Thursday, October 25, 2012

Detik dan saat itu menggamit kerinduan

Pada tarikh inilah 4 tahun lepas aku melalui detik-detik indah memulakan ibadah Haji. Sebaik memasang niat Haji di bilik hotel, kami turun dengan lift menuju bas yang berderet dan bersedia untuk membawa kami ke padang Arafah untuk berwukuf  dan merupakan rukun haji ke dua selepas niat. 9 Zulhijjah adalah hari berwukuf.

Talbiah beramai-ramai di dalam perut bas sepanjang perjalanan sehingga tiba di Arafah adalah momen indah untuk dikenang. Bermalam dengan beralaskan karpet dan tikar saja. Akan kedengaran dari setiap pelusuk perkhemahan suara-suara hamba Allah yang berwirid, berdoa, bermunajad tanpa henti. Kalimah-kalimah Allah dan ayat-ayat suci mendayu-dayu menusuk pendengaran tanpa henti sehinggalah esok sebelum menjelang malam kami memulakan perjalanan ke Muzdalifah.
Kutip batu -  Kaum lelaki sewaktu inilah dinasihatkan berhati-hati kerana di dalam ihram pakaian tidak berjahit (utk lelaki) ye taman-teman, sibuk mencari batu dengan mencangkung begini bimbang lain pula jadinya.:)
Berehat sebentar di Muzdalifah bagi mengutip batu-batu untuk melontar jamrah. Malam dingin itu dipenuhi dengan bersolat hajat, solat tasbih, berzikir dan doa sehingga tengah malam barulah kami ke Mina.
Khemah di Arafah - Beginilah khemah yang disediakan tidak ada yang istimewa semua kita adalah sama.
Pada 10 Zulhijjah ketika rakyat di Malaysia meraikan Hari Raya Aidil-Adha kami di Mina berjalan sejauh lebih kurang 7km pergi dan balik untuk melakukan ibadah melontar jamrah Qubra/Aqobah - jamrah pertama. Sungguh tidak ada rasa penat atau letih kerana perjalanan dilalui bersama lautan umat Muhammad. Esok kita berhari raya di sini tapi jemaah di sana akan melontar jamrah/jumrah yang pertama. Kalau di sana juga akan kelihatan berlori-lori daging qurban di sepanjang jalan.

~~ SELAMAT MENJALANKAN IBADAH QURBAN DAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL-ADHA DARI KAKZAKIE & KELUARGA DI TITISAN NURANI.~~

Aku sudah bercuti hari ini - ini adalah autopublished entry.

53 comments:

  1. selamat menyambut aidiladha kak.

    ReplyDelete
  2. siapa yg dah sampai ke tanah suci..pastinya akan rindukan tempat ini..

    macam ayah dgn ibu pergi tahun berikutnya lepas akak pergi.. :)

    ReplyDelete
  3. SALAM AIDILADHA UNTUK AKAK SEKELUARGA JUGA....
    SY MASIH BERKERJA...

    ReplyDelete
  4. Semoga kakcik sempat ke sana sebelum habis usia. Amin.


    Salam Aidil Adha.

    ReplyDelete
  5. Salam Aidil Adha untuk kakzakie sefamily..

    ReplyDelete
  6. selamat menyambut Hari raya Aidil adha..kak zakie...

    ReplyDelete
  7. Selamat Hari Raya Aidiladha buat Kak Zakie sekeluarga... Tentu kenangan sewaktu mengerjakan haji tak akan kita lupakan.. Moga Nur diberi kesempatan untuk menunaikan haji juga satu hari nanti. Amin.

    ReplyDelete
  8. Selamat Hari raya aidil adha KZ.

    ReplyDelete
  9. teringin nak p sana jgk..pape pon, salam aidiladha kak..=')

    ReplyDelete
  10. momen yang indah untuk dikenang kan kak, doakan moga ada rezeki untuk ke sana insya allah

    ReplyDelete
  11. bila pulak akan ke sana..semoga Allah panjangkan usia dan kesihatan yang baik buat saya utk ke sana...Selamat Hari Raya kak...

    ReplyDelete
  12. salam aidiladha utk akak sekeluarga

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum bakyu ku...

    Selamat menyambut BODO kaji yo mabak yu...

    seronok gak baca story tu....
    memcermin balik pada diri Tirana Aduka ini...
    (Tak nak komen dalam bahasa jawa hari ni.....)

    sibuk buat persiapan ni sis..
    Bakyu pula bagaimana..?

    ReplyDelete
  14. salam iduladha kakzakie.. teringin nyer rasa hati nak kesana bila baca n3 ni! insyaAllah ye

    ReplyDelete
  15. Selamat menyambut Aidil Adha kakzakie & keluarga.

    Makchaq hari rabu lepas raya baru start cuti... hari ni kerja sorang2, kena tunggu opis, urusan telefon semua tak berhasil.. orang yang dicari kebanyakkan sedang bercuti.. kena sambung minggu depan nampaknya..

    ReplyDelete
  16. saya masih berkerja. seronok tengok orang dah bercuti..:-)

    terima kasih kakzakie, kongsi pengalaman. seronok saya baca. mudah2an ada rezeki buat kami yang belum pergi haji ni..

    salam aidiladha dan selamat menjalani ibadah korban buat kakzakie sekeluarga.

    ReplyDelete
  17. salam aidiladha dari lieya & keluarga...


    sentiasa berdoa semoga dimurahkan rezeki supaya dapat menjejakkan kaki ke tanah suci suatu hari nnti...insya'allah.amin

    ReplyDelete
  18. Hehehehe...kelakar lak ayat tak berjahit tu. Apa pun, selamat raya korban kak....

    ReplyDelete
  19. Salam Aidiladha kak Zakie..

    Entah mengapa hati saya jadi sebak baca entri akak ni...terbayang sekarang ni, mak ayah saya sedang berwukuf di Arafah...

    ReplyDelete
  20. salam aidil adha kak..
    seronoknya baca kisah pengalaman org mengerjakan haji ni...

    ReplyDelete
  21. Selamat hari raya Aidil Adha buat kakak sekeluarga....

    p/s..Kakak dah sampai sana...mudah-mudahan saya juga berpeluang kesana suatu hari nanti...

    ReplyDelete
  22. salam aidiladha kak.. saya ptg ni baru bertolak blk kg :)

    ***mudah mudahan saya salah seorang tetamuNYA nanti

    ReplyDelete
  23. selamat hari raya aidiladha kakzakie!

    ReplyDelete
  24. Salam Bak'yu

    Dolan dolan sore....lega rasane wes rampung godok nasik impit wa e...

    gawe seng simple-simple ....

    Bakyu wes siap ke kabeh ke..?

    * sambil promote blog TA yang baru

    ReplyDelete
  25. Suami Aina berduka. Setiap kali melihat jemaah haji dia akan bersedih dan dihujungnya ada sebak kerana masih belum ada rezeki untuk kesana walaupun sanggup mengeluarkan belanja yg lebih.

    ReplyDelete
  26. salam aidiladaha k.zakie & family

    ReplyDelete
  27. semoga berpeluang ke sana..seronok mendengar pengalaman mereka yang dah menunaikan haji..

    ReplyDelete
  28. Selamat menyambut aidil adha buat Kak Zakie sekeluarga...

    ReplyDelete
  29. hye blogger
    kunjungan malam aya
    SELaMAT HARI RAYA AIDILADHA
    ---------------------------

    heheheh moga diorang dpt haji mbrur

    ReplyDelete
  30. salam KZ ..
    selamat bercuti dan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha ...

    ReplyDelete
  31. alhamdulillah...muda2 dah g tunaikan haji. Sy ni ntah bila nak g... tunggu anak2 dah besar dah bole jaga diri sendiri nnti bole ler pegi hehe...
    salam ziarah.. dan selamat hari raya aidiladha

    ReplyDelete
  32. salam
    Isuk2 dolam disek sak urung e mareng surau. Salam aidiladha bakyu

    ReplyDelete
  33. memakai ihram juga ada tekniknya agar kebarangkalian terdedah aurat akan berkurangan.... kalau tak kena cara, buruk padahnya(",)

    ReplyDelete
  34. salam aidiladha kak..semoga 1 hari nanti yat dapat ke sana sama seperti akak..aminnn..

    ReplyDelete
  35. Salam Aidiladha .seronok kakzakie dpt g sana

    ReplyDelete
  36. selamat hari raya kakzakie dan keluarga


    moga giliran untuk saya sampai juga nanti, sedih jugak nama tidak naik tahun ni

    ReplyDelete
  37. selamat hari raya,.
    semoga jemaah yg mengerjakan ibadah haji mendapat haji mabruk.

    ReplyDelete
  38. Salam, Kak Zakie. Sungguh tak terjangkau dek fikiran mengharungi lauatan manusia sejauh 7 km prgi & pulang tanpa rasa penat, Subhananllah!!

    Salam Aidiladha, Kakzakie

    ReplyDelete
  39. Slmt hr rya akk...teringin juga nk ke sana....moga dpermudahkan....

    ReplyDelete
  40. memang teringin satu hari nti,dpt menjejakkan kaki kesana..insyaallah

    salam aidiladha :)

    ReplyDelete
  41. Selamat Hari Raya aidil adha buat semua juga. Hari ini tasyrik terakhir. Moga dapat kita diberi peluang oleh Allah utk bertemu aidil adha di tahun-tahun mendatang.

    Terima kasih kakak buat: -

    inazamri, Lya Colours, nabila_2908, Tentang Kita, Sharifah Nadzarah, Kakcik Nur, Penjejak Mimpi, Teratak Hami, Norzie hany, Lizz@mummy cute, Nur_nba, mama ju, Mizz Erma, Aju Mohit, Marshita Yahya, Ema Blog, Tirana Aduka, Kesuma Angsana, Umialya, Makchaq (dah ramai yg bercuti makchaq), Murni Alfathunnsia, Mamamya, Acik Erna, Faraherda.razalan, Daddy Ziyyad (moga mak-ayah doc sihat utk menjalankan ibadah di sana), Ayu, azi, Syiela, Sherwieyna Muzzawer, Triump Bikers, JunAina (teruskan solat hajat moga dipermudahkan utk dapat ke sana Aina), Lyafrina, Yaya Azura, Jna Marcello, Amie, Edy Fee, aby, nrina, Tirana Aduka, Fuad ansari (betul kena ada skill), Nizam.Ariff, Yatzakie, adyna, ibuintan, zan, Sari Yusa Ibrahim (kami seronok Sari sebab balik dari melontar boleh singgah-singgah membeli macam-macam juga macam ada pasar malam), Henrietta Jose dan sitifarhana.

    Buat semua terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete
  42. Seronoknya Kakzakie bilalah OKje dapat jejak kaki ke sini... teringin nak tengol Kakzakie...muncullah...he..he...

    ReplyDelete
  43. teringin menjejakkan kaki ke sana di bulan Ramadhan..InsyaAllah..

    ReplyDelete
  44. teringinnya nak ke sana kak...akak doakan la amie dan suami dpt jejak ke sana nanti...

    ReplyDelete
  45. salam aidiladha kak..

    walaupun lewat wani nk ucap gak heehee

    ReplyDelete