Radio aku tidak pernah bertukar station. Dari dulu sehingga kini, dari pagi hingga ke petang radio IKIM fm menjadi pilihan walau banyak siarannya yang aku tidak ambil perhatian penuh sebab leka membuat kerja-kerja di pejabat. Namun pada tarikh tersebut tumpuan penuh aku berikan tanpa sedar aku keluar pejabat lewat kerana azan asar tidak berkumandang. Biasanya sebaik azan aku akan menunaikan solat dan usai solat terus balik. Balik sebelum pukul lima dapat mengelakkan kesesakan lalu-lintas. Tetapi hari itu aku balik tanpa bersolat asar kerana baru tersedar jam sudah menunjukkan lebih pukul lima petang. Khusyuk dan tawadhuk mendengar butiran menanti kalau-kalau kakitangan swasta seperti aku ini adalah tempias yang mampu membuat hati berbunga-bunga.. Paling tidak senyum pun jadilah.
Tiba di rumah jam 5:45 petang baru aku bersolat asar. Mesti petang itu syaitan bertepuk tangan sebab berjaya membuat aku leka.
~~ Tidak tahu mengapa hatiku boleh terjentik bila Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan diberi peruntukan sama RM100juta, bagaikan sudah tidak ada keistimewaan bangsaku kini hanya kerana mahu berlaku adil. Entahlah .... (eh... terpinjam nama blog makchaq pula).~~
Bukan setakan pembentangan belanjawan, kadang2 kalau di tv, drama bersiri adalah lebih penting dari azan! :(
ReplyDeletebelanjawan 2013 berat sebelah.. yg swasta kesiann.. drpd kasik rebat beli empon baik kasik subsidi minyak ke.. dpt jugk semua merasa kn..
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletekita naik pelik sebab apa perlunya semua channel tv dan radio siarkan pembentangan belanjawan (takut osman baku marah-iklan kat tv tuh).
erm..nak jaga hati yg lain..
ReplyDelete"anak sedendir" di pinggirkan..
semua nye kerana pilihan'besar'..
saya tak dengar pon belanjawan tu. just tengok kat berita. macam tak dapat apa2 je dari belanjawan ni. takpelah mungkin rezeki orang lain
ReplyDeleteSAYA TAK DENGAR BELANJAWAN PUN... ORG LAIN DOK HEBOHH DAH.. SY DGR KAT BERITA JER.. ESOKNYA BELI SURAT KABAR HUHUHUHU...
ReplyDeletediarahkan kot?
ReplyDeleteselain dari diskaun ptptn kalau bayar konsisten atau kalau setel full before sept 2013 tuh, yg lain takde manfaat utk saya langsung.
dengar gak sikit2 belanjawan tp sebab skema sgt yg tok najib baca sampai tak paham hihi.Tau2 beli gula smlm 1 kilo dah rm2.50.Tq
ReplyDeletesaya dengar pun macam2 gitu je walaupun dapat habuan tapi saya rasa biasa jer, alhamdulillah
ReplyDeleteAssalamualaikum wbth
ReplyDeleteKabare Bak"Ayu....
Pasal kui la.......dadi ne...orak penak arek delok tv........blogging meneh gayah..........
Paham tak sis........nak gurau sikit dengan sis di pagi Isnin yang damai...
susah nak cakaplah kak Zakie... isk3!
ReplyDeletehehe...Najib masuk dewan kul 4...kul 6 lbh baru habis pembentangan...saya asyik kata kat anak2..PM lewat solat asar ari ni...
ReplyDeleteno komen about belanjawan..
ReplyDeletesy pun tak dengar.. baca kat paper & blog ajek..
ReplyDeleteentahla. macam-macam. aku pulak sibuk kerja, tak terdengar belanjawan
ReplyDeletelangsung tak dengar ...
ReplyDeletetengok pun tidak ....
tidak berpihak kepada pekerja swasta seperti pB ini ....
selalu bila ada siaran langsung mmg gitu Kakzakie, lupalah tu he..he..
ReplyDeletebajet 2013 oklah..dengarnya gula naik lepas ni kena kurangkan minum manis...
apa-apapun rasa syukur juga..
Alhamdulillah dengan budget yang disiarkan....
ReplyDeleteassalam.. ehem tak tahu nak cakap apa ..macam2 kan KZ..dunia politik semakin mengelirukan ..hu2x..
ReplyDeletebelanjawan atau tidak..
ReplyDeletesaya rakyat biasa hidup seperti ini juga..paling dirasakan kos sara hidup yang makin tinggi..
ooh ye eh kak..sy x perasan tang tu pulak heee...asek sgt nak dgr apa pekerja swasta dapat....alahai,x dapek apapun pekerja swasta ni..yg dpt gula naik adelaa...betul ke niat tuk adil tuu..tah2 tuk bodek x??hahaa...upssssss!
ReplyDeletedaripada dulu, sampai lah skang..pembentangan bajet tak penah saya golongan middle ni dpt tempiasnya..kecuali utk anak yg dpt RM100..tapi bukan habuan kewangan yang saya kejar semata2.. saya lebih suka kalau lebihkan bajet utk pengisian rohani..mcm pendidikan agama, bukan bajet bentuk material semata2..*dunia akhir zaman.. sume kejar material*
ReplyDeleteSusah nak komen pasal bajet ni..
ReplyDeletesaya tak dengar pun pasal budget tu kak..
ReplyDeleteperlu ke ckp sampai 3 jam ++? tahla.. sabar je la...
ReplyDeletesaya dengar kejap je pastu esok beli paper baca kat sana
ReplyDeleteKakzakie,
ReplyDeleteBukankah rmi yg kata, bila mati...malaikat tak tny bangsa kita tapi tny agama kita.
Tu sbb bangsa kite diperlekehkan.
=(
yeke akak?hmm sangat sedih smpai mcm tu skli..risaulah tkt ngra kita ni akan beralih kuasa ke bangsa lain..abs lah orng kita.huhu
ReplyDeletetak perasan pula saya sebab saya office saya ni memang tak dengar azan...
ReplyDeleteakak, sebenarnya saya dan rakan2 batch jqaf 2011 dijanjikan berita pasal posting dalam pembentangan bajet baru2 ni...tp kakak ada dengar? tak ada kan..sangat kecewa..
ReplyDeletekerna belanjawan, azan pun entah ke mana.. mm..hai
ReplyDeleteermmmm......
ReplyDeletesaya tengok kat tv, sbb takde azan..dah pukul 5lebih baru saya sedar waktu asar dah lama masuk!
ReplyDeletemasa tu terfikir..apsal najib & lain2 takleh stop 15-20 minit utk solat? Asar waktu tak pnjang mcm Isyak.
*selain tu, loan TEKUN pun dah ada utk India (sblm ni khusus utk Melayu). Kata nak menang PRU..^__^
dkna hairan kenapa waktu maghrib jer azan disiarkan kat TV..terutamanya TV3, waktu lain just siarkan ringkasan solat jer..ermmm..
ReplyDeletesy tgk ulasan kat buletin utama je kak.. nk tgk siaran langsung x dpt la sbb bekerjakan.. :)
ReplyDeleteterima kasih sis sudi singgah.
ReplyDeleteYok madang disek. Wes tengahari kie..jangan opo iki dino?
belanjawan pada i hanya bertumpu pd org2 tertentu je.. rakyat macam kita ni terpaksa menerima bahana kenaikan harga.. tgk je nanti lepas pilihanraya...
ReplyDeletelor... sampai begitu khushuk nyer kakzakie ni dok dengo budget... sy malas dengo yg siaran langsung, baca kat paper lg sonang...
ReplyDeleteJumaat lepas, saya beria ia bukak radio nak dgr slot Dr Zulkifli al Bakri..sekali rupa rupanya suara Najib yg saya dengar! :P
ReplyDeletesy xtgk sgt belanjawan baru ni.. so, kat tv tu, xtersedar la plak samada ada azan or tak..
ReplyDeleteradio pun sy xbuka...
begitulah kak nasib anak bangsa kita...
ReplyDelete'rakyat didahulukan"
saya tak tgok pun...tak kuasa nak tgok muka..sapa entah??
ReplyDeletebuletin lg tak pernah tgok...buka astro oasis..dgr zikir..itulah rutin senja hinggalah 8;30 mlm.
suka2 hti diorg je..nak tunjuk azan ke tak nak..
dengar kat radio je..
ReplyDeleteKA just nk ckp no komen je kakzakie!
ReplyDeletexsempat dengar sepenuhnya...sbb ptg ada program...blk umah dgr kjap, pastu kena p amek sate yg di order...
ReplyDeleteagaknya sbb live kot kak..
ReplyDeleteDah khusyuk mendengar budget2013 tu...kena ke tak tempiasnya Kakzakie?? he..he..
ReplyDeleteayu pi ke batu pahat..
ReplyDeleteketinggalan......
tak dengarpun bajet... tau selalu tak dapat per2...
ReplyDeletesy xdengar pon bajet tu huhu
ReplyDeletetime hari perbentsngan tu, smua stesen radio siar budjet tu. isk2 bosan
ReplyDeletebajet zila x dengar lg nie kak..:)tp klu boleh biar la adil kan:)
ReplyDeletemujurlah ada jugak peruntukan yang AK boleh amik manfaat. pasal PTPTN, psl BR1M tu, pasal rebat rm200 utk smartphone. huhuh.
ReplyDeletetp org cakap, bajet kali ni, nampak sgt bajet utk raih undi. ntah la, yang pasti terima je dgn hati terbuka. heheeh.
tak pandai nak komen pasal budget.dengar jer utk ambil tahu serba sedikit..:)
ReplyDeleteSaya rasa bukan saya yg tak dengar azan setiap kali duk depan tv atau dengar radio. Cuma, kepala leka. Sampai confius, dah azan ke belum? =_="
ReplyDeletesaya dengar selepas jam 5.30 ptg kak..otw balik kerja...
ReplyDelete'Syaitan' memang bertepuk tangan dalam dewan hari ini Kakak.
ReplyDeleteIKIM FM pun lupakan azan. Apatah stesen hiburan lain ya kak...
ReplyDeletetu lah semua tu dunia...
ReplyDeletemang setan sakan bertepuk tgn pe...
hmm..beza pula dgn Hot.fm..
ReplyDeletemasih ada azan ketika bajet dibentangkan..kat office mmg sy dgr hotfm :)
Itulah pentingnya azan ye Kak Zakie, biarlah kita tahu solat itu 5 waktu, tapu setiap waktu mesti perlu dilaungkan azan... maklumlah kita manusia biasa, leka, lalai dan lupa, dan perlu sentiasa diingatkan... mujurlah masuknya solat asar di tempat kami pukul 3 lebih....
ReplyDeleteaduhh kak x tahulahh nak cakap ape dah skrg nie ..
ReplyDeletesaya sampai x kesah dah pasal belanjawan nie
sbb saya dah dpt rasakan effect belanjawan nie akan susah kan rakyat juga .. skrg nie barang naikkkk ! .. apa lagi yg lebih utama dari barang2 keperluan kita huhuh
Assalamualaikum kakak...
ReplyDeleteHari pembentangan bajet, kakya masih di kuantan. Mengadap tv hingga 4.30 ptg. Lepas tu terus tutup tv, takut terleka.
Tentang bajet, kakya reserve my comment for a time being.
budget kali ni mmg tak best...sepatutnya beri laluan pada azan..cam selalu tu..kita kan negara islam...
ReplyDeletePM tak ikut sgt bugdet2 tuh...sebab rasa nyer tempias pun tak kene kak...huhu
ReplyDeleteMakchaq jarang tengok/dengar budget ni sebak ada je orang yg akan review lepas tu..
ReplyDeleteKat pejabat kerajaan sekarang ni memang azan akan berkumandang bila masuk waktu..
Terima kasih kakzakie link kan blog makchaq.
Hurmm.. Macam2... Jika sayangkan Islam... Pandai2 lah anda pilih... Semua di hujung jari dan tangan anda semua.. ^_^
ReplyDeleteDunia.....
ReplyDeletesaya xpenah dgr bajet2 ni kak..dah tentu penjawat awam diberi banyak keistimewaan..tp sya ras,Allah lbh MEMBERI rezeki pada kita kan..emmm
ReplyDeleteBetullah kak zaki.. saya pun terasa budget kali ni sedikit mengecewakan.. penjawat awam pertengahan macam saya ni yg dapat cuma bonus... lain-lain tak dapat
ReplyDeleteSebelum dengar budget kakak jangkakan mungkin kakitangan swasta adalah tempias memandangkan PRU13 dah semakin hampir. Itu yg khusyuk mendengar. Selalu radio IKIM tak pernah miss menyiarkan azan ye kawan-kawan. Tapi sebab kali ini adalah siaran secara langsung itulah sekali ini saja ianya tiada. Jgn salah sangka. Banyak pengisian dari radio IKIM tau.
ReplyDeleteTerima kasih kakak buat semua yg memberikan komen:-
Kakcik Nur, Bert, YB, Pokok Manggis DR, Lya Colours, Masya, gadisBunga (kakak rasa begitulah GB), inazamri, Huda, Tirana Aduka (kakak paham dik ngomong opolah wahe - dont worry hihi...), Sari yusa Ibrahim, Kamsiah, Mrs Eady, Penjejak Mimpi, Repunzeel Cikilolo, pB, Qhaifa Nur, Uncle, mama aini (budget yg dipolitikkan juga dapat kira rasakan), Yaya Azura, Mummy Danisha, maya amir (kakak setuju kata maya - tapi ini bagikan tidak kelihatan), Ros_reeza, rai Ourkizuna, Emme, Syeila, Faraheda.razalan (kita kena struggle lagi Fara), are_linayu, nur anis, cikgu ma (kakak nampak juga hal ini cikgu), NM02, Munnafendy, Ujie (banyak yg telah dikongsikan kerana nak adil kononnya Ujie), Dkna Abza, ct rahani, Trana Aduka, Azian Elias, KakNi(CikNi), Daddy Ziyyad (petang itu memang lansung tak ada siaran yg biasa doc.), IntaNBerlian, Nini D, Knor, Ayu, Kesuma Angsana, Henrietta Jose, Sara, hainom OKje, Citarasa Rinduan (singgah beli kuih/kerepek ye Ayu), Cho ZIla, musang, Afasz, zila norazila, Alisha Kirana (banyak jugs sasaran utk golongan belia kakak nampak AK), Puankutu, Khalilah MNor, Ema Blog, Cikli, ckLah@xiinam (mungkin sebab siaran langsunglah cikgu), Haryatie, nabila_2908 (oh ye baguslah kan), Amie (Sabah/S'wak memang cepat masuk waktu kan), ieda, Deru Ombak, izan mama mia, Papa Mifz, makchaq, Crew Fathi (dari dulu kakak dah guna utk memilih yg menepati dihati kakak), Ainn Hazwany, Yatzakie dan MyStoryPic (oh... dapatlah juga tu kena terima kasih juga nie).
Pada semuanya kakak ucapkan terima kasih sekali lagi.
Terima kasih juga buat Hairul Hakimin B. Muhamad (speechless ye)
ReplyDeleteis xdengaqpun belanjawawn, beritapun lupa nak tengok, esoknya pulak lupa beli paper, bila tengat dah pukul 10pg lebih, tapi semua kedai dah xde juai.. licin... semalam baru print teks ucapan.. nak jugak la tau (^___^)
ReplyDeletedengar jugak dan ada yg kurang berkenan juga....biasa la tu bukan mudah nak puaskn ati semua org mcm saya ni...hehee
ReplyDeletewani pun xpasan kak ada azan ker tak hr tu time budget sbb dok jaga qalief demam
ReplyDeleteeeemm.. rasanya tetiap tahun cenggitu kak.. ;)
ReplyDeletebersemagat sangat lah akak tu nak tahu bujet..ita malas nak dengar...nanti mesti kat opis akan citenya...
ReplyDeleteTerima kasih juga: -
ReplyDeleteeeiyss, Aishah Jahirah, Wanieys aka ibuQalief, aizamia3 Betullah tapi ada yg makin mengurangkan hak bangsa kita tu yg sedih) dan anitadiana.
Sekali lagi terima kasih.
dayah langsung tak dgr atau tgk bajet tu kak..
ReplyDeleteawal2 hati rasa cam...errrmmppp...
(paling tak ble terima bila mlm tu baca kt fb , golongan muda dpt rebat beli henpon , yg bujang bwh 2k dpt $ ..knp la tak dulukan makbpk yg mmg byk nk pki duet utk ank2? tk phm)