Monday, June 11, 2012

Ramai-ramai ke Perahu

Mengakhiri perjalanan sewaktu cuti sekolah tempohari sempat singgah di kampung hubby di Batu Pahat. Malam itu kami berramai-ramai ke Restoran Perahu di Bandar Batu Pahat. Anak-anak seronok bersama Aisyah (nama asalnya di surat kelahiran Nur Qistina - ini nama pilihan keluarga asalnya) satu-satunya anak yang Mak Noi dan Abah Dol ada. Hampir setahun dia telah menjadi milik keluarga kami.

Ketam  - masak masam-manis pilihan adik dan Yasmien
Tomyam sayur - pilihan mama dan Mak Zah
Puyuh goreng - kesukaan anak-anak mama
Sayur kailan - Dua kali kena tambah sayur ini
Baby squid - Goreng lada hitam
Udang goreng butter - rangup.
Taufu jepun claypot - setiap kali kami makan di sini tak pernah tinggal order yang ini
Sekeluarga - lihatlah Aisyah makannya sedikit tapi minum air selagi dia nampak di depan mata.  Main senduk-sudu lagilah dia suka. Adalah riuh seperti waktu anak-anak berusia setahun-dua dulu. Aku suka.
Selera - Makan beramai-ramai memang menyelerakan dengan melayan kerenah si comel Aisyah lagi.
Air-air minuman - sebenarnya ini hidangan yg mula-mula sekali keluar
Licin - Tidak bersisa. Ada seketul-dua burung puyuh  yang tinggal itupun dihunggis di dalam kereta. Pinggan putih kosong di tepi kiri asalnya ada seekor kerapu masak tiga rasa. Entah kemana gambar tidak ada. Mesti anak mama pun sudah leka.
Buku menu - Semua menu terdapat di dalam buku ini.


~~ Berbanding di JB terasa amat berbaloi makan di sini. Walau makanan penuh meja panjang namun harga tidak mencecah tiga ratus pun. Tukang membayar pun senyum lebar.~~



77 comments:

  1. jb makan mahal ye kak? kurus la saya nanti. :D

    ReplyDelete
  2. meriahkan kak makan ramai-ramai..sambil makan sambil bercerita..layan kerenah budak-budak..best..

    ReplyDelete
  3. hmmmm pagi2 dah tgk makanan..terliur rasa

    ReplyDelete
  4. kak..ketam tu sgt menggoda selera!!!

    ReplyDelete
  5. sekali sekala mkn mcm ni okla kan kak... :)

    ReplyDelete
  6. oh sedapnya..ketam dan tomyam tue favourite sy tue kak..sangat2 menggoda!!!!

    ReplyDelete
  7. Salam KZ

    Banyaknya lauk dia...mama jarang makan2 kat BP, tak tau mana yang sedap..

    ReplyDelete
  8. Mak ayah sy duk BP. Tp kami tak nah singgah makan kat sini. Haruslah terjah! Heee~

    ReplyDelete
  9. Di Batu Pahat ye? Kalau lalu nak jg singgah tp sampai dah lupa nama restoran baru dpt pegi kot.
    Seronok sesekali belanja mkn, murah rezeki papa....bnyk pahalanya.

    ReplyDelete
  10. Tahu Jepun tu kaklau dapat kat kakcik, kakcik makan macam tu je. :)

    ReplyDelete
  11. Assalam kakak n morning.

    Kakya dah lama tak balik BP. Sampai Muar je mesti dah tak kemana.
    Menu pilihan itu sgt mengancam,apetah lagi jika ianya sedap Dan harga berpatutan.

    ReplyDelete
  12. Masing2 ada menu sendiri.... bestkn makan camni...

    ReplyDelete
  13. bestkan dapat makan ramai2 camni..

    menu mmg meleleh air liurlah kak

    ReplyDelete
  14. Bestnye Kak... Terliur sy tengok ketam tuh.. huhu.. Kat jb kalau nk mkn seafood kat senibong jelah.. Nanti kalau naik Batu Pahat boleh juga mencari Restoran Perahu ni..

    ReplyDelete
  15. ketam tu terbaek la kak....dah lama x mkn ketam....

    tukang bayar tu papa la kan.....:)

    ReplyDelete
  16. ish kt celah mane restoren perahu ni kak...nak pergi la..

    ReplyDelete
  17. sedapnya kak.. br semalam ke bt pahat.. x perasan lak restoren nih.. next time nk try la.. :)

    ReplyDelete
  18. seronok bila makan reramai cenggini.. sebelum bersalin hari tu memang selalu buat makan-makan kat pondok depan rumah.. la ni belum boleh lagi.. tunggu skit hari lagi confirm meriah balik.. hikhikhik..

    ReplyDelete
  19. Wahh bestnyaa makan ramai2 gini meriahkan.. Tgk lauk pauk pun sedap2..nyum2.. :)

    ReplyDelete
  20. banyak juga makanan yg ati
    tak pernah cuba lagi..yummm

    ReplyDelete
  21. alamakkk tpndang mknan lak.. dh la pose.. hihii

    ReplyDelete
  22. terliurnyeeee tgk entri makan2 nih..nak2 pulak ade ketam...walllaaaahhhh

    ReplyDelete
  23. tgk time2 tgri ni mmg tak tahan lah kak... perkh sume sedap2... aduhla nk cari mkn lah ni

    ReplyDelete
  24. susah jugak nak cari kedai jual seafood yang ada jual puyuh.

    Qistina ni, yg saya pernah baca, katanya nama yg disukai oleh jin...Wallahualam..

    ReplyDelete
  25. wah....sronoknye....bby tuh mak ayah dia tinggal sekali ngan akk kew?

    ReplyDelete
  26. Bila makan ramai2 tau2 dah habis je hidangan atas meja...tak sedar ngap2..

    ReplyDelete
  27. arghh dh tengah lapar nii :(

    nak makan crabbbbbb! :D

    ReplyDelete
  28. seronok makan ramai2 dengan anak2kan.. padahal kita takderlah nak makan sangat.. cuma bila tgk anak2 makan dengan berselera.. terus kenyangkan kak..

    ReplyDelete
  29. rajin Kakzakie makan luar...puyuh goreng sedapnya lama sungguh tak makan ni...
    seronok makan ramai-ramai nih...tak menang tangan kita dibuatnya....

    ReplyDelete
  30. seronok makan beramai ramai seisi keluarga, sya malas nak makan luar sekarang sbb anak anak kecik belum pandai duduk diam ;p

    ReplyDelete
  31. saya suka sgt tomyam tu kakzakie, dapat hirup kuah dia dan makan dgn nasi putih pon dah cukup rasanya, makan ramai2 berselera kan kak

    ReplyDelete
  32. semuanya mabeles ni kak zakie..!! sedaaappp nya..

    ReplyDelete
  33. salam kakzakie..meriahnya..seronok bila dapat berkumpul dan makan ramai2 kan

    ReplyDelete
  34. mak ai..biase makan dalam seratus je..huuuu x mampu

    ReplyDelete
  35. salam...

    penting ada tomyam..jrg makan kat luar, sbb rasa perlu bayar lebih untuk nilai y kecil..heheh


    jemput lihat

    http://www.sissyira.com/2012/06/keputusan-pemenang-kata-kata-indah.html

    ReplyDelete
  36. makan ramai2 seronok kan kak.. lagi2 kalau orang belanja..hihi..

    terliur tengok puyuh goreng tu.. saya pun suka..

    ReplyDelete
  37. semua kelihatan sedap2 belaka...hehe



    sesekali boleh la...

    ReplyDelete
  38. Nampak sedapnya makanan yang terhidang.

    La ni jarang jumpa kedai makan
    seafood yang murah dan sedap. Untung orang Batu Pahat..

    Aisyah tinggal dengan kakzakie ke sekarang..

    ReplyDelete
  39. bertambah2 selera bila makan ramai2 macam ni kan..? ;)

    ReplyDelete
  40. banyak menu makan? sdap2 plak tu? bila la dpat merasa semua ni? telan air liur la jwabnya

    ReplyDelete
  41. bestnyer...lama tak mkn ramai2 camtu.sbb anak adik br 3 kot yg dah pndi mkn..hehe

    ReplyDelete
  42. seronoknyaaa makan ramai2 mcm ni. mcm nak join je kak! heheehe

    ReplyDelete
  43. Salam Kakzakie..
    Kakak, semuanya sedap-sedap tu!!!!
    Tentu berbaloi "Tukang membayar" bayar semua bil tu..sedap dan murah..he..he..

    p/s saya masih ingat lagi kisah Aisyah tu...dah besar dah ye...

    ReplyDelete
  44. mmg seronok klu makan b'ramai2 mcm ni kak... lia mcm penah ternampak restoran perahu ni...tp x tau lah btl ke x..ingat2 lupa la pulak..hehee... restoran ni kat tepi jalan ye kak? dekat2 dgn peserai ker?

    tgk menu2nya semuanya menyelerakan t'uatamanya ketam masam manis tu... :) anak2 lia pun suka puyuh grg tp yg kat gmbr ni mcm di salut dgn tepung..selalu lia beli grg kunyit jer....

    dah makin cerdik aisyah.. :)

    ReplyDelete
  45. ehem..mama pernah dtg batu pahat..kemajlis perkahwinan ank kwn hb..bila dtg sana lagi bolih singgah restoren ni.. :) thanks KZ..

    ReplyDelete
  46. Wah sedapnya..masuk blog kakzakie nih asyik tgk hidangan sedap2 je....lapar dan2nih...

    ReplyDelete
  47. uiii menu2nya sedap2 belaka kak...sejak dh ada anak kecik ni memang jarang makan luar. selalunya bungkus bawak balik je.. : (

    ReplyDelete
  48. akak, yus yg duduk BP pun tak pernah makan lagi di restoran perahu ni. Nampak semua menu sedap ya kak...

    ReplyDelete
  49. meriahnya dapat makan ramai2 cenggitu..
    ritu sy ada g makan kat batu pahat gak.. makan tomyam,..
    rasanya KBB tomyam kot.. lupa daa.. hiii~

    ReplyDelete
  50. salam kak..sy suka udang butter prawn tu..murah jugak tu kak sebab tgk cam ramai je mkn n pelbagai jenis lauk..

    ReplyDelete
  51. wah bestnya makan besar. sy masih belum berkesempatan belanja keluarga makan besar2 cam ni

    ReplyDelete
  52. Salam. Kak Zakie, masa Nur sek dulu, makcik pernah belanja makan kt sini. Memang sedap.. Dah lama betul tak ke restoren ni..

    P/s : banyak betul komen dalam entri2 Kak Zakie.. Ini yg komen ke-64.. Tahniah kak.. Blog akak ramai peminat!!

    ReplyDelete
  53. ayu sampai waktu salah,.

    walahhhhhhhhhh.,. terus rasa lapar

    ReplyDelete
  54. Banyaknya makanan kak..semua nmpk sedap.Aisyah pun nmpak comel..(sama nama ngan ank sy plk..) kat Jb lebih mahal dr kat situ ye..sama lh mcm kat Ktn ni..agak mahal berbanding bndar yg lebih kecil mcm bandar Pekan..kdg sy dn family sanggup ke Pekan nk mkn nasi dagang Ubai..org sini tau lh..tp bkn kerana murah je..layanan dan rasanya pun..puas hati sgt..:)

    ReplyDelete
  55. Biasanya setiap kali balik kampung kakak memang jarang masak. Apa lagi bila anak-anak semuanya ada bersama pasti berbagai pendapat diberi utk pilih tempat makan yg dikehendaki.

    Terima kasih kakak ucapkan buat semua yg memberikan komen: -

    gadisBunga (JB mahal dek kerana ramai S'porean kata "oh cheap"), yaya azura, Mrs ady, saya disini, Bazilah, cinnamon.com, Nini D, Queen Teratai, Alfidah Adim, Mama Ju, pok amai-amai, nur anis, zana@pb, kakcik (samalah kita kakcik), Cik Ecah, Deru Ombak (kalau ikut tekak keluarga kakak ok Kakya), Zie, Syiela, Aina Adam, pena rozie, aanie (betullah aanie siapa lagi kalau bukan papa), Salmiza, ct rahani, aizamaia3 (agak-agak hujung-hujung maternity leaves bolehlah buat kan), Rinna, Ati Masrif, IntanBerlian, Munnafendy, FEDO, norhidana, Daddy Ziyyad (itulah sebabnya mengapa kita panggil Aisyah sebab nak tukar nama kena angkat sumpah pihak ibu-bapa yg asal), Henrietta Jose, sis intan, JunAina, Sara, Ratu Kebaya, Qhaifa Nur, kasihibu, Aju Mohit (kakak memang suka tomyam Ayu), mulan, Acik Erna, Fazrulnoor, Syira (kakak dah email dik), Rai, fieda, Aien Alien, makchaq (Dia anak angkat SIL kakak makchaq dan itulah satu anak yg dia ada - tinggal di Batu Pahat), Acu Sayang, nabila_2908, Zul Fattah, Kancil 8349, Lydia Miza, Aliesha Kirana, azi (ha... betullah dia tu yg pernah kakak cerita dulu - dah cerdik azi), Mamamya (restro ini di Jln Zabedah, bandar BP Lia bukan di tepi jalan), mama aini, SumeSakan, amiarh, Yus (cubalah Yus - kakak rasa murah dan sedaplah), Cik Pulau, Empayar Utama, Kasih Salina, eira eixora, Nur-nba, Citarasa Rinduan dan ariana (mungkin BP jauh sikit dari org S'pore manakala JB nie dekat sangat currency pulak semakin tinggi so yg jadi mangsa kita yg makan gaji duit M'sia terasa mahal semua barang cikgu).

    Buat semua yang memberikan komen terima kasih dari kakak.

    ReplyDelete
  56. ooooo....saya last week pegi batu pahat, pastu makan mee racun...hehe

    ReplyDelete
  57. sedapnya kak..kalu akak oder lain daripada lain menu akak...terliuh ita...

    ReplyDelete
  58. akak, saya pun tak pernah sampai makan kat restoran perahu nii

    ReplyDelete
  59. akak, saya pun tak pernah sampai makan kat restoran perahu nii

    ReplyDelete
  60. meriah meja dipenuhi dengan makanan...

    ReplyDelete
  61. saya suka tomyam....but alergik ckit kat seafood ni... apapun salam kenal n dah follow u

    ReplyDelete
  62. :D
    saja baca entry percutian akak..
    (alamak..ketam tu nmpk sgt sdp la kak..dan dayah tap pnh mkn puyuh , cemana la agaknye rasanye yek?)

    ReplyDelete
  63. Hi Kak Zakie...saya belum lagi gi kat restoren perahu ni walau pun dh berkali gi batu pahat...nak kene terjah ni one day!
    Cakap pasal seafood nih saya baru jer pegi makan kat Selera Seafood Senibong weekend lepas dan dah upload dalam blog www.blogmakanbest.blogspot.com
    Senang2 tu jenguk la yer blog saya. Topik 100% makan, makan dan makan :) takder topik lain. Kebanyakan nye di area Johor tapi lain2 pun ada bergantung bila saya visit ngan family.
    Jangan lupa follow yer blog saya TQ TQ TQ

    ReplyDelete
  64. Address to restoran perahu batu pahat : 15 jalan zabedah, lorong 1, 83000 ,batu pahat

    Memang sedap Dan murah! Aku baby Sotong goreng dengan belacan mee hun.

    ReplyDelete
  65. Address to restoran perahu batu pahat : 15 jalan zabedah, lorong 1, 83000 ,batu pahat

    Memang sedap Dan murah! Aku baby Sotong goreng dengan belacan mee hun.

    ReplyDelete