Friday, June 1, 2012

Misteri di pejabat menjadi teka-teki

Semalam lebih kurang jam 11:00 pagi.

Kerani akaun masuk. Menghulur buku cek dan bukan cek-cek yang perlu ditandatangani seperti selalu. Duduk tanpa perlu aku suruh. Mesti ada cerita kalau dia duduk. Bla...bla..bla... sambil mata aku melihat apa yang ditunjuk. Aku pun hairan dan terkejut sama. Selama aku bekerja berpuluh tahun inilah kali pertama terjadi. Hilang dua keping cek. Hairan kerana kalau tidak teliti memang tidak perasaan kerana bukan dikoyak tetapi keseluruahan cek (termasuk keratan bahagian tepinya) tiada. Mujur kerani aku mengisi cek secara berurutan sebab itu boleh sedar bila hilang satu-dua siri.

Telefon serta-merta pihak bank minta dihentikan segera andai ada transaksi yang menggunakan nombor tersebut. Bank minta surat yang pastinya memerlukan boss aku tandatangani. Boss aku manalah ada di sini.  Terpaksalah aku 'jerit ' sikit untuk mereka bertindak dulu sementara aku mendapatkan tandatangan boss. Lama sedikit melalui email baru dapat surat yang pastinya telah siap boss aku tandatangani dan kami hantar menggunakan fax ke bank tersebut. Aku susul dengan meminta pihak bank bayar balik kepada kami jumlah dua cek yang hilang kerana ini bukan silap kami. Walaupun 20 ringgit saja kerana kehilangan dua keping cek tersebut tetapi tetap ianya sudah menyusahkan kami dan menjadi misteri pula.

Percaya atau tidak pihak bank sendiri boleh suspect ianya dilakukan oleh sahabat mereka sendiri. Apa tujuan mereka kerana untuk meniru tandatangan boss aku bukan senang.


~~Menjadi pengajaran bila menerima buku cek kena selak satu-persatu supaya jika ada nombor siri yang tercicir dapat disedari dari awal. Si kerani aku pula boleh mengambil nombor yang hilang untuk dia membeli nombor ekor. Dia bukan Islam ye...~~

76 comments:

  1. Singgah pagi Kak Zakie! Heee~


    Semoga lepas nih xda kejadian misteri lg dalam pejabat. Hehehe

    ReplyDelete
  2. Salam... Ish nsb baik kerani akk alert...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.

    Kerana itulah di pejabat kerajaan, diwajibkan untuk menyemak setiap helaian buku resit dan lain2 dokumen yang diterima sebelum ianya disimpan. Tapi, kalau nak terjadi, terjadilah juga...

    ReplyDelete
  4. bila bicara tentang pekerjaan yg berkaitan dengan duit, orang yg teliti dan teratur sesuai kerja sebegini..

    sape2 yg sambil lewa buat kerja ni, mau jugak tak balance akaun nanti.. (",)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak,

    ada gak ek kes cmni....moga dipermudahkan....

    ReplyDelete
  6. mcm2 kes kan kak... mmg kene lebih teliti lain kali... kalu tak kite gk yg kene tanggungjwb nnti...

    ReplyDelete
  7. wah! kes mcm ni pun ada ye kak. mcm2 hal dlm dunia ni. huhuh. eh kerani akak bkn Islam rupanya. terkejut AK. hihih. tp kan kak, yg Islam pun ramai main nombor ekor, kt ofis AK ni berlambak. T_T

    ReplyDelete
  8. Semoga misteri itu terus hilang selama nyer..

    ReplyDelete
  9. suspen je, ingatkan misteri apa tadi......
    Ckp psl nombor ekor ni, tak berkenan betul la. Knpa negara kita senang2 ada bisnes mcm ni? Bkn bangsa cina je, yg berkopiah pun trsampok.

    ReplyDelete
  10. siapalah yg misteri mengambil 2 keping cek itu ya kak zakie...

    moga di permudahkan urusan...

    ReplyDelete
  11. Penyangak ada di mana-mana. Kita yang perlu berhati-hati dan tidak buta warna seperti sinetron Indonesia

    ReplyDelete
  12. org bank punya kerja hmmmmm.. apa nk jdlah kan.
    akak ke situ pulak kerani tu boleh pulak g beli nombor adoii la.. sib baik bukan org islam kn kak

    ReplyDelete
  13. dah de keje pun still amik hak org..apa nak jadi la nie

    ReplyDelete
  14. isk3... licik sunggunh... kena lebih berhati2 nih..

    ReplyDelete
  15. Kakzakie,

    Ofis sy pnh ada kes mcm nie. Tp bukan kes hilang cek. Tp staff songlap duit melalui tt form. Apa yg bt kami ralat, fc kami tuduh dari kalangan kami (melayu islam) yg mencuri. RM5k hilang dan terus-terang sy kate, semuanya krn kecuaian acct dept dan fc kami sendiri. Bila disiasat, rupanya one of bangsa die yg songlap. Fc kami terus terdiam tak terkata apa.

    Haih....nasib bangsa kuli. heee~

    ReplyDelete
  16. lah sempat lagi beli nombor ekor huhuhu

    ReplyDelete
  17. suka saya kisah misteri-misteri ni... detective conan yang anak-anak tengok pun boleh layan jugak!

    ReplyDelete
  18. kalau bab det ni... mang kena alertkan kak.. kita pemegang amanah... huuu~

    ReplyDelete
  19. Pihak bank kena siasat betul2. Kalau ianya kesilapan semasa percetakan tak apa takut orang salah guna aje.

    ReplyDelete
  20. kehilangan dan kecurian pasti berlaku di mana mana... kalo kite berhati2 pun leh terjadi kes sebegini, 'dowang' lagik licik!

    Allah maha melihat, balasan dari Allah juga diterima...

    ReplyDelete
  21. kalau kes2 camni..biasanya kerja orang dalam..kalau bukan org dalam bank, dalam opis kita..so org yng pegang akaun kena jenis org yg detail ..mujur disedari..

    ReplyDelete
  22. kena lebih hati2 mcm tu kan.. mula2 ambik cikit, lama2 nanti makin banyak pulak..

    ReplyDelete
  23. aissyyy, memang betul2 misteri la kak... tu lah masalahnya jika ada orang dalaman yang tak amanah... suka lesapkan duit syarikat...

    kena lebih hati2 macam tu.. Moga Allah akan balas apa yang dia buat...

    ReplyDelete
  24. org bank punya kerja la eh kak..ish..

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum kakak..

    Penyelewengan sudah kerap berlaku.berhati2 Dan Peka dengan setiap serial number buku cek juga transaction.

    Harap tak berlaku lagi ya kakak.

    Psst.untung sabut nombor naik.(dorang ni mmg suka percaya dengan nombor aneh kejadian) heheheh

    ReplyDelete
  26. nasib baik akak perasan kan..org bank ni kira nak songlap duit org je kejenye ek..

    ReplyDelete
  27. cemas seketika yup KakZakie, nasib baik perasan...bukannya apa takut nanti kita yang dipersalahkan jua...

    * KakZakie berbalik pada citer no. ekor ni, kawan nur yang menang tu...diberi ujian sakit jantung dan kini perlu operation pula..sekelip mata semua berubah...

    ReplyDelete
  28. misteri betul kan.... nasib baik cepat alert.... nanti munna pun kena hati2 lepas ni bila buka cek company dan en abg

    ReplyDelete
  29. kakzakie,
    alhadulillah kerani tu sangat teliti, dan pihak bank cepat bertindak dan kes dapat diselesaikan... setiap kejadian ada hikmahnya... moga lebih berhati2, insya-ALLAH

    ReplyDelete
  30. Salam Kakzakie,

    Susah nak dapat kerani yg alert macam tu..Alhamdulillah

    ReplyDelete
  31. bahaya tu...even rm20 tapi kalo kene cas,sape nk bayar kan...

    ReplyDelete
  32. bahaya tu ada buku cek mcm tu

    ReplyDelete
  33. assalamualaikum kak...

    kena berhati2 la lepas ni...sanggup dia nak tiru sign...emmm

    kalau rajin singgah2 saya yer kak ;)
    http://b1tt.blogspot.com/2012/06/tips-dan-pengalaman-langkawi-2012.html

    ReplyDelete
  34. bila manusia dikuasa nafsu dunia... bertuhan kan duit!

    esok ada cabutan kah 4D??
    wakakakakak

    ReplyDelete
  35. tak pernah pegang buku cek..so ema pun tak tahu akan timbul masalah ni...

    ReplyDelete
  36. ekekekeke...

    cerita penuh pengajaran ini saya akhiri dengan ketawa kecil pasal kat tempat keje saya pun sama..

    sebarang insiden yang berlaku mesti
    mereka akan ambik nombor dan beli..

    haha..kelakar sungguh rasanya..

    ReplyDelete
  37. ooooooooooo (melopong ni..) cemgini pun ada rupanya...ceq taktau laa apa nama duit tu..tapi yang pasti ceq nak je hadiahkan jugak padanya buku syurga lebih dekat tanpa RIBA....

    MUga2 biar apapun rezei yang masuk ke tangan dan mulut kita biarlah halalal tiyiban...borokahh..Tak gitu kakak????

    tahniah dan syabas kerana cepat bertindak, muga ini yang terakhir!!!

    ReplyDelete
  38. cekap kerani akaun kakzakie tu.. cekap dalam kerja dan nombor ekor juga

    ReplyDelete
  39. opsss... bahaya ni.... lebih berhati²....

    ReplyDelete
  40. Hahaha.. boleh pulak kerani akak amik nombor tu.. tapi macam pelik sbb mungkin org bank yang buat.. tak patut..

    ReplyDelete
  41. dengan bank ni memang kena berhati-hati kak..macam tu juga jika kita nak masukkan duit ikut kaunter duit kita tu kena bilang dulu betol dan semasa kakitangan kaunter bank tu bilang pun kena tengok juga tangan dia yang mengira.sebab ada kes, kakitangan bank dikaunter kata duit tak cukup dgn nilai yg kita nak masukkan tu, walhal dia dah sorokkan bawah keyboard dia duit sekeping lagi. kalo org x perasan mungkin dia akan lepas tapi kalo kita x perasan masa dia kira kita ingatkan kita yg silap..banyak kes dah jadi camtu..

    begitu juga dgn duit syiling, kita isi form dan duit tu dikira dan dimasukkan kemudian ke akaun kita. tapi kita kena check lepas tu betol tak nilai seperti yg kita kira..kadang2 duit tu akan lesap sedikit dgn tektik kotor kakitangan bank yang rambang mata..

    ReplyDelete
  42. Saya pon selalu kena sain cheque....

    Tapi layak sain belah belakang je.... (tukang bank in!) haha!

    ReplyDelete
  43. misteri cheque hilang kat office, pernah terjadi tapi rupa² cheque tu terbang ditiup angin aircond yang kencang hahahaha

    ReplyDelete
  44. loohhh ada pula macam tuu kak
    hurmm saya x pernah pula cek buku2 cek yg saya ambil dari bank akk
    risau lak mengenagkan certita akk nie
    hurmm kena tgk lah lepas nie

    wahhh ambil kesempatan dlm kesempitan tuu ekeke , sib baikk bukan islam .. mereka percaya mana yg misteri2 nie sebagai ong ! ;)

    ReplyDelete
  45. kes bahaya ni kak,
    nasib baik la kerani akak sedar,
    kalau tidak msti kita yg akan dipersalahkan/dipertanggungjawabkan..

    zaman skrg ni mcm2 cara org buat utk menipu/slh guna wang..

    moga dapat penyelesaian yg terbaik..

    ReplyDelete
  46. pelik lagi ajaib.... risiko sungguh....

    ReplyDelete
  47. masyaAllah..kena alert yee..kerana klu tak cepat tel, tentu boleh terjadi perkara yg tidak diingini.

    ReplyDelete
  48. tanya kerani kakak tu...nak nombor baekk tak...nanti wani bagi...

    wakaka

    ReplyDelete
  49. wah!! nampak bila dpt buku cek baru, chik na pun kena check serial nombornya jugak.. macam macam org nak menipu..ni kes nak cepat kaya lah nih

    ReplyDelete
  50. salam,

    tulah, bukan leh main2 psl buku check ni... klu sy mcm kat sekolah pun, buku resit yuran tu klu salah isi kena letak balik, kena sign, tkleh buang...

    erm, tu bru rm20... byk lg kes yg melibatkan jumlah yg lg besar kan... mslh gak bab2 tandatangan ni... kdg2 kita tgk drama tu, setiausaha yg bawa dok2 utk ditandatangan kdg yg buat muslihat, huhuhu...

    ReplyDelete
  51. salam pagi sabtu..Bab duit memang kena hati2 sentiasa hati2 kan?

    ReplyDelete
  52. Kena hati-hati... he he ehh orang seagama kita pun rajin juga beli no ekor kak Zai.

    ReplyDelete
  53. nampaknya pasni kena hati2...=)

    ReplyDelete
  54. memang la kak.. duduk acc dept ni memang kene byk berhati2.... PR [un kadangkala dah naik penat. Tp dept kite same... huk3...

    ReplyDelete
  55. Kalau kerja dibhgn melibatkan duit memang kena hati2.

    Orang yg buat kerja2 seleweng ni memang panjang akal dan licik. Kita tak terfikir depa boleh buat macam tu..

    ReplyDelete
  56. masa arwah bapak dok dlm wad, saya pernah tiru signature dia utk sign cek... hehehe itu arahan dia lah... depa kat bank tak check sangat, or maybe saya agak terer copy2 signature... hehehe..

    haraaammmmmm amik duit orang tanpa izin tuannya..!!

    ReplyDelete
  57. nasiblah akak cepat2 sedar dan bertindak...saya setiap hujung bulan kena rekod baucer bayaran/cek semua...memang teliti semak ikut no.siri untuk kesan sebarang kesilapan....duit syarikat tu...

    ReplyDelete
  58. salam ziarah....kerja kat mana pun kena hati2.

    ReplyDelete
  59. hahahaha, agaknya nombor yang hilang tersebut akan jadi bertuah kut. mungkin dia boleh tolong ganti balik jumlah duit yang hilang hasil daripada pegi tikam nombor. huhuhuhu

    ReplyDelete
  60. Kalau betul orang bank yang buat....hmmm, harapkan pegar, pegar makan padi namanya.

    ReplyDelete
  61. Assalam kak Zakie.
    Misteri sungguh...nasib baik cepat bertindak.

    ReplyDelete
  62. Salam kakzakie,

    Sekarang ni macam-macam cara orang nak menipu. Susahnya nak cari kejujuran.

    ReplyDelete
  63. kalau no siri tu bertuah untungler dia.. hahaha.. apa-apapun sikap kerani tu patut dipuji.. ;)

    ReplyDelete
  64. mmg misteri tu kak... blh ilang pulak 2 keping yer...

    ReplyDelete
  65. sALAM kz

    wAH , MCM TU PUN ADA YA. kALAU STAFF TAK PERASAAN?

    ReplyDelete
  66. Ada jga yea kes camtu...tkut jugak rietta...klu xpsan...burn camtu jew erk....

    ReplyDelete
  67. Ada juga macam tu ya.. Nasib baik sikit ;)

    ReplyDelete
  68. masalah di mana2 jerr kan kak...

    ReplyDelete
  69. alamak akak..nesib baik diabukan Islam.. ermmm..sekarang nie susah nak dapat orang yang jujur dan amanah kan..

    ReplyDelete
  70. Terima kasih buat semunya.Mohon maaf sebab kakak baru membuka pc pagi ini. Buat N3 sekejap dan jenguk komen-komen yg diberikan.

    Terima kasih kakak buat: -

    NoorVictory, Salmiza, kakcik, fuad ansari, Afasz, norhidana, Aliehsa Kirana, saya disini, Mrs Eady, zna@pc, Yus, Cikli (betul cikli - kerani kakak kira cekaplah kan), noor, Tentang Kita, Hajar, Pok Amai-Amai, redza, eiza, eeiyss, Lyfrina, JunAina (entahlah Aina), Emme, Mokcik Azwa, Zana Adieyza, Gen2Merah, nabila_2908, Deru Ombak (kami dah jadikan pengajaran kak Ya), Sara, Qhaifa Nur (balasan tak tunggu kat akhirat kat Nur), munna. smile, ninie@NMS, Nini D (20 ringgit tu ganti kertas cek yg hilang bukan jumlah cek issue tau Nini), oya, Bitt (double Is), miloais milo, mamaEma, Hidayah bach (agaknya tradisi mereka ye), ainhany (tak tahulah nak kata ain), ibuintan, Maysa, Aina Adam, Kasih Salina (pasti yg tidak terlibat rasa malu dgn rakan mereka), gedek, ch000ct axoera, ieda, sweetmama@eija, mama maman aka yana, Sal, Aku Ibu Mudam Chik Na, Arief Ibn Naim (20 ringgit bukan jumlah wang nya cikgu. tapi jumlah kertas cek. Duit tak tak keluar lagi pun), Granny Hanny, Amie, Aine Ainun, pena rozie, makchaq (betul tu makchaq), mulan (kalau ada kebenaran lain mulan ), Aien Alien, Shaiful Zaidi, eelobior, ckLah@xiiinam, Norzie hany, Kunang-kunang, aizamia3, IntanBerlian, Mama Ju, Henrietta Jose, Ummi Iman, Cikgu Ma dan Adylia Qarissa.

    Terima kasih sekali lagi buat semuanya.

    ReplyDelete
  71. jadi kesimpulannya mmg page tu takde lah ye kak?

    ReplyDelete
  72. salam kak zakie
    ish ngeri ni kak
    wah saya pun kena alert bab buku check ni kak.bahaya lah cam gini kan

    ReplyDelete
  73. nasib baik kerani akak perasan..kalu tak mesti mesteri sungguh nanti..

    ReplyDelete
  74. Nasib baik kerani Kakzakie perasan no.cek tsbt...

    ReplyDelete