Monday, August 6, 2012

Kad pertama bertandang ke rumah

Lama sungguh aku tidak memberi kad ucapan Hari Raya kepada sesiapa apatah lagi membelinya. Namun hari Sabtu lepas aku mendapat kad Ucapan Hari Raya dari teman istimewa. Istimewa kerana ianya datang dari teman blogger.

Header blog - Inilah header blog pemberi Kad Raya yang aku terima
ramadhan bulan penuh keberkatan
rebutan umat beramal ibadat 
kad ucapan pengerat persahabatan
sayang dari kakak ketat-ketat:)
Salam Aidilfitri - Salam dihulur, aidilfitri ditunggu
bulan maghfiroh bulan mulia
terawih dan tadarus usah dilupa
sungguh tidak  pernah diduga
Kad Raya Tinie di depan mata
Ucapan - Selamat Hari Raya dan Maaf juga dari Kakzakie
walau letih jiwa dan raga
berpuasa itu besar ganjarannya
buat Tinie dan juga keluarga
terima kasih dan Selamat Hari Raya

Mengambil kesempatan membuat N3 serampang dua mata, semalam juga ulangtahun kelahiran adik. Selagi kek tidak dibeli agaknya ada rasa tidak puas hati. Membeli sebuku kek yang dikehendaki.olehnya.Selepas doa dibaca oleh atuk kek dipotong masuk dalam kotak-kotak kecik agih buat kakak-kakak membawa balik ke asrama.

Kek di potong - Sebenarnya semalam mama/papa agak sibuk kerana mengagihkan barang untuk diberikan kepada mereka yang kurang berkemampuan tetapi adik asyik bertanya samada mama/papa lupa ulangtahun kelahirannya

Puas hati - Inilah kek yang paling kecil yang ada dikedai. Siap potong masuk kotak-kotak dan bakinya simpan untuk dimakan masa berbuka.

Khusyuk  - Kali ini Atok yang membacakan doa untuk adik sebab atuk ada di rumah sejak hari Sabtu lagi.

~~ Umat Islam di akhir zaman dikatakan terlalu ramai tetapi bak buih-buih di pesisir pantai mudah lenyap ditiup angin. Penyakit Rabbuddunia membuatkan kita selalu alpa.~~



57 comments:

  1. Tahniah akak dapat kad raya..
    Selamat hari Lahir Adik :-)

    ReplyDelete
  2. Birthday adik kena bulan puasa ye, sian adik. Jimat skit kos mak n abah....hehe...mna boleh lupa birthday anak sendiri?
    Zana dah bertahun takde kad raya, beli kad raya ke, zaman intenet ni semua hujung jari kakzakie.

    ReplyDelete
  3. Besday adik sama bulan dgn anty ain la..
    semoga adik jadi ank yg disayangi ibubapa dan jd ank yg cerdik...

    ReplyDelete
  4. hehehe.. dulu lumba siapa dapat kad raya paling banyak ;-))))

    Oh! Hari jadi adik ke, selamat hari lahir ya adik, semoga menjadi anak yg membanggakan ibu & ayah. Jgn sakit perut lagi tau.. :-)

    ReplyDelete
  5. lama juga KA tak berkad2 raya ni hehehe

    ReplyDelete
  6. selamat hari lahir adik...kak gb terlupa nak wish awal-awal...soweee!

    ReplyDelete
  7. happy birthday adik..
    bestnya dpt kad raya!

    ReplyDelete
  8. Selamat ulangtahun adik. Semoga jadi anak yang solehah dan hafaz al-Quran.

    ReplyDelete
  9. hehe..
    syok la kak ...dapat kad raya...
    :)

    dayah suka kalau dapat kad raya..
    boleh gantung , hias cantik2..
    nostalgia kan..
    tak boleh lupa..
    :)

    tapi tahun nih belum dapat satu pun kad raya..
    huhu..
    sumer dah pakai email , twitter..
    fb..tag je ramai2..
    :)

    terasa betul zaman dah berubah..

    ReplyDelete
  10. salam kakzakie..happy birthday buat adik..semoga menjadi anak solehah..
    bila da kek..baru adik rasa mama paap ingat dan meraikan harilahir dia

    ReplyDelete
  11. Selamat hari jadi Adik.. adik ni cantik dan manis la wajahnya, mesti ikut muka mama kan..

    makchaq dah agak lama tak berkad2 raya.. tapi Jumaat lepas big boss bagi sebeban kad raya jabatan suruh makchaq juai sampai habis.. macam mana ni.. mana ada orang nak beli kad raya la ni.. dah la sekeping RM2.00..
    Dah diiklankan tak dak yg beli dia paksa orang suruh juai pulak..

    ReplyDelete
  12. happy besday adik.. moga menjadi anak yang berjaya dan solehah..

    bestnya dapat kad raya kak :)

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah..dah smpai pon..selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya. TQ

    hAPY Besday dik

    ReplyDelete
  14. Rietta blom terima kad raya lg...yg sndiri pnya piwnmsih dlm proses making....

    Psss...selamat hari lahir adk....

    ReplyDelete
  15. selamat ulang tahun kelahiran adik...semoga menjadi anak yg solehah n berjaya didunia n akhirat..amin.

    w/pun dunia skrg dah semakin canggih dan moden tradisi menghantar kad raya masih ada kan kak... lia pun dah lama x beli/terima kad raya...

    ReplyDelete
  16. sedap nye kek adik...selamat hari lahir adik..semoga adik membesar menjadi anak kebangaan mama & papa..

    ReplyDelete
  17. Dulu2, seronok mengumpul kada raya. Ada kad yang ada muzik, bukan main seronok menayang pada kawan2. :)

    Happy belated birthday Adik. :)

    ReplyDelete
  18. bestnyer...dpt kad raya lebih seronok dr dpr e-card

    ReplyDelete
  19. As-salam
    Semoga Adik sihat sejahtera & sukses selalu.

    Zaman ni, kakzakie, ke pos opis pun dah jarang. Kawan-kawan yang masih rajin cari kad & poskan, memang bagus betullah.

    ReplyDelete
  20. sy xdapt lg kad raya huhuhu

    slmt hari lahir adik

    ReplyDelete
  21. kad raya jarang dapat sekarang, semua pakai yang segera (tekan dihujung jari kini).....

    simpan Kakzakie buat kenangan...

    hepi besday buat adik,
    moga bertambah cemerlang......

    ReplyDelete
  22. rasa nya dah bertahun tahun saya tak memberi & menerima kad raya..hantar ucapan guna SMS aja..hehehe

    ReplyDelete
  23. kad raya mmg nostalgia habis..happy belated bufday adik..semoga sentiasa dlm rahmatNya :)

    ReplyDelete
  24. kita kalau beli kek besday pon cari yang kecik2 je kak. tak ramai yang nak makan nya

    ReplyDelete
  25. selamat ulang tahun kelahiran buat adik....

    p/s: saya dah lama tak dpt kad raya...

    ReplyDelete
  26. selamat hari lahir adik..wah,dpt kad yer..dah lama xrasa memori trima kad2 raya ni kak...skang sume dah modern kan..email je...

    ReplyDelete
  27. seronok jg dpt kad raya ye..sy sejak beberapa thn kebelakangan ni..dh tak dpt sgt kad raya..hanya ucapan di sms je..

    khusuk nampaknya adik mengamin kan doa yg dibaca atuk tu..
    Moga kita tak tergolong dlm golongan "cintakan dunia" semata-mata ye akak..

    ReplyDelete
  28. lama dah x dpt kad raya. skrg susah nk dpt kad raya. masing2 wish kt fb ngan phone jer huhu

    ReplyDelete
  29. sejak ada internet ni , dah tak dapat kad raya lagi kecuali dari syrikat insurans dan sykt pelaburan huhuuhu. Rindu zaman sekolah dulu

    ReplyDelete
  30. Lma dah tiada kad yg smpi kt peti pos... Hihii

    Epi birthday adik...

    ReplyDelete
  31. saya baru dapat satu kad raya... tak sangka ada blogger nak bagi...

    selamat ulang tahun buat adik ~

    ReplyDelete
  32. Mmg istimewa bila kita terima kad raya, lebih2 zaman skrg ni kan kad raya dh semakin dilupakan...

    ♫Happy Bday buat Adik..♫

    ReplyDelete
  33. epi besday adik...hehehe..la ni payah nak dpt kad raya kad..bestnye dpt kad raya..selamat hari raya akak..:)

    ReplyDelete
  34. seronok dapat kad raya pengerat jalinan persahabatan...
    happy birthday buat adik.. moga jdai anak solehah...

    ReplyDelete
  35. lamanya tak dapat kad raya original puye. yg pos-pos gitu. semakin lama semakin kurang diminati bila teknologi semakin canggih.
    bestnya kak dah dapat kad raya..

    ReplyDelete
  36. seronok la kak dapat kak raya..saya dah lama x da kad2 ni...

    ReplyDelete
  37. Cantik kad rayanya :)
    Pasti adik gembira dapat juga kek akhirnya.
    Semoga Allah sentiasa bg ruang dan peluang pada hambanya memperbaiki diri. Amin.

    ReplyDelete
  38. Susah skrg nak dpt kad raya cam dolu2..kan.. bestkan gak sesekali dpt kad raya..

    Seronok laa adik dpt potong kek yer.. cerianya dia.. :)

    ReplyDelete
  39. heppy birthday sama dgn ank sayalh kak..

    ReplyDelete
  40. saya lak, dah berzaman tak dapat kad raya... huhuhuh

    ReplyDelete
  41. Salam sejahtera KZ
    Selamat hari lahir buat adik.
    Tahun ni tak teringin lagi nak beli kad.Wah macam artislah dah dapat kad!

    ReplyDelete
  42. bestnya akak dapat kad raya..lama sungguh tak hantar n terima kad raya..zaman dah berubah..selamat hari lahir buat adik.semoga panjang umur dan berjaya dalam apa jua bidang diceburi..

    ReplyDelete
  43. ade lagi kan versi kad raya nih :) hihihi,.. selamat ulangtahun adik..comel die :)

    ReplyDelete
  44. selamat ulang tahun adik ..
    comel koyok mak ne ...

    ReplyDelete
  45. lama dah tak terima kad raya.terima ucapan raya di internet aje.
    selamat hari lahir untuk adik..

    ReplyDelete
  46. Kali terakhir dpt kad raya, thn lps..dari kwn blogger jugak. terharu sbb masa tu baru beberapa bln buat blog.

    Happy birthday utk adik, smoga sntiasa dlm kasih syg Allah.

    ReplyDelete
  47. selamat ulangtahun adik.. :-)

    seronok gak dpt kad raya kan.. mengembalikan nostalgia :-)

    ReplyDelete
  48. Salam Kakzakie,

    Happy birthday utk adik,sama sambut dgn anak saya,dlm bulan puasa juga,cuma beli kek aje.
    Dapat kak raya,kenangan lama mengamit kembali.
    Selamat berpuasa selamat hari raya.

    ReplyDelete
  49. seronok akk dpt kad raya dah
    bilelahh saya nak dpt kan ;)

    eppy bday buat adik .. sure mama x lupe tarikh lahir anak kesayangan ;)

    ReplyDelete
  50. Itulah kakak merasakan kali ini agak bertuah kerana kakak dapat kad raya dari teman.

    Terima kasih kakak buat semua yg memberikan komen-

    Pokok Manggis DR, zna@pb, ainnoraini, Sari Yusa Ibrahim, Kesuma Angsana, Mrs Eady, gadisBunga, nur, Cikli, Hidayah Bach, Acik erna, makchaq (cuba war-war buat N3 makchaq mana tahu ada yg nak beli), Syiela, saya disini (ANAK KAKAK SUKA KAD ITU JUGA), Hentiretta Jose, Mamamya, Suraya Baharun, kakcik (Kakak ingat masa itu kira paling bestlah kakcik), Alin Marlini, Temuk (supplier adalah hantar buat company cikgu), redza, Qhaifa Nur, Daddy Ziyyad, Sara, Lya Colour, Wahida, Yatzakie, ariana, Bazilah, bersama Kak Es, Fatin Marz,dwaty, Sweetmama @Eija, cikceriacorner, Cho Zila, Ayu, Eira Eixora, Cikgu Ma, Ummi Iman, Rinna, Zie, eelobor, Mama ju, Kasih Salina, Ros, aby (mama wes tuwek hihi...), Kak Yon, Ujie, IntanBerlian, Rozila dan ieda.

    Terima kasih juga ucapan sempena birthday adik untuk N3 ini.

    ReplyDelete
  51. selamat hari lahir adik....jd anak solehah ye nanti...;)

    ReplyDelete
  52. dah lama sangat nak 'bermain' dengan kad raya sejak harga setem naik.. :(

    psstt: selamat hari lahir adik.. moga panjang umur dan dianugerahkan kesihatan yang baik dalam menjalani kehidupan seharian.. ;)

    ReplyDelete
  53. selamat hari lahir adik..semoga membesar menjadi anak yg solehah..lebih kurang besday aqil lah kak...

    ReplyDelete
  54. Myra pun ada dapat 1 kad raya dari rakan blogger ;)

    Happy sangat-terimbau kenangan lalu :D

    ReplyDelete
  55. cantiknya kad tu..:)

    juga seamat hari jadi..adik..:)

    ReplyDelete