Monday, August 27, 2012

Menjelang Hari Raya 1433H

Selamat Hari Raya semuannya. Aku mulakan N3 hari ini bermula pada 28 Ramadhan 1433 tempohari kami sekeluarga berpeluang berpuasa di Pontian (rumah bapak). Pagi 29 Ramdahan setelah membelanjakan segala keperluan bapak kami sekeluarga mula bertolak ke Batu Pahat pula.

Azhar Foods - Kami singgah di sini untuk membeli biskut-biskut dan kerepek untuk rumah sendiri dan juga untuk diagihkan pada keluarga dan saudara-mara.

Sarung ketupat  - Biasalah tengahari itu kami mula membuat sarung ketupat. Anak-anak saban tahun belajar tapi bila tiba Hari Raya tahun berikutnya lupa lagi.

Rebus ketupat - Sebenarnya ada dua periuk seperti ini. Satu merebus ketupat dan satu lagi merebus daging/tulang untuk dibuat sup.

Di dapur - segala perencah dibuat di dapur. Aku dibantu anak-anak sendiri dan satu-satunya bujang kakak ipar aku.

Bujang kakak ipar - Boleh diharap. Balik pun membawa banyak kek lapis sarawak untuk diagihkan kerana dia bertugas di sana. Engineer di pejabat tapi bila berada di kampung sama seperti anak aku juga membantu di dapur.

Semua persiapan - Giliran aku menggayakan untuk diolah. Tidak ramai ahli keluarga hubby kalau mahu dibandingkan dengan keluarga aku. Keluarga hubby masih boleh lagi makan di atas meja tapi kalau keluarga aku kena bentang tikar duduk di atas lantai.
Berbuka hari terakhir itu kami menikmati juadah yang kami masak bersama-sama. Sup tulang dilawankan dengan ketupat. Ada juga lepat, rendang, ayam masak merah, lodeh, sambal goreng, sate dan tidak kurang pemberian jiran-jiran yang memberi. Selesai solat maghrib kami bertahlil, tahmid dan takbir bersama-sama.


~~ Entah mengapa malam itu hati aku dipagut rasa rindu pada kedua emak. Emak sendiri dan mak mertua yang aku rasa bagaikan baru lagi dia pergi walau telah bertahun lamanya mereka meninggalkan kami.~~


67 comments:

  1. hari raya menggamit pelbagai memori utk dikenang sepanjang zaman.salam aidilfitri kak.

    ReplyDelete
  2. Alfatihah pada kedua mak akak..Meriah ye kak beraya ramai-ramai..Tu borong kerepek kat azhar eh..

    ReplyDelete
  3. assalam kakzakie.alfatihah buat keduanya dan semua yang telah pergi.kalau acik pun bujang2 jugak yang menolong didapur kak zakie..dah anak daranya tak ada..

    ReplyDelete
  4. sy sampai skang x tau nganyam ketupat hehehee =p

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Raya kakak...

    seronok saya tengok persiapan raya kakak...rasa teringin nak makan masakan air tangan kakak...:)

    Bila tiba hariraya, kita pasti mengenangkan orang yg.telah pegi terutamanya orang tua kita..kakak mengenangkan ibu dan ibu mentua, saya pulak walid dan kedua-kedua mentua...memang sedihkan kakak..

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum kak.

    meriahnya raya kakak.selamat hari raya utk kak dan semua keluarga kak.

    ReplyDelete
  7. Meriahnya hari terakhir berpuasa...

    ReplyDelete
  8. meriah nyer :)


    al-fatihah utk kedua-dua mak..~

    ReplyDelete
  9. dkna tak pandai mengayam ketupat heheee...akak..selamat hari raya maaf zahir batin :)

    ReplyDelete
  10. Al-Fatihah untuk yang sudah pergi..

    Begitulah Aidilfitri.. dalam seronok hati tercuit juga bila mengenang orang yang tiada..

    ReplyDelete
  11. slmt hari raya kak....salh silap terkasar bahasa terkecil ati, saya minta maaf...

    sampai sekarang saya xreti2 anyam ketupat..hehee mls sebenarnya...;p

    ReplyDelete
  12. wahhh....
    suasana macam kat rumah keluarga belah suami di simpang 5 batu pahat jugak laa..

    time raya kami balik batu pahat rasa macam duduk KL je jalannya.... batu pahat jem.... heee3x...

    ReplyDelete
  13. Selamat hari raya akak. Maaf belake-lake.

    ReplyDelete
  14. hari raya memang mengundang kenangan kak...terutama pada orang2 yg kita rindu..dan yg dah takde lagi..selamat hari raya kak sekeluarga

    ReplyDelete
  15. wahh boleh diharap anak bujang kakak ipar k.zakie tu..kemain semangat buang kulit bawang..hehehe..

    aahlah kak..bile parent dah tadek, lain macam kan perasaannye.. maya baru 1st time hilang abah mertua, memang sedih lain macam sket ye kak..rasa kosong..:( Al fatihah..

    ReplyDelete
  16. seronok nyer bila sama2 wat keja macam ni !

    ReplyDelete
  17. al fatihah dan selamat hari raya kak

    ReplyDelete
  18. Al-fatihah buat mak akak.. rindu pada arwah akak saya juga :(

    Tak kekok si bujang menolong di dapur

    ReplyDelete
  19. bila menjelang raya perasaan rindu kian ketara...al-fatihah buat kedua arwah...

    seronok rasa semua bekerjasama ...selamat hari raya Kakzakie

    ReplyDelete
  20. hari raya mak2 la paling bz.. bila dah takde mesti rase sunyi.. alfatihah buat kedua mak akak ye

    ReplyDelete
  21. seronok kan beraya di kg..masing2 sebuk buat persiapn...

    ReplyDelete
  22. Seronok raya kat kg, byk keje nak buat.. Ros xlepas lagi nk buat ketupat nih... Hehheeh...

    ReplyDelete
  23. Selamat Hari Raya Kak Zakie...:)

    Rindu itu akan terpahat sampai bila2 buat mereka yang kita sayangi. bagi Jun alhamdulillah mak masih sihat & emak mertua walaupun kekadang sudah mula banyak lupa dari ingat tetapi masih juga sihat selayaknya org tua...

    ReplyDelete
  24. Meriahnya kan kakzakie..bila sesekali berkumpul dan dapat besama-sama berbuka puasa..rindu saat mak mertua saya masih hidup...sekurang-kurangnya 5 atau 6 keluarga akan berkumpul bersama tuk bebuka..Al-Fatihah buat kedua ibu kakzakie..semoga ALlah menempatkan mereka dlm golongan insan2 yg diredhai...

    ReplyDelete
  25. Masih belum terlewat ucap selamat hari raya dan maaf zahir batin.
    Tahun ni saya tak ke Azhar pun.

    Samalah kita sibuk2 di dapur di kg, emak masih bertenaga bekerja di dapur, nampak macam dia yg lebih bekerja drp kami. Kami yg ada ni lepas masak sikit2 dah kepenatan, ptg smua tidur! emak ada2 je kat dapur.

    Dah bekerja?

    ReplyDelete
  26. Rajinnyaa anak bujang sama2 membantu didapur..

    ReplyDelete
  27. seronok kan kak suasana cmni....

    sama mcm sy....aritu berbuka kat kg kena bentang tikar jugak sb x muat meja....padahal family kami x besar pun...hehe...

    ReplyDelete
  28. buat persiapan raya mmg penat...buat rmai2 pun terasa jgk penatnya..tp sonok la mkn beramai2 :)

    selamat hari raya kak zakie :)

    ReplyDelete
  29. walaupun penat buat persiapan petang raya tu...tapi seronok kan buat ramai2.. :)

    lebih kurang sama juadah berbuka tuk hari terakhir tu..makan ketupat dan rendang... :)

    ReplyDelete
  30. berbuka dengan juadah terakhir ramadhan memang meriah penuh meja/lantai rumah..

    ReplyDelete
  31. meriahnye....thn nie kitorg xbuat ketupat....bonda bilang xde mood nak raya....jadinya rietta cuma bli lemang....tp rendang tetap rendang terbaik bonda....

    ReplyDelete
  32. yg pergi mmg sentiasa diigt apalagi bila tibanya lebaran.sy pun begitu,terkenang aruah mak n pak,mujur masih ada mak abah (mertua) buat menumpang kasih..

    byk betul menu,kedengaran sgt meriah.hehe

    selamat hari raya, maaf zahir batin kak zakie sekeluarga

    ReplyDelete
  33. alfatihah buat kedua2 ibu,...semoga lebaran kluarga kak zakie tetap meriah :) jmput follow kmbali :))

    ReplyDelete
  34. rindu nak makan beramai adik beradik.. rindu nak masak sama2... rindu zaman dulu2 kalau ada opah.. semua sepupu datang masak lemang dan rendang tok.. alangkah seronoknya kalau masa itu boleh berulang lagi..

    ReplyDelete
  35. raya pastinya akan terkenang mereka kan..iza lebih pada abah..rindu sangat pada arwah abah..

    dapat berkumpul kt dapur camni memang terasa sungguh meriahnya raya kan..:)

    ReplyDelete
  36. Meriah jugak tengok persiapan raya akak :D

    ReplyDelete
  37. mesti tak habis raya lagi ni. dok tunggu entry raya kakzakie mesti meriah.

    jemput la datang pasir gudang :)

    ReplyDelete
  38. saya berharap sgt agar kedua2 anak bujang saya bila besar nnt ringan membantu mama dia ni kat dapur...amin...

    ReplyDelete
  39. bertuahnya dpt ank bujang mcm tu...susah nk dapat kelaku yg ringan tulang di dapur.

    Salam Syawal utk akak sekeluarga dan alfatihah buat mereka yg sudah tiada.

    ReplyDelete
  40. Salam Lebaran Kak Zakie....
    Seronok dalam suasana ramai2 sediakan juadah... takziah untuk kedua arwah mak akak

    ReplyDelete
  41. meriahnya persiapan raya akak :)

    ReplyDelete
  42. seronok berbuka puasa ramai-ramai..di saat hujung bulan ramadhan kan

    ReplyDelete
  43. seronoknyaa gtg ryg di hari raya
    ... bila ramai2 lagi meriah
    kalau macam ieda adik beradik x ramai .. soo penat sendiri2 aje huhu

    ReplyDelete
  44. bestnye akak..

    selamat hari raya..maaf zahir dan batin..:)

    ReplyDelete
  45. seronok tengok gambo persiapan raya akak..selamat hari raya al, maaf zahir batin :)

    ReplyDelete
  46. seronok tengok gambo persiapan raya akak..selamat hari raya al, maaf zahir batin :)

    ReplyDelete
  47. Salam. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Kak Zakie sekeluarga.. Seronok memasak beramai2 dengan ahli keluarga..

    Memang bila tiba hari raya kita akan terkenang insan tersayang yang telah tiada.. Al-Fatihah untuk arwah bonda dan bonda mertua akak..

    ReplyDelete
  48. Hari raya hari bergembira. Bila bergermbira mesti kita ingatkan orang yang pernah bergembira bersama kita kan? Al fatehah untuk arwah.

    ReplyDelete
  49. salam syawal ke9..ehem meriahnya kalau dpt berkumpul bersama org2 tersayang kita.. hu2x..al-fatihah buat mak & MIL..

    ReplyDelete
  50. Banyak juga juadah yg di masak. Untung siapa dpt bujang akak ipar kak zakie tu ;) saya mmg tak lulus2 lg anyam ketupat. Ketupat palas tu bolehlah ;)

    Kalau saya pun tentu sedih bila kedua mak tiada d hari raya. Masa takbir mmg org yg tiada paling kita ingat.

    ReplyDelete
  51. Selamat hari raya kak zakie dan keluarga.

    Seronoknya dapat berkumpul ramai2 macam tu di hari mulia ni. Kak ani beraya di shah alam jer dgn anak cucu dan keluarga adik2.

    ReplyDelete
  52. Sebenarnya tahun ini agak kurang meriah beraya pihak hubby sebab mereka kehilangan sepupu terdekat yg mesra. Namun demi anak-anak kami buat juga apa-apa yg patut.

    Terima kasih buat semua yg memberikan komen:-

    inazamri, Huda, Acik Erna, Mummy Danisha, azi (kakak bukan pandai memasak azi tapi sebab tak ada org lain buat je apa yg kakak boleh buat), Knor, Kakcik (walau tak ramai tapi sesekali kumpul seronok juga kakcik), Mrs Eady, Dkna Abza, Sari Yusa Ibrahim, ckLah, Aishah Jahirah, Kazman/Sue, Cikli, amirah, maya amir (betul rasa kehilangan tu sebak di dada terasanya), Kesuma Angsana, Riri Yoorin, Syeila, Qhaifa Nur, Bert, Cikgu Ma, Ros, JunAina, Eye_nee, Mama Ju (kakak beli banyak juga Kak Ju ka sini), Rinna, aanie, Munnafendy, nabila_2908, Zie, Henrietta Jose, Puan Kutu, QA's mamapapa, Cho Zila, izz izza, Myra Jay, Tentang Kita, bersama Kak Es (kakak ada abang di PG tau tapi belum sempat kerumahnya kami jumpa di rumah bapak je), wahida (insya-allah wahida kalau dah biasa dari kecik dia boleh buat punyalah), PCL, MyStoryPic, Sara, MamaEma, ieda, cikceriacorner, Haryati Faizal, Tihara, Nur_nba, KakNi(ChikNi), mama aini, Ummi Iman (itulah tradisi tiap tahun sebenarnya Ros tak ada bezanya) dan Kunang-Kunang (Kak Ani dah rehat sebab anak-anak dah buat semuanya - best).

    Buat semua terima kasih sekali lagi dan maaf zahir dan batin dari kakak juga sebab kakak agak sibuk sebaik naik kerja semalam.

    ReplyDelete
  53. salam kak zakie
    banyak hidangan yg tersedia..rajin pulak bujang tu nolong kak:)

    ReplyDelete
  54. seronokkan kak dapat kumpul ramai2 camni.. buat kerja sama2.. meriah je..

    ReplyDelete
  55. Salam kak zakie,

    selamat hari raya,maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga.
    Seronok,kalau kerja masak-masak ni buat gotong royong.

    ReplyDelete
  56. keluarga acu pun sama kak
    kalau semua balik, tak muat nak makan kat dapur..kena bentang tikar makan kat ruang tamu tapi best meriah!

    Selamat Hari Raya kak
    ampun maaf zahir & batin ye :)

    ReplyDelete
  57. bila menjelang rayer ni memang saya pun teringat pada mereka yang dah tiada...terutama ayah saya...alfatihah..

    ReplyDelete
  58. selamat hari raya kak zakie... alfatihah untuk kedua2 bonda (T___T)

    ReplyDelete
  59. al-fatihat buat ke 2mak akak..meriah juga tu kak..nak memasak..penat memang penat...

    ReplyDelete
  60. al fatihah

    selamat hari raya kak
    meriah sungguh berkumpul ramai ramai tu
    sya rindu ketupat macma tu lah...

    ReplyDelete
  61. meriah nak sambut raya kan...kami tak pernah buat ketupat anyam tu...

    ReplyDelete
  62. seronok dapat berkumpul, masak sama2..makan pun ramai2..tu yang makan bertambah2..

    ReplyDelete
  63. meriahnyer persiapan raya akak, dana jarang pg ke azhar food, lbh suke cari kilang kepek di simpang renggam lebih baru...

    menu berbuka akak mmg best, meriah

    ReplyDelete