Monday, September 24, 2012

Tart Tersohor Azie, Biskut Istimewa GB dan Puding Lazat Ayu

Tidak terduga olehku bila dapat menikmati biskut tart tersohor selepas Syawal menghilangkan diri. Sebaik Zulkaedah menjelma ianya muncul di depan mata. Siapa sangka duduk di selatan tanah air ini dapat menikmati biskut tart tersohor yang selama ini aku pandang melalui sidebar blognya saja. Usah cemburu juga bila tart tersohor dari negeri tengah semenanjung boleh tiba di selatan tanah air tanpa cacat celanya. Cantik, elok dan tersusun rapi (tidak hancur walaupun ianya sangatlah rapuh). Aduhai sedap dan nikmatnya hanya yang pernah merasai saja yang tahu. Banya inti nenas dia.

Aku impot melalui anak gadis ini sebagai forwarder untuk mendapatkan dari exporternya di sini.

Tersohor sepanjang tahun - Selamat sudah semuanya menjadi habuan kami sekeluarga. Membeli tidaklah banyak mana tapi ada hadiah dititipkan buat aku yang membuat hati terharu. Hari ini aku sudah mula menggunakannya. Harum dan wangi:) Terima kasih tidak terhingga buat Azie.
Biskut istimewa - Forwarder biskut tart turut memberi ini buat kami sekeluarga. Kalau beginilah memang aku buka luas-luas selalu pintu rumah untuk dia selalu datang berkunjung. Terima kasih GadisBunga.
Murah rezeki - Sungguh malam itu terlalu istimewa buat kami sekeluarga. Ayu - Citarasa Rinduan  pula membawa puding lazat ini. Tidak menyempat untuk disnap, cepat saja sudu sudah menyua untuk menyenduk masuk ke dalam  mangkuk untuk menikmatinya. Terima kasih buat Ayu, En. Zalie, Mak dan Humairah. Esoknya ada tetamu turut menikmati semua yang kami perolehi ini.
Tetamu - Inilah dia tetamu kami malam itu. Syuhada (kena jadi camerawomen GB) teman satu pejabat GadisBunga, GadisBunga, Ayu - Citarasa Rinduan bersama MIL, hubby tersayang  En. Zalie dan anak dara comelnya Humaira. Lihatlah seronoknya kami malam itu. Lebihkurang jam 11:00 malam baru kami berpisah dengan harapan berjumpa lagi di masa terdekat ini. Terima kasih buat Syu, GB dan Ayu sebab tolong cuci pinggan selepas makan.
Jangan ngences, melihat paparan makanan entri ini. Mahu tart tersohor hubungi saja Azie.  Kalau mahu biskut istimewa itu agak-agak boleh hubungi GB tak? Kena tanya dulu tuan punya badan sudah beli oven atau belum. Tetapi andai teringin resepi puding kena masuk blog Ayu - Citarasa Rinduan. Macam berkempenlah pula aku - maaflah.


~~ Beratus teman-teman di sekitar KL gathering di rumah Dato' LF. Kami di sini ada pertemuan juga tetapi jumlah sebelah jari pun tidak sampai. Jangan ketawakan kami sebab kami pun turut bahagia.~~



67 comments:

  1. Assalam kakzakie..Alhamsulillah acik pun pernah dah makan tart yang tersohor dan sedap tu..kalau dah makan memang teringat ingat dan nak lagi kan

    ReplyDelete
  2. wah cmana nk beli tart tersohor tu... bbg pada cik hby sy mst dia suke... pg2 nmpk mkanan tu lapar plak rase huhu

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Semalam ada juga tart AA dihidangkan masa gathering bloggers di rumah Dato LF..memang sedap

    Walaupun tak ramai digathering kakzakie tu, Alhamdulillah sekurang2 nya dapatlah juga berukhwah sama2 secara kecil2an.

    ReplyDelete
  4. Salam, Kak Zakie..

    Wahhhh.. murahnya rezeki. seronok kalau ramai orang yang sayang. Tak apa, Kak Zakie, biarlah pertemuan bilangannya tak sampai sebelah jari pun asalkan ianya bermakna, betul tak?

    Saya dah buat cucur jagung tu.. hehehe

    ReplyDelete
  5. takpe...boleh bilang dengan jari pun tapi kite tetap bahagia kan kak? ngeeee....

    ReplyDelete
  6. Wah.. Meriah nye.. di alam maya..
    ke alam nyata..
    selamat menjamu selera.. :-)

    ReplyDelete
  7. Dapat jumpa, dapat barang, dapat makanan...bestnya.

    Tak ramai tak apa kakzakie asal bahagia dan enjoy.

    ReplyDelete
  8. sronok kan dapat bertemu rakan rakan....rietta belom berkesempatan bertemu dengan rakan blogger...

    PSSS...haah, Rietta suka nak baca, sebab dia ada sebut tetang saving and financially free....

    ReplyDelete
  9. wah bestnye.rasa mcm nak oder la tart tersohor tu

    ReplyDelete
  10. tgk rupa tart tu pun dah meleleh air liur...bagai terasa inti nenasnya...my peberet...

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah.. murah rezeki akak.. semuanya nampak sedap2 belaka :-)

    ReplyDelete
  12. wahhh! ada mini gathering kat JB ke kak? saya balik JB hari sabtu-ahad lepas...

    ReplyDelete
  13. Sedapnya tart tu dan byknya inti dia.....seronoknya berjumpa dgn kwn2 blogger.

    ReplyDelete
  14. seronok tengok kak....InsyaAllah ada rezeki dan kelapangan nanti, yus pun nak terjah rumah akak....tak pernah lagi berjumpa blogger ramai2 macam ni. Selalu jumpa sorang-sorang je....lebih seronok kan. Walau tak seramai blogger di area KL dan lembah Kelang, dah cukup meriah ya kak....

    ReplyDelete
  15. seronok jumpa kawan2 kan...terliur tgok puding hasil tgn ayu...licin berkilat..

    ReplyDelete
  16. Salam Kak Zakie pun buat pertemuan rakan blogers ke? ramai gak bloggers yg dok area Johor kan...kan...
    syok la dpt berkumpul, agaknya bile la dpt saya join bloger2 yg lain.. yea la.. puas dah jumpe di alam maya, tringin juga nak berjumpa di alam nyata... lom rezeki saya lagi Kak....

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum Kakzakie,

    Maaf tak menyentuh tentang entri.
    Ini masalah meninggalkan komen di blog Kakcik, dan di beberapa blog kengkawan yang lain.

    .....ruang kotak komen tu ada gambar blog...saya tak dapat tulis komen di situ....komen kakzakie ada pulak...camne kakzakie buat??? atau mungkin komputer saya yang bermasalah? huuuuu....

    harap kakzakie boleh bantu!

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah kan kakzakie...sentiasa murah rezeki akk sekeluarga dgn pemberian sahabat2....

    ReplyDelete
  19. terliur tengok puding tu kak... berkilat dan menggoda jiwa :)

    best dapat jumpa teman2 blogger

    ReplyDelete
  20. cemburu rasanya sbb ayu dah dapat jumpa kak zakie.. :) bila lah giliran lia pula..

    juadah yg dibawa semuanya enak2 belaka & ayu kata kak zakie pun byk menyediakan juadah yg lazat2... :)(baca di blog ayu)

    ReplyDelete
  21. patut la tersohor kak, tengok pun dah kecur air liur...memang nampak sedap..

    ReplyDelete
  22. murah betul rezki kakzakie ye!, KA tumpang happy je

    ReplyDelete
  23. buat nak rasa ni kak tart tersohor hihihi
    seronoknya bila dpt berkumpul mcm ni sambil mkn2

    ReplyDelete
  24. Tak ramai pun tak pa, janji gembirakan...

    p/s teringin saya nak rasa tart yang popular tu..:)

    ReplyDelete
  25. Rezeki ye kak zakie...kita org memnag jelez tapi tak apa suatu hari kami angkat geng gi carik ayu dan kak zakie serta GB (kalau tak sebut nanti dia kecik ati...hehehee...)

    ReplyDelete
  26. Kakzakie tergoda dgn puding tuh...
    alhamdulillah, di alam maya hubungan kian terjalin dan terus terjalin....

    moga murah lagi rezeki Kakzakie.....

    ReplyDelete
  27. alhamdulillah rejeki kakkkk ..
    sedap niee
    memang terbaik lahh akk promote !!!

    ReplyDelete
  28. Sikit lg sng nk beramah mesra kak.

    Saya walau kat bangi, smlm tak join pun. sbb masih segan..tak kenal sape2 kecuali Rai. Plus kurang sihat beberapa hari.

    ReplyDelete
  29. Sedap yer Kak Zakie.. Suka juga ngan kuih tart nie.. nyum2.. :)

    ReplyDelete
  30. wwaaa nmacam teringin nak makan tart tersohor sepanjang tahun tu...

    ReplyDelete
  31. seronoknya dapat berkumpul... :)

    selama saya berblog...belum pernah join gathering mcm ni...segan pun ada juga..hehe.. ;)

    ReplyDelete
  32. pertemuan lagi? jelesnyeee.... hehehe

    ReplyDelete
  33. bestnya.. :)
    untung laah dapat jumpa makan-makan..hehe :D

    ReplyDelete
  34. auwwwwww
    seksi sungguh entry ini..
    terus terbuai2 perasaan dlm hati.

    thanks kak sudi layan kami...
    sangat syok.. MIL kata dia suka kak.. selain cumil. kak cantik dan ramah

    ReplyDelete
  35. bestnya dapat jumpa kawan-kawan alam maya ni kan.. dapat bertentang mata. sy segan sbb baru lagi dalam dunia blogger ni. cuma dapat berkongsi keseronokan kalian je.

    ReplyDelete
  36. dah habis raya, memang kempunan kueh raya lagi nih... nak buat oven dah meletop hehehe..

    rezeki tu kakak

    ReplyDelete
  37. meriahnya..meriah dengan makanan juga..:)

    ReplyDelete
  38. seronoknya kak gathering dgn rakan2....sesekali berkumpul mmg meriah....terliur tgk puding tu..hehee

    ReplyDelete
  39. seronoknyer ada mkn2 n gather2 ngn kwn blog nih... walaupun tak ramai sgt ttp lah seronok...

    ReplyDelete
  40. As-salam KAKZAKIE

    Eh, eh... dah terdedah terang-terang balang-balang tu, dengan isi-isinya yang menggeramkan hati, mana boleh kakzakie kata jangan ngences? Dah "ngiler" dalam jaga ni!

    Bagus juga kakzakie dapat sambil-sambil menghebahluaskan lagi sumber penganan-panganan enak tu.

    ReplyDelete
  41. beruntungnyaa badan! hihhihih. seronok dpt makan sedap2. huhuhh

    ReplyDelete
  42. nmpk menarik lah puding tu kak..ada lg tak? hehehe

    ReplyDelete
  43. sedapnye kuih2 tu kak zakie...lapo terus...

    ReplyDelete
  44. sedapnye kak.. tart tu yg palin gterliur.. :)

    ReplyDelete
  45. assalam kak..
    sana sini ada gathering buat bloggers ye..meriahnya tentu tak terkata kan..yg maya jd nyata, yg jauh jd dekat..
    x pe lah kak, x ramai x semestinya x happening kan..yg penting ikatan yg terjalin dan kemeriahannya terasa dan bermakna w/p x seramai mana..

    ReplyDelete
  46. Salam..
    ohhhh ohhhh... tangan kat dada, terharu!

    Walaupun jumlah sebelah tangan, tapi bahagia itu terasa sampai ke KL juga!

    Semoga ada rezeki, ada jodoh kita pasti bertemu dan bergather lagi dan lagi!

    Terimakasih untuk entri penghargaan ini.
    Syukur alhamdulillah, memanjangkan sedekah..

    ReplyDelete
  47. assalamualaikum kak..bestnya macam2 makanan yg ada..jeles nya tgk akak pun buat gathering juga..

    itulah tgk sana sini bercerita pasal gathering kat bangi tu..

    ReplyDelete
  48. Salam kak zakie...nampak sedap biskut & puding tu.Mmg rezeki akak dpt menikmatinya...:)

    ReplyDelete
  49. Sian DZ, di Bangi dia terlepas, di Johor dia tertinggal ya.. memang menyeronokkan kan..bila kumpul2 ni..

    ReplyDelete
  50. Assalamualaikum,
    Puding tu entah bilalah nak sampai Bangi ya ... Mmmmmm dah terasa betapa enaknya menyudu kalau makan sejuk baru keluar peti ais...alahai!

    ReplyDelete
  51. Seronoknya gather-gather ye...lagi-lagi ada buah tangan yang kita impikan....

    Salam kenal balik dan folo sini!

    ReplyDelete
  52. seronoknya org selatan pun buat gathering.... persahabatan terjalin bermula di alam maya akhirnya menjadi realiti... alhamdulillah...

    ReplyDelete
  53. Tujaun kami sebenarnyan bukan utk gathering tetapi kerana menunaikan hasrat GB dan Ayu yg mahu melawat bapak kakak tetapi tergendala disebabkan bapak telah keluar wad waktu itu. Jadi perancangan di susun kemudian.

    Terima kasih semuanya kerana sudi memberi komen entri kakak ini:-

    Acik Erna, Bert, Nanie@NMS, Sari Yusa Ibrahim, gadisBunga (PASTI KITA AKAN ATUR UTK BERTEMU LAGI KAN), Pokok Manggis DR, Zaitun, Henrietta Jose, inazamri, Kamsiah, IntaNBerlian, My Little Diary, Daddy Ziyyad, Nazayiena, Yus (tak jumpa di JB boleh saja jumpa di BP Yus), Knor, Emme, ahamd humairi (harap hari ini dah ok - cikgu refresh balik tak?), Eye_nee, Syiela, Mamamya (bila balik Johor bolehlah kita jumpa Lia), Suraya Baharun, Kesuma Angsana, musang, Noor, Mrs eady, Azi, JunAina (kakak tahu Jun bergurau hihi...), Qhaifa Nur, ieda, Ujie, Rinna, Lizz @mummy cute, nabilah_2908, NM02, Efa Nur, Citarasa Rinduan (INSYA-ALLAH ADA WAKTU KITA BERTEMU LAGI AYU - JGN PUJI TINGGI-TINGGI JATUH TERDUDUK KAKAK NANTI), ~Ayu~, aanie, Zie, Dkna Abza, nur anis, Aishah Jahirah, norhidana, Temuk (sungguh memang enak semuanya cikgu), Alisha Kirana, Bazilah, Haryati Faizal, Queen TerataI, ieja amieja, Azieazah (TART AA MEMANG MANTOP, SEHINGGA BAPAK KAKAK KATA KENAPA BELI SATU AJE - TERIMA KASIH AA), Kasih Salina, azatiesayang, Azian Elias (kami tak tahu DZ ada di JB), anyss dan hainom OKje.

    Terima kasih semuanya.

    ReplyDelete
  54. Terima kasih juga buat:-

    @dwaty (kami sesaja sebenarnya dik).

    ReplyDelete
  55. alaaa..kakk..tart nenas tu sgt menariklah... camne die nak pos ke JB?

    ReplyDelete
  56. Tengok puding tu memang dah tau sedap :)

    ReplyDelete
  57. saya paling terliur tgk puding tu..

    ReplyDelete
  58. sy 1st time join gathering blogger dah terasa kemeriahan & kgembiraannya...lg seronok klau 1day dpt meet up dengan blogger selatan plak kan??

    ReplyDelete
  59. Rezeki..Alhamdulillah..oh, rumah Dato' LF ada gathering yer..terlepas lagii...

    ReplyDelete
  60. sy je belum ada rezeki nk jumpa kengkawan blog yg lain :))

    ReplyDelete
  61. Terima kasih juga buat: -

    Maya amir (masuk blog empunya ada di sidebarnya contactlah Kak Azie tu), Myra Jay, fieda, Munnafendy, Ema Junaiha dan Rina Avail (nanti kita buat di skudai ye Rina ramai-ramai hihi....)

    ReplyDelete
  62. Kak Zakie, Nur dah jumpa Rina.. tp masih belum dpt berjumpa akak.. Bilalah tu ye.. Dengarnya Ayu ada plan nak buat gathering warga JB.

    Seronokkan bila berjumpa empat mata.. Memang indah sungguh persahabatan di dunia maya.. :)

    ReplyDelete