Selagi belum menginjak bulan ramadahan akan masih ada saja majlis maulidurrasul. Lebih memikat lagi bila agak lewat dapatlah kita menikmati ceramah agama dari penceramah yang hebat-hebat. Sebab di waktu bulan ramadhan jadual pencermah amat padat dan peluang mendapatkan mereka agak sukar. Hari Sabtu yang lepas Sekolah Agama adik menganjurkan majlis tersebut. Padat hadirin yang datang hingga aku terpakasa parking kereta agak jauh kerana selepas isya' baru kami bertolak. Sekolah adik tidak sampai 5 minit jarak dari rumah aku kalau memandu sudah boleh sampai.
|
Qasidah - Pimpinan ustaz-ustaz dan beberapa pelajar undangan |
|
Guru Besar- Selepas qasidah guru besar memberikan ucapan alu-aluan. |
|
Ramai-ramai berdiri - Hormat selawat dan salam ke atas junjungan rasulullah saw bersama-sama |
|
|
|
Dr. Robiah K Hamzah - Lantang suara membuat tiada yang terlena bahkan terpegun dgn lontaran bicara yg disampaikan. Penekanan sahsiah diri anak-anak ditekankan pada malam itu. Paling berkesan bila beliau mengatakan untuk semak apa suroh yang anak kita baca, apa yang anak kita makan, apa yang anak kita pakai dan apa yang anak kita lakukan sepanjang hari kita tinggalkan untuk mencari rezeki. Semua ini akan dipertanggung-jawabkan ke atas bahu kita sebagai ibu-bapa andai ada kelalaian. |
|
Adik juara kuiz bawah 10 tahun - Gambar atas pentas terlepas sebab tidak sangka nama adik dipanggil sebagai juara. Terlewat mahu ambil gambar adik sudah turun pentas. |
|
Tokoh lelaki dan perempuan - Adik Nur Ilham dan Adik Naqiah yang berumur 15 dan 11 tahun disampaikan oleh Dr. Robiah K. Hamzah. |
Majlis berakhir pada jam 11:15 malam baru diikuti dengan jamuan nasi beryani. Aku dan anak-anak tidak makan kerana ustazah (guru besar) sudah memberi sedikit berkat nasi beryani itu waktu asar ke rumah kami.
~~ Terpempan bila ustazah Dr Robiah mengatakan setiap hari dianggarkan 400 pasangan muda yang menikah di Songkla, Thailand kerana pernikahan tidak mendapat restu ibu-bapa. Gerun sebagai ibu yang punya tiga anak dara. Ya -Allah moga dikuatkan keimanan anak-anak kita dan menghormati kita sebagai ibu-bapa mereka. Amin.~~
itulah sy pun risau.. iyerlah siang kerja... blk kerja barulah ade mase melayan anak... masa kt rumah pengasuh xtau dia buat apekan.. kt mmg kena pantau kelakuan anak²...
ReplyDeleteassalamualaikum kak..
ReplyDelete400?? mak aii ramainya..itu semua termasuk kes terlanjur dan pasang dua ke??
dugaan zaman skrg dlm membesarkan anak.. huhuhuh.. bkn kira lelaki perem dah skrg.. sama2 naik je perangai..
ReplyDelete400 tu yang direkod..yang tak direkod bape banyak lagi yea ..
ReplyDeletemudah2an dengan didikan agama dan kasih syg anak2 kita tak terjurus ke arah yg tak baikkan kak..insyaallah...
ReplyDeletesaya peminat dr robiah..snggup beli buku2 yg dia tulis..sgt tegas tiap apa yang dia perkatakan..tgk orgnya dah tahu kan ;)
Tahniah adik jadi juara..
ReplyDeletebagus ceramah yg pencermah tu bgthu..
asuhan anak2 sejak jadi kecik mencerminkan keperibadiaan anak2 di waktu besar..
dengan sape ank kite kawan, apa yang dia buat.. sebaik2 nye ibu bapa tahu..
tp yang penting, asuh la dengan didikan agama & doa banyak2 pada Allah.
sebab Allah yg jaga semua tu..
semoga Allah peliharan kita semua dari semua perkara yang tak baik tu... AMIN
byknya pasangan yg bernikah di sana, kalau itu sebagai penyelamat dari gejala maksiat berleluasa mmg lah baik tp kalau berlaku sebaliknya memang membimbangkan ye kak.
ReplyDeletetahniah buat adik jugak :)
salam kakzakie..tahniah adik..jadi juara,acik pun ikut sama risau memikirkannya walaupun tak punya anak dara..tapi ada anak teurna yang dah meningkat dewasa.
ReplyDeleteSy tak berkesempatan nak g ceramah mcm nie lagi...tgu Aydin bsr dulu. Hahahah.
ReplyDeletetahniah sbb juara kuiz :)
ReplyDeleteNi baru zaman kini, zaman akan dtg tak boleh nak bayangkan cam ner akhlak budak budak masa tu. Risaunya terutama mengingatkan saya pun ada anak dara jugak.
ReplyDeleteTahniah anak akak jadi juara kuiz tu..
Memang sbgi ibu bapa kita nak yg terbaik dr anak2 semua,diharap semua itu dijauhi dr kita semua,amin.
ReplyDeleteramainya kak 400...seram mendgrnya
ReplyDeletecongrats untuk adik dapat tpt pertama. menjaga ank zmn sekarang x mcm jaga ank zmn dolu2...teringat kata2 kakak2 kat opis nor
alahai..ramainya yg nikah kat thai...beruntung la sy mak ayah restu... =)
ReplyDeleteAlhamdulillah..
ReplyDeleteyahniah jadi juara kuiz bawah 10 tahun.... mesti seronok kan...
ReplyDeletetahniah adik.. :)
ReplyDelete400 psg muda menikah di songla??? baru tahu...
ReplyDeletetahniah buat adik... juara tu... hihi
Tahniah atas kejayaan itu kak..
ReplyDeletecakap pasal Ramadan..tak sabar saya nak berpuasa dan beribadat di bulan yg penuh barakah itu
tanggungjawab ibu bapa sekarang ni besar..dan cabaran membesarkan anak perempuan pun besar...
ReplyDeleteAssalam kakzakie,
ReplyDeleteTahniah kepada Adik yang dapat nombor one!
Bagusnya kalau ada kajian ilmiah tentang pernikahan di Thailand ni yang melibatkan orang kita, ya kakzakie. Cerita bilangan memang penting, tetapi cerita "mengapa"nya, mengikut para pelakunya, dan juga latarbelakang peribadi serta sosio-ekonomi mereka juga penting, sebagai landasan dalam ibubapa membimbing anak-anak, atau juga pihak berwajib kita menguruskan pentadbiran nikah-kahwin. Tapi, mungkin kajian-kajian sedemikian ada, malah mungkin sudah banyak, cuma kita sahaja tak mengetahuinya.
tanggungjawab ibu bapa sgt besar kan kak??
ReplyDeletesy ada dgr 1 ceramah ni..dia kata, dgn jumlah anak luar nikah yg ramai skrg ni, ada kemungkinan tak anak kita akan kawin dgn anak luar nikah tu??? nauzubillah....takut sy dengar......
tahniah buat adik...
ReplyDeletemoga anak2 kita menjadi anak yang soleh dan solehah :) InsyaALLAH
400 orang nikah kat siam setiap hari???
ReplyDeletehmmm...sesuatu untuk difikirkan...
banyak yang bernikah di sana...
ReplyDeletekalau tak bersalah tak kan kesana...mungkin ada halangan buat mereka...kena fikirkan sesuatu
tahniah buat adik...
ramainya...
ReplyDeletetapi tak sedar ke mereka restu ibu bapa tu sangat penting..
kunci kebahagiaan rumah tangga adalah restu ibu bapa.. yer dak?? Huuu~
errrrkkk..siapa sangka kan
ReplyDeletetahniah adik...
ReplyDelete400 pasangan kak??!!>.. tak pikir abes kot diaorg nih.kalo takde restu ibu bapa..macam mana kehidupan nak aman...
akak..nini memang menetap di Taiping.. :)
ramainyer yg kawin kat Thailand...
ReplyDeleteKakzakie..
ReplyDeleteTahniah buat adik..memang semua anak-anak kakak bijak...:)
Minta-minta dijauhkan dari kalangan keluarga kita ye kakak...semoga Allah menguatkan iman mereka...
wah tahniah ya..ayu tumpang gembira ni..hihi
ReplyDeletekt sek pun dah macam2 mslh menakutkan timbul...sy jadikan pgajaran aje bile tgk depan mata sndiri mcmane pel2 cakap kasar dgn guru, sosial yg terlebih..maksiat...
ReplyDeleteTakut x tau akn jd pd anak2 sndr nt...
tahniah adik!
ReplyDeletesalam kak..tahniah adik..jadi juara,ita pun ikut sama risau memikirkannya punya anak dara..ne...sekarang bebudak pandai sanggat..benda pelik-pelik ne...
ReplyDeleteTahniah buat adik menang juara kuiz.
ReplyDelete400 orang...?tugas ibubapa... jangan lepas pandang tentang tanggung jawab.
tahniah untuk adik...
ReplyDeletebanyaknya kes kahwin di sempadan Thai sana...
samalah kak ..
ReplyDeletememang risau sbb macam saya mlm je ada masa dgn anak2 .. tu pun dah letih huhuh
tahniah buat adik
sejukk perut akk mengandung dan melahirkannya ;))
semoga anak2 kita jadi anak2 yang soleh dan solehah..
ReplyDeleteTahniah buat adik..moga segala impian nya tercapai..moga jadi anak yg baik..insyallah
ReplyDeletehuhuhu
ReplyDeletekalau akak isau
sy yg x kawen ni lagi isau
hihihi
cm nelah nnti dgn cbran akan dtg
heeeee
400...?! MasyaAllah....ramainya...
ReplyDeletetahniah buat adik. pandai ye dia..
ReplyDeletebetul ke kak 400 pasangan? ramai tu.. kalau semuanya disebabkan tidak mendapat restu mak bapak, sesuatu perlu dilakukan antara ibu bapa dan anak-anak ni~
tahniah utk adik dpt mnjdi juara kuiz...
ReplyDeletesama2 kt mjaga anak2 kt... tkutnya bila baca tu..smpai 400 org??
Salam kak zakie.tahniah tuk adik juga!
ReplyDeleteMmg klu difikirkn gejala sosial makin menjadi2 kpd anak2 muda..remaja skrg.
Dulu remaja kat bandar jer yg kita risaukn..tp skrg dah menular ke kampung2.
Yg penting didikan agama mmg WAJIB kita terapkn kpd anak2 ketika masih kecil lg..
Didikan agama tu umpama TIANG..jika tiang kukuh..insyaAllah anak2 muda takkan trspesung aqidah & trlibat dgn gejala sosial.
Tp skrg..zaman moden ni ibubapa lbh mengejar kemewahan..sibuk dgn pelbagai urusan kerja hingga anak2 remaja mereka trabai.
Jiwa remaja mereka memberontak..hanya kawan tuk brkongsi masalah.Jika dpt kawan yg baik..braklhlak mulia..Alhamdulilah.Klu dpt yg 'kaki ganja'..'hisap dadah'..kali lepak..kelan malam..mmg 'hanyut' la anak2 kita.
Disamping kita mengejar kemewahan dunia...jgn lupa 'bekal ' kita diakhirat nanti.
Anak2 adalh SAHAM kita diakhirat kelak...didiklah mereka dgn lunas2 & didikan Islam.
InsyaAllah..sama2 kita selamat di dunia & akhirat.Aminnn
maaf la trrrpjg lak msj ni..tp bab anak2 ni mmg atie sgt trsentuh:D
Runsingnya mikirin masa depan yg belum dibersihkan.
ReplyDeletetahniah untuk adik..
ReplyDeletetakutnya tentang fenomena ini yee, kita sebenarnya kena peka dgn pergerakan anak2....
Ada masa2 yg kritikal, yg ibubapa perlu fikirkan bhw mereka perlu akur dengan kehendak anak2 nak berkahwin jika itu jalan yg lebih baik ..
salam k zakie ...
ReplyDeletetahniah atas kejayaan adik ..
semoga ianya jd pendorong utk lebih berjaya pd masa akan datang ..
psl 400 pasangan nikah kt songkla ..
kira baik sbb depa tu pergi utk bernikah ...
bukan utk bersedudukan di sana ..
wlu mereka sah sebagai suami isteri cume .. cara mereka buat kurang manis ...
Amin... doa ibu untuk yang baik-baik sahaja buat anak-anak.
ReplyDeleteTahniah buat si adik yang mendapat hadiah.
tanggungjawab ibuu bapa mendidik anak-anak dengan baik... semoga kita semua diberi petunjuk dalam mendidik anak-anak kita, amin...
ReplyDeletesalam
ReplyDeletetktnya dngr ceramah ni, knp nak kahwin juga kalau mak bapak x izin... harap2 jauhlah semua ni dari keturunan kita.
assalamualaikum kak :)
ReplyDeleteteringat pulak dulu masa sekolah, saya terpilih masuk kuiz agama wakil sekolah. lagi seminggu nak bertanding, takut punya pasal saya tarik diri. eheh
anak-anak kena jaga elok2.
ReplyDeletetahniah buat adik... teringin nk dengar penceramah tu berceramah... insyaAllah moga kesemua anak akak bertemu jodoh yg terbaik...
ReplyDeletetahniah buat anak akak..kesiannya..400 orang menikah di songkhla..fakta yg sungguh menyedihkan..mintak ank2 kita dijauhi dari perkara2 begini..
ReplyDeletewah hebat anak akak ni...
ReplyDeletesama2lah berdoa untuk kebaikan nak semoga dijauhkan perkara yg tidak bermoral...
Tahniah buat adik, nak juga anak zana hebat mcm adik. Walau dah selalu naik pentas ambil sijil tp dlm berkuiz belum lagi.
ReplyDeleteKepada yg telah mempunyai zuriat sungguh doa dipanjat mahu anak-anak menjadi yg terbaik - kepada yg belum punya pasangan juga pastinya mengidamkan pasangan yg boleh membentuk mahligai bahagia utk dunia dan akhirat. Bersama kit berdoa.
ReplyDeleteTerima kasih kakak ucapkan kepada yang memberikan komen N3 kakak ini:-
Masya, sahromnasrudin, mama maman aka yana, Adyia Qarissa, Sisdee, Pokok Manggis Depan Rumah, Aju Mohit, Acik Erna, Pok Amai-Amai, Sara, Rozita, Nazayiena, Noor, Munnafendy, Mrs Eady, Kazman/Sue, ct rahani, dwaty, Daddy Ziyyad, Huda, Temuk, aanie, ikatankasihku, gadisBunga, Qhaifa Nur, Cik Pulau, c'axoera, Nini D, pena rozie, azi, are_lin@ayu, Salmiza, izla, anitadiana, Zaitun, Mama Ema, ieda, Azian Elias, TF, aimie amalina, Norsha, dhiera, Lyafrina, azatiesayang (betul atie betapa pentingnya ikatan kekeluargaan dan didikan agama menjadi benteng kekuatan iman dan mental anak-anak agar sentiasa beringat - bersama kita berdoa atie), Cikli, Sal, aby, ibundo, Santri TPINI, Sissyira, sar, Johari, Hanis MY, Kasih Salina dan Zie.
Terima kasih semuanya sekali lagi.
Saya suka bila balik Johor.. sebab budaya marhaban, qasidah pasti tidak tinggal buat rakyat Johor.... paling diingati saat maulud nabi, pasti selepas berarak makan nasi dalam dulang pula..hehe
ReplyDelete(terlari tajuk pula)
sy berpelung join majlis2 mcm ni time sekolah je la..
ReplyDeletesekarang ni..xde lagi..:)
hrumm..bab anak2 kahwin kt seberang..dua2 pihak kena toleransi..fikir sebaik2nya sebelum bertindak.. :)
@ Nida: Mesti Nida rindu itu semua kan. Di Johor memang sambutan
ReplyDeletemaulidurrasul masih ada lagi hingga kini.
@ nabila_2908: Kalau di Johor masih meriah lagi hingga kini.
@ zana@pb: Bukan adik pandai zana, tapi sebenarnya soalan berkisar sirah rasulullah mestilah dia dapat saja sebab buku-buku sirah di rumah banyak dah dia baca. Kalau lain tak adalah zana...
ReplyDelete400 tu besar jumlahnya kak zakie.risau memikirkan anak2 sekarang terutama anak kita sendiri..
ReplyDeletetahniah buat adik...:)