Bila terlalu lapar akibatnya anak itu muntah dan tidak bermaya. Mujur di rumah aku walau semua berpuasa tetapi setakat nasi baki sahur dan tomyam sup daging yang aku buat untuk adik ada lagi. Ikan goreng dia tidak mahu. Lalu makanlah anak itu di rumah aku nasi dan sup tomyam tanpa cili baki untuk adik makan sahur. Daging itu hanya aku rebus dengan sayur-sayur+halia+serai+bawang putih+daun saleri+daun limau purut dan asam keping. Adik masih berpantang makan. Nasi pun aku masak lembik-lembik. Mak Zah panaskan sebentar dan itulah yang kami bagi anak kecil itu makan. Selepas makan kelihatannya juga masih tidak bermaya.
Ibu-bapa mana yang tidak suka bila anak boleh berpuasa pada usia
kecil. Tetapi kenalah beringat andai anak itu tidak berupaya untuk
berpuasa berilah peluang untuk dia berbuka. Bimbang memudharatkan atau
terjadi perkara yang tidak diingini. Bukan mahu mengajar si ibu tapi perasaan belas melihat si anak membuat aku dan Mak Zah terpaksa memberi nasihat. Boleh kerana
mahu mendidik anak berpuasa di dapur tidak ada satu pun makanan yang
boleh dimakan oleh si anak. Usia baru lima tahun dan masih
tadika. Aku yang sudah tua dan selalu berpuasa Isnin/Khamis pun terasa perit apa lagi anak-anak yang baru mula mengenal puasa. Di Johor Bahru pula sejak awal puasa hingga kini panas terik tidak terkata. Kalau bapak aku kata panas berdenting!!
~~Aku sebenarnya takut anak pengsan kalau lapar itu saja yang terdetik dalam hati. Sebab itu selalu kena pantau kondisi anak samada dia berupaya atau tidak. Mungkin juga iman aku tidak kuat lagi.~~
kasihan kat adik..
ReplyDeletetak apa. lain kali boleh puasa lagi..
semoga adik cepat sembuh.
sabar akak yea..
doa di bulan puasa. insyallah adik ok..
takpe kak... adik tu tak sihat ada sbb nyer dia nk ponteng pose, nnti boleh diganti...
ReplyDeletesemoga adik cpt sembuh...sian betul..dugaan adik pose thn ni
Ni bukan anak akak kan? Anak orang lain kan? Itulah saya pun sebenarnya risau kalau anak2 pengsan ke apa ke kan..yang penting latih pelan2, esok lusa kalau anak tu pengsan, kita jugak yang dipersalahkan..
ReplyDeleteTeringat kakci akan satu kisah (kakcik tak pasti akan kesahihan kisah itu) tenatngs eorang anak yang minta hendak makan, tetapi siibu tetap menyuruhnya 'bersabar' hingga waktu berbuka. Akhirnya bila tiba waktu berbuka, anak itu didapati telah tidak bernyawa (ajal maut itu di tangan Tuhan). Sekiranya kisah itu benar, tidakkah akan ada rasa sesal di hati ibu?
ReplyDeleteakak, kenapa ngan adik? sakit ke? 3 4 hr tak bw xtau apa cite lak..
ReplyDeletenyway to adik take care tau..akak plak kene kuat semngt ye! :)
Anak siapa tu? Kesiannya, lima tahun dah dipaksa berpuasa??? Boleh ajar tapi janganlah dipaksa, kesian...
ReplyDeleteEh!!! Saya pernah dengar kisah yang serupa macam komen Kakcik tu. Tak tahu kisah benar atau tidak...
kita kan nak mengajar bkn nak memaksa.. bila dah besar nnt insyaAllah semuanya akan ok kan kak..
ReplyDeletetakpe kak...setakat berpuasa utk mengajar & belajar kan...
ReplyDeletesiapa pun anak itu...usia nya terlalu muda..mmg bagus utk diajar berpuasa tp umur itu tidak diwajibkan...kalau sampai memudaratkan nnt anak kecil itu bagaimana...Islam itu mudah dan Indah..tidak memaksa pd sesuatu namun ada pula yg mmg diwajibkan utk melakukannya....
ReplyDeletekesiannya..kalau pun anak tu excited nak berpuasa..bagi dia sahur lewat.. lepas tu kena la nasihatkan dia.. budak kecik tak boleh tak makan lama sangat..ish..jgn la sampai memudharatkan..islam tak ajar cara macam tu..
ReplyDeletesian kat adik...semoga cepat sembuh..insyaAllah adik anak yang kuat..
ReplyDeleteKisah yang kak cik cerita pernah berlaku pada seornag cleaner di opis lama. Anak lelaki. Kuat berpuasa minta dengan mak dia nak berbuka dah tak larat katanya. Mak dia kata kejap je lagi...tido tak rasa penat sangat. Bila kejut nak buka puasa anak dah meninggal.
ReplyDeleteMemang bertahun2 dia menyesal tapi itu jugak adalah rahsia ALLAH...
ciyan kt adik..tkpe ada hikmahnya nti tu :))
ReplyDeletecian dia..klu sampai tak bermaya baik buka ;-)..lama2 nnti ok la ;-)
ReplyDeletesaya dulu kecik2 mak tak bagi puasa sebab takut lapar (mak saya mualaf, masa tu dia pun tak berapa paham pasal puasa lagi). dah akil baligh baru lah puasa betul.
ReplyDeletesalam kak zakie...semoga adik semakin sembuh.Aminnnn
ReplyDeletesemoga adik cepat sembuh
ReplyDeleteaah ponteng puasa kerana sakit x per .. leh ganti
cepat2 sembuh ye cayunk
makan nasi ngan tomyam sedap sikit , kalau x payau tekak kan akk :)
kalau bole nak anak kita penuh poasanya tapi kalau dah nak pengsan risau jugak Kakzakie...moga adik kuat semangat.......
ReplyDeletebetul tu kena beri peluang untuk mereka belajar berpuasa secara perlahan lahan tak boleh secara drastik sangat kann
ReplyDeletebetul tu kak.. nak ajar anak kecil berpuasa jgn la smpai memaksakan.. aidil pun sy x paksa.. tp kdg2 dpt jugak setgh hari.. dia x tahan blk sklh nak minum susu botol.. :)
ReplyDeleteKC baru lulus puasa 1/2 hari, dah tengahari dia minta air sebab dahaga
ReplyDeletelepas minum dia kata kakak puasa :)
Alahai..kesiannya lah,anak siapa kak?? lia ni klu ikutkan damya mmg nak selalu puasa penuh...tp setiap kali balik sekolah lia tgk pada keadaan dia..klu letih sgt mmg lia paksa b'buka.. afiqah (5 tahun) mmg dr awal aritu puasa 1/2 hari jer.... kesian anak2 masih kecil...
ReplyDeleteYg dewasa pun ramai yg melepek kak, inikan pula adik!
ReplyDeletekesian dia..tapi semangat dia kuat kan untuk berpuasa....
ReplyDeleteramadhan mngajar kita erti sabar.. :)
ReplyDeletetp kalau adik kecik tak larat lagi, tak boleh nk paksa..kesian..huhu
betul tu kak. seronok kalau anak kecik ni berpuasa penuh tp kalau memudaratkan baik tak payah. mungkin bole start dgn pose separuh hari.
ReplyDeletesaya yg tua ni pun balun jerr kak time cuti..hihi
ReplyDeleteklu xmmpu jg dipaksa....kesian anak kecil....
ReplyDeleteYg paling penting ialah anak faham konsep berpuasa. Bukan dgn paksa dia puasa tanpa dia faham kenapa dia mesti berpuasa, kan Kak?
ReplyDeleteBimbang kalau dia dipaksa berpuasa tanpa kefahaman yg jelas, dia rasa puasa tu menyusahkan pula. Takut nanti jadi menjadi org dewasa yg guna pelbagai alasan tak nak puasa..huhu
tu lah, ustaz yg bg tazkirah kat opis ni penah kata, kalau anak tak larat pose jan pakse, berdosa kita, lagi pulak bwh 7thn kesian, pose sekeratlah dulu...
ReplyDeletetak per la kak adikkan kecik lagi baru 5 thun..anak saya asal balik sekolah dah mintak air...kateryer penat sangat dahaga maklumla kecik lagi...yang pasti dia dapat belajar apa itu puasa...yang penting mak ayah beri galakan dorongan untuk anak2 kan kak...
ReplyDeleteSemoga adik cepat sembuh.
ReplyDeleteKak Zai pun macam kakzakie risau kalau anak2 tak larat berpuasa penuh, bagi kelonggaran kalau mereka masih kecil.
mmg kita ni risau sungguh,tapi apakan daya..
ReplyDeletealhamdulillah,anak2 bermula berpuasa sejak umur 4 thn,kejap puasa kejap tak..nak latih,tapi bila 5 thn mereka dgn sendirinya teruja nak berpuasa..tak paksa pun,selalu cerita dgn anak2 ttg hebatnya berpuasa ni..selalu cerita pahala,dosa,masukkan dlm minda diorg.
setakat ini muhammad sentiasa cergas..sayang dia.
Anak siapa kak? Melatih anak berpuasa tidak semestinya dengan memintanya berpuasa penuh. Sy pun ajar anak berpuasa sejak umur 5 tahun.. tp sy lihat kemampuannya sampai mana.
ReplyDeleteps: semoga adik cepat sembuh..
mak saya pun selalu pantau adik yg kecik sekali tu...kalau dah pucat sangat memang bagi makan terus la, budak...kesian kat dia. hehe
ReplyDeletesetiap mak sayang anak dan nak yang terbaik untuk anak..
ReplyDeletekan kak..?
:)
Kesian anak tu.. kalau mmg dah tak boleh puasa tak boleh dipaksa. Nanti jd lain pula. Slow2 selang seli pun takpe. Nak mendidik perut berpuasa bukan mudah juga. Kita yg dah berumur ni lain sikit. Sebab perut agak terbiasa juga terlatih saban tahun. Betul tak kak zakie..
ReplyDeletebetter adik berbuka jer..x perlu puasa..kalau dah sampai memudaratkan kesihatan lagi susah
ReplyDeletekesiannya adik.mesti teruja nk puasa kan tp xboleh...agknya kwn2 ada mengejek tak? takpe la dik, nnti dh sihat adik smbung puasa blk k...
ReplyDeleteKesiannya sampai muntah..mmg tk smpai ati nk biarkan dia brpuasa..lgpun kecik lg kn...
ReplyDeleteKak minat ke dress tu..klu tnggi sesuai kak..klu rendah skt kna potong plk..hehe..
CikMat pon masih blom Nini ajar berpuasa.cuma sblm pegi sekolah,nini suruh mkn nasi dulu..blk sekolah nnti baru mikn semula..di sekolah sepanjang bulan puasa,tiada makanan diberikan.
ReplyDeleteaci tak kalau nak mintak sampul raya ngan akak...hi hi hi...
ReplyDeletekakzakie,
ReplyDeletekasihan betul anak kecil itu.
semoga ibubapanya sedar dan dapat pantau kondisi di masa akan datang.
adik saya dulu pun berpuasa sejak umur 5 tahun. atas dorang keluarga dn kehendak dia sendri. kadang2 kitaorang yang suruh dia berbuka sebab baru 5 tahun kan, takot dia tak larat. tapi dia yang sampai menangis2 tak nak buka puasa. akhirnya genap sebulan dia berpuasa. sekrang umur dah 14 tahun....
ReplyDelete***kalau anak tak larat, baik suruh dia berbuka. risau kesihatan dia. mendidik jugak ada caranya kecuali dgn kehendaknya sendri. anak yg dimaksudkan tu, anak orang lain kan?
Adik tu, moga cepat2 sembuh ye.. amin... =)
sy pon panggil panas berdenting..
ReplyDeletemcm adik dia mmg sakit kan..jd mmg kasihan kalau dipaksa berpuasa..
mcm risya thn ini sy mmg kerah dia utk belajar berpuasa..tp tengahari kalau dia x tahan sy benarkan dia berbuka..biasanya dia x tahan haus je..lps minum air sikit dia puasa balik..bg sy takpela mcm tu utk berlatih..
setakat ni risya br dpt 5 hari je puasa penuh..okla tu
ini anak jiran akak yg akak selalu cerita rajin dtg rumah ye? kesiannya dia. baru 5 tahun. patutnya diajar puasa separuh hari dulu. arghhh skrng saya yg dh tua ni pun pkul 12 dah lesuuuuu sgt2 kak. balik rumah melepek je
ReplyDeletesalam kak, selamat berpuasa
ReplyDeletebetul tu...anak2 kalau dididik awal insyaAllah besar mudah diamal. Dulu teringat juga puasa zaman budak2...makan minum curi2 juga.hehe
kesian kat adik ye... KA pown kalau anak2 mmg x daya nak berusaha, KA suruh je berbuka!
ReplyDeletememang kalau boleh kita nak ajar anak2 berpuasa, tp kena jugak tengok tahap kesihatan dia masa tu..
ReplyDeletea'aa betoi tu kak.. kene tgk keupayaan ank tu jugak.. lg pun risau takut memudaratkan..
ReplyDeletekat sini pun panas terik gak kak..
kesian dia...bagi pose setengah hari pun dh ok..
ReplyDeletekak, ketam yg kat stulang tuh x silap dr awal pagi lebh kurang kul 7 gitu.. smpai kul bape sy x sure la kak.. aritu bbsitter anak pegi kul 9am ader lagi.. klu awal2 lg byk pilihan kot.. lg satu hanya weekend je kak.. weekday x der.. sy dah tanya penjual kt situ.. :)
ReplyDeletemoga dia sihat walafiat dalam menjalani ibadah puasa..sian kat budak2 ni tp kena ajar dari mula kan kak..take care :)
ReplyDeletesaya ni kak umur 7 tahun baru belajar puasa... tapi tu pun banyak kantoi...
ReplyDeletehope adik cepat sembuh ya...
sian budak tu... belajar perlahan2 la, puasa takat kemampuannya dulu dia pun baru 5 tahun
ReplyDeletekesiannya kat adik.. tapi diaorang sayang nak berbuka walaupun tahu keadaan mereka masa itu
ReplyDelete5thn? Puasa half day sudahlah. kesian bdk kecik sgt.
ReplyDeleteAjar anak puasa ikut kemampuan,kalau yang dalam umur 5 tahun setengah hari puasa pun dah kira okay.
ReplyDeleteMoga adik cepat sembuh.
salam kak..kesiannya..ye la, usia yang kecil masih sukar lagi nak terima kan..kalo saya pun akan sedih dan tak sanggup melihat anak kita tak bermaya camtu..
ReplyDeletehehehe...masa saya kecik2 dulu rasanya dah lewat belajar puasa penuh sebulan....
ReplyDeleteKasihannya kat adik.. Ramadhan kali ni, beliau diduga.. Moga anak akak cepat sembuh dan dapat berpuasa dengan sempurna..
ReplyDeleteCepat sembuh ya adik...
ReplyDeletehehe...sy x pastila danisha puasa ke x kat skool..kdg die kata die pose...kdg dia kata teacher bg minum air sikit je....hehe
ReplyDeletetgk dah xbmaya sgt xkn nk biar,nanti sakit pulakan...cuma proses nk biasakan diri tu amek masa hari demi harikan...;)
ReplyDeletekalau nak train pun berpada2 lah kan..
ReplyDeletemacam anak saya, balik je sekolah, Ibu hausss..ibu tak kesian ke... nanti ifan mati macam mana?... heee.. lawak.. i jawab balik mana ada org mati sebab puasa.. langsung belah je.. tup2 tgk tidur. kesian gak..
nak buat mcm mn kak dik bukan sengaja xpuasa kan...nanti dah sihat boleh puasa balik...semoga adik cepat sembuh yer
ReplyDeleteKak zakie, bagus anak kecil tu.. Dia nk puasa tanpa rasa terpaksa ke? Kalo kite pantau sentiasa xpe kak.. Tp tgk pucat je, baik kasi berbuka.. Sian kecil lg, dah bijak...didikan mak dia, bgusla...
ReplyDeletemoga adik cepat ceria, kuat dan sihat...
ReplyDeleteIngin kakak katakan sebenarnya N3 ini lebih kakak katakan yg melepek itu adalah anak jiran kakak dan bukan adik anak kakak. Tetapi sebab rumah dia tak ada makanan jadi ibu dia memberitahu pada Mak Zah. Itu yg kami bawa dia makan makanan yg kami bagi adik makan sewaktu bersahur.
ReplyDeleteBagimanapun terima kasih kakak ucapkan pada semua yg memberi komen:-
Pokok Manggis DR, norhidana, Huda (A'aj Huda bukan anak kakak tapi jiran kakak), kakcik (kakak pun pernah dengar cerita ini kakcik dan kakak rasa memang ada masuk beritalah), Sara, Sari Yusa Ibrahaim, Queen Teratai, Mrs Eady, Eye_nee, Rai (Betul.. banyak cara mendidik yg digariskan dlm Islam), Suraya Baharun, JunAina, Bert, are_linayu, KakNi, azatiesayang, ieda, Qhaifa Nur, Azda Irdawati, ct rahani, Kasihibu, Mamamya, Daddy Ziyyad, izan mama mia, Efa Nur, Ayu, Cikgu Ma, Henrietta Jose, Sufia Mahzan, Haryati Faizal, Lizz@mummycute, Zaitun, Knor, Zefa Nurasmara, Aien Alien, Hidayah Bach, Ummi Iman, Tentang Kita, Munnafandy, Teratak Hari, Nini D, Ibu Lala (boleh aje), Nur, Semut Senyum, Rina Avail, amirah (A'ah betullah dia memang selalu main rumah kakak), MohamadAzhan, Kesuma Angsana, Zana Adieyza, IntanBerlian, fieda, ct rahani (thanks inform kakak hal ini), Tihara, Dwaty, Ibuintan, Mama Ema, Ujie, Norzie hany, Kasih Salina, eelobor (kakak rasa dulu rata-rata dah 7 tahun baru belajar kan), Nur-Nba, ckLah@xiiinam, Mummu Dahosha, Aishah Jahirah, Azian Elias, Wanieys, Emme dan Sal.
Terima kasih semuanya dan ingin dijelaskan lagi yg melepek itu bukan adik (anak kakak) tapi anak jiran kakak ye..
Betul, bagi anak yang masih sekecil itu, elok dipantau selalu tentang keupayaan depa untuk terus berpuasa penuh. Jika tak boleh, sekerat hari pun memadai...
ReplyDelete