- apa apa pun, tahniah buat anak akak sebab pandai bertaranum, menang kalah adat pertandingan...
akak ada apa apa tips ke dalam mengajar anak anak supaya celik dan pandai al quran sejak kecil? Kalau sudi kongsi, kongsikan lah..saya nak anak anak saya macam anak akak..
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Terlebih dahulu mohon maaf kerana sungguh ada kalanya syaitan suka bila ada rasa riak dan ujub bertakhta di hati setiap umat Muhammad. Aku benar-benar berharap dan mohon dijauhkan ya Allah... Menjawab komen tersebut aku rasa sekadar ingin berkongsi mana tahu ianya boleh diguna-pakai dan andainya tidak boleh sila abaikanlah saja - sekali lagi maaf yang aku pohon. Kerana sesungguhnya yang baik adalah petunjuk dari Allah dan yang kurang akulah manusianya itu. Anak aku juga bukan pandai tetapi sekadar minat membaca al-quran itu saja. Lihatlah contohnya bukan pun adik berjaya dalam tilawah antara sekolah-sekolah yang baru lalu.Aku mendidik anak-anak mengenal huruf sebaik mereka mula bercakap. Permainan anak aku juga seperti anak-anak lain seperti masak-masak-patung dan sebagainya. Aku memperkenalkan anak-anak membaca alquran menggunakan iqra'. Percayalah kalau sedari usia 3 tahun walau belajar sambil berbaring, telentang atau duduk atas riba (sebab masih kecil - jangan dimarah) tetapi kalau sudah hari-hari pastinya bila mencapai usia 5 tahun setakat iqra' 1 dan 2 pasti dia sudah boleh membaca. Biasanya kalau masuk iqra' 3 anak-anak sudah lancar kerana cantuman dan baris-baris sudah bertambah jelas olehnya. Oleh itu biasanya akhir tahun tadika umur 5 tahun pembacaan iqra' 6 sudah tamat. Masuk umur 6 tahun untuk membaca al-quran pasti sudah tidak ada masalah lagi. Kalau setiap hari mengaji (biasanya aku mengajar selepas solat maghrib) percayalah usia 8 tahun sudah boleh khatam 30 juzuk. Ini sudah termasuk bercuti melancung/balik kampung dan sebagainya lagi.Satu saja yang pasti ialah membaca al-quran jangan bercuti. Anak-anak juga faham bila aku katakan "Mama ABC (Allah Bagi Cuti)" bererti mereka akan membaca berzanji (dalam uzur kita boleh membaca berzanji). Melalui pembacaan berzanji secara tidak langsung anak-anak akan terasuh dengan taranum kerana berzanji mengutamakan taranum bukan tajwid berbanding kalau tilawah alquran 40 markah adalah diambil dari tajwid tetapi berzanji 40 markah adalah taranum.Tanamkan sifat suka mengaji pada anak-anak. Sebagai contoh kalau bulan ramadhan biasanya aku bercuti mengajar kerana bertadarus tetapi anak-anak juga aku bagi semangat untuk sama-sama bertadarus. Baca bersama-sama mereka dan pastikan mereka berhenti dulu baru kita dan bukan sebaliknya. Biasanya kalau usia bawah 10 tahun memang tidak boleh khatam sebelum syawal tapi tidak mengapa yang penting jadikan al-quran sebagai bahan bacaan setiap hari selain dalam solat kita.Nurienne punya - Ini Al-quran terjemahan yang baru kami beli bulan lepas di Badan Cemerlang, Plaza Angsana. ~~ Anak-anak masa kecil ingatan mereka masih kuat. Sebab itu adalah silap (pada pandangan aku) bila menunggu anak sudah besar baru mahu diperkenalkan al-quran. Rugi. Kerana semasa kecil memori mereka amat mudah ingat apa yang kita ajarkan. Mohon maaf dari aku yang dhaif ini.~~
Bagus tips akak ni..terima kasih bnyk sb sudi share tips ini..
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian ini...
ReplyDeleteapa yang akak katakan adalah benar...
alhamdulillah
ReplyDeletebagus tips kakak ni
betul...
anak2 waktu kecik memorinya kuat....
salam kak zakie...pengkongsian yg bermanafaat tuk semua.Terima kasih.
ReplyDeleteSemoga ibubapa2 di luar sana akan lbh menitik beratkn pengajian Al-quran tuk anak2 mereka sedari anak masih kecil lg.
Tahniah gak tuk anak k.zakie yg menang bertaranum....mmg susah nk brtaranum...mesti sedap suaranya.Alhamdulilah.
Anak2 ibarat kain putih, ibubapalah yang banyak mencorakkan warna mereka. :)
ReplyDeletetq for sharing..insyaallah...
ReplyDeletealhamdulillah..ckplah teruja lya mmbacanya..sbb lya pun teringin asya pndai mcm anak akak.. kak..pkongsian akak ni adalah pkonsian y baik n uk pnduan smua ibu-bapa.. biasanya..seseorg itu bjaya mgikut contoh y berjaya.. amin
ReplyDeletesalam kak zakie..alhamdulillah sudi berkongsi..boleh dijadikan panduan pada yang anak2 masih kecil
ReplyDeleteacik lambat dari kakzakie,,yang sulong guna muqadam je..yang no dua dan tiga baru mula dengan iqra' tu pun selepas berumur 5 tahun..terima kasih kazakie sudi berkongsi
terima kasih atas perkongsian ini kak, mendidik anak2 memang mancabar kan, saya mmg tabik pada ibu bapa yang berjaya mendidik anak2 mereka
ReplyDeleteterima kasih kak... sebab bg tips yg berguna ni...
ReplyDeletetq kak sebab bagi tips~~
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian nie. Aydin skg tgh galak nak belajar ABC dgn 123. Pasnie boleh ajar die alifbata.
ReplyDeleteOoo... istilahnya ABC ya? haha
ReplyDeletekak...anggap sahaja akak berkongsi ilmu dengan kami para ibu dan bakal ibu-ibu...
ReplyDeletethanks kak.. tips akak ni seumpama peringatan pada D jugak yg kadangkala tidak serius dalam membaca Quran... (tidak setiap hari)..jika berkelapangan dan berkeinginan je..
Insyaallah..panduan akak boleh D praktikan nt bila dberi rezeki menjadi ibu.. thanks banyak2
Anak kakzakie sama dgn kakzana, bermula dgn Iqra dari umur 4 tahun dah mula membaca. Tahun 1 skolah keb. dia dah pun naik alQuran. Cuma nak membiasakan diri setiap hari agak letih budak2 ni kalau kita tak biasakan bersama. Wajibkan seminggu 2/3 kali buka alquran (kdg2 sibuk dgn aktiviti sekolah) Memang liat tp kena tegas jugak.
ReplyDeleteAssalamu'alaikum kakzakie
ReplyDeleteSyukur kakZakie.. mendidik perlu sabar dan istiqamah kan.. kaedah kazakie ni adalah yang berkesan..alhamdulillah..
alhamdulillah.. saya dah mengajar amir baca muqadam dari akhir tahun lepas... sekarang pun dia dah rajin ikut kt org solat jemaah... terutama waktu maghrib lps tu terus baca muqadam... thn ni umur dia 4 tahun... rasa seronok sgt.. pernah air mata ni mengalir lps dia habis baca al-fatihah dgn sangatlah lancar.. terharu sgt...
ReplyDeleteAlahmdulillah...sejuk hati mendengar cerita2 macam ni. Terima kasih juga kerana berkongsi tips.
ReplyDeletetq kak for sharing. btl ingatan ank semasa kecil masih kuat. dia akan ingat dgn cepat. nor akan usahakan kak tuk Aiman
ReplyDeletememang bagus mulakan seawal yang mungkin..sementara fikiran mereka masih putih dan suci..bila semakin besar makin banyak anasir yang mengganggu..
ReplyDeletebetul laa... anak2x masa kecik tu yg memori kuat melekat tu dalam ingatan... bagus la kongsikan tips ni... semoga bahagia dan dirahmati Allah... suka baca entri ni...
ReplyDeleteTQ akak ..
ReplyDeletesaya pun dah nak start ajar zahrien ..
dia dah 4 tahun .. huhuhu
mak & arwah ayah acu memang berat kan pasal baca quran nie..seawal umur 5 tahun acu di hantar mengaji.
ReplyDeleteMasa sekolah rendah, petang pegi sekolah agama malam pula pegi ngaji kat umah jiran...kalau jiran acu ABC arwah ayah yg akan dengar acu baca
Sampai sekarang mak pesan jangan tinggal baca quran...baca lah setiap hari walau pun cuma satu muka surat saja :)
Terima kasih kak Zakie, saya akan praktikkan, jika saya dah ada anak nnt...InsyaAllah............
ReplyDeleteKak, thx kasi komen kat blog saya! saya sgt2 hargainya...
Alhamdulillah!
ReplyDeleteSebuah contoh yang baik untuk di tauladani..
Moga KZ sentiasa dlm rahmat Dan redha Allah SWT.
Alhamdulillah..perkongsian yg cukup baik dan bermanfaat...
ReplyDeletebagusnya tips dari kak zakie ni, terima kasih byk2 kak!
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian ini, kakzakie..
ReplyDeleteterima kasih kak di atas perkongsian ini
ReplyDeletebetul akak kata tu anak anak kecil ingatan mereka memang kuat, sya nampak apa yg akk tulis di sini pada ayong.
berkongsi tak beerti kita nak menunjuk, pada yang salah erti tu biar sajalah kak..
ReplyDeletealhamdullillah sebagai ibu memang gembira pabila anak2 bijak dalam ilmu agama..
macam anak ikin pon hampir khatam alquran tahun ni..syukur alhamdullilah..dapat anak yang terang hatinya :)
Aslkm KZ
ReplyDeleteKZ memang hebat! Mama dulu tak de buat mcm tu. Mengaji sendiri juga dan anak2 boleh baca umur rendah juga tapi mama rasa ada kurang...
Tahniah tentu ramai ingin mencontohi gaya KZ. Ada ilmu kita kongsi2kan.
tak salah berkongsi benda2 yg baik camnih kann.. tq kak
ReplyDeleteTQ kak sbb sudi kongsi tips. Anak2 kecik memang lebih mudah mengingati, mereka senang hafal juga. Terang hati budak2 ni.
ReplyDeletebagusnya tips dan cara didikan akak tu.. harap2 saya dapat berikan perkara yg sama buat anak2 saya.. terima kasih kak..
ReplyDeleteassalamualaikum kak.
ReplyDeletewah, terbaik ni kak. thanks for sharing. setuju dengan akak. biar anak2 berhenti dulu dari kita. ~perasan ada anak jap. eheh.
tak sama pula bila kena ajar orang yang dah berumur. kesabaran kena tinggi lagi. huu
salam kak zakie.
ReplyDeletetahniah kak,boleh jadi contoh.
perkara yang baik apa salahnya kongsi,sikap manusia yg dengki saja tak boleh terima perkara yg baik..
janji kita tahu apa kita buat,dan tidak melampaui batasan.anak2 yang baik,adalah dari ibubapa yg baik.
sayang anak, kita berilah didikan agama,bertegas,dlm soal agama.hukum, bila mereka melanggar perintah Allah..rotan atau denda mereka.itu cara saya lah.
tapi tips akak ni mmg boleh pakai sebab ada logiknya. kena perkenalkan bacaan alquran kepada budak2 ni seawal yg mungkin sebab senang nak tanam minat kepada mereka. bila dah makin besar, nanti diorg dah ada banyak pulak kegemaran pilihan sendiri...
ReplyDeletesharing is caring la kak :)
ReplyDeleteTq kakzakie share camne akak berjaya mendidik anak2 pandai baca Al-Quran,Insya Allah nak ikut tips2 akak nie.....
ReplyDeletennti bila cik dah kawen n ade anak,nak praktik cara ni jugak la..
ReplyDeletesuka sangat entry akak ni..mmg takut nak tulis entry ttg ilmiah takut org salah anggap, tp tu semua was2 syaitan tak bagi kita sebarkan ilmu..bkn maksud nak riak, jauhkanlah, maksud nak kongsi je kan kak.. tips2 akak ni memang sangat berguna..nice entry kak :)
ReplyDeleteAlhamdulillah kak. tips yg sgt berguna. InsyaAllah akan AK praktikkan bila dah ada anak esok. moga2 dipermudahkan. amin!
ReplyDeletethanks 4 da tip kak..moga bila sy ade anak nanti sy tak lupa tip2s macam nie..hehehe :)
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
Bagus tips akak nie..lynn pun nak share..bila nak tidur malam..lynn selalu amalkan membaca surah pendek bersama anak dari dia kecil.hasilnya anak lynn alhamdulillah dah boleh hafaz surah2 pendek seawal 3tahun walaupun pelat..
ReplyDeletesalam
ReplyDeletesejuk perut ibu mengandung...tahniah kerana menjadi ibu yg begitu menitikberatkan tuntutan agama kita..menjadikan al quran bacaan harian...
anak2 saya,walau terlewat dari anak2 kakzakie (darjah 4 baru khatam)
alhamdulillah...semuanya khatam semasa sekolah rendah lg..
terima kasih kak atas perkongsian ini..
ReplyDeleteterima kasih kak..ita dah antar mengaji aqil umur 3th lebih....pelat sangat..kak diana dulu pun masa tadika 5th dah hantar mengaji..ita tak pandai....so alhamdulilah kak diana dah katham al-quran umur 10th..dan sekarang masih mengaji lagi...so nak teruskan dengan si arisya lah ...arisya nak masuk 2th..boleh kan kak...
ReplyDeleteterima kasih akak berkongsi tips ini. Cuma satu kelemahan yus,sangat kurang sabar, dan selalu termarah anak bila mereka lambat dapat. Harap dapat belajar lebih sabar macam akak...
ReplyDeleteBetul tu kak zakie semuanya kena bermula dari kecikkkan. Cik ina pun suka cara kak zakie didik anak-anak kak zakie terutama bab bab agama ni.Terima kasih kak zakie sudi berkongsi ilmu ngan rakan-rakan.
ReplyDeletesaya suka baca perkongsian pengalaman sebegini. saya follow akak ye...salam manis dari smile...
ReplyDeletebetul tu kak...skang ni pon yat dah stat ka qis utk kenal2 huruf jawi n rmi..insyaAllah ia akan berterusan....tq share kak
ReplyDeletesyukur alhamdulillah kak, satu perkongsian yg menarik.semoga anak akak berjaya dunia dan akhirat..InsyaAllah:)
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian berguna nie kak. sy sekarang tgh mengajar Aiman iqra,ajar selepas maghrib juga sambil ajar Aiman solat. Memang setiap hari tp kadang2 dia tido awal tu miss gak la.
ReplyDeleteWalaupun agak terlambat mulakan waktu Aiman 5 tahun,sy mmg tgh berazam supaya dia cpt dpt iqra supaya tahun depan sy dh boleh antar Aiman mengaji dekat tok guru.Tapi satu je masalah sy, sy nie cpt hilang sabar bila mengajar.mmg dugaan paling besar rasanya. Semoga Aiman juga celik Al-Quran macam anak akak..:)
insyaALLAH kak... perkonsian ini akan dijadikan panduan...
ReplyDeletewalau apa pun cara kita mengajar yg penting didikan anak-anak mempelajari al-quran adalah tanggung-jawab kita. Terima kasih buat semua yang memberikan komen N3 kakak ini: -
ReplyDeleteMrs Eady, jedi, cheqna, azatiesayang, kakcik, Sharifah Nadzarah. Lyafrina, Acik Erna, Aju Mohit, Pena Rozie, Bujal x, Pok Amai-Amai, Gedek (macam lembut je kan istilah ini), Diana @ bilakukatacinta, zana@pb, Werdah, JunAina, Masya, noor, Rai Ourkizuna, Kazman/Sue, ieda, @cu Sayang (itu yg terbaik Cu), Emme, Deru Ombak, Eye_nee, Hanis My, Sari Yusa Ibrahim, kasihibu, ikatankasihku (baguslah Ikin - banyak komitment Ikin kan), Mama Ju, mama maman aka yana, sis intan, Hanis Azla, sar, cinnamon.com, gadisBunga, Sara, Nazayiena, O Cikteddy, Tihara, Aliesha Kirana, Azlan Strider, Lynn, Kamsiah, MamaEma, anitadiana (janji dah boleh cakap boleh aje ita - tapi jgn paksa/marah), Yus (kena arif tu yus kena banyak sabar), Cik Ina DDC, smile (thanks and kakak will follow you back soon), Yatzakie, Nieza dan Puan Kutu (kakak dulu pun sama kalau dia tidur biarlah).
Untuk semuanya sekali lagi terima kasih.
dwaty: Terima kasih juga dik..
ReplyDeleteXpe adik...cuba lg nt..
ReplyDeletemenang kalah x penting...
yg penting adik kuasai ilmu al-quran...syabas!
Cekalnya kakak ajar anak2... tapi saya selalu kalah bila mengajar anak2, bila baca sikit dia cakap mama dak penat ni.. emm dah tu camna?
ReplyDeleteMudahan diberi pertunjuk untuk lebih yakin mengajar anak2.
best baca pengalaman akak nih.. boleh sy jadikan panduan dalam mendidik anak2.. tq kak sbb sudi share.. :)
ReplyDeleteakan saya praktik kepada anak saya..InsyaAllah..tp sy lom kawen lg..nnt2 lah..hehe =)
ReplyDeleteterima kasih kak zakie.. sudi berkongsi..
ReplyDeleteinsya allah akan saya amalkan jua..
=}
Terima kasih juga buat: -
ReplyDeleteCik Shinju, Zie, ct rahani, lalink7 (kena cepat tu dik) dan Fatin Marz
thanks kak sebab sudi share info yang baik ini.
ReplyDelete