Monday, May 7, 2012

Pagi ini...

Gumpalan awan mendung di atas kepala sudah dapat diagak pasti hujan lebat akan turun. Sebaik kereta bergerak keluar rumah gerimis berubah serta-merta menjadi curahan hujan lebat tidak terkira. Angin yang kuat menggugurkan bunga-bunga yang kelihatan bagai bunga sakura di tepi jalan. Tiba di pintu utama masuk ke sekolah bersusun sudah kereta ibu-bapa dan bas sekolah mahu menurunkan anak-anak sekolah. Sekolah adik memberi kelonggaran untuk menurunkan anak di dalam sekolah andai hujan lebat.

Kereta aku tersekat langsung tidak boleh bergerak sama seperti beberapa kereta di hadapan dan di belakang aku. Baru kami tahu ada juga penjaga yang tidak punya disiplin dan mementingkan diri sendiri dengan masuk mengikut pintu keluar - bererti songsang mengakibatkan kereta masuk tidak boleh keluar. Pakcik 'guard' walau berpayung basah kuyup hanya kerana terpaksa memarahi dua kereta yang tidak berdisiplin tersebut. Aku percaya guru besar juga terpaksa turut sama dalam kekecohan tadi. Keseluruhan jalan hadapan sekolah adik pagi ini betul-betul sesak hanya kerana angkara penjaga yang masuk pintu secara songsang. Dua kereta yang menyongsang arus akibatnya aku lihat dipaksa Pakcik 'guard' parking di tepi bagi memberi laluan kereta yang mahu keluar. Tidak tahu pukul berapa kereta itu dapat keluar. Itulah akibat mahu cepat aku rasa kereta mereka berdua pasti hanya boleh keluar selepas semua kereta telah keluar mengikut laluan yang betul


~~ Betapa hanya kerana dua orang melanggar disiplin akibatnya keseluruhan jalan masuk sesak. Jadikan iktibar jangan mementingkan diri sendiri.~~




62 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. salam kakzakie..nak cepat sampai tak terfikirkan keadaan semasa..kalau ikut peraturan..semua orang akan selesa..wa;aupun lambat..

    ReplyDelete
  3. Selalu terjadi mcm tu...kadang2 tu geram jer...
    Kalau ikut peraturan semuanya pasti berjalan dgn lancar jer..

    ReplyDelete
  4. geramkan dengan orang macam ni...

    ReplyDelete
  5. Semoga ianya menjadi pengajaran...

    ReplyDelete
  6. pengajaran utk diri sendiri supaya menjadi seorang yg berdisiplin & tak mementingkan diri

    ReplyDelete
  7. eemmmmm.. menyusahkan org lain jer kan...

    ReplyDelete
  8. kasihan nye..
    itu la, sebab nak mudah, org lain pun jadi mangsa juga..
    bila la nk berubah org kita ni yea..
    suka pentingkan diri sendiri,
    alik2 susahkan org pula.
    semoga mereka tu sedar kembali..

    ReplyDelete
  9. Tulah kak, kan sama je macam kisah saya sebelum ni, memang ada orang yang pentingkan diri sendiri, tak peduli pasal orang lain..

    ReplyDelete
  10. inilah masalah org yang suke mementingkan diri sendiri, semoga mereka sedar dan menjadi pengajaran sebaiknya

    ReplyDelete
  11. kesal dengan sikap ibubapa yang mementingkan diri sendiri...

    ReplyDelete
  12. kl pg ni pun hujan ngn lbtneyr kak... terowong smart dh ttp... kalu kuar lmbt comfirm jem...

    aduhla kak, pyh kan hidup kalu yg jenis pntingkan diri sndiri je...

    ReplyDelete
  13. kalau hanya mementingkan diri sendiri je.. tak fikir masalah yang org lain alami.

    ReplyDelete
  14. saya pun cukup benci org2 yg langgar rule lebih2 lagi kat dpn sekolah & dlm kwsn sekolah..sume org pun nak cepat..kene sabarlah..ni dpn anak2 dah tunjuk perangai langgar rule..kat sekolah my son kan sis, sekolah dah ckp tak boleh masuk kereta except for hari hujan.. ade jugak yang langgar rule pastu maki guard kalau guard tak kasik masuk..taulah kereta besar tapi dah tunjuk cth tak baik lagi sekali dpn anak2.. hai manusia akhir zaman, sume pentingkan diri..

    ReplyDelete
  15. memang ada manusia tak tau betapa pentingnya kesedaran sivik dalam diri..sengal!

    ReplyDelete
  16. jenis pentingkan diri sendiri..akibatnya menyusahkan org lain kan kak...pg ni KL pun sgt jam sbb ujan yg xberhenti

    ReplyDelete
  17. ni lah padah klu asyik fikir kepala sendiri je ye kak...yg paling x bleh d maafkan bila mnyusahkan orang lain sekali...

    ReplyDelete
  18. betul la kak.. klu x menyusahkan orang lain x pe jugak.. nak cepat lg bertambah lambat.. :)

    ReplyDelete
  19. grrrr!! saya benci org mcm ni kak...kat KL ni melambak manusia perangai pentingkan diri sendiri mcm tu...adoi la hai...

    ReplyDelete
  20. kdg2 bila berdepan dgn situasi yg mcm ni mmg rasa nak mengamuk kan. pagi2 dah buat hal. susah betul nak berurusan dgn jenis yg pentingkan diri. harap kita semua tak bersikap mcm ni la ye :)

    ReplyDelete
  21. org cmtu yg bg tensyen kat kita kan kak..

    ReplyDelete
  22. orang tu kena tgk program laukana bainana or fatabiouni..sure rasa malu sgt sebab akhlak kita tk dpt nk ikut contoh nabi S.A.W...

    ReplyDelete
  23. Ada jugak orang macam tu kan..nak cepat menjadikan orang lain semua jadi lewat..itulah akibat mementingkan diri..

    ReplyDelete
  24. tu namanya pentingkan diri sendiri kak, x sedar perbuatannya menyusahkan org lain..walhal semua org nak cepat, disebabkan sikap dia org lain jd lambat termasuk lah diri sendiri..tmpat sy pun ujan pagi ni..

    ReplyDelete
  25. salam kakzakie,
    selalu terjadi macam tu..org tak pentingkan masa dan keselamatan org lain.. Sudahnya menyusahkan ramai org.. Pentingkan diri sendiri sungguh..

    ReplyDelete
  26. menyusahkan org lain je kan.....macam dia sorang je nak cepat....

    ReplyDelete
  27. mmg menyusahkan org...sy pagi2 mengadap jem kat jmbtn motorola, n mmg panas hati ada yg amik laluan songsang utk potong q...geram

    ReplyDelete
  28. org pentingkan diri mmg gitu selalu menyusahkan org...

    ReplyDelete
  29. ada jugak segelintir kita xde kesedaran sivik..
    x suka lah

    ReplyDelete
  30. kalau bawa kereta,memang byk orang meroyan.

    sabar ajelah.

    ReplyDelete
  31. kt cni pun ujan td..bh gk dtg.kerja.hehe

    ReplyDelete
  32. itulah..krn pentingkan diri..hbis semua jd mngsa kan

    ReplyDelete
  33. nampaknya 2 penjaga tu yang sepatutnya kena 'disekolahkan' semula

    ReplyDelete
  34. biasa terjadi perkra mcm ni kak..nampak kecil tapi sebenarnya amat besar impact dia..hal2 mementingkan diri mcm ni, selalu menyusahkan org lain..mcm tu lah kalau hidup asyik mendongak ke langit, tak toleh kebwh..minta jauh dr sifat mcm ni..

    ReplyDelete
  35. huuhu kalau macam nie kita yg duk dlm kereta rasa nak marah gak .. dah lah ujan , jem dgn perkara x munasabah , bencik nak hadapi ..

    hurmm kdg2 manusia nie akk dia x sedar perbuatan dia sebenarnya mementingkan diri dan menyusahkan org .. kita sama2 sedarkan mereka nie .. mana tahu bila tiba hari kita , kita manusia kak .. x pernah alpa dari membuat kesilapan huhuhu

    ReplyDelete
  36. menyampah dgn perangai manusia yg pikirkan diri sendiri ja...dah tu selamba ja tanpa menunjukkan rasa bersalah

    ReplyDelete
  37. salam...

    kat sini pun ramai mcm tu, lebih-lebih lagi kalau traffic light rosak, masing2 berlumba2..huh..

    ReplyDelete
  38. hmm..faham dengan situasi tu..

    ReplyDelete
  39. ngapa la ada yg suka menyusahkan yg lain.. ikut la peraturan utk kesenangan semua kan..

    ReplyDelete
  40. ayat akak ni macam leh buat novel la kak... sesuai ja baca...tapi memang tul... hanya sebab segelintir pemandu, suma orang kena redah sesak...

    ReplyDelete
  41. akibat dari dua kereta tu je.. dah habis jalan sesak..

    menyusahkan orang je.. kalau ikut jalan yg betul mesti lancar je perjalanankan

    ReplyDelete
  42. asalam ... salam kenal ... saya dah follow blog .. sudilah kira nyer follow blog saya ..tq.

    ReplyDelete
  43. huh. mmg penting diri. xfikir kesusahan org, kan kak.

    ReplyDelete
  44. assalamualaikum akak..

    intro akak macam ayat dlm novel la..saya ingat akak dah stat menulis novel hehehehe..

    jgn mare ye..gurau je

    ReplyDelete
  45. seksa cmtuh kak ..
    aduyai .

    ReplyDelete
  46. moga jadi pengajaran pada pemandu tu...biar dia sedar...jgn pentingkan diri sangat sampai menyusahkan org lain... ;)

    ReplyDelete
  47. Sye pun cukup pantang lagi2 kalau org potong Q... geram sgt2! org lain tunggu boleh je pun!

    ReplyDelete
  48. rakyat malaysia ni kak, mmg ramai yg inconsiderate/ pentingkan diri sendiri...asalkan dia nak cepat aja, tak fikir menyusahkan org lain...biar padan muka 2 org tu kena tunggu lama...pengajaran buat mereka.

    ReplyDelete
  49. boleh ke gune pepatah ni.. kerana setitik nila rosak susu sebelanga, heeee.... tapi mmg kat mana mana camtu la kak, sebab dia sowang, abis semua tak leh nak buat apa apa pun...
    huhuhuhu....

    ReplyDelete
  50. sifat sabar jgk yg untung...bila tergopoh gapah kan dah jd lambat...itu blom kira maki hamun dr org ramai lg...

    ReplyDelete
  51. Pelajaran dan pengajaran bagi yang tidak mematuhi disiplin.

    ReplyDelete
  52. Amalan ini selalu berlaku - di kiosk ATM,naik bas,potong Q dan lain-lain lagi.

    Dikatakan, amalan tidak beretika ini tidak berlaku langsung di negara-negara maju dan bertamadun -England,Perancis,Jepun,Korea.

    Inilah cabaran kita.

    ReplyDelete
  53. Salam sehjahtera KZ

    Selalu ada2 saja yg buat hal. Macam orang potong Q!
    KZ Pontian kat mana ya? lupalah...teringin jugak ngan ikan2 segar tu dan teringin nak ke KUkukp atau tg Piai lagi.Bila ntah!

    ReplyDelete
  54. Kalau semua ikut peraturan kan lancar segala

    ReplyDelete
  55. memang ramai yg jenis pentingkan diri sendiri nih kak kan...hmmm..

    ReplyDelete
  56. kesiannya...muhasabah utk diri yana jugak ni...

    ReplyDelete
  57. angger wong gegeden endas ..
    tabok waie raie nay ...

    wong tuo2 ngomong,
    gegeden patak ..
    hu..hu..

    ReplyDelete
  58. Malangnya kejadian mementingkan diri sering terjadi di negara kita berbanding negara maju. Harapnya tidaklah kita bersifat seperti demikian. Terima kasih kakak untuk yg memberikan komen: -

    Acik Erna, ainnoraini, lieynanilaz, kakcik, @cu Sayang, Masya, Pokok Manggis DR, Huda, Aju Mohit, Sari Yusa Ibrahim, norhidana, Ratu Kebaya, gadisBunga, Maya Amir, Nini D, noor, SumeSakan, ct rahani, wahida, Dylla Abas, Sara, Tihara, Mokcik Azwa, ieja amieja, Rai, aanie, Munnafendy, Tentang Kita, izla, Cik Farizam, cinnamon.com, are_lin@yu, Lyafrina, Ann Ishak, ariana, ieda, Kamsiah, Sisyira, Lynn, mulan, mama irfan, Syiela, ajak, Aliesha Kirana, sahromnasrudin, fazilzura, nabila_2908, Ren Din, Daddy Ziyyad, Emme, Salmiza, Zaitun, ujang kutik, Mama Ju, Cikli, Papa Mifz, Maya Mayana dan aby (wong koyok ngono orak ono otak aby hihi...)

    Sekali lagi terima kasih buat semua.

    ReplyDelete
  59. sungguh kurang ajar tu..menyusahkan org aje kan kak...

    ReplyDelete
  60. Ingatkan budak2 je yg x tahu ikut peraturan tp org dewasa pun lebih teruk lg sbbkan dah ada akal fikiran boleh fikir semua tu berbanding budak2 yg x tahu berkir lg...

    ReplyDelete