu. nak pegi mengaji mesti dekat tangan ada bekal kayu buat stanby hihihi
ReplyDeletepernah jugak dulu nak pelihara unser, tp tak mampu. dapat kancil atau rusa pun takpa
ReplyDeleteMarilah kita sama-sama meriahkan contest kakpah ini. Kakak sudah ketandusan idea utk buat N3. So at least adalah ini utk tatapan. Terima kasih buat semua teman yg memberi komen: -
ReplyDeletekasihibu, ahmad humairi, SumeSakan, mama maman aka yana, Queen Teratai, ikatankasihku, Pok Amai-Amai, kakcik, Arif Fazdilah, aanie, Sis Intan, Cik Ecah, Nazayiena, sar, norhidana, Azian Elias, PCL, Nini D, redza, Lyafrina, Acik Erna, Mamamya, secangkir madu merah, ct rahani, Jai Montana, gedek, Idazs, Rai Ourkizuna, gadisBunga, cinnamon.com, MamaEma, Masya, eelobor, ieda, eeiyss, Cik Farizam, Fazrulnoor, Sara, noor, Hanis Azla, Uncle, miloais milo, wahida, pena rozie, khairunnisa', Henrietta Jose, eda_ej, Tihara, nabila_2908, sweetmama@eija, Rinna, Hanis MY, Cikgu Ma, Zie, Dinas Aldi (kakak pun menghadapi masalah sama semalam), Syira Qahira, Ann Ishak dan Cikli.
Terima kasih semuanya. Kakak sedang dilanda kesibukan sedikit hari ini. Akan kembali menjejak yg belum dijejaki harapnya hari ini. Insya-Allah...
Terima kasih semuanya:)
assalamualaikum kakzakie..
ReplyDeletesungguh saya gerun dengan angsa...mungkin tak biasa kot huhuhhhh
yus dari dulu takut dengan angsa kak zakie. Dulu rumah arwah nenek yus ada angsa 2 pasang, kalau yus balik mesti kena kejar dengan angsa2 tu, fobia sampai skrg. Skrg balik rumah mentua ada juga angsa, tp angsa jiran sebelah yg selalu termasuk halaman rumah mentua yus, Takut juga....huhu
ReplyDeleteabah teringin gak nk membela angsa..dh pencen2 gini byk pulak idea abah...bosan la katakan
ReplyDeleteangsa nie mg suka main kejar2,klu lalu sebelah mesti hati2 takut kena sondol.hehe..
ReplyDeletekisah yg menarik.Gud luck tau Kak Zakie..:)
saya memang takut dengan angsa. Zaman kecil2 banyak jugak angsa kat kampung, now dah tak nampak dah. Angsa dah pupus ke?
ReplyDeleteangsa kalau menyudu memang tak cukup tanah saya lari kak....takut kena sudu, boleh lebam kaki...
ReplyDeleteKakak rasa rata-rata memang takut dgn angsa. Terima kasih: -
ReplyDeletesahromnasrudin, Yus, Tentang Kita, Puan Kutu, Teratak Hami (mana pupusnya Hami rumah kg kakak ada lagilah hihi...) dan Aien Alien.
Terima kasih sekali lagi.
Teringat arwah atuk ade bela angsa, jantan betina..nama john & mary..tak hagak2 nama omputih..kekeke..ade 1 ari tu, abah nk cat umah kot..skali si john ni menyudu abah, abah ape lg dikatuknya muncung john tu, dh smpai ke sudah kaler hijau muncung angsa tu...hehehe
ReplyDeleteassalamualaikum kak zakie. Ala comelnya angsa tu. Kakpah dulu masa kecik kalau nampak angsa jiran, selalu lari lintang pukang sebab takut kena sudu.
ReplyDeleteKpah pun ada bela 'unser' yang kpah bawak ke hulu kehilir hehe.
Kak zakie bagi alamat pada kakpah email teepahanim@gmail.com