Memenuhi jemputan perkahwinan staff hubby di Kampung Parit Kahar, Air Baloi. Hampir-hampir tersesat sebab tidak pernah sampai di sini walaupun sama-sama di negeri Johor. Inilah jemputan terakhir kami hadiri sewaktu musim cuti sekolah yang baru lepas.
|
Saujana mata memandang - Susur keluar dari tol Sedenak masuk jalan menghala ke Air Baloi. Bertemu ladang nenas ini. Adik kata boleh tak minta sebiji. Macam mana tidak ada tuannya.. Bimbang tersesat hubby siap bertanya pada satu adik di warung untuk ke rumah pengantin yang bertempat di Kampung Parit Kahar, Air Baloi. |
|
Kompang - Sebaik kami tiba kedengaran kompang pengantin dipalu. Adiklah yang suka sangat sebab jarang bertemu masa yang tepat seperti ini. Biasanya kami sampai samada pengantin telah selesai di arak atau belum masanya lagi untuk bersanding |
|
Sepasang - Kedua-dua lelaki itu adik-beradik. Lelaki sebelah kanan itulah staff hubby. Kata hubby dia merupakan salah satu pekerja yang sangat baik dan rajin. Kalau performance appraisal memang tinggilah markah dia dapat. |
|
Goodie bags - Setiap yang hadir diberikan ini sebagai ole-ole. |
|
Isi dalam - Ada air kotak, cawan comel, love letters (maaf bahasa Melayu kuih apa ye), kuih bangkit, bunga telur dan muffin. |
~~ Ramai yang terpaksa berdiri menanti kerusi kosong. Baru aku tahu pihak tuan rumah mengadakan cabutan nombor bertuah pada kerusi yang diduduki. Akibatnya selesai makan pun masih tidak mahu bergerak. Aku rasa kurang sesuai melainkan para jemputan disediakan reservation. Pertama kali aku temui ada cabutan nombor betuah dimajlis kenduri kahwin. Mujur pengantin segera menyediakan tempat duduk untuk kami sekeluarga yang sedang berdiri menanti.~~
Ha? Ada cabutan bertuah kat kenduri kawin? Biar betul?? Hehehe, sampai ke sudah la orang takmo balik cam tu..
ReplyDeletenow trend mmg kat kampung area pontian ada no bertuah nie..kat kg hubby mmg camtu tapi dibuat tuk mereka yang bkerja jek bukan tuk tetamu..hehehhee
ReplyDeletekak tol sedenak tu jalan terukkan..mmg susah tul nk dibetulkan :(
kuih kapit kot !
ReplyDeletedapat tak nombor cabutan bertuah ?
kuih kapit, ada jugak yang panggil kuih surat cinta (translate dari yang B.I tu ler).. ;)
ReplyDeletebiasanya lepas majlis selesai baru buat cabutan bertuah untuk penanggah.. ;)
assalam kakzakie..memang pernah ada buat cabutan..tapi biasanya siap dibagi nombor dan untuk kaum keluarga sahaja.
ReplyDeleteEmm betul tu kat kg saya pun ada tapi bukn bedasarkn kerusi yg diduduk... kesian kt org hsuh dtg tak ada tmpt duduk...
ReplyDeleteSelalunya cbutan ni untuk org yg dekat2 ja... org jauh tkkn sanggup nk tggu lma2.. kn?
susah la camtu kalo orang tanak bergerak kan kak...trpaksala org berdiri2 menunggu
ReplyDeletemacam macam acara sekarang ni dalam kenduri kawin
ReplyDeleteliya tak dapat nak attend kenduri kawen sepanjang cuti sekolah tue sbb en suami tak ada. nak pergi sendiri susah nk drive kalau ber2 dengan Qalesya je..
ReplyDeleteorang johor masih tak lari dari tradisi telur pindang kan..
ReplyDeletetapi saya tak gemar sangat telur pindang..
setiap kali musim cuti sekolah mesti byk dapat undangan kan. hari sabtu ada satu tempat lagi saya nak kena hadir iaitu di jengka. hujung bulan lak melaka. perghhhh.... semua jauh2 kan? hihihi
ReplyDeleteAssalamualaikum n morning kakak.
ReplyDeleteLove letter atau kuih kapit kot.
Mcm2 cara sekarang ni nak memeriahkan majlis. Hehe!
mcam2 orang letak dlm gdy bag skang ni ....
ReplyDeleteingat lagi kat johor banyak tempat nama parit2 ni masa belajar kajian tempatan darjah 5.
ReplyDeletesaya baru pernah sekali ke johor. batu pahat. tak tahu bila lagi berkesempatan ke sana.
bestnya bos datang masa kenduri =)
As-salam...
ReplyDeleteBerkunjung ke sini dari link Kakcik Seroja...
first time juga ada cabutan bertuah di kerusi..alahai mcm2..boleh ke tu?
ReplyDeletebudaya2.adat2..
laaa patutlah xbangun2... tp sy pun rs kurg sesuai kak.. bila semua xnk bangun.. n ramai yg nak mkn tp tpaksa bediri tunggu kerusi.. so, keadaan tu nmpk cam sedikit kelam kabut ka..
ReplyDeletep/s tergelak juga baca komen kak zakie dekat n3 saya..jijik tu..heheh
ReplyDeletelain tempat lain keunikan org berkahwin kan..mcm2 adat bole tgk
ReplyDeleteooo macam tu pun ada nooo...hai suprise jugak ek..takpelah mungkin itu cara mnsyrakat di situ hargaikan tetamu...kita ni jengah sesekali je...( jika dapt pun best jugak niiii..kan adik kan..).
ReplyDeletehuwaaa
ReplyDeletepetama kali jugak mimi dgr ade cabutan brtuah kak majlis kawen
hehehehe
tapi doorgift die manyak jugak die bagi eh
bessh2 ;)
kat tempat saya selalu buat cabutan bertuah..tapi untuk orang yang rewang je..sebab kalau untuk tetamu, jadi sesak macam tu lah..
ReplyDeletemusim cuti sekolah ni mmg penuh schedule dgn jemputan kahwin kan kak.. kdg2 smp x larat nak makn.. kalau dah rumah no 3 ke 4 tu alamatnya minum air dan jamah kerepek2 ajela.. :)
ReplyDeletelia pun x penah smpi kat air baloi.. :) aritu jiran umah mak ada juga buat cabutan bertuah tp hanya utk org2 rewang/kendarat...no diselitkan kat bunga+tuala yg diberi oleh tuan umah.. alhamdulillah rezeki ayah lia dapat set toto (selimut)
ReplyDeleteSiap ada cabutan bertuah...bagus ni...Saya pula kan kakzakie kalau kemajlis perkahwinan ni lebih suka selepas pukul 1.30 kak...masa ni org dah kurang dan ada tempat duduk utk makan...
ReplyDeleteApa tujuannya nombor bertuah itu? Supaya orang tak tinggalkan majlis? Eh! macam2 pulak ya? :)
ReplyDeleteBanyaknya isi goodies bag tu.
ReplyDeleteFirst time dengar ada cabutan no bertuah masa kenduri kawen tapi kalau hadiah karaoke paling best itu ada gak org buat.
alahai buat cabutan bertuah memang kompem org tak akan angkat punggung selagi tak abis kenduri hehehe
ReplyDeleteapapun tujuan tuan rumah nak memeriahkan suasana tu memang dialu-alukan..lagipun doorgift dia best2 hehehe
bestnya ada cabutan bertuah..kak kg ita belum ada lg ne...cantik dan simpel aje pelamin nya kak...
ReplyDeletesy pun kdg2 sesat kat klu nk carik nama kg kt pontian/ bt pahat.. byk sgt 'parit'nya.. pulak tuh lbh krg sama namanya kan.. hehe.. sy pun tau pasal cabutan bertuah tuh.. tp selalunya utk org rewang jer.. tuan rumah akan bg tuala yg ader no kt setiap org rewang.. nti akhir majlis baru cabutan dibuat.. ni dr pengalaman jemputan kawen kt kg en hubby.. kdg2 mil pun dpt adiah.. tp no bertuah utk tetamu x penah lak dgr.. cam x sesuai lak kan.. :)
ReplyDeleterozie pun ni 1st time dengar kat kenduri ade cabutan bertuah...
ReplyDeletefestaim saya dgr kak, kenduri kawen ada lucky draw...ekekek....
ReplyDeletesaya pun rasa kurang sesuai, sbb kalau mcm tu, mmg tetamu tak nak bangun...huhu...
masa sy pergi wedding kat taman perlin johor pon ada cabutan bertuah.
ReplyDeletetapi nombbor ada dekat sapu tangan yang diberikan pada setiap ttetamu.
tapi kami x bertuah pon
byk nye goodies kak....hehehe
ReplyDeleteuiks...ada cabutan bertuah...xpernah dgr lagi....mufffin...my fav...
ReplyDeleteps...sama la kite..choc indulgance...curry mee blom try lagi...nnti nak try lew...
ada cabutan bertuah untuk tetamu dlm majlis kenduri tak pernah lg sya dengar tp cabutan bertuah untuk orang penagahan tu biasa
ReplyDeletelah kesiannya menunggukan.. dah lah panas.... lapar lagi...
ReplyDeletecabutan bertuah ni sebenarnya lbh pada menghargai yg rewang²... tp dah kalau semua pun duduk kat khemah.. bkn rewang namanya kikikikiki
banyak nye isi bag nye kak
ReplyDeletecabutan bertuah?? kalau setiap tetamu ada kerusi sendiri sesuai la
kalau kerusi kongsi2 mcm makan bawah khemah tu rasa nye tak sesuai kot
cabutan bertuah mmg kurg sesuai la utk majlis kenduri mcm ni.kadang tu kita pi kenduri kawin ada gak yg tetamu ke or sedara mara dorg ni duduk lama kat meja kemah tu borak2..tetamu yg baru dtg ni lak kena tggu lama.
ReplyDelete1st time dgr de cabutan bertuah mase sanding..slalu time potong kek malam2..
ReplyDeletecabutan bertuah pun ada...terbaik la tuan rumah
ReplyDeleteHehe. Kesiannya tetamu yg lmbt dtg xdapat kerusi. Smua nak menang. TU yg tgh sanggup tggu cabutan btuah. Hehe. Majlis yg menarik dan meriah
ReplyDeletela..macam tu ke....
ReplyDeletekalau kerusi bertuah mmg x sesuai la....kalau letak nombor dlm balang ok la....
nasib baik ada kerusi lagi.....kalau x,bentang tikar la jawabnya..hehe....
iols penah jugak hadiri kenduri kawen yg ada cabutan no bertuah ni - tapi depa buat among close family - adik-beradik aje...
ReplyDeletetidak untuk semua tetamu....
love letter tu rasanya biskut kapit kalo sebutan orang kita...
Assalamu'alaikum kakZakie
ReplyDeletePernah sekali kak ke majlis kenduri kahwin yang ada cabutan bertuah.. tapi kak tak terlibat sebab datang lewat kerana ambil syarat jengah, sebab hari tu ada dua mejlis ..
seronok nya pi kenduri kawin... tapi tak pernah dengar ada cabutan bertuah...
ReplyDeletelove letter tu tak silap yaya kuih belanda rasanya..
ReplyDeletetak sesuai la kak buat cabutan bertuah sebabnya tetamukan bersilih ganti..
ish, ssh la kalau no letak pada kerusi, kalau bagi kertas kan elok,...kesian org lain pun nak makan juga kan..
ReplyDeletehurm... saya nmpk telur pindang la kak, lame tak makan, hehehe~
ReplyDeleteLove letters kalau mak saya panggil kuih kapit ;) gara2 cabutan bertuah semua tak mau bangun ya? Kesian lah org yg baru sampai nk ddk pun tak boleh. Kalau tak beritahu awal2 tak jd mcm tu kot. Kalau nk buat pun kena surprise. Barulah seronok. Betul tak kak?
ReplyDeletemeriah naik pelamin dua pasangan skali..yg best ada kompang real lg tu.kat kg sy dah xde..semua main yg record punye je..huhu
ReplyDeleteJohor merupakan negeri yang paling banyak guna nama parit...tu yang bikin kita keliru..hehehe
ReplyDeletemakin advance la majlis kawin la ni..ada cabutan bertuah la plk...
ReplyDeleteKalau kenduri sedara-mara kami, memang ada buat cabutan bertuah jugak. Tapi hanya untuk sedara-mara yang tolong rewang sekali lah.. (Family tak gemar buat catering. Tak meriah).. :)
ReplyDeletesaya panggil kueh kapit. selalu buat cabutan bertuah dengan family jelah sesudah semua tetamu pulang....hehe
ReplyDeletecabutan bertuah??? wah... sape yang bertuah??? tak pernah lagi p majlis kawen ada cabutan bertuah... kalau ada pun tak bertuah kot... hikhikhik
ReplyDeletekalau kawinn nie
ReplyDeleteole2 mereka cantik2 kan kak
ada sesetengah tempat tuu ada di beri surah2 tau akk .. ada surah yasin .. cuma sedih sbb bila benda2 macam tu diberi pada org .. selalu di letak dlm kotak kan ..
bila dah ramai2 tuu ada yg tersepak lah .. jatuh lahh huhuh tu x sanggup tuu
ada cabutan bertuah ke...mesti meriah kenduri ni...sampai ke petang ramai orang kan ;)
ReplyDeleteWah..dua pasangan pengantin ye.. First time dgr cabutan kat mjlis kahwin..dh tu kerusinya kena banyak lah kan kak..agknya apalah hadiah yg tuan rmh bagi ye..
ReplyDeletesama cantik sama padan...:)
ReplyDeleteKakzakie..
ReplyDeleteKakak, kat Taman peruamahn saya pun ada cabutan bertuah...tapi untuk ahli pakatan yang bertungkus lumut buat kerja aje...petang sebelum diorang pulang dan majlis berakhir...cabutan akan dibuat...semua dapat hadiah ...:)
Kalau cabutan betuah untuk kerusi yang diduduki, rasanya kurang sesuaikan kakak...!!
rajinnya diorg ni ye kak, siap ada cabutan bertuah semua, dulu saya g kenduri kat ijok gini juge, meriah
ReplyDeleteberkenan saya dengan packaging goodie bags tu...cantik...
ReplyDeleteLepas ni turun semula periuk belanga ya ka zakie.hehehhe
ReplyDeletekalau kenduri yg ada cabutan camtu la gayanya.. bersesak2 kita.
wahh yg bestnye dapat ole2 ni kak :)
ReplyDeletewah, syok betol kenduri kampung. seumur hidup, baru 2 kali je pegi kenduri kahwin kt kampung. :) meriahhhh~
ReplyDelete1st time dgr kenduri kawen ado cabutan bertuah...hehe
ReplyDeletekalau keluarga zana, mmg akan ada cabutan bertuah.. tp kitaorang ikut no. rumah.. hanya utk jiran tetangga yg rapat (yg membantu dr awal majlis).. so mmg jiran2 akan tunggu sehingga majlis habis.. tp diorang tunggu kat bhgian memasak la.. hihihi..
ReplyDeletetu telur warna coklat tu namanye apa ye kak?...sudah lupa...org johor selalu wat telur camtu...
ReplyDeleteehem cuti sekolah memang byk org buat majlis..oh 2 pasangan pengantin sekali..tahniah buat mereka..
ReplyDeletesyokknya banyak dpt gift!
ReplyDeleteteringat masa sekolah dulu
akan johor negeri pengeluar
masih lagi kah?
saya yang org johor ni pun tak pernah sampai air baloi kak..ehehe
ReplyDeletesalam kak zakie..seonok dapat makan kenduri..suri masa cuti haru tu ada satu je undangan....akak sekeluarga dapat tak cabutan bertuah tu :-)
ReplyDeletecabutan bertuah jarang orang buat...
ReplyDeletekalau gitu Kakzakie sure ramai tetamu hingga x de tempat kosong...
mesti ada telur pindang, sedapnya..
aikk..ada cabutan bertuah yee... habis tu dapat hadiah tak cabutan tu?... heee3x
ReplyDeleteSalam KZ
ReplyDeleteooo padanlah balik kg hari tu di majlis kawin ada byk hamper di hujung meja..utk cabutan bertuahlah tu.
bestnye klu ada cabutn btuah
ReplyDeleteSalam KZ
ReplyDeleteooo padanlah balik kg hari tu di majlis kawin ada byk hamper di hujung meja..utk cabutan bertuahlah tu.
mesti kena bayar tol kan..hehehe
ReplyDeleteSweet kedu2 pengantin tuh..
ReplyDeleteSelalunya kalau yg buat cabutan bertuah ini utk yang rewang aje..bukan utk tetamu..iye laa mereka yang pakai bunga penanggah kat baju tuh ada nombor.. so dia org yg dapt :)
cbutan bertuah di rumah pengantin..jarang dengar yee..
ReplyDeletemungkin tuan rumah nak buat kelainan sikit..
Tidak lupa ingin mengucapkan selamat pengantin baru pada kedua pasang mempelai..moga bahagia selamanya..
salam...
ReplyDeletebuat 2 org sekaligus jimat duit..
tp kalau buat cabutan nombor bertuah gitu mmg ramai lah yang tidak bergerak...huhu..
Assaalam kak, lama saya tak pi kenduri kahwin..bestkan kalau cuti sekolah ada jer jemputannya. lagi meriah kalau ada cabutan no bertuah tu:)
ReplyDeletemajlis serentak jimat belanja :))
ReplyDeleteAda satu pakcik duduk belakang kakak nombor kerusinya dipanggil tapi dia buat tak tahu sebab dia memang tidak mahu walaupun ada satu anak muda sudah mengatakan dia dapat. Tapi dia kata dia dtg utk jemputan saja. Dia teruskan makan tidak hirau hingga 3X kemudian DJ cabut nombor lain. Kakak tak dapat pun selepas makan terus kami bersalam dan balik untuk hantar Nurienne and Yasmien balik asrama.
ReplyDeleteTerima kasih kakak kepada semua yg memberikan komen: -
Huda, sisdee (betul berdebu punye jugak), al-alvendari (oh... baru kakak tahu. Terima kasih), aizamaia3, Acik Erna, Zie, amirah, pB, Liya Hanif, Rai (kakak makan telur kuningnya tak suka), eelobor, Deru Ombak, Kesuma Angsana, eira eixora, Mrs R, cinnamon.com, IntanBerlian, Fazrulnoor, ainhany, aimie amalina, nur anis, Queen Teratai, Mamamya, Eye_nee, Kakcik, JunAina, Mokcik Azwa, anitadiana, ct rahani (oh kalau macam tu tak ganggu tetamu lain kan), pena rozie, wahida, eiza, Afasz, Henrietta Jose, kasihibu, Masya, Acu Sayng inazamri, nn lylyn, redza, Gen2Merah, aanie, miloais milo (kalau macam rasanya lebih baik kan), Werdah, mulan, yaya azura, izan mama mia, Emme, Ummi Iman (kakak selalu sebut love letters sampai tak tahu nama Melayu - malu), Kunang-Kunang, Kancil 8349, fieda, Aina Adam, Aien Alien, dwaty, ieda (kakak rasa kalau majlis kenduri kawen kurang sesuai kalau mahlis yasin tahlil mungkin ok sebab org tak ramai dan boleh dijaga dgn lebih baik), wawa syaida, ariana (khemah yg disediakan hanya 3 tempat banyak tapi ramai tak bangun-bangun), lieynanilaz, azi, Aju Mohit, Syiela, eiza, Tihara, Maizatul Suraya, Papa Mifz, Zana Adieyza, Tentang Kita, Mama aini, Ati Masrif, Daddy Ziyyad (samalah kakak pun juga), Suri Solehah, Qhaifa Nur, Kazman/Sue, Mama ju (kat sana pun kakak lihat hadiahnya hamper juga), saya disini, MamaEma, Rinna, Sal Syira dan Nieza (kena tunggu balik M'sialah Nieza).
Buat semua sekali lagi terima kasih dari kakak.
@ sis intan: Mungkin tinggal dua anak lelaki inilah yg belum menikah tu yg langsungkan bersama.
ReplyDelete