Monday, May 28, 2012

Menunaikan hajat yang tidak kesampaian

Impain untuk makan di Restoran Steamboat tidak kesampaian pada cuti yang lepas. Malam pertama cuti sekolah papa cuba untuk melaksanakan kehendak anak-anak. Sekali lagi hampir saja kami kehampaan. Baru tahu kebanyakan mereka yang makan di bahangian luar restoran telah membuat tempahan awal. Terpaksalah kami makan di bahagian dalam. Bahagian dalam agak stuffy kerana tiada air ventilation. Namun untuk tidak menghampakan anak-anak kami menapak juga masuk ke dalam restoran. Bila sudah duduk dan makan lupa sudah suasana sekitar.

Adik - Sotong dan ketam menjadi kegemaran dia malam itu. Lihat air masak adik sudah bersedia membawa sebotol dari rumah. Restoran ini tidak menyediakan air selain air oren dan air buah.
Kak Nurienne - Lama sudah dia tidak balik. Suka makan dengan mee kuning, sayur-sayur. Kena pantau udang/sotong/ketam aku bagi sekatan kerana bimbang alahan dia menjadi lagi.
Ketam - Ini pilihan adik dan Kak Yasmien. Keliling mangkuk papa bbq daging, ayam, sotong, udang dan kerang. Untuk BBQ kuah pencecah disediakan juga.
Kak Yasmien - Tolong mama buat. Dia suka memasak. Kangkung, bunga kobis, brokoli, cendawan , putik jagung masuk di bahagian sup. Bebola ikan, dan lain-lain lagi masuk di bahagian tomyam.
Licin - Makan banyak mana pun boleh. Biasanya jika di restoran lain untuk kami sekeluarga tidak pernah lari dari RM200/- ke atas, tetapi malam itu papa bayar guna cash sebab harga keseluruhan hanya RM78/- saja. Puas dan murah.


Tidak ada gambar makanan sebab semua sudah masuk dalam perut. Selain itu makanan di sini juga pernah aku papar dalam N3 sebelum ini. Andai ada sesiapa yang berminat untuk mencuba ada baiknya membuat tempahan sebab sejak kebelakangan ini restoran ini menjadi tumpuan bukan sahaja orang Melayu tetapi juga bangsa-bangsa lain. Malam itu sahaja aku lihat ada satu syarikat membuat majlis perpisahan dengan membuat tempahan 5 meja penuh.

Malay Steamboat & BBQ
No. 45, Jalan Sri Putra 1
Jalan Bandar Putra
81000 Kulai, Johor
Tel: 013-7073980

~~ Sebelum makan anak-anak sudah berkata mahu makan di tutti frutti selepas makan di sini, tetapi sebaik keluar restoran semuanya berkata "Tak jadilah papa dah kenyang sangat".~~



71 comments:

  1. alahaiiiiii... dah la pose tibe tpandang pulak steamboat.. trus rs nk mkn steamboat pulak... hahhaaha

    ReplyDelete
  2. sedapnye kak steamboat,
    dah lama rasanya x makan steamboat..

    Iyela berpatututan sgt harganye tu..:)

    ReplyDelete
  3. utk rate sekarang memang murah tu..

    makchaq suka jugak tapi panas..berpeluh2

    suami kawan makchaq kata
    'orang pi makan kat luaq pasai malas masak... kalau nak makan kena masak sendiri... baik tak payah'

    ReplyDelete
  4. Pandai diaorang makan guna chopstick, kalau kakcik memang tak reti. :)

    ReplyDelete
  5. suka steamboat.. memang berbaloi harganyakan...

    *** saya mampu tengok jela alamat tu kakzakie... saya nun jauh di utara ni :)

    ReplyDelete
  6. lama dah x mkn steamboat... tp Queen ni tang perut kecik so agak rugi kalau mkn steamboat ni.. byr mahal2 tp makan x smp pun RM10.. hehehehe

    ReplyDelete
  7. Kakzakie...
    memang murah kakak, sebab saya tengok banyak "seafood" yang keluarga kakak ambik...kat SP nipun makanannya agak mahal ...

    Adik dan saya punyai kegemaran yang sama....boleh le kawan dengan adik ..he..he..:)

    ReplyDelete
  8. kak, biar betol?? murahnyaaa rm78 makan penuh meja tuuu?? ishh cm xcaye lak..silap kira niii..hehe

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum my dear Kak Zakie:)

    Sedapkan makan steamboat...sesuai mana yang berdiet bebas minyak gituu..:)
    Tapi bab makan guna chopstick tu..masih tak pandai ..aduhai..:)

    ReplyDelete
  10. Mkn steamboat best. Tp sy elakkan mkn bebola sbb kebiasaannye, bebola tu byk msg n cpt kenyang. Pas mkn mst rs mual n perut rs tak selesa. Tu yg bt dah tak nak mkn g. Padahal baru je start. Rugi.

    ReplyDelete
  11. teringat steamboat kat dataran mbjb..mmg berbeza dn apa yg kakzakie posting kan nie

    ReplyDelete
  12. alamak bestnyer kak... tgk anak2 akak mkn bersungguh2 sampai tak toleh kiri kanan msti sedap betul tu...
    tp mmg murahkan kak tak sampai 100 pun... kalu dkt dh lama dana pg

    ReplyDelete
  13. selalu kalau nak makan steamboat pada belah malam, saya x kan makan tghari. baru berbaloi makan dengan kadar harga tetap.... hehehehe

    ReplyDelete
  14. wah,enaknya mkn-makan time ye..

    semalam saya jamu tetamu mkn di rumah.

    lama dah tak mkn steamboat.

    ReplyDelete
  15. kakzakie,
    ada tong gas tak bawah meja.. aritu jadi issue keluar kat tv pasal restoren steambot yg letak gas bawah meja..bahaya sangat sangat..lagi lagi kalau kedai yg tertutup..

    ReplyDelete
  16. wahhhhhhhhhh..bestnya ...nak dapat yg fresh tu susah tak kak..ita mkn steamboot ne...semua yg bekunya...murah pun murah...sedap nampak ketam tu...

    ReplyDelete
  17. rm78 je?? uihhh...kene pegi ni...jauh pun jauh la.. :D

    ReplyDelete
  18. mau gatal2 badan sy kalau makan ketam..

    tapi kalau depan mata sedap macam tu, tetap makan jugak.. hehe.. (",)

    ReplyDelete
  19. kakzakie..acik ni memang ketinggalan..belum pernah masuk kedai makan stemboat..
    ada nampak di sini..tapi suami tak yakin..jadi tak boleh makan ..
    best kat tempat kakzakie siap ada tulis malay steamboat

    ReplyDelete
  20. lepas juga hajat nak pekena steamboat ni...berbaloi-baloi harganya :D

    ReplyDelete
  21. fuh.. sedapnya.. nampaknya kena buat list ni kak.. apa nak makan lepas 44 hari ni.. tengok sana sedap tengok sini sedap tapi apa-apapun tetap kena kawal jugak sebab dak Nuha masih menyusu badan..

    ReplyDelete
  22. kedai steamboat mesti pengaliran udaranya baik... hati2 ya?

    ReplyDelete
  23. alahaiiii ieda pose nie kakk
    siann ieda .. ekkeke ;)

    ReplyDelete
  24. Kak Zakie! pandai sungguh akak goda saya dgn stimboat, jauh lak tu..huhu...mmg susah nak dpt makanan yg sedap2 kan.. nasib la kan... kalo sedap..sume org puas hati, kenyang.. Alhamdulillah...Rezeki dari Allah swt .

    ReplyDelete
  25. AK xpenah makan steambot kak. ehehee. teringin rasanyaaa. haishh! teheee

    ReplyDelete
  26. murah tu kak!!...

    kalau steamboat saya lebih fokus kepada seafood..:)

    ReplyDelete
  27. Selamat bercuti untuk anak-anak....

    :-)

    Cuti kami dimulakan dengan Bin demam chicken pox....jadi juru rawatlah ibunya.

    ReplyDelete
  28. suka makan steamboat....
    seronoknya anak-anak Kakzakie semua impian terlaksana...

    ReplyDelete
  29. alhamdulillah.. pasti kenyang kan... :)

    ReplyDelete
  30. izla pon dah lama x makan steamboat..huhu...
    mengidam pulak..this weekend maybe.. :)

    ReplyDelete
  31. Semuanya happening, tapi untuk papa tu time bayar sedikit pening kot.:)

    ReplyDelete
  32. dh lama tingin nk makan steamboat stail gini kak.. tp tiap kali nak pegi mesti x jadik.. bukan apa riso bawak hero2 yg tgh meligat tuh.. kang sibuk diorang nak main api.. naya jer kang.. hehe.. nak lepas kempunan selalu gi makan steamboat van kt dataran jelah.. huhu..

    ReplyDelete
  33. dh lama tingin nk makan steamboat stail gini kak.. tp tiap kali nak pegi mesti x jadik.. bukan apa riso bawak hero2 yg tgh meligat tuh.. kang sibuk diorang nak main api.. naya jer kang.. hehe.. nak lepas kempunan selalu gi makan steamboat van kt dataran jelah.. huhu..

    ReplyDelete
  34. murahnye akk....rietta selalu makan berdua bertiga pown mahal....

    ReplyDelete
  35. kat sini takde.. kena buat sendiri...

    ReplyDelete
  36. menyelerakan :)..
    murah nyer kak..mmg berbaloi :)

    ReplyDelete
  37. Wah terliur sdah ptg2 nih....dapnya kak...tgk sume mkn berselera....nnt nak kena goda hubby g cr nih...huhuh

    ReplyDelete
  38. Waah sedapnyaa..tgk anak2 akak makan.. Saya pun suka gak makan steamboat nie. Murah plak tuh berbaloi laa..ngan ketam tuh semua.. :)

    ReplyDelete
  39. saya dah save alamat kedai ni kak..kalau balik ke JB, boleh saya cuba di sini...ketam tu nampak best! sebab steambot yg saya selalu pegi kat sini takde ketam

    ReplyDelete
  40. murahnya kak....macam-macam ada....

    ReplyDelete
  41. penangan entry akak, petang ni nak cari steamboat jugaklah untuk berbuka puasa nanti

    ReplyDelete
  42. is gelabah kalau guna chopstik..hehehe
    sedapnya semua... (^___^)

    ReplyDelete
  43. sedapny....tak tahan tengok tang ketam tu...sedapny...

    ReplyDelete
  44. assalam kak..
    memeang mengujakan laa...
    da lama tak makan steamboaat..
    lapar pulak..
    ingat kan kat sini je..
    boleh terjah..
    tapi kat johor rupanya. hmmm...

    ReplyDelete
  45. memang murah la...kalau kah Johny's..makan 4 org je dah cecah 100...

    ReplyDelete
  46. Baru last week pegi mkn dgn opismate di IKANO Steamboat kakzakie..cumanya geng2 yg lain punya portion ada seafood..saya hanya ada bebola daging dan daging nipis sahaja..Alergik lah pulak dah tua2 ni...mungkin Ada hikmah sebalik apa yg tidak boleh saya makan lagi....

    ReplyDelete
  47. yes dapat port makan2 terima kasih ya

    ReplyDelete
  48. alahai sedapnya, dah tu murah la pulak,.. tapi jauh sangat, kat johor...

    ReplyDelete
  49. sedpnyer..tba2 lya trsa nk mkn lak.. dh lma jgk x merasa ni.. wahh..besonyer ketam tu

    ReplyDelete
  50. PSS...look like silk...but it is not....they are nice...but dun suits rietta....

    ReplyDelete
  51. Kakzakie ank2 ain pun selalu mcm tu jugak...belum makan lagi dah nak makan yg lain kami iye kan ajer..tapi dah selesai makan terus tak jadi... Kenyang tak boleh masuk lagi makanan yg dia mintak tuu...

    ReplyDelete
  52. baru teringin nak pegi.. tapi bile tengok alamat jauh beno kat johor nunnn..

    ReplyDelete
  53. Sedapnya kak dan murah pulak tu...nak pergi,alahai jauhnya di Johor sana.

    ReplyDelete
  54. kannnn,,
    ayu kalau kesana, mmg call saiful dahulu

    kak, nak tanya TF kat area senai-kulai kat mana?

    ReplyDelete
  55. Sedapnya melihat anak2 Kak Zakie makan.. Berselera benar mereka.. Lama tak makan steamboat.. Lepas ni kenalah cari.. :)

    ReplyDelete
  56. Assalam kak, murahnya makan kat sana tu dah la byk kan memang puas ati dan berbaloi pergi mkn kat tempat mcm tu:)

    ReplyDelete
  57. seronok dapat keluar makan bersama keluarga.

    ReplyDelete
  58. Membanggakan juga bila melihat restoran ini padat dengan kunjungan pelanggan kerana ia milik penuh bangsa Melayu. Pelanggan pula terdiri dari pelbagai kaum.

    Terima kasih diucapkan kepada semua yg sudi memberikan komen: -

    IntanBerlian, Sweetmama@Eija, makchaq (betullah makchaq, kakak memang malas tu yg selalu makan luar), kakcik, Syiela, Queen Teratai, azi (oh.. sama dgan anak-anak akak azi ye..), Pn Kartini (sebab itu ramai org cina memenuhi restoran ini..), Pok Amai-Amai (boleh pilih yg lain spt sayur dan ikan Fara..), sahromnasrudin, norhidana, eelobor (kami pun makan malam sebab siang kakak kerja), cinnamon.com (seronoknyer....), Rai (meamng tong gas dia bawah meja Rai... tapi nak makan punya pasal lupa tang itu hihi...), anitadiana, nur anis, pena rozie, MRs. Eady, gadisBunga (ini cousin pada Ayu Citarasa Rinduan tau GB), fuad ansarai, Acik Erna (dia memang org tempatan sini juga acik itu yg mudah dapat pelanggan), Aien Alien, saya disini, aizamia3, gedek, ieda, Emme, Alisha Kirana, Lieynanilaz, ckLah@xiiinam (tukar profession masa cuti ye cikgu), Qhaifa Nur, LadyBird, izla, Cikli (kali ini murah aje Cikli), ct rahani, hanginsepoi2, henrietta jose, mulan, SumeSakan, Rinaa, akuzle Ayu, Daddy Ziyyad (baik book dulu doc sebelum pergi), aanie, Ann Ishak, eeiyss (makan mee guna chopstick baru best is), wawa syaida, kella, nabila_2908 (betul di sini murah sangat), Eye_nee (kakak suka sayur-sayur eye_nee), onlajer, aimaniman, Lyafrina, henrietta jose, ainnoraini (kalau kita kata ok hati kan suka ain - tapi bila dah penuh perut mesti tak mahu dah), eja-Ej, Norzie Hany, Citarasa Rinduan (penuh betul restoran dia ni kan Ayu), Nur-Nba, Nieza (kalau di sana kena buat sendiri Nieza ye..) dan ibundo (sementara cuti sekolah kakpah).

    Terima kasih sekali lagi buat semuanya :)

    ReplyDelete
  59. syoknya makan ramai2 camni..lelagi dorang bila balik bcuti..time nielah makan n berbual2 dgn anak2 kan kak...saya suka suasana camni ;)

    ReplyDelete
  60. sedapnya kak.. pandai adik pkai chopstick

    ReplyDelete
  61. Jauh sangat la kak...huhuhu..terliur dah nie..

    ReplyDelete
  62. hamboy masing² makan tak ingat apa dah hehehe

    ReplyDelete
  63. adoiiisedapnya dia org makan..telan air liur nie...:D

    ReplyDelete
  64. terliur saya dibuatnya..... nampak steamboot ni...

    ReplyDelete