Monday, May 21, 2012

Doa dari teman-teman untuk teman-teman

Balik kerja jumaat lepas aku mendapat surat jemputan untuk ke majlis Yasin/Tahlil/Doa selamat kakak di belakang rumah. Kakak itu akan bertolak menunaikan ibadah umrah pada 23 Mei ini. Ramai juga yang hadir. Majlis yang santai bagaimanapun mengundang airmata bila kakak itu memberi sedikit ucapan memohon maaf dan doa moga diberi kesihatan yang baik sepanjang dia beribadah di sana kelak. Kakak ini sudah tidak mempunyai suami. Menumpang pergi bersama teman (wanita yang tikah - diperbolehkan sekiranya tiada mahram ketika menunaikan ibadah haji/umrah) satu taman yang pergi dengan keluargnya. 

Bermesra - Kakak Midah (tudung purple sebelah kiri) inilah yang akan menunaikan umrah tersebut
Puan Masnida - Kakak tadi akan bersama beliau teman kami satu taman yang akan pergi bersama keluarganya. Majlis yang sama juga diadakan di rumah beliau. Kami bersama memohon semoga ibadah umrah mereka terlaksana dengan mabrurah.
Selesai majlis - Bergurau dan berkemas. Bertudung hitam itu anak Kak Midah.

Kuah  - Padanan untuk mee kari yang disediakan tuan rumah
Cantik - Setiap kali majlis yaasin/tahlil set seperti ini pasti akan diletak dihadapan aku


Beehoon - Salah satu hidangan pada majlis tersebut
Kuih-kuih - Banyak kiuh-kuih tapi ada yang tidak dapat dicapture kerana ramai sudah yang mengelilingi meja.
Lengkung - Aku suka kuih ini dan tidak beringat makan walau ianya ada santan yang banyak. Sedap:)

Sebelum majlis selesai ada lagi seorang teman datang berbisik samada aku boleh membaca lagi pada hari Khamis ini untuk di rumahnya pula. Bimbang aku ada keuzuran katanya.Semoga aku diberi kesihatan dan tiada keuzuran untuk menghadirkan di majlisnya itu.


~~ Selesai majlis kami dikejutkan dengan hal kereta abang ipar Masnida menggelunsur ke dalam longkang sebelah rumah. Dentuman kuat menyedarkan semua yang ada. Aku tidak dapat capture gambar sebab ramai kaum lelaki ditempat itu. Bantuan orang ramai kata hubby sehingga hampir menjelang maghrib baru dapat dinaikkan kereta tersebut.~~



77 comments:

  1. mesti dia trharu kan kak.. tu yg sampai nangis.. tp rasanya kalu sy pun 2x5 gak.. sbb sy ni pun jnis cpt je kuar airmata..hehheh

    byk jugak mkanan dia buat yer.. :-)

    ReplyDelete
  2. sedap nye lengkung tu kak
    acu pun suka :)

    ReplyDelete
  3. Semoga urusan mereka dipermudahkan. Amin.

    Kakcik suka lengkong hijau tu. :)

    ReplyDelete
  4. kakzakie..tergoda dah nii...tengok makan tu semua..dah ler posa hari ni..sedap jer semuanya tuu..

    chewahh mcm2 kanak2 riang la plk..bila posa pantang tengok makanan...

    ReplyDelete
  5. semoga ibadah umrah mereka berjalan dengan lancar dan dipermudahkan...

    sedapnya kuih2 tuh...x breakfirst ag nih....lapor dan2...

    ReplyDelete
  6. semoga perjalanan kakak itu menunaikan ibadah umrah berjalan dengan baik ya kak. Saya pun suka lengkong bersantan mcm tu kan. Sabtu lepas kenduri di rumah mak usu saya pun ada lengkong mcm tu....bedal tak hingat ...huhu

    ReplyDelete
  7. sronoknya dgr citer org nk ke tnh suci....

    ReplyDelete
  8. semoga slmat jiran akak menunaikan ibadah umrah..beznya klu berpeluang pergi sana ;-)

    ReplyDelete
  9. Salam isnin akak..moga dipermudahkan urusan umrahnya..selamat pergi dan pulang..insyallah..sedap kuih tu...sy suka jgk

    ReplyDelete
  10. semoga mereka selamat pergi dan pulang..hari tu makcik saya nak pergi umrah pun, keluar air mata dia..syahdu je..

    ReplyDelete
  11. Agar2 santan tu mmg favorite sy. Yummeh!

    ReplyDelete
  12. SEMOGA DI BERI KESIHATAN YG BAIK..

    MUDAH -MUDAH SEMUA SELAMAT SAMPAI DN PULANG.

    ReplyDelete
  13. semoga jiran kakzakie pergi dan pulang dengan selamat...amin... bayak tul menu...sedap2 belaka...:)

    ReplyDelete
  14. mesti dia sangat terharu dengan doa dari teman2.doakan juga moga jiran akak sihat dan dipermudahkan segala urusan semasa di sana nanti

    doakan akak 'sihat' untuk menghadiri ke majlis seorang lg teman.

    ReplyDelete
  15. lengkung tu pun saya suka sgt!! lemakk..huhu

    ReplyDelete
  16. klau nor pun sayu kak. mmg cantik teko tuh hihihi.. bila akak sebut lengkung ingt kat ayh nor dia panggil 'lengkung; jgk sbb org jhr panggil gitukan kak..

    ReplyDelete
  17. semoga selamat pergi dan balik..sy tak sabar sgt nk tgk turn mak & ayah sy pulak ke sana... :)

    ReplyDelete
  18. wah sedapnya kuih lengkung tu kak.. feberet sy jugak klu byk santan.. lemak2 gitu.. semoga ibadah umrah teman2 akak itu berjalan lancar.. amin..

    macam mana kete boleh tergelincir ke longkang tu kak.. lupa nak tarik hand brek ke? ngeri jer..

    ReplyDelete
  19. banyaknya makannan...semua nya sedap belaka...

    ReplyDelete
  20. agar-agar tu nama dia lengkung eh kak? fevret sy tuh....tahu makan je..namanya x tahu....

    semoga mereka selamat pegi dan selamat kembali....

    ReplyDelete
  21. Sempat lg ye kak ambik pic2 ni.. Byknya mknan..
    Kak zakie ni ketua yasin pmpuan ke?

    ReplyDelete
  22. saya pon suka kuih lengkung tuh... tapi x tau plak selama ni kuih tu nama lengkung....huhu

    ReplyDelete
  23. saya pon suka kuih lengkung tuh... tapi x tau plak selama ni kuih tu nama lengkung....huhu

    ReplyDelete
  24. seronok nyer kak dpt join majlis2 gini... dpt mengeratkan silaturrahim sesama jiran2... menu2 yg ada pun sedapnyer...

    ReplyDelete
  25. semga selamat mengerjakan umrah nanti insya Allah :)..
    agar2 pandan tu kalo hubby saya boleh habis sepinggan..hehe :)

    ReplyDelete
  26. nampak memang sedappp... selamat menunaikan Umrah buat mereka yang menunaikannya,....

    ReplyDelete
  27. semoga semua dipermudahkan olehnya...sedap-sedap menunya...

    ReplyDelete
  28. semoga dipermudahkan segala urusan disana dan selamat beribadah buat mereka yg pergi..

    ReplyDelete
  29. Semoga jiran akak tu dipermudahkan urusan umrah nya..

    Lengkung hijau tu saya pun suka sangat! :)

    ReplyDelete
  30. semoga dipermudahkan urusan pergi dan pulang dari umrah dengan selamat...hidangan semuanya nampak menyelerakan la kak.. :D

    ReplyDelete
  31. semangat kejiranan yang makin utuh....

    istimewa hidangan hari tu...selamat pergi dan kembali......

    ReplyDelete
  32. Salam kak zakie..seronoknya bila dgr org pegi menunaikn Haji/Umrah.
    Atie pon sentiasa brdoa agar dpt menjadi tetamu Allah,satu hari nan.Aminnn
    Byk juadah yg disediakn oleh tuan rumah.
    Semoga K.midah akan selamat menunaikn umrah & diberikn kesihatan yg baik.Aminn

    ReplyDelete
  33. semoga urusan mereka di permudahkan...

    ReplyDelete
  34. << peminat setia lengkong santan :D

    ReplyDelete
  35. selamat pergi dan selamat kembali kepada kakak tu, tapi macam mana kereta tu boleh menggelungsur ke belakang kak?!!

    ReplyDelete
  36. alhamdulillahh ... bilalahh masa kita juga nak sampai utk melakukan umrah kan akk
    saya memang teringin , tapi rejeki x mencukupi layie ;)

    ReplyDelete
  37. semoga dipermudahkan segalanya ...amin >_<

    ReplyDelete
  38. moga jiran akak sihat walafiat sepnajnag mengerjakan umrah di sana... amin...

    ReplyDelete
  39. semoga mudah segala urusannya di sana insyaAllah...

    ReplyDelete
  40. Kak Zakie, saya pun doakan kakak-kakak Midah dan Masnida selamat pergi dan pulang ke tanah air, semoga dipermudahkan urusan mereka di sana, InsyaAllah....

    ReplyDelete
  41. Queen sendiri mmg teringin nak menunaikan ibadah umrah ni.. InsyaAllah ada rezeki lebih sampailah ke sana... :)

    ReplyDelete
  42. moga mereka selamat pergi dan balik.. insyaAllah..

    menu semua sedap2.. dan set cawan tu bertambah2 menariknya.. ;)

    teruk ke keadaan kereta tu..?

    ReplyDelete
  43. seronok dgr org ke Mekah. Smg satu hari Alin akan ke sana jugak

    ReplyDelete
  44. mungkin semua sedia maklum orang kuat majlis seperti kakcik akan kehausan terlebih dahulu di majlis sebegitu..tuyg diorang letak set minuman kat depan kakcik tu.. (gurau2 kakcik.. jgn marah.. ) (",)

    ReplyDelete
  45. seronok tgk majlis ni, makanan pun byk. semoga akak ni peroleh umrah yang mabrur! amin!!!

    ReplyDelete
  46. nampaknya kenelah beli set macam tu juga kan.. kan...

    alhamdulillahh seronoknya rasa hatikan kalau dijemput dan berpeluang kemajlis² bacaan yassin dan tahlil macam ni.. moga majlis diberkati..

    ReplyDelete
  47. alhamdulillah semoga mendapat keberkatan!

    ReplyDelete
  48. semoga dipermudahkan segala urusan.. amin....

    ReplyDelete
  49. Seronok dengar orang pergi Mekah. Semoga dia sihat dan dapat menunaikan ibadah di sana.

    ReplyDelete
  50. Akakkk,,sukanya kat lengkung ijau tuuu...

    ReplyDelete
  51. Akakkk,,sukanya kat lengkung ijau tuuu...

    ReplyDelete
  52. Semoga kawan akak selamat menjalani ibadah umrah..

    ReplyDelete
  53. moga dpt kwn kakzakie mengerjakan umrah dgn senang dan dpt keberkatan.... :-)

    ReplyDelete
  54. Salam sejahtera

    Ya Allah benda yg tak disangka2 terjadi. Moga dia ok2 saja.

    Nampaknya KZ ni org kuat kat taman tu. Teruskan.

    ReplyDelete
  55. semoga dipermudahkan perjalananya

    ReplyDelete
  56. smoga dipermudahkan n selamat pergi n pulang

    ReplyDelete
  57. Buntang mata ckLah menatap juadah yang sedap sedap tu...



    Punya ramai sahabat yang mendoakan kebaikan kita....pun satu rezeki juga, kan kak!

    ReplyDelete
  58. lengkung tu sgt sedap kak.sy pun suka.semoga akk tu selama tpergi dan kembali..:)

    lor nasib baik ada jiran2 tolong naikkan kereta tu ye

    ReplyDelete
  59. semoga dipermudahkan urusan mereka...

    set tu pun dh lama menggamit hati yana kak..

    semoga dipermudahkan urusan kakak juga...

    ReplyDelete
  60. Majlis diberkati..Alhamdulillah...

    berkat doa semua..Insyaallah=)

    ReplyDelete
  61. Semoga dipermudahkan urusan ibadahnya ye kak, sedapnya lengkung tu kak, mmg my favorite nyum2

    ReplyDelete
  62. kak kuih tu mmg nmpk sedap sungguh la...

    ReplyDelete
  63. lengkung tu agaq2 teluq ka kak zakie? hohoho

    p/s: bahayanya... keta is penah jugak masuk longkang... longkang besaq jugak... elak keta lalu, masa baru2 bawak qeta dulu... berderau darah... tayar belakang dah masuk.. tinggai nak menggelungsur je...

    nasib baik ramai kawan2 waktu tu.. dorang kasi support... turun semua, tekan minyak sikit, dah nek balik la tayar tu, cuma bumper ke apa tah yang kat bawah qeta tu cam retak sket... huhuhu

    ReplyDelete
  64. lia n anak2 pun suka lengkung santan tu kak...klu bulan pose wajib buat :)lia suka yg santannya tebal... (w'pun tau kolestrolnya pun tebal hihihiii)

    seronok bila dapat berita ada kawan2 yg dimurahkan rezeki dpt menunaikan umrah...insya'allah suatu hari nnti lia juga punya impian utk mejejakkan kaki ke sana....

    ReplyDelete
  65. moga mendapat umrah yg mabrur.. seronok kalau jiran tetangga kuat silaturrahim sebegitu kan..

    ReplyDelete
  66. seronoknya dapat ziarah ke makkah, kereta abg ipar akak ok tak? harap2 taklah teruk sgt yer...

    ReplyDelete
  67. Terima kasih atas doa-doa yg dititip buat teman/jiran kakak yg akan menunaikan umrah esok. Kereta abang tu ikut cerita berkemungkinan dia tak kuat tarik hand-break, ditambah keadaan jalan yang agak curam, naik dengan cara isi batu-batu dlm longkang kemudian tolak ramai-ramai.

    Terima kasih buat semua yang memberikan komen: -

    IntanBerlian, AcuSayang, kakcik, ainnoraini, SumeSakan, Yus, Henrietta Jose, are_linayu, TF, nur anis, Pok Amai-Amai, cinnamon.com, adarnadzmie, Syiela, amira, noor, Munnafendy, ct rahani, Aida78, aanie Kancil 8349, Salmiza, Mama Irfan, norhidana, Tihara, Gen2Merah, anitadiana, redza, ieja amieja, Syed Salleh, Daddy Ziyyad, Aien Alien, Qhaifa Nur, azatiesayang, Ratu Kebaya, Rai, Ann Ishak, ieda, Afasz, miloais milo, GB, Emme, Queen Teratai, aizamia3, Alin Marlini, fuad ansari (memang haus bila selesai membaca kan en fuad), Aliesha Kirana, Saya Disini, Masya, Uncle, Tentang kita, Ummi Iman, Azian Elias, Mama Ema, Mama maman aka yabna, Mama Ju, onlajer, Lyafrina, Be Simple Beb, ckLah@xiinam, Papa Mifz, Puan Kutu, Maya Mayana, Aine Ainun, Aju Mohit, fieda, eeiyss, Mamamya, mulan dan Santri TPINI.

    Sekali lagi kakak ucapkan terima kasih kerana mendoakan teman kakak. Amin..

    ReplyDelete
  68. lengkong santan... ;)

    ramai sungguh yang perhgi umrah tahun ni... seronoknya... :)

    ReplyDelete
  69. kak zakie sekarang ni musim pegi umrahkan.jiran cik ina pun pegi umrah 23/5 ni. banyaknya juadah , terliur plak dengan lengkung bersantan tu cam dah lama je tak merasa.

    kereta tu lupa tarik hand break ke kak zakie?

    ReplyDelete
  70. semoga semua urusan dipermudahkan..seronok juga ye ada jiran tetangga yg ramah mesra camtu..

    ReplyDelete
  71. Tidak ketinggalan terima kasih kakak pada: -

    nabila_2908 (taman kakak lagilah sebab ada mutawif yg mastautin di sini), Cin Ina DDC (kakak suka lengkung ini CIk Ina. A'ah katanya begitulah lupa tarik handbreak) dan Kasih Salina (harap begitulah).

    Terima kasih sekali lagi:)

    ReplyDelete