Malam sabtu lalu surau taman perumahan kami mengadakan ceramah bulanan. Kali ini bersempena israk mikraj. Rata-rata telah tahu hal ini. Perjalanan baginda rasulullah selama 3/4 malam sahaja dari jam 6 malam hingga 6
pagi dan baginda kembali semula ke Mekah sebelum terbit fajar . Rasulullah
menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa.
Dalam
perjalanan Mikraj banyak pula hal yang dialami oleh Nabi Muhammad
s.a.w. Namun yang paling penting adalah baginda mendapat keringanan
solat fardu dari 50 kali menjadi 5 kali sehari semalam, satu kewajiban
yang wajib dikerjakan umatnya hingga kiamat. Bayangkan kalau kita kena bersolat 50 waktu sehari.
Renungan untuk kita bersama bagaimana baginda dipertemukan senario golongan yang menghantuk dan memecahkan kepala sendiri, makan daging mentah dan busuk, menggunting lidah dan banyak lagi yang kita semua telah tahu sebab itulah yang diulang saban tahun. Bahkan banyak lagi kejadian yang ditemui baginda. Sekadar sesama kita beringat bila rasulullah pun ngeri ketika Jibril menerangkan itulah seksaan kepada mereka yang suka meninggalkan solat, balasan orang berzina, suka mengadu-domba, mengumpat, membuat fitnah dan sebagainya. Realiti dalam kehidupan kita hari ini sering perkara ini terpapar di depan mata. Sedihnya. Bersamalah kita ingat-mengingati.
Jemaah perempuan - Tidak tahu siapa yang tolong snapkan gambar ini sebab aku serahkan beg pada beberapa anak dara yang duduk di luar beranda tolong jagakan beg aku. |
Lagi jemaah perempuan - Aku rasa ada kakak atau mama pada anak dara yang tolong ambilkan gambar ini sebab itu dia tuju arah sini. |
~~ Betapa maha pengasihnya Allah kerana walau besar mana pun silap kita tidak pernah ditunjukkan di depan mata akan dosa itu. Cuba banyangkan kalaulah Allah bagi balasan contohnya oksigen itu hanya untuk mereka yang taat, lama sudah aku ini terkujat tidak cukup nafas selalu.~~
suami saya tanya, siapa ingat apa peristiwa penting isra' mikraj, saya terdiam, najwa yang darjah 1 tu yng bercerita, allahuakbar, malu kat anak, dengan adanya ceramah seperti ini akan mengingatkan kita semua insya allah
ReplyDeleteAssalamu'alaikum. Kita ini pelupa maka sering perlu diberi ingatan.
ReplyDelete:)
ReplyDeletetu la kak.. kalu DIA terus tunjuk balasan tu dpn mata kita.. xtaulah camne kan.. emmm sama2lah kita beringat..
ReplyDeletesemoga kite sentiasa ada yg mengingatkan
ReplyDeleteye kak...kalau allah tarik nikmat oksigen 3 minit pun dah tercungap2 kita
ReplyDeleteSalam, KakZakie... bila baca kisah Israk Mikraj ni macam2 yang terbayang di mata, tak tergambar apa yang akak dilalui di sana nanti..
ReplyDeleteTengok post akak nie...teringat zaman dok kampung dulu...selalu ikut ayah p masjid...nie dah nak puasa....rindu nak terawih kat masjid di kampung...jalan ngan ayah malam2 lintas sungai, nek titi dalam gelap....rindunyeeee....
ReplyDeletethanks kak zakie atas ingatan ni... ^_^
ReplyDeleteterima kasih kak..kadang2 bukan lupa..tapi alpa..sibuk sangat dengan urusan dunia..
ReplyDeletesedih bila fikir berlalunya israq mikraj .. x tahu tahun depan berjumpa atau tidak huhuh
ReplyDeletesetuju kak kalau la ditunjuk depan mata dosa tu... x tau lah keadaan saya camner sekarang...
ReplyDeletebersamalah kita beringat
kalau ada peluang dan ruang dengar ceramah sebegini elok kita semua rebut...dapat manfaatkan kak..
ReplyDeletebetul tu, seseskali kena dengar cermah mcm ni nak ingat2kan balik.. terkadang kita pun boleh lupa
ReplyDeletetenang sgt bila duk surau /masjid. dgr ceramah ni bgs, dpt ilmu baru n dapat perbaiki diri kite. insyaAllah
ReplyDeleteIsrak mikhraj.. kisah yang memang menyentuh hati kita...
ReplyDeletebestkan dapat mendengar ceramah macam nihh.
rumah Queen skrg ni dekat sgt dengan surau, setiap kali ada ceramah pasti akan dengar smp ke rumah.. :)
ReplyDeletearwah mak pernah cerita kisah ni pd kami adik beradik...
ReplyDeletekebetulan time tu kami rakam..
ingt lagi mak pesan jaga solat,jaga diri...
Insyllh kami xlupa...
kat rumah nor pun adakan ceramah sempena isra' mikhraj... mmg sronok bila dgr. mengintakan kita pada sjarah silam...
ReplyDeleteAllah maha pengasih...maha pengampun...maha penyayang kan kak....kita ni saja selalu melalaikannya....
ReplyDeletemoga kita jauh dari balasanNya kan sis..takut bila memikirkan azab Azab..
ReplyDeletekat office ni pon ada ceramah israk mikraj jugak
ReplyDeletesesekali dgr ceramah ni membersihkan hati kan.. dan bersyukur kerana diberi peluang menghargai ape yg diperolehi...
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletealkuliyyah hari jumaat baru ini pun bincang pasal israk mikraj juga. kata org lagi besar kita, semakin belajar, rupanya banyak lagi yang kita tidak faham.
bukan snng perjalanan nabi kita. banyak dihidangkan dgn azabnya. semoga ada pengajran utk kita disitu.
ALHAMDULILLAH SYUKUR SANGAT.
ReplyDeletenini seronok sgt kalo dpt join ceramah mcm nih...alhamdulillah,di Taiping jugak selalu ada ceramah begini
ReplyDeleteKasihnya Rasulullah kat kita..
ReplyDeletesanggup tebal muka naik turun jumpa Allah supaya dikurangkan waktu solat yg 5o kpd 5..
itupun masih ada yg berat nak buat..
termasuk diri ini.. Astaghfirullah..
dah lama tak berkesempatan ke program mcam ni....
ReplyDeletekat ofis i selalu ade ceramah macam ni..;D
ReplyDeleteKenkadang kite leka dengan urusan dunia hingga lupe pada Allah swt... moga kita sentiasa diampunkan dosa oleh Allah swt...
ReplyDeletesalam kak,
ReplyDeletelalai dan mudah lupa itulah manusia
bagus jika dapat saling ingat mengigati :)
Seronoknya dpt hadir sama dlm mendengar ceramah gini..
ReplyDeletesama2 kita ingat mengingati =)
ReplyDeletebudak2 sekarang dorang lagi tau dari kita bab2 ni..sebab kat sekolah agama ustazah sentiasa bercerita bab2 ni..
ReplyDeletebetul la kak.. kdg2 kiter alpa dgn urusan duniawikan.. sy pun sama..
ReplyDeleteseronok dapat ke surau dengar ceramah dll.. moga kita sentiasa diterangkan hati utk lebih menimba ilmu agama..
ReplyDeletemasa dok asrama dulu sambut israk mikraj bersama,ada aktiviti...teringat balik...;)
ReplyDeletekat kawasan rumah nur pun ada ceramah pasal ni...tegur pasai lalai sembahyang...moga ada keinsafan dalam diri..
ReplyDeleteada pergi juga ceramah aritu kat surau tempat tinggal... syukur dapat mengembalikan kesegaran iman kita bila dengan ceramah ni...
ReplyDeleteAllahuakbar.. byk pengajaran yg kita dapat dari peistiwa israk dan mikraj itu kan kak.. semoga cerita yg selalu diulang2 itu akan maningkatkan lagi keimanan kita kps Allah yang maha pengasih lagi maha penyanyang..
ReplyDeleteadoi...terasa dalam hati..
ReplyDelete:D
(ermm..gambar akak yg last buat saya teringat bulan ramadhan la..sbb saya hanya gi surau bulan ramadhan je la, solat terawih..)
Seronoknya dapat menghadiri majlis2 ilmu seperti ini..bukan tak tau, tapi kita alpa, apabila diperingatkan semula, kita seperti terkezut..bangun dari tidur..
ReplyDeletesetuju dengan kakcik..
ReplyDeletebila kita lupa ada yang mengingatkan.. ;)
pengisian y terbaik..moga mperolehi rahmat drp-Nya
ReplyDeletesaling ingat mengingati...
ReplyDeleteWalau ceramah israk mikraj setiap tahun mempunyai pengisian hampir serupa tetapi ianya dapat membuka minda kita utk dijalinkan dgn isu semasa kini.
ReplyDeleteTerima kasih kakak ucapkan kepada semua yang memberikan komen:-
Aju Mohit (anak-anak lebih ingat sebab selalu didedahkan di sekolah Aju), kakcik, saya di sini, IntanBerlian, norhidana, Lydia Miza, Sari yusa Ibrahim, Henrietta Jose, Liya hanif, Rai, ieda, Syeila, Aien Alien, Kesuma Angsana, Afasz, Zie, Queen Teratai Cik Lala, Noor, Eye-nee, Are_linAyu, izla, Masya, Syira (betul Syira kita sekadar mengikut perintah tidak perlu berjuang menempuh liku-liku), K.Nor, Nini D, Solihin Zubir (kalau 50 waktu memang tidak ada masa nak buat kerja lain), eiza, Sherwienna Muzzawer, Emme, Ati Masrif, Rinna, nn lylyn, fieda, ct rahani, mulan, Aishah Jahirah, Qhaifa Nur, Kazman/Sue, Hanis Azla, Hidayah Bach, Sal(tempat kakak ceramah sebulan sekali agak panjang kalau tak kuliah maghrib pendik saja), aizamia3, LyaFrina dan aRe-Na.
Buat semua sekali lagi terima kasih dari kakak.
petang semalam dkna dengar ceramah tentang isu yang sama kat tempat kursus.
ReplyDeletebyk sgt kebesaran Allah yg kita tak syukur...segala yg ada kat bdn, saluran darah, sendi2..klu Allah caj mcm topup tu camne le kitakan..tu pun tak syukur gak :((
ReplyDeleteCeramah2 macam ni memang kita kena selalu dengar, walaupun dah tau tapi cepat alpa..
ReplyDeleteAsmkm kakak. Biasanya di sek sy mengajar mesti sy join sama sambutan israk mikraj, tp kali ni, sy tak dpt turut sama..ujian sakit dr allah..dh seminggu lebih sy mc kerana chicken pox..
ReplyDeleteCeramah ini biasa di ulang sekali setahun. Walau kita telah tahu israk-mikraj rasulullah tapi mendengarnya boleh membuka hati kita kian dekat pada Allah.
ReplyDeleteTerima kasih juga pada: -
Adylia Qarissa, Sisdee, makchaq dan ariana (moga cikgu bertambah sihat).
Terima kasih sekali lagi.