Friday, June 29, 2012

Jalan pilihan

Jalan Titisan Nurani, - Sekadar hiasan N3 tidak membawa apa-apa maksud tersirat

Sungguh banyak penanda jalan
sendiri kena membuat pilihan

ada banyak jalan yang lurus
mencari yang cabang di hujung tidak terurus

oh...di sana ada warna-warni keindahan
tidak perlu syak dan waham

memilih jalan ini yang seronok
kerana sudah biasa dan tidak kekok

jalan kembali sentiasa terbuka
namun hayunan kaki mahu ke sana juga

hati berbisik, otak berputaran terus
seronok membuai rasa segalanya cantik dan lurus.

Bila nafas tinggal sekerat
kembali mahu pulang dari sesat
puas dari timur hingga ke barat
mahu kembali ke jalan lurus tidak larat

terkapai-kapai sendiri menahan sendu
sesal dan airmata merembes syahdu
kudrat melangkah kian layu
bibir terketar menahan sendu.....
mengapa baru kini tidak dari dulu


Sesungguhnya sesuatu kematian itu telah ditentukan waktunya, tidak dapat ditunda atau dipercepat barang sesaat. Telah banyak ayat-ayat untuk mengingatkan kita, namun masih menganggap jalan untuk ke penghujungnya masih jauh lagi.

~~Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
(Al-Munafiqun, 63:11)~~




63 comments:

  1. Jalan yang lurus masih ada bengkoknya..
    Usaha dan doa serta jauhi laranganNYA..

    ReplyDelete
  2. moga jumaat yg barakah buat kita semua...

    ReplyDelete
  3. semoga dipermudahkan perjalanan itu,amin ~

    ReplyDelete
  4. tq... ingat mengingatkan moga kita semua sentiasa berada di landasan yg benar !

    ReplyDelete
  5. Pilihan ditangan sendiri...bantuan akal gunalah sebaik-baiknya..agar tidak mengundang kekesalan kemudian hari....

    ReplyDelete
  6. Semoga kita semua dilindungi Allah SWT!

    ReplyDelete
  7. Semoga perjalanan yg kita pilih akan menuju ke Syurga akhirat.

    ReplyDelete
  8. ada lurus, ada bengkok.. terpulang pada kita untuk memilih kan kak... tp biarlah pilihan tu adlh yg terbaik utk dunia n akhirat..

    ReplyDelete
  9. Semoga kita semua kembali kepada Allah sebelum Allah mengembalikan kita kepada-Nya.

    Salam Jumaat kak! ;)

    ReplyDelete
  10. jalan itu mungkin sesaat dari sekarang atau hanya sekerdipan mata..wallahualam..memang rasa sikit sangat bekalan amal..hanya mengharap rahmat dari Nya jua...kadang2 selalu cari kisah tentang alam barzakh..bagaimana suasananya..keseorangan di sana..hmmm

    ReplyDelete
  11. semoga kita sentiasa berada di jalan yang lurus...

    ReplyDelete
  12. Diri sendiri kena laa kena beringat.. dan pilihan ada ditangan sendiri..nak yang lurus atau sebaliknyaa.

    ReplyDelete
  13. ingatan tentang mati. insaf!

    ReplyDelete
  14. hidup umpama jalan sehala
    maut menunggu akhirnya

    ReplyDelete
  15. jalan yg dipilih mungkin salah , tp kita boleh perbetulkan balik apa yg salah, patah balik dan pilih jalan yg benar dan diredhai ... >_<

    ReplyDelete
  16. semoga Allah sentiasa membuka ruang dalam hati kita memilih jalan yang lurus serta mendapat kredhaanNya. Insyaallah

    ReplyDelete
  17. semuanya ditgn kita... kita yg tentukan nasib hidup kita.. :)

    ReplyDelete
  18. betul tu dear..Allah takkan melambatkan atau mempercepatkan walaupun sesaat bila tiba masa kita..

    ReplyDelete
  19. hidup ni sentiasa ada pilihannya..
    Kita yang tentukan, hala tujunya..
    Tegak lurus atau yg penuh ranjau..

    Thanks K Zackie for sharing..

    ReplyDelete
  20. kak !

    terima kasih ..

    terhibur saya baca pantung pendek akk nie .. salute lah kehebatan akk ;)

    ReplyDelete
  21. gud sharing on friday kak zak :) tq

    ReplyDelete
  22. Jalan yg kita lalui sebenarnya sangat pendek, sebab ada bengkang bengkoknya, sbb tu rasa panjang.
    Begitu juga umur kita.

    ReplyDelete
  23. ingatan yg tulus dipagi Jumaat..tq kak!

    ReplyDelete
  24. semoga Allah permudahkan perjalanan kiter ke 'arah' itu.. amin..

    ReplyDelete
  25. ya..setiap org takkan terlepas daripada mati...

    tq Kak...kadang2 terlupa juga..huhu..(-_-)"

    ReplyDelete
  26. peringatan yang baik di pagi Jumaat.. semoga hati kita sentiasa dipandu dalam memilih jalan yang lurus

    ReplyDelete
  27. bila sesekali terpaksa ikut jalan yg berlainan dr biasa terasa kekok dan hati berdebar.. risau ada bencana disebelah simpang..

    ReplyDelete
  28. jalan yang lurus menuju ke syurga...
    yang bengkang bengkok menuju ke neraka...

    ingatan yang sangat indah untuk kita renungi Kakzakie..tq

    ReplyDelete
  29. orang yang bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati.

    sama-samalah kita mencari jln yg lurus itu.

    ReplyDelete
  30. Salam sejahtera KZ

    Moga kita di jln yg benar dan lurus..

    ReplyDelete
  31. muhasabah diri....semoga kita di landasan yg lurus

    ReplyDelete
  32. Teringat senikata lagu nasyid ni..Jln yg sempit yg membawa kpd kehidupan..Jaln yg luas yg membawa kpd kehancuran..ramai org yg melalui jln yg luas itu..sedikit org yg melalui jln sempit itu..Takutnya..
    Mudah-mudahan kita dpat memilih jln yg membawa kita dekat pada Allah..

    ReplyDelete
  33. Semoga kita tak sesat dipenghujung hayat. Semoga kita pulang kepadaNYA dalam keadaan 'husni khatimah' dan tidak sebaliknya.

    ReplyDelete
  34. Dalam sungguh mananya.

    Sebagai manusia taubat jangan ditanggunh-tangguh, rahsia ALLAH mengampunkan atau tidak.

    ReplyDelete
  35. asslam kakzakie semoga kita semua tidak akan beralih dri jln yang lurus

    ReplyDelete
  36. pilihan di tangan sendirikan kak

    sekarang ni ati suka sgt dengar ikim fm lepas magrib ada ustaz izi :)

    ReplyDelete
  37. entry yang menarik di hari jumaat ini, sesungguhnya mengingati mati itu baik bagi memastikan kita sentiasa dekat denganNya

    ReplyDelete
  38. terpulanglah pada kita utk menentukan jalan utk hidup kita..kalau jln yg lurus baiklah jadinya..

    ReplyDelete
  39. Kakak,
    Semua pilihan ditangan kita sendiri...semoga kita semua dijalan yang lurus ye kakak..

    P/s kematian tak boleh ditunda , tapi sering tertanya bilakah sampai saat itu untuk kita?..

    ReplyDelete
  40. btl...kita perlu ikut jalan yang betul...pilihan sendiri....

    ReplyDelete
  41. menyedarkan entry nih...terima kasih kak...

    ReplyDelete
  42. sama2 kita berfikir jalan yang nak di tempuh....

    ReplyDelete
  43. Semoga sntiasa mndpt ptunjuk utk trus brada dijln yg lurus..

    ReplyDelete
  44. biarlah jalan itu di hadapannya dah bertukar highway..yang lurus, selamat dan cepat sampai...insyaallah

    ReplyDelete
  45. bijaknya bermadah, dari papan tanda membawa kepada jalan lurus yg satu,... ingatkan nak bincang topik vandalisme, rupa2nya peringatan kepada hamba yg alpa...

    ReplyDelete
  46. Hari-hari kita berdepan dengan pilihan. Salah pilih, betulkan cepat-cepat.
    Kesilapan 5 tahun sekali jangan sesekali diulang.

    ReplyDelete
  47. Kak,td tnya pasal yudung bawal kn,postage rm6, pos laju sampai sehari,ada nk tnya lagi akak email ye..thanks :)

    ReplyDelete
  48. Nice info...tq for sharing.Semoga kita semua sentiasa berada di jalan yang lurus dan di redhai Allah.

    ReplyDelete
  49. bermacam jenis jalan ada...pilih sebaik mungkin supaya tidak tersesat.

    ReplyDelete
  50. Assalamualaikum kakak...

    Allah merahsiakan waktu kematian, untuk melihat ketaatan hambaNYA..

    Moga kita sentiasa berada di landasan yang di redhainya.
    Ya-Allah.. Amin.

    ReplyDelete
  51. semoga jalan di hadapan kita berakhir dengan kebaikan... bukan kesesatan...

    ReplyDelete
  52. jgn tunggu waktu tua baru nak insap.. kene mula dari sekrang.. jom berubah..=D

    jom baca kejap..=D
    http://lolz-l.blogspot.com/2012/06/bapa-juta-dah-mu-derma.html

    ReplyDelete
  53. moga umur yg panjang di penuhi dgn amalan..bimbang umur panjang dgn maksiat...

    ReplyDelete
  54. kakZakie..
    puitisnya sajak ni..
    terimakasih kerana tak jemu mengingatkan...

    ReplyDelete
  55. Salam hujung minggu Kak Zakie... Banyak pengajaran dari sajak akak ni.. Moga kita sentiasa berada di landasan yang betul.

    Kak Zakie, Nur jemput akak join GA Nur...

    Ini linknya :
    http://cetusanrasa-nba.blogspot.com/2012/06/my-birthday-giveaway-2012.html

    Harap akak sudi join.. Ok jaga diri ye..

    ReplyDelete
  56. moga jalan yang di pilih tu tidak menuju kesesatan...

    moga diri ini juga tidak lalai dengan ke penghujungnya yg mkin dekat....

    ReplyDelete
  57. setiap jalan y kita pilih itu..kt harus yakin y ianya jalan ke arah kebaikan...

    ReplyDelete
  58. Semoga ALLAH yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang itu akan sentiasa memenuhi hajat kita, mengizinkan kita melalui jalan-NYA yang lurus, yang memampukan kita menjadi lebih dekat dengan-NYA.

    ReplyDelete
  59. Aduhai teman kaka semeua. Mohon maaf kerana kakak dilanda kesibukan untuk dua-tiga hari ini. Terima kasih kakak ucapkan pada semua yg sudi memberikan komen atas N3 ini:-

    aizamia3, Emme, Mrs Eady, Kesuma Angsana, Eye-Nee, Pok amai-amai, Nazayiena, IntanBerlian, NoorVictory, Tihara, Sari Yusa, Rinna, Repunzeel Cikilolo, Cheqna, Afasz, Ummi Iman Queen Teratai, are-lin@yu, peparidesign, saya disini, ieda, Sara, Zie, Nini D, ct rahani, nabila_2908, Hanis, mama maman, Qhaifa Nur, K.Nor, Mam ju, ariana, Kunang-Kunang, Jun Aina, Acik Erna, Ati Masrif, Aju Mohit, fieda, Papa Mifz, Henrietta Jose, eelobor, Mummy Dahisha, Teratak Hati, nadz, aimaniman, Cikli (Moga kali ini berpihak pada yg kakak pilih), Norzie hany, Aien Alien, Deru Ombak, dwaty, L, Cikgu ma, Sal, Nur-Nba (bagi kakak masa nur), Syiela, Lyafrina dan Temuk.

    Terima kasih sekali lagi buat semua. Mohon maaf kerana kakak benar-benar dilanda kesibukan buat masa ini.

    ReplyDelete
  60. pilihan di tangan sendiri...betul tu kakak....

    ReplyDelete
  61. :D

    saya selalu salah pilih jalan.
    cuma buat masa nih setiap kali berlaku kesalahan ada org yg sudi bantu saya cari jalan yg betul.

    macam nih la gayanya utk budak baru belajar macam saya.
    (saya maksudkan hal rumahtangga :D)

    ReplyDelete